28.04.2018 Views

LAPORAN TAHUNAN 2016 v3APPLE prabentang

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN PKG KUALA PENYU

12. Laporan Technorama-iT Fiesta Peringkat Daerah Kuala Penyu

Technorama-iT Fiesta Peringkat Daerah Kuala Penyu 2016 yang

dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan

Teknologi Maklumat (KPSKTM) bersama Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri Sabah (BTPNS) telah berjaya diadakan dengan penyertaan lapan

buah sekolah di daerah ini.

Program yang bermula pada 8 Ogos sehingga 11 Ogos 2016 itu diadakan

di SMK Menumbok. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Menumbok,

SMK Kuala Penyu, SMK St Peter Bundu, SMK Pekan Kuala Penyu, SJKC

Pui Hwa, SK Lambidan, SK Sangkabok dan SK Tanjung Aru. Terdapat 3

aktiviti yang dijalankan semasa Technorama-iT Fiesta ini iaitu Digital Story

Telling (DST) yang dikendalikan oleh Encik Chua Guan Chee dari BTPN

Sabah. Manakala aktiviti Aniclix diketuai oleh Encik Hafiz dari Pertubuhan

Usahawan Teknologi Sabah (SATA). Kedua-dua aktiviti ini mengambil

masa selama 4 hari. Pada hari terakhir, pihak KPSKTM yang diketuai oleh

Encik Nailson Jimmy pula mengendalikan aktiviti Technorama-iT yang

melibatkan 5 buah sekolah iaitu, SMK Menumbok, SMK Kuala Penyu,

SMK St Peter Bundu, SMK Pekan Kuala Penyu dan SJKC Pui Hwa.

Penglibatan para pelajar selama 4 hari di SMK Menumbok itu telah

memupuk kerjasama antara satu sama lain dan merapatkan silaturrahim

antara pelajar, guru dan sekolah-sekolah melalui bidang IT. Sepanjang

mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, para peserta begitu seronok

belajar menghasilkan filem pendek, animasi dan Game Marshall.

Menurut Ustaz Rosli @ Bazlie bin Atur, Ketua Unit Pendidikan Islam

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu, aktiviti seumpama ini akan dapat

membantu guru-guru mencetuskan idea kreatif dengan mempelbagaikan

bahan bantu mengajar dalam PdP menggunakan teknologi ICT. Selepas

ini, pihak Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kuala Penyu akan membantu PPD

Kuala Penyu dalam meluaskan ilmu yang dimanfaatkan semasa program

ini kepada sekolah-sekolah yang lain.

Laporan Tahunan 2016

143

BTPN SABAH

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!