25.04.2018 Views

Buletin MPN Edisi Khas PRU 14

Edisi Khas Pilihan Raya ke-14 atau PRU14 ini memaparkan analisis dan isu mengenai PRU14 akan datang. Selamat membaca...

Edisi Khas Pilihan Raya ke-14 atau PRU14 ini memaparkan analisis dan isu mengenai PRU14 akan datang. Selamat membaca...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Minda CEO

PRU14: Mengimbau Perjalanan Sebuah Negara

TAMBAH, BUKAN UBAH ...

Oleh: Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Profesor Negara (MPN).

Pilihan Raya Umum ke-

14 (PRU14) yang bakal

berlangsung pada 9

Mei 2018, menyaksikan

pertembungan antara Barisan

Nasional (BN) dan Pakatan

Harapan (PH) selain Gagasan

Sejahtera. Sebanyak 222 buah

kerusi parlimen dan 505 buah

kerusi Dewan Undangan Negeri

(DUN) akan dipertandingkan

di seluruh negara. Menurut

statistik yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),

seramai 14,940,624 juta pengundi

berdaftar bakal menentukan

kepemimpinan negara dan

kerajaan baharu, dan melunaskan

suatu proses demokrasi yang

segar.

BN memasuki gelanggang PRU14

dengan rekod pembangunan dan

kemajuan sejak negara mencapai

kemerdekaan 60 tahun lalu.

Sebagai sebuah parti pemerintah

yang berpengalaman mentadbir,

BN menyediakan pelbagai tawaran

melalui manifesto bertajuk

“Bersama BN Hebatkan Negaraku”

bagi menambahkan lagi cerita

kejayaan Malaysia untuk tempoh

lima tahun akan datang.

PH melalui manifestonya yang

membawa slogan “Membina

Negara, Memenuhi Harapan”

dilihat tidak lebih sebagai satu

propaganda untuk menyamakan

Malaysia sebuah negara yang

gagal. Apatahlagi, kempen

pakatan pembangkang

seringkali membawa gambaran

negatif terhadap segala usaha

kerajaan selama ini. Isu seperti

pelaksanaan GST dan kos hidup

yang tinggi dimanipulasikan

sehingga menimbulkan kekeliruan

dalam kalangan rakyat. Selain itu

PH turut menghidangkan beberapa

tawaran yang bersifat populis

mengambilkira implikasi kewangan

yang tinggi termasuk pendidikan

tinggi percuma dan penghapusan

kutipan tol.

Mengukur keupayaan BN yang

selama ini menerajui kerajaan

boleh terus dilakukan dengan

melihat apa yang ada di depan

mata kita. Apa yang pasti, negara

kini berada pada landasan yang

kukuh dalam pelbagai aspek

yang boleh dinilai samada ukuran

sendiri atau antarabangsa.

Berdasarkan ucapan Bajet 2018

yang telah dibentangkan oleh YAB.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd

Najib Tun Razak, pendapatan per

kapita rakyat daripada 27,819

ringgit pada tahun 2010, kini telah

meningkat kepada 40,713 ringgit,

dan dijangka mencapai 42,777

ringgit menjelang 2018.

Kadar pengangguran di negara ini

kekal berada pada paras bawah

4 peratus setakat September

2017, iaitu pada kadar 3.5 peratus

atau seramai 504,100 orang

penganggur. Selain itu, sektor

pendidikan yang menjadi tonggak

transformasi negara akan terus

diupayakan lagi oleh kerajaan

dengan pelbagai inisiatif dan

bantuan. Lebih khusus, sektor

pendidikan tinggi negara terus

dibugarkan untuk menjana insan

dan tenaga kerja berpengetahuan

dan berkemahiran tinggi yang

akan memacu pembangunan,

kemajuan dan transformasi

negara. Kita juga berbangga

dengan kualiti Institusi Pendidikan

Tinggi (IPT) tempatan yang kini

setanding dengan IPT di luar

negara berdasarkan ranking di

peringkat global.

Selain itu kita turut menyaksikan

pembangunan infrastruktur asas

yang sangat pesat di Sabah dan

Sarawak juga diSemenanjung.

Lebuhraya Pan-Borneo serta

jalanraya penghubung sudah

tentu akan menjadi ‘game

changer’ kepada pembangunan

rakyat dikedua negeri, selain dari

pelbagai lagi inisiatif lain yang

turut dirancang. Tidak kurang

aspek-aspek lain yang terus

dimajukan termasuk kesihatan,

keselamatan dan peluang-peluang

pekerjaan dan keusahawanan.

Pada masa yang sama, hala tuju

negara melangkaui 2020 sangat

jelas dengan pelbagai pelan

pembangunan dan transformasi

demi kesejahteraan rakyat.

Rancangan Malaysia Kesebelas

atau RMK11 (2016-2020) misalnya

memberi tumpuan kepada usaha

menyiapsiagakan rakyat untuk

masa hadapan.

Transformasi Nasional 2050 atau

TN50 pula digubal sebagai usaha

menjadikan Malaysia sebuah

negara maju bagi tempoh 2020

hingga 2050, yang akan turut

menyasarkan negara menjadi

antara 20 negara teratas di

tangga dunia dalam ekonomi,

kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Tambahan lagi agenda TN50

dibentuk melalui proses demokrasi

idea golongan muda yang

menghimpunkan aspirasi mereka

dalam pelbagai aspek kehidupan

masa hadapan.

Hakikatnya, PRU14 bukanlah soal

memilih pemimpin dan kerajaan

semata-mata, sebaliknya ia

bakal menentukan jaminan masa

hadapan rakyat Malaysia. Justeru,

hak mengundi dalam PRU14 ini

wajar direbut oleh mereka untuk

menambah kisah kejayaan negara

yang sedia ada, bukan mengubah

apa yang telah kita bina selama

ini. Pemikiran yang rasional dan

bukan emosi sangat diperlukan

untuk membuat penilaian.

Janganlah bereksperimen; apa

yang diperlukan adalah untuk

tambah, bukan ubah!

Selamat mengundi.

12

Majlis Profesor Negara

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!