06.12.2018 Views

BUKU PENGURUSAN 2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Dasar Kurikulum Sekolah

1.0 LATAR BELAKANG

Buku Panduan dan Takwim Persekolahan 2018

Sk Kampong Bahagia

Pindaan 2018/1

Kurikulum merupakan salah satu perkara yang utama bagi setiap guru dan murid-murid

yang menjadi warga sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan

pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar

pendidikan kebangsaan. Disamping itu adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk

bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah dalam mana-mana program yang dijalankan.

Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang, satu jawatan

kuasa dibentuk bagi merancang potensi sekolah ke arah Sekolah Cemerlang. Jawatan kuasa ini

akan merancang, melaksana dan menilai sejuh mana program yang dibuat mampu menaikkan

prestasi sekolah. Unit Kurikulum memilih Pelajaran Bahasa Melayu sebagai kebitaraannya.

Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan pelajar, bagi mencapai arah tuju

pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

2.0 OBJEKTIF

Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :

2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.

2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.

2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

2.4 Mematuhi segala perancangan yang disarankan dalam PPPM 2013-2025

3.0 DASAR

3.1 Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang

merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan

kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi diri dalam aspek jasmani, emosi , intelek

dan sosial.

3.2 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar

pendidikan kebangsaan.

3.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan dan Jabatan

Pendidikan Negeri.

3.4 Semua guru mestilah mendapatkan maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa.

3.5 Dalam merancang apa-apa aktiviti, program akademik mestilah diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT

4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat ( 4 ) kali setahun bagi

membincangkan pengurusan dan pelaksanaan dan isu kurikulum di sekolah.

4.2 Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan dalam pekeliling

perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa sekarang.

4.3 Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah

disediakan dalam tempoh seminggu.

28 |

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!