25.04.2018 Views

Buletin MPN Edisi Khas PRU 14

Edisi Khas Pilihan Raya ke-14 atau PRU14 ini memaparkan analisis dan isu mengenai PRU14 akan datang. Selamat membaca...

Edisi Khas Pilihan Raya ke-14 atau PRU14 ini memaparkan analisis dan isu mengenai PRU14 akan datang. Selamat membaca...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perpaduan

Ke arah Merangka Garis Panduan

Berhubung dengan Kenyataan

Berbaur Sensitif

Oleh: Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee

Manusia memang tidak

dapat mengelak daripada

berucap sesama

mereka sama ada

secara bersemuka atau melalui

saluran komunikasi. Dengan

perkembangan teknologi maklumat

yang canggih, khususnya selepas

penerimaan internet di Malaysia

pada 1990-an dan pengenalan

telefon pintar di pasaran sejak

10 tahun yang lepas, media

sosial telah memberi impak

yang mencabar sehingga polar

komunikasi masyarakat turut

berubah dari segi penularan

maklumat yang berleluasa.

Susulan daripada tajaan Kluster

Perpaduan Nasional atas

penganjuran “Wacana Pengucapan

Dan Jenayah Kebencian: Impak

Sosial dan Perundangan” oleh

pelajar pascasiswazah Institut

Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan

Malaysia, kluster ini bergerak

selangkah ke hadapan dengan

mengadakan satu wacana yang

melibatkan pelbagai pihak

berkepentingan di Balai Ilmuan,

Majlis Profesor Negara (MPN).

Semasa pelancaran “Wacana

Kenyataan Berbaur Sensitif: Ke

Arah Merangka Garis Panduan

Berhubung Dengan Kenyataan

Berbaur Sensitif Perkauman”

Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose

selaku Ketua Pegawai Eksekutif

merangkap Presiden MPN

menyaran supaya isu ini dapat

dikongsikan dalam lingkungan

kawasan yang lebih meluas.

Ia harus dijadikan wacana

yang bersiri demi mengumpul

pandangan yang lebih menyeluruh.

Datuk Bahrin Idris, Ketua Pengarah

Jabatan Perpaduan Negara

dan Integrasi Nasional maklum

bahawa jabatan ini telah diberi

tanggungjawab oleh Jemaah

Menteri Kerajaan Malaysia untuk

mewujudkan satu kerangka garis

panduan bagi mengekangkan isu

penghalang perpaduan ini menjadi

lebih besar sehingga tidak dapat

dikawal pada suatu hari nanti.

Dalam perkongsian kedudukan

berbaur sensitif di negara kita,

Supt. Redzuan Mat Zin bagi pihak

Polis Di Raja Malaysia menyatakan

sensitiviti kaum, agama,

dan kenegerian meletakkan

ketegangan dalam masyarakat

kita. Menurut beliau, penularan

ucapan berbaur sensitif melalui

media sosial secara berleluasa

ternampak pengaruhnya sebagai

penyumbang utama kepada

ancaman perdamaian.

Ketua Kluster Perpaduan Nasional,

Prof. Dr. Mansor Mohd Noor

turut memperhalusi definisi

ucapan kebencian secara ilmiah

sebelum diperbincangkan oleh

ahli-ahli panel daripada beberapa

universiti awam. Ucapan

kebencian merupakan ucapan

yang memburukkan reputasi satu

kumpulan sosial, distereotaipkan

kepada ciri-ciri kewarganegaraan,

ras atau agama yang diikuti

dengan menghasut pemusuhan,

keganasan dan diskriminasi

terhadap kumpulan sosial ini.

Perbincangan secara intensif dalam

wacana ini merangkumi aspek

kedinamikan pemikiran pelbagai

masyarakat termasuk masyarakat

Orang Asli. Ia juga dilihat secara

mendalam dari perspektif bahasa,

budaya, agama, politik, media

dan undang-undang. Wacana

ini merupakan usaha permulaan

untuk menggerakkan garis

panduan seperti diharapkan. Ia

perlu diteruskan dan diperhalusi

dengan mengambil kira ulasan

pembentangan para panelis.

Penulis adalah salah seorang

panelis dalam wacana ini turut

Setiausaha Kluster

Perpaduan Nasional, MPN.

menyarankan kepentingan

peningkatan literasi media dalam

kalangan masyarakat khususnya

dalam penggunaan media sosial.

Kajian yang dilakukan mendapati

tarikan media sosial memang

mudah, menarik dan seronok.

Walaupun banyak kebaikan

boleh dibawa oleh teknologi ini,

namun ramai pengguna sentiasa

terpesong dari ancaman yang

disisipnya.

Ucapan kebencian

merupakan ucapan

yang memburukkan

reputasi satu kumpulan

sosial, distereotaipkan

kepada ciri-ciri

kewarganegaraan, ras

atau agama yang diikuti

dengan menghasut

pemusuhan, keganasan

dan diskriminasi

terhadap kumpulan

sosial ini.

Buletin Pemikir Negara 7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!