28.04.2018 Views

LAPORAN TAHUNAN 2016 v3APPLE prabentang

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN PKG SIPITANG

3. KEM MEMBACA 1MALAYSIA

Kem Membaca 1Malaysia adalah merupakan satu aktiviti tahunan

Kementerian Pendidikan Malaysia dan dijalankan secara serentak di seluruh negara. Ia

dijalankan bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap

cintakan ilmu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan murid di sekolah. Oleh yang demikian,

Sekolah Kebangsaan Mesapol, Sipitang telah dipilih untuk Pelancaran Kem Membaca

1Malaysia Peringkat Daerah bagi Tahun 2016.

Antara objektif utamanya adalah untuk menanam semangat cintakan ilmu

sekaligus mengukuhkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah. Tema Kem

Membaca 1Malaysia pada Tahun 2016 ialah ”Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia”

dan dari segi pelaksanaannya ialah semua para hadirin terutamanya warga sekolah

khususnya membaca buku membaca buku selama 33 minit dan 58 saat secara senyap.

Selepas majlis membaca buku secara senyap dijalankan, aktiviti

seterusnya adalah persembahan syarah dan membaca secara umum kepada hadirin

yang dilakukan oleh pelajar dari SK Lubok Darat, Sipitang.

Secara keseluruhannya, Majlis tersebut telah dijalankan dengan lancar

mengikut perancangan yang telah dibuat. Pihak yang bertanggungjawab adalah Guru

Perpustakaan dan Media serta guru-guru NILAM di sekolah tersebut.

Laporan Tahunan 2016

158

BTPN SABAH

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!