25.04.2018 Views

Buletin MPN Edisi Khas PRU 14

Edisi Khas Pilihan Raya ke-14 atau PRU14 ini memaparkan analisis dan isu mengenai PRU14 akan datang. Selamat membaca...

Edisi Khas Pilihan Raya ke-14 atau PRU14 ini memaparkan analisis dan isu mengenai PRU14 akan datang. Selamat membaca...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Dari Meja

Pengarang

Rakyat Malaysia sekali lagi

bakal memilih tampuk

kepemimpinan negara

yang baharu selepas

pengumuman pembubaran

parlimen ke-13 oleh YAB. Perdana

Menteri, Datuk Seri Mohd Najib

Tun Razak berkuatkuasa 7

April 2018 lalu. Pembubaran

parlimen ini membolehkan Pilihan

Raya Umum ke-14 (PRU14)

dilaksanakan dalam tempoh

60 hari. Pembubaran Dewan

Undangan Negeri (DUN) juga boleh

dilakukan bagi mengadakan pilihan

raya secara serentak.

Pilihan raya sering kali dianggap

sebagai pesta dan kemuncak

kepada proses demokrasi. Ia

ditafsirkan sebegitu kerana dalam

pilihan raya, rakyat berkuasa

bagi menentukan pemimpin dan

kerajaan yang akan dibentuk.

Dalam kata lain, pilihan raya

telah memberikan mandat kepada

rakyat untuk memilih pemimpin

atau lebih tepatnya wakil rakyat

di peringkat parlimen dan DUN.

Kita sangat bersyukur, sejak kita

mencapai kemerdekaan, proses

demokrasi melalui pilihan raya

dapat kita laksanakan dengan

aman dan harmoni.

Malah, proses transisi

kepemimpinan yang berlaku sama

ada di peringkat parlimen yang

membentuk kerajaan pusat dan

peringkat DUN yang membentuk

kerajaan negeri dapat dijayakan

dengan penuh tertib tanpa

sebarang anasir kekerasan. Lebih

penting, proses demokrasi melalui

pilihan raya telah membuka

ruang persaingan politik yang

terbuka apabila semua parti

yang bertanding. Sama ada parti

pemerintah atau pembangkang,

mereka sebenarnya berpeluang

untuk menjadi kerajaan sekiranya

mendapat mandat daripada

pengundi.

Dalam buku saya, berjudul Islam

dan Demokrasi: Cabaran Politik

Muslim Kontemporari di Malaysia,

terbitan Penerbit Universiti Malaya

(UMPress), saya menyifatkan

Malaysia sebagai sebuah negara

demokrasi muslim yang paling

berjaya di dunia kerana semua

parti politik yang bertanding

mendapat manfaat daripada

penyertaan dalam pilihan raya,

tidak kira ideologi dan dasar

perjuangan mereka.

Pembangunan dan kemajuan

sesebuah negara sangat

bergantung kepada sistem politik

yang diyakini dan diamalkan.

Dalam konteks di Malaysia,

amalan demokrasi yang subur dan

pelaksanaan pilihan raya yang

menyerahkan kebebasan memilih

kepada rakyat, telah memberikan

asas yang kukuh kepada usaha

menjayakan transformasi dan

pembangunan negara bangsa.

Namun kita harus ingat bahawa

demokrasi bukanlah pilihan raya

semata-mata. Jika pilihan raya

menjadi satu-satunya ukuran

demokrasi, kita hanya akan

melihat demokrasi itu terlaksana

lima tahun sekali sahaja. Justeru,

demokrasi perlu kita lihat

melangkaui pilihan raya dan ini

termasuk soal memperjuang

keadilan sosial, mensejahtera

rakyat dan mencapai perpaduan

negara.

Selepas pembubaran parlimen ini,

kita akan melalui proses penting

lagi kritikal seperti penamaan

calon, kempen dan kemuncaknya,

pembuangan undi pada tarikh yang

akan ditentukan kelak. Selepas

berlangsungnya pilihan raya, kita

akan melihat sebuah kerajaan

baharu akan dibentuk. Apa yang

penting, mandat yang diberikan

oleh rakyat kepada pemimpin

dan kerajaan perlu dipulangkan

kembali kepada mereka (rakyat)

melalui kepemimpinan yang boleh

diteladani dan berintegriti serta

dasar yang prorakyat.

Penyertaan rakyat dalam proses

demokrasi di negara perlu

diteruskan meskipun telah

selesai PRU14. Proses literasi

dan kematangan berpolitik dalam

kalangan rakyat Malaysia perlu lagi

digiatkan dari semasa ke semasa.

Lebih-lebih lagi, dalam keghairahan

media sosial terutamanya,

pelbagai berita sama ada benar

atau tidak benar yang bersifat

fitnah akan mudah kita terima.

Janganlah disebabkan perbezaan

fahaman politik, kita bersikap tidak

rasional dan terus berbalah tanpa

memikirkan kepentingan umum

yang lebih utama.

Sesiapa pun yang memenangi

pilihan raya pada 9 Mei ini,

hakikatnya rakyat Malaysia dan

demokrasi yang menang. Selepas

kita memilih dan mengundi dalam

PRU14 akan datang, marilah kita

rapatkan saf dan muafakat sebagai

rakyat Malaysia. Marilah samasama

kita memperhebat negara.

Bak kata peribahasa, biduk berlalu,

kiambang bertaut.

Mohd Izani Mohd Zain

Penaung

Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose

Ketua Pegawai Eksekutif MPN

Penasihat

Prof. Dr. Kamaruddin M. Said

Timbalan Setiausaha Agung MPN

Datin Hazizah Wahab

Ketua Pegawai Operasi MPN

Pengarang

Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain

Felo Bersekutu MPN, Fakulti Ekologi Manusia, UPM

Penyumbang

Prof. Ulung Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin

Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani

Prof. Dr. Sivamurugan Pandian

Prof. Madya Datuk Dr Ismail Sualman

Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee

Prof. Madya Dr. Saraswathy Chinnasamy

Sidang Redaksi Buletin Pemikir Negara

(Diterbitkan secara suku tahunan)

ISSN: 2289-8255

Buletin Pemikir Negara 11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!