02.01.2021 Views

E-BULETIN IPG KAMPUS ILMU KHAS 2020

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.


Tinta Pengarah

Assalamualaikum

Selamat Sejahtera

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya diberi peluang untuk mengungkapkan baitbait

kata dalam e-buletin Ilmu Khas Edisi Kelima ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas

dan tahniah kepada sidang redaksi kerana telah berjaya menghasilkan e-buletin pada tahun 2020 ini

walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang

ditunjukkan sepanjang menyiapkan e-buletin ini.

E-buletin merupakan satu pendokumentasian program pensyarah dan siswa guru sepanjang tahun 2020.

Segala penglibatan pensyarah dan siswa guru sepanjang tahun 2020 ini dimuatkan dalam e-buletin supaya

menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPG Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) dan masyarakat luar. Penglibatan

pensyarah dan siswa guru dalam pelbagai program ini telah membuktikan bahawa IPGKIK terus mengorak

langkah untuk mengekalkan tradisi kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Penghasilan e-buletin kali ini

juga adalah selaras dengan Hala Tuju Perancangan Strategik IPGKIK 2021-2025 yang bermatlamat

menjadikan IPGKIK sebagai Pusat Pendidikan Guru Inklusif menjelang 2025.

E-buletin merupakan satu jenama yang wajar dibanggakan kerana segala penglibatan dan pencapaian

pensyarah dan siswa guru didokumenkan secara sistematik dan terperinci. Sebagai sebuah institusi yang

menekankan kualti dan kecemerlangan, pihak institut sentiasa menyokong penuh penglibatan setiap

warganya dalam pelbagai program demi meningkatkan tahap profesionalisme supaya mampu berdaya

saing bukan sahaja di peringkat glokal malah di peringkat global. IPGKIK juga sentiasa komited untuk

melahirkan siswa guru yang kompeten dan bertaraf dunia selaras dengan hala tuju Transformasi Institut

Pendidikan Guru 2016-2025.

IPGKIK sentiasa mengambil inisiatif untuk menggilap bakat-bakat baharu dalam kalangan siswa guru

supaya legasi kecemerlangan dapat dikekalkan bak kata mutiara yang patah akan tumbuh, yang hilang

akan berganti. Sebagai institusi yang berteraskan pendidikan inklusif para pensyarah sentiasa

menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan visi dan misi IPGKIK dapat dicapai dengan jayanya.

Sehubungan dengan itu, penghasilan e-buletin ini juga merupakan suatu catatan sejarah terhadap

sumbangan dan jasa yang telah ditaburkan oleh setiap warga IPGKIK.

Akhir kalam, saya berharap semoga e-buletin ini menjadi satu wadah untuk dikenang dan dihargai oleh

generasi pada masa ini dan akan datang agar IPGKIK terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian.

Wan Yusof bin Wan Ngah

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas


SIDANG REDAKSI

AMAT TAROP BIN SUMO

KETUA EDITOR

DATIN SITI MUHIBAH BINTI NOR

PENOLONG EDITOR

MOHAMAD FIRDAUS NUS BIN JIONUS

AJK EDITOR

AKMAL HAYAT BIN ABDUL RAZAK

AJK EDITOR


Penyelaras

Puan Jamaliyah Binti Ahmad

Setiausaha

puan noor fitriyati binti abdul samad

Ajk E-buletin

Encik amat tarop bin sumo

datin siti muhibah binti nor

MOHAMAD FIRDAUS NUS BIN JIONUS

akmal hayat bin abdul Razak

Ajk kecermelangan

puan Noraini binti abd Rahim

cik nik hartini binti nik latif

Dr Aliza binti Adnan

Puan Haslina binti Hassan

Ajk laporan tahunan

puan norliza binti ahmad kamal

puan zuraidah binti yazid

puan mazana binti che wil

encik rosman bin adam

dr Assunta Carolina antonysamy

encik mahadi bin saran

puan suriani binti yusof

puan Rozita binti Ibrahim

DR hairul faiezi bin lokman


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Syabas diucapkan kepada jawatankuasa yang berjaya menerbitkan e-buletin

untuk tahun 2020. Sudah tentu pelbagai cerita dan peristiwa dapat diimbau

melalui e-buletin kali ini. Saya amat berbesar hati kerana dapat bertugas di

IPGKIK yang tersohor ini. Sesungguhnya warga IPGKIK akan menggalas

tanggungjawab dan mengembleng tenaga menyumbang idea untuk membina

dan membangunkan IPGKIK supaya terus maju lagi dihormati. Semoga segala

usaha kita diberkati dan seterusnya dapat melonjakkan kecemerlangan

IPGKIK dan sistem pendidikan negara.


Sempat lagi

nak rehat ni

sebab orang

belakang jauh

lagi ni


Ehhh! Ade

kamera

senyum


Jangan tangkap

gambar lagi, tak

ready lagi nih

Huhuhu


OLAHRAGAWAN

MUHAMMAD AMER ASHRAF B MD

HUSIN

OLAHRAGAWATI

KU ALYDIA AUNI BT. KU

MOHD HUSIN



Berjuanglah

demi siswa

guru bukan

untuk diri

sendiri

Ha tepuk!

Manifesto

mantap.

MALAM MANIFESTO


CALON-CALON YANG BERTANDING

Anda sebenarnya hebat,

bakal peneraju kepimpinan negara

pada masa yang akan datang


JAWATANKUASA

PERWAKILAN PELAJAR

2020/2021


Nama: Hoshi Ooi Wei Chun

Asal: Pulau Pinang

Umur: 24 tahun

Kos: Pend Khas Masalah Pendengaran

Gelaran: Alumni pelajar IPG

1. Selalu belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun saya menghadapi

cabaran hidup sebagai orang pekak

2. Jangan malu bertanya kepada guru sekolah sekiranya saya tidak tahu

3. Menumpukan perhatian kepada guru semasa guru mengajar di kelas

4. Mengulang kaji pelajaran dan belajar topik baharu sebelum guru mengajar

topik baharu

5. Membuat penilaian kendiri terhadap mata pelajaran yang lemah

6. Jangan mudah berputus asa apabila menghadapi kegagalan dalam

peperiksaan

7. Belajar dua atau beberapa patah perkataan baharu bak kata pepatah, sikit-sikit

lama-lama jadi bukit

8. Menerima teguran daripada guru walaupun saya tidak pernah buat kesalahan

9. Mencari bahan rujukan di perpustakaan pada masa lapang


Biodata

Nama: Muhammad Rafique Farhan bin Saiful Nizam

Umur: 20 tahun

Asal: Selangor

Major: Pendidikan Khas Penglihatan

Motor Hidup: Kejayaan akan hadir kepada mereka

yang berusaha.

Kata-kata inspirasi yang menjadi pegangan: Payung

tidak mampu untuk menahan hujan, tetapi dengan

payung kita mampu untuk berjalan di bawah hujan.

Begitu juga dengan keyakinan, keyakinan tidak

mampu menghentikan dugaan atau cabaran hidup,

tetapi dengan keyakinan kita mampu untuk

menempuh segala dugaan atau cabaran yang kita

hadapi.


Bulan budaya pekak

merupakan salah satu

usaha murni IPGKIK

untuk menyantuni

golongan OKU. Hal ini

selaras dengan

aspirasi IPGKIK

sebagai institusi yang

menekankan

Pendidikan inklusif

Sebagai peneraju pendidikan

inklusif IPGKIK komited untuk

menyantuni warga OKU dengan

mengadakan pelbagai program

keilmuan. Antaranya Webinar

Khas Sempena Hari Oku dan

Bulan Budaya Pekak


Memahat nama menjulang

ipgkik

Dr. Hairul Faiezi bin Lokman yang baru menyelesaikan PhD

beliau dalam bidang Kurikulum dan Pedagogi (Pendidikan

Moral) di UKM telah membawakan tajuk tesis beliau Social

Media Integrated Charity Works

Pensyarah IPGKIK Memenangi Pingat Bronze Peringkat Antarabangsa

Tahniah kepada tiga pensyarah IPGKIK

yang telah memenangi pingat Bronze

peringkat Antarabangsa bagi kategori

Profesional /Industry/Lecturers di

International, Invention , Innovation and

Design Competition 2020. Pertandingan

tersebut turut disertai oleh 174 penyertaan

yang melibatkan IPA Awam dan Swasta.

Majlis Bicara Profesional dan Anugerah

Pengembangan Profesionalisme Berterusan

IPGKIK menghargai kalangan Pensyarah dan

Kumpulan Staf Sokongan yang telah

melibatkan diri secara cemerlang sepanjang

tahun 2019 dalam aktiviti Pembangunan

Profesionalisme Berterusan (CPD) dan

Latihan Pembangunan Staf (LPS). Majlis ini

juga memberi penghormatan kepada Pn

Norani Bt Abd Rahim


Anugerah Asia Pasific Leadership Award For

District/State Commissoner

Pada 1-4 Okt 2020 bertempat di Hotel

Dossett Grand Subang Jaya,

Sempena Persidangan dan Mesyuarat

Agung Tahunan Persatuan Pandu

Puteri Malaysia yang ke-55, Mantan

Ketua Pesuruhjaya Cawangan IPG

KPM Puan Norijah binti Mohamed

telah menerima Anugerah Ahli

Seumur Hidup dari Yang Amat

Berbahagia Puan Sri Datin Paduka

Hajah Norainee binti Haji Abdul

Rahman isteri Perdana Menteri

Malaysia dan Anugerah Asia Pasific

Leadership Award For District/State

Commissoner dari KDYMM Seri

Paduka Baginda Raja Permaisuri

Agong Tunku Hajah Azizah Aminah

Maimunah Iskandariah binti Almarhum

Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar

Al-Haj, Penaung Diraja PPPM.

Audit Dalaman Bil.2/2020 Sistem Pengurusan Kualiti MS

ISO 9001:2015

Majlis penutupan Audit Dalaman Bil.2/2020 MS

ISO 9001:2015 berlangsung pada 29 September

2020. Proses pengauditan telah diadakan pada

28 & 29 September 2020 untuk skop audit

bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2020.

Sebanyak 16 portfolio telah diaudit. Proses audit

ini melibatkan 118 pensyarah, 18 auditor dan 10

orang staf.


Pencapaian Inovasi e-Modul Celik Kraf IPKIK 2020

Tahniah Pasukan Inovasi e-Modul Celik Kraf

gabungan idea utama dari Pensyarah Jabatan

Pendidikan Seni Visual yang mengangkat

Pendidikan Inklusif kepada kelompok

masyarakat berkeperluan khas di Malaysia.

Inovasi ini telah memenangi beberapa inovasi

diperingkat institut, kebangsaan dan

antarabangsa.

E-LPS – STRES PKPB? BAGAIMANA MEMPELANGIKANNYA?

Anda stres? Program ini

amat membantu dalam

memberi nilai tambah

kepada siswa guru dan

warga IPGKIK dalam

menagani cabaran stres

PKPB 2020


Kecemerlangan IPGKIK Dalam MinD IPG 2020

Syabas dan tahniah !

Sempena MinD IPG 2020,

yang diadakan di IPG Kampus

Raja Melewar pada 6 Oktober

2020, IPG Kampus Ilmu Khas

telah menghantar 46 pasukan

untuk menyertai pelbagai

acara yang dipertandingkan.

IPGKIK telah mendapat 3

pingat emas, 2 pingat perak, 1

pingat gangsa. IPGKIK juga

memperolehi 3 anugerah khas

dan mendapat Johan

Penulisan Akademik. Tahniah

pada semua yang berjaya

menjulang nama IPGKIK.

Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan

e-PETAH kerana mrmperoleh

ANUGERAH PLATINUM dalam

International Summit on Innovation &

Design Exposition anjuran Universiti

Malaya, Malaysian Digital Economy

Corporation (MDEC) dan Kementerian

Pendidikan Malaysia


Semarak Kemerdekaan

Pelancaran Bulan

Kebangsaan & Kempen Kibar

Jalur Gemilang 2020 serta

Kempen Derma Darah

peringkat IPGKIK. Program

ini dianjurkan oleh Jabatan

STEAM

Mencakna Minda Menggapai Ilmu

Jabatan Pengajian Melayu telah menjalankan Kursus Pemantapan Tatabahasa

untuk Guru Bukan Opsyen Daerah Tangkak, Johor Darul Takzim pada 21 Oktober

2020. Pensyarah yang terlibat sebagai pemudah cara dalam kursus ini ialah En.

Amat Tarop bin Sumo, Pn. Fadilah binti Idris, Pn, Norliza binti Ahmad Kamal dan

En. Hasizan bin Dahalal. Diharapkan kursus sehari ini dapat mengukuhkan serta

menyakinkan guru bukan opsyen ini terhadap penguasaan aspek tatabahasa

Bahasa Melayu dengan betul ketika melaksanakan PdP mereka.


Aktiviti #StaySafeAndRun 5KM Virtual Run merupakan

larian anjuran National Cancer Society Malaysia

(NCSM) untuk mengumpul dana bagi menyokong:

1. Kediaman Harapan Kanak-kanak NCSM

2. Klinik Pemeriksaan Kancer dan Kesihatan NCSM

3.Perkhidmatan Maklumat Kancer untuk mangsa kanser

semasa Covid-19

International Innovation Competition

(INNOCOM 2020) oleh anjuran AID

Conference, Universiti Sains Islam

Malaysia telah diadakan pada 15

Julai 2020. Inovasi ini dijalankan

secara maya bermula dengan

penghantaran abstrak pada 1 Julai

2020 diikuti dengan pendaftaran

peserta pada 4 Julai 2020 dan video

yang hendak dipertandingkan di

hantar lengkap pada 5 Julai 2020.

Seramai 4 orang pensyarah dari

Jabatan Pendidikan Muzik yang telah

terlibat terdiri daripada Cik Nik Hartini

binti Nik Latif, Puan Edna Wellington,

Puan Ching Ing Hoe dan Encik Yusri

bin Hj. Hussain dengan inovasi


Pelancaran Bulan Kemerdekaan

akan berlangsung pada 25 Ogos

2020. Sempena sambutan bulan

kemerdekaan pelbagai aktiviti dan

pertandingan telah dianjurkan oleh

Jabatan STEAM. Penglibatan warga

IPGKIK dalam pelbagai aktiviti ini

diharap dapat meningkatkan

perasaan cinta kepada negara dan

membentuk jati diri yang baik. Sila

rujuk lampiran untuk aktiviti yang

dilaksanakan dan syarat

pertandingan.


Mengekalkan kecemerlangan

adalah lebih sukar daripada

mencipta kecemerlangan.

Namun, berlandaskan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan

sahsiah diri anda mampu

mengubah organisasi,

masyarakat dan negara.

Ciptalah sesuatu yang luar

biasa. Pasti momentum

kecemerlangan akan menjadi

milik kita untuk manfaat

bersama-sama.

Flame the

Passion to Ignite

the Excellence

Facing it, Accept

it, Deal with it,

Let go it


Siswa Guru Elektif Pendidikan Moral bersama Kaunselor Pelatih Unit

Psikologi dan Kaunseling dari Universiti Malaya menganjurkan

Kempen Kesedaran Bahaya Covid-19 yang memberikan mesej

kesedaran kepada warga kampus tentang Covid-19 yang semakin

menular di dalam negara Malaysia. Kempen ini berlangsung mulai 9

Mac sehingga 13 Mac.


Pendaftaran pelajar baru mengikut SOP

Jauh lagi ke,

abang senior?

Syabas anda

mematuhi SOP dan

lulus untuk masuk

ke IPGKIK!


Siswa Guru Pemangkin Intelektual

Bicara KBAT bersama Siswa Guru IPG Kampus Ilmu Khas(IPGKIK)

Tajuk: Guru Permulaan, PdPc Covid

19 & Amalan KBAT

Anjuran: JK Pusat Kecemerlangan

Kemahiran Berfikir(PKKB) IPGKIK

(Zon Tengah)

Tarikh: 25 September 2020(Jumaat)

Masa: 2.45 -3.45 petang

Aplikasi youtube live_IPGKIK

Bantuan Gerakan Siswa IPGKIK

Gerakan Siswa IPGKIK yang terdiri daripada

beberapa orang pelajar semester 7 telah

melakukan satu langkah mengejutkan

dengan membantu siswa guru yang

terkandas di rumah sewa pada 28 November

2020.


Kecemerlangan Siswa Guru IPGKIK dalam Pertandingan e-

Terapan, UIA

Setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian siswa guru opsyen Bahasa Melayu PPISMP,

Emmeldha Jassieda Anak Jackson dan Farizul Haikal bin Sharuddin yang merangkul

Johan dan Ketiga dan Pertandingan e-Terapan, anjuran Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia, Pagoh. Pertandingan mencipta dan melafazkan pantun secara dalam talian

ini berlangsung pada 16-20 November 2020. Emmeldha turut menjuarai kategori

Busana Terbaik dalam pertandingan tersebut. Syabas.

Majlis penyampaian hadiah Pidato Literasi

Kewangan peringkat kebangsaan 2020 di IPG

Kampus Pendidikan Islam Percapaian tempat

ketiga Norhana Nazihah binti Nor Azman dan

tempat keenam Shahrul Asyraf bin Suhaimi

Siswa guru pengajian Bahasa Melayu PISMP

semester 1 2020


Persaraan Dr Norherani Moning

Salam persaraan buat Timbalan Pengarah

IPGKIK, Dr Norherani Moning yang

mengakhiri perkhidmatan beliau sebagai

penjawat awam pada 17.1.2020. Beliau

telah banyak menyumbang jasa dan

khidmat bakti kepada pelajar dan

pensyarah IPGKIK dan merupakan antara

penggerak utama mencipta kegemilangan

IPGKIK. Warga IPGKIK merakamkan

penghargaan terima kasih pada Dr

Norherani

Ilmu dicurah

bakti dikenang

Cantik sungguh cincin suasa,

Dipakai oleh putera idaman,

Segala bakti, budi dan jasa,

Akan dikenang sepanjang zaman.

Persaraan Puan Mohny Devi a/p Gurdev Singh

Majlis persaraan Puan Mohny Devi a/p

Gurdev Singh, pensyarah Jabatan Bahasa

telah berlangsung pada 31.1.2020. Beliau

banyak menyumbang kepakaran dalam

bidang Kesusasteraan Bahasa Inggeris di

IPGKIK. Terima kasih atas perkhidmatan

selama 17 tahun di IPGKIK.


Majlis Persaraan Dr Teng Siew Lian

Majlis Persaraan Dr Teng Siew Lian. Warga

IPGKIK merakamkan penghargaan terima

kasih di atas khidmat bakti yang dicurahkan.

Semuga terus berjaya.

Kalau ada sumur diladang,

Happy Retirement - Pn Lee Lay Hwa

Boleh saya menumpang mandi.

Kalau ada umur yang Panjang,

Boleh kita berjumpa lagi

Majlis persaraan Pn Lee Lay Hwa, pensyarah dari

Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian

& Matematik yang telah berkhidmat selama 416

bulan sepanjang perkhidmatan. Beliau telah

berkhidmat selama 5 tahun di IPGKIK dan akan

bersara wajib pada 19.3.2020. Terima kasih atas

sumbangan jasa bakti yang diberi selama

perkhidmatan beliau. Warga mengucapkan

selamat maju jaya.


Persaraan En Thahir Nuruddin

Selamat bersara kepada Encik Thahir Nuruddin,

Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu yang

bersara wajib mulai 23 Jun 2020. Beliau telah

berkhidmat di IPGKIK mulai Januari 2012.

Warga IPGKIK mengucapkan setinggi terima

kasih atas sumbangan dan jasa bakti yang telah

dicurahkan.

Majlis Persaraan Dr Lim Zek Chew

Pensyarah Jabatan Pendidikan Muzik, Dr Lim

Zek Chew telah bersara pilihan pada 30.10.2020

setelah berkhidmat selama 35 tahun. Warga

IPGKIK merakamkan penghargaan terima kasih

di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Semuga terus berjaya dan cemerlang

Persaraan Pn Ching Ing Hoe dan Pn Zainun Buymin

Selamat Bersara Pn Ching Ing Hoe

(pensyarah Jabatan Pendidikan Muzik) dan

Pn Zainun Buymin (staf Unit Peperiksaan).

Majlis mengetik kad perakam waktu terakhir

diadakan pada 8.12.2020. Warga IPGKIK

merakamkan penghargaan terima kasih atas

khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga

diberi kesihatan, kelapangan dan

kebahagiaan bersama keluarga.


Semarak Budi Di Bumi

IPGKIK

Warga IPGKIK mengucapkan ribuan

terima kasih atas jasa bakti yang

telah disumbangkan kepada IPGKIK.

Semoga terus mengekalkan

kecemerlangan di tempat yang

baharu

Rajanthiran a/l A.

Shanmugam

Pada 13 Mac 2020 telah

diadakan majlis perpisahan

untuk En S. Rajanthiran a/l A.

Shanmugam yang akan melapor

diri ke Jabatan Pendidikan

Wilayah Persekutuan. Semoga

beliau terus cemerlang di

tempat baru. Terima kasih atas

sumbangan jasa bakti yang

diberi sebagai Kaunselor di IPG

Kampus Ilmu Khas.


Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu PPISMP Jun 2020 akan dilaksanakan

mengikut ketetapan berikut:

Tarikh :1 September – 3 September 2020

Masa

Tempat

:8.00 pagi – 4.30 petang

:Dewan Dato' Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas

Lawatan kerja YBhg. Datuk Dr

Habibah Abdul Rahim, Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia ke

IPG Kampus Ilmu Khas untuk

menyaksikan sendiri perjalanan

aktiviti dan pematuhan SOP

sempena Minggu Pendaftaran

dan Pengurusan Pelajar Baharu

Program Persediaan Ijazah

Sarjana Muda Perguruan

(PPISMP) Ambilan Jun 2020.

Turut mengiringi dalam lawatan

kerja ini ialah YBrs. Dr Rusmini

Ku Ahmad, Rektor, Institut

Pendidikan Guru Malaysia


Man of the

day 2020


Ketuk sajalah

asalkan

bukan ketuk

ketampi

Ahh sudah

terlupa lirik

pulak.

Siapa yang

menang

agaknya


Program Ceramah Kesihatan Pergigian anjuran Jabatan STEAM akan diadakan mengikut

ketetapan berikut:

Tarikh : 10 September 2020

Masa

Tempat

: 11.00 pagi – 1.00 tengah hari

: DDRI, IPG Kampus Ilmu Khas

Kehadiran siswa guru pelatih PPISMP ambilan Jun 2020 adalah diwajibkan.

26 Disember 2020 Debat Kembara MyHeart telah menobatkan

IPGKIK sebagai Johan. Syabas dan tahniah! Debat Kembara

MyHeart ialah debat yang dianjurkan oleh sebuah badan

pertubuhan bukan kerajaan iaitu My Heart Association. Debat

ini adalah bertemakan kesukarelawanan dan kesihatan.

Peserta debat ini terdiri daripada beberapa buah pasukan

debat universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia, Kolej Yayasan UEM dan beberapa

buah pasukan persendirian campuran.


E-Buletin dengan rasa bangganya menampilkan 3 orang siswa guru yang

menyerlah bakatnya dari segi kepimpinan dan penglibatan dalam aktiviti

kebahasaan. Percapaian ketiga-tiga insan ini dalam bidang masing-masing

seharusnya dicontohi oleh seluruh siswa guru IPG Kampu Ilmu Khas

Nama: Zulfakhri Bin Mos

Umur : 21 Tahun

Tarikh Lahir : 18 Oktober 1999

Kos : Pendidikan Muzik

Ambilan : Jun 2018

Asal : Kuching, Sarawak

Moto : Be Positive! Percaya Setiap Yang Telah Ditentukan

Oleh-Nya Adalah Yang Terbaik.

Pencapaian :

-Pengacara Detik Peringkat Kebangsaan 2017-2019

-Pengacara Majlis Penutupan Petah Kebangsaan 2018-

201-Pengacara Majlis Pelancaran Modul Perhimpunan 10

Minit Bersama Menteri Pendidikan

-Pelopor Ipik Fm & Ipik Tv

-Moderator Webminar Khas Hari Oku Sedunia 2020

-Ahli Penyediaan Kertas Cadangan Majlis Perwakilan Pelajar

Kebangsaan 2020

-Naib Pengerusi I Ydp Ipgm 2020/2021

- Pengerusi Program Ipik Inklusif

Jawatan :

-Ajk Kolej Kediaman 2019

SERLAHKAN BAKATMU

-Exco Kesenian Dan Kebudayaan Jpp Ipg Kampus Ilmu Khas

2017/2018

-Yang Dipertua Pelajar Ipg Kampus Ilmu Khas 2020/2021


Nama : Shahrul Asyraf Bin Suhaimi

Umur : 19 tahun

Kos : Pengajian Bahasa Melayu

Peringkat : PISMP Sem 1 2020

Tempat : Shah Alam Selangor

PENCAPAIAN

1. Tempat Ke-3 Pertandingan Debat

Nusantara Al-Irsyad 2019

2. Separuh Akhir Grand TVET Debate

Championship 2019 (kategori Bahasa Melayu)

3. Finalis Debat Terbuka Ilmu Khas 2019

4. Suku Akhir Debat Terbuka Kemanusiaan

2020

5. Suku Akhir Debat Rakan Muda 2020

6. Pidato Literasi Kewangan Peringkat Kebangsaan Akhir

7. 10 pasukan terbaik Debat Perpaduan 2020

8. Separuh Akhir Pasukan Pilihan Debat Perbaduan 2020

9.Johan pertandingan debat My Heart Association


BIODATA

Nama : Norhana Nazihah Binti Nor Azman

Umur : 19 tahun

Kos : Pengajian Bahasa Melayu

Peringkat :PISMP Sem 1 2020

Tempat : Setiu, Terengganu

PENCAPAIAN

1. Tempat Ke-3 Pertandingan Debat

Nusantara Al-Irsyad 2019

(10 pendebat terbaik debat Al Irsyad)

2. Separuh Akhir Grand TVET Debate Championship 2019 (kategori Bahasa Melayu)

3. Finalis Debat Terbuka Kampus Ilmu Khas 2019 (DETIK)

4. Suku Akhir Debat Terbuka Kemanusiaan 2020 (DETAK)

(2 pendebat terbaik DETAK)5. Suku Akhir Debat Rakan Muda 2020

6. Tempat ke-3 Pertandingan Pidato Literasi Kewangan Peringkat Kebangsaan Akhir

2020

7. 10 pasukan terbaik Debat Perpaduan 2020

8. Separuh Akhir Pasukan Pilihan Debat Perbaduan 2020

9.Johan pertandingan debat My Heart Association


Penista Bangsa

Anak itu

Isinya Tetaplah Tulang Bersalutkan Daging

Menyusur Urat Diusung Darah

Merebak Ke Seluruh Tubuh Warga

Hitam Kusam Dikotori Najis Pendosa

Entah Milik Negeri Mana Datangnya

Malam

Diselimuti Dosa Bernafsukan Seraka

Akal Entah Sepurnama Lesap Dari Mata

Demi Bertangkiskan Dadah Durjana

Mengikat Perut Lapar Dahaga

Darah

Berapa Hitung Dosa Kau Tusuk

Insan Tak Bermaya Dibalik Iblis Seraya

Menunggu Noktah Mentari Menyambut Senja

Air Mata Dek Tiada Bernilai Dijiwa

Warga Tua Direnggut Usia

Tanpa Perinya Menahan Ajal Tiba

Dusta

Berlayarkan Lautan Dibuai Sengsara

Dilambung Tragis Bertitiskan Darah

Kerana Najis Jalan Kau Duga

Serenti

Saksi Pulihnya Raga Dan Jiwa

Tetap Kau Ulang Dosa Yang Lama

Tidak Kauduga Padah Akhirnya

Diserkap Keadilan Menghukum Zahir

Gantungan Ajal Akhiri Riwayat

Angin

Sampaikan Pesan Air Mata Padanya

Tidak Ku Pinta Dibalas Darah

Nyawa Ayahku Diambil Dahulunya

Kini Parang Bertemu Sarungnya

Hanya Kau Tunggu Balasan Disana

Nukilan,

Muhammad Saifuddin Bin Embok Taha

J1.9 (Bm)


Kalah

Disaat kau masih terbuai dalam mimpi

Kau rasakan yang realiti tidak seindah fantasi

Tapi itu semua cuma mimpi yang singgah

Habis hilang keesokan setelah disergah

Di tengah- tengah perlawanan antara kau dengan semesta

Terlebih dahulu kau kalah dengan air mata

Melewati semua dan setiap episod dunia

Yang kau kira boleh berteman dengannya

Boleh kata yang kau belum boleh terima

Segala sepak terajang yang menghentam atma

Sesekali kau cuba untuk tidak berseteru

Berharap mereka mahu menerima dan setuju

Kasihan engkau terpaksa gadai percaya

Untuk berpura-pura bahagia

Nukilan

Mohammad Shalihin Azim Bin Ismail

G3.6


Makluman untuk siswa guru, sila rujuk

Jadual Waktu Pentaksiran Alternatif

Disember 2020 yang dilampirkan.

Mohon tindakan siswa guru untuk

menyemak kursus, tarikh dan masa

peperiksaan dan kesediaan google

classroom oleh pensyarah masingmasing.

Siswa guru juga telah

membaca dan memahami taklimat

peperiksaan yang diedarkan.


Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!