10.04.2019 Views

Buku Program PETAH 2019

PETAH: Seni Pengucapan Alaf Baharu

PETAH: Seni Pengucapan Alaf Baharu

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PETAH 201 9 PERINGKAT KEBANGSAAN

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

Penganjuran PETAH kali kedua peringkat kebangsaan ini memperkenalkan konsep

baharu dalam komponen pengucapan awam. Konsep tersebut mengikut trend dan gaya

masa kini bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi, integrasi teknologi dan atribut

diri. Melalui PETAH, murid diberikan bimbingan melalui bengkel yang dikendalikan

oleh siswa guru dan pensyarah dalam Studio PETAH. Pada hari berikutnya, murid

bertanding untuk merebut gelaran Bintang PETAH.

Kategori Studio PETAH 2019

i. Bual Cerita (tiga orang murid)

Penyampaian idea percakapan atau buah fikiran yang menyeluruh dan sempurna

tentang sesuatu cereka. Cereka yang dipilih dan disampaikan mengandungi

perkembangan plot yang lengkap, gaya bercerita dan mengaplikasikan teknik yang

menarik. Penyampaian cerita tersebut turut disokong oleh props dan efek bunyi

yang dilaksanakan secara langsung.

ii. Bicara Tuntas Interaktif (seorang murid)

Penghujahan idea atau buah fikiran yang menyeluruh dan sempurna berdasarkan

topik/bahan yang dibicarakan. Pengaliran maklumat secara interaktif dan

berterusan dengan mengaplikasikan teknologi. Murid bebas mencipta identiti

personaliti mengikut situasi dan acara.

Sasaran dan Pelaksanaan

Kumpulan sasaran PETAH ialah murid sekolah rendah seluruh negara.

Pelaksanaannya selama dua hari dan dijalankan di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras,

Kuala Lumpur.

e-PETAH

Pada tahun ini diperkenalkan pertandingan pengucapan awam e-PETAH dalam kalangan

siswa guru IPGKIK bagi membina amalan baik dan memupuk nilai profesional sebagai

bakal guru. Selain itu, pengucapan yang menyentuh isu pendidikan ini melatih siswa

guru merealisasikan amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengucapan.

e-PETAH selari dengan gaya terkini yang menjurus kepada pengucapan awam

menggunakan platform Instagram. Wadah digital ini menjadi daya penarik golongan

muda untuk mengembangkan potensi pengucapan awam mengikut trend semasa.

12

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!