28.04.2018 Views

LAPORAN TAHUNAN 2016 v3APPLE prabentang

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN PKG KUALA PENYU

Program Technorama-iT Fiesta Peringkat Daerah Kuala Penyu 2016 itu

dirasmikan oleh Puan Moira David, Ketua Penolong Setiausaha, KPSKTM.

Menurut Puan Moira, Technorama-iT Fiesta merupakan salah satu aktiviti

dalam program Virtual School Club yang sasarannya adalah para pelajar

sekolah menengah dan rendah di seluruh Negeri Sabah. Pada tahun ini,

daerah Kuala Penyu merupakan daerah yang ketiga selepas daerah Kudat

dan Tuaran. Dengan adanya sokongan dan sambutan yang menggalakkan

dari pihak sekolah di seluruh Negeri Sabah, Technorama-iT telah

dikembangkan menjadi satu program yang lebih kreatif dan inovatif dengan

menggabungkan beberapa aktiviti lain berkaitan ICT bermula tahun 2009

sehingga kini. Program Technorama-iT Fiesta ini diharapkan dapat

menambah ilmu pengetahuan serta pendedahan awal khususnya dalam

bidang ICT kepada semua pelajar mahupun guru sekolah terlibat dan

secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan yang celik dalam ICT.

“Sebagai contoh, aktiviti DST mendedahkan pelajar kepada cara

menghasilkan skrip, melahirkan pelajar yang berbakat dalam bidang seni

lakonan, mengetahui cara membuat suntingan video seterusnya pelajar

akan dapat menghasilkan cerita dalam bentuk digital yang mengandungi

mesej berkaitan dengan pendidikan di sekolah mahupun kemasyarakatan,”

kata Moira.

Dalam majlis penutupan, semua peserta aktiviti DST dan Aniclix menerima

sijil dan beg. Hasil kerja kumpulan yang terbaik telah ditayangkan pada

majlis tersebut. Kumpulan DST yang terbaik ialah SMK Menumbok dan

SJKC Pui Hwa. Manakala hasil kumpulan aktiviti Aniclix yang terbaik ialah

SK Tanjung Aru dan SMK Menumbok,

Majlis penutupan itu juga turut diserikan dengan persembahan sambut

tamu dan tarian oleh Kelab Seni Budaya dan Persatuan Silat

SMK Menumbok yang dipimpin oleh Cik Charoty Avian Charles dan Puan

Zahrina Jimmy.

Turut hadir dalam majlis penutupan itu ialah Penolong Pengarah BTPN

Sabah (Encik Salleh Linggam), Pengetua SMK Menumbok (Encik Azalan

@ Azlan bin Dimon), Pengetua SMK Kuala Penyu (Encik Matrudin bin

Radin), Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pekan Kuala Penyu (Encik

Zamharir bin Hj Ahmad), Guru Besar SJKC Pui Hwa (Puan Choy Sen Swee

Chin) dan Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru

Kuala Penyu (Puan Patrisia Cindy Ibrahim).

Laporan Tahunan 2016

144

BTPN SABAH

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!