06.04.2018 Views

Buletin MPN Edisi Pertama PDF

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Profesor Ulung

Kononnya Malaysia ada

pembangkang, terdiri

daripada sekelompok

parti yang dikenal sebagai

Pakatan Harapan (PH) yang

mencabar parti kerajaan iaitu

Barisan Nasional (BN), dalam

Parlimen sekali gus pemerintahan

kerajaan pusat. Namun kedua

kelompok PH dan BN ini tidak

dipisahkan oleh ideologi, seperti

di United Kingdom; Parti Buruh

ditubuhkan berlandaskan ideologi

sosialisme dan Parti Konservatif

pula berlandaskan ideologi

kapitalisme.

Kelompok parti berkenaan PH

dan BN dipisahkan sebahagian

besarnya oleh isu-isu

pembangunan dan personaliti.

Kelompok PH adalah dipimpin

oleh bekas pemimpin tertinggi

UMNO, iaitu, seorang bekas

Perdana Menteri (PM) dan dua

Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Di pihak BN pula, iaitu parti yang

memerintah, PM, TPM dan majoriti

Jemaah Menteri yang berkuasa

sekarang adalah anak didik politik

bekas PM dan dua bekas TPM

yang kini dalam PH. Akibatnya,

ramai para pengundi tidak jelas

kumpulan parti yang mana harus

mereka memihak: ke BN atau PH?

Mengapa jadi begitu sukar buat

pilihan? Kerana para pemimpin

PH dan BN untuk berpuluh tahun

dibesarkan dan dididik dalam

satu ‘mazhab politik,’ khususnya,

‘mazhab UMNO,’ parti politik

yang ditubuhkan pada 1946 oleh

29 persatuan Melayu daripada

Persekutuan Tanah Melayu dan

Singapura. Bekas pemimpin

tertinggi UMNO sekarang dalam PH

bertubi-tubi menuduh pemimpin

UMNO sekarang berperilaku

rasuah, melupakan rakyat,

membazir wang rakyat dan lainlain

tuduhan.

Rakyat melihat perilaku ini tak

banyak berbeza dengan apa

yang telah dilakukan oleh bekas

pemimpin berkenaan ketika

mereka dalam UMNO. Malah

merekalah ‘sifu’ kepada pemimpin

UMNO sekarang. Lagi pun, rakyat

pula bertanya: mana tumpah kuah

kalau tak ke nasi? ayah kencing

berdiri anak kencing berlari? tepuk

air didulang terkena muka sendiri?

meludah ke langit? apa beza

PRU 14 :

Antara Coca Cola dan

Pepsi Cola

Oleh: Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin

tembikai dan semangka, antara

betik dan kepaya? Antara Cocacola

dan Pepsi-cola?

Kajian PhD oleh Prof. Madya

Dr Zaheruddin Othman dari

Universiti Utara Malaysia (UUM),

menghujahkan bahawa fenomena

ini bukannya mengenai kelompok

pembangkang lawan kelompok

kerajaan yang berbeda ideologi.

Kedua kelompok ini sebenarnya

hidup dalam satu kepok politik

yang sama, mempunyai nilai sama

dan pola perilaku sama namun

bergaduh, bertengkaran dan sepak

terajang dalam kepok itu juga -

“pi mai pi mai tang tu” – justeru

mengamalkan ‘politik kepok’

yang bersifat berpuak-puak dan

bermusuhan dalam selimut.

Fenomena berbalahan, bangkangmembangkang

dan bermusuhan

dalam kepok ini diungkapkan

oleh Dr. Zaheruddin sebagai

‘politik kepembangkangan’

(oppositionism), gaduh macam

mana pun mereka ‘sezuriat dan

seketurunan’ dari segi mazhab

politik mereka.

PRU14 adalah gelanggang

kepembangkangan yang jelas dan

terbuka yang tersingkap untuk

kali pertama di Malaysia semenjak

PRU12 2008, yang melibatkan

tokoh kepimpinan UMNO tertinggi

dulu dan sekarang. PRU14

bukan berkenaan pembangkang

PH lawan parti kerajaan BN. Di

permukaannya nampak bagitu.

Namun bila disingkap lapisan

permukaannya akan terdedah

betapa samanya kedua-dua parti

berkenaan.

Ada yang menganggap apa yang

akan berlaku pada PRU14 ialah

“perang saudara.” Yang lain

berpendapat PRU14 nanti hanyalah

merupakan sepak terajang dalam

kepok, yang menang lebam yang

kalah pun lebam.

Penulis ialah Timbalan

Pengerusi, Majlis Profesor

Negara (MPN).

4

Majlis Profesor Negara

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!