25.04.2018 Views

Buletin MPN Edisi Khas PRU 14

Edisi Khas Pilihan Raya ke-14 atau PRU14 ini memaparkan analisis dan isu mengenai PRU14 akan datang. Selamat membaca...

Edisi Khas Pilihan Raya ke-14 atau PRU14 ini memaparkan analisis dan isu mengenai PRU14 akan datang. Selamat membaca...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Isu

SPR juga mengambil inisiatif

mengadakan Program Pendidikan

Pengundi bagi mendekati golongan

berkenaan yang majoritinya

terdiri daripada pelajar institusi

pengajian tinggi (IPT) dan berjaya

mendaftarkan seramai 2,445

pengundi baharu.

Remaja Tidak Peduli Mengundi?

Oleh: Prof. Madya Datuk Dr Ismail Sualman

Seramai kira-kira 4.7 juta

remaja belum mendaftar

sebagai pengundi yang

sah, menyebabkan mereka

tidak layak untuk mengundi

pada PilihanRaya Umum ke 14

(PRU-14). Data yang cukup

mencemaskan kerana remaja

tidak peduli mengenai masa depan

negara ini! Walaupun pelbagai

strategi dilakukan agar mendaftar

sebagai pengundi namun remaja

yang berusia 21 hingga 39 tahun

masih belum berbuat demikian.

Adakah mereka sedar hak sebagai

seorang pengundi? Atau mereka

sengaja tidak mahu mengundi?

Yang lebih mengusarkan

walaupun pelbagai promosi dan

kaunter terbuka serta langkah

berstrategi dilakukan oleh

pihak Suruhanjaya Pilihan Raya

(SPR) dan badan-badan serta

organisasi yang dilantik, namun

sikap dingin remaja untuk “tidak

mahu mengundi” perlu dicari

jawapannya.

Hasil kajian saya menunjukkan

hampir 45.8% remaja berpendapat

bahawa “mengundi tidak memberi

apa-apa faedah kepada mereka”.

Manakala 57.9% pula menyatakan

“mengundi tidak membawa apa-apa

perubahan kepada negara”. Datadata

ini jelas menunjukkan bahawa

kesedaran mengenai hak mengundi

dan keperluan pilihan raya bukanlah

keutamaan bagi mereka.

Adakah sudah sampai masanya

Malaysia mewajibkan semua

rakyat sebagai pengundi seperti

dilakukan di negara jiran

ASEAN kita? Tindakan lebih

berstrategik perlu dilakukan agar

menyampaikan mesej dan kempen

kesedaran kepentingan mengundi

dilakukan secara menyeluruh dan

bersistematik. Mungkin sudah

sampai masanya kita memastikan

mereka yang menerima BR1M,

pelajar yang menyambung ke

peringkat ijazah atau mana-mana

urusan yang lain menunjukkan

bukti sebagai pengundi berdaftar

sebagai syarat wajib.

Malahan SPR boleh melantik

“duta” dalam kalangan mereka

yang berpengaruh seperti atlet,

jaguh sukan, artis atau mereka

yang popular berkempen dalam

kalangan remaja dengan pelbagai

strategi perhubungan awam,

periklanan atau menggunakan

pemasaran sosial dan media sosial.

Pemerhatian di kaunter-kaunter

daftar pengundi membuktikan

kurang atau tiada mesej berupa

pameran lengkap mengenai

keperluan dan kepentingan

menjadi seorang pengundi.

Walaupun pejabat pos sebenarnya

merupa agen yang paling

mudah untuk mendaftar sebagai

pengundi, namun masih ramai

tidak mengetahui hal ini.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya

Pilihan Raya, Tan Sri Mohd. Hashim

Abdullah sehingga suku kedua

tahun ini, sebanyak 14.6 juta

rakyat Malaysia telah mendaftar

sebagai pengundi baharu.

Malahan pelbagai langkah

dan “kerahan” dilakukan oleh

universiti awam, khususnya agar

semua pelajar mendaftar sebagai

pengundi. Rata-rata mereka

telah pun mendaftar. Bagaimana

pula dengan kolej atau universiti

swasta? Siapa pula yang peduli

dengan pencapaian pendaftaran

pengundi dalam kalangan mereka

yan berkerja di kilang, industi

pembinaan dan sebagainya.

Namun perlu diingat bahawa

jumlah remaja dan belia lebih

ramai yang tidak melanjutkan

pengajian di institusi pengajian

tinggi berbanding dengan mereka

yang berada di pusat pengajian

tinggi. Mereka ini mungkin sudah

bekerja atau penganggur yang

“kurang dijejaki” oleh mana-mana

pihak berwajib untuk meminta

mereka mendaftar sebagai

pengundi.

Pilihan raya akan diadakan pada 9

Mei 2018, menunjukkan bahawa

pengundi baharu dan remaja

melebihi 45% sebagai pengundi

penentu bagi pembentukan

kerajaan. Justeru, langkah lebih

agresif perlu dilakukan untuk

PRU15 nanti untuk mendekati

golongan sasar dengan mendidik

mereka mengenai kepentingan

mendaftar sebagai pengundi.

Kita mahukan bahawa setiap

warganegara bertanggungjawab,

cakna dan mendaftar sebagai

pengundi. Sehubungan itu, jadilah

sebagai pengundi yang sah demi

menentukan masa depan negara

yang lebih gemilang.

Fakulti Komunikasi

dan Pengajian Media

Universiti Teknologi MARA

8

Majlis Profesor Negara

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!