02.01.2021 Views

E-BULETIN IPG KAMPUS ILMU KHAS 2020

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tinta Pengarah

Assalamualaikum

Selamat Sejahtera

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya diberi peluang untuk mengungkapkan baitbait

kata dalam e-buletin Ilmu Khas Edisi Kelima ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas

dan tahniah kepada sidang redaksi kerana telah berjaya menghasilkan e-buletin pada tahun 2020 ini

walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang

ditunjukkan sepanjang menyiapkan e-buletin ini.

E-buletin merupakan satu pendokumentasian program pensyarah dan siswa guru sepanjang tahun 2020.

Segala penglibatan pensyarah dan siswa guru sepanjang tahun 2020 ini dimuatkan dalam e-buletin supaya

menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPG Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) dan masyarakat luar. Penglibatan

pensyarah dan siswa guru dalam pelbagai program ini telah membuktikan bahawa IPGKIK terus mengorak

langkah untuk mengekalkan tradisi kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Penghasilan e-buletin kali ini

juga adalah selaras dengan Hala Tuju Perancangan Strategik IPGKIK 2021-2025 yang bermatlamat

menjadikan IPGKIK sebagai Pusat Pendidikan Guru Inklusif menjelang 2025.

E-buletin merupakan satu jenama yang wajar dibanggakan kerana segala penglibatan dan pencapaian

pensyarah dan siswa guru didokumenkan secara sistematik dan terperinci. Sebagai sebuah institusi yang

menekankan kualti dan kecemerlangan, pihak institut sentiasa menyokong penuh penglibatan setiap

warganya dalam pelbagai program demi meningkatkan tahap profesionalisme supaya mampu berdaya

saing bukan sahaja di peringkat glokal malah di peringkat global. IPGKIK juga sentiasa komited untuk

melahirkan siswa guru yang kompeten dan bertaraf dunia selaras dengan hala tuju Transformasi Institut

Pendidikan Guru 2016-2025.

IPGKIK sentiasa mengambil inisiatif untuk menggilap bakat-bakat baharu dalam kalangan siswa guru

supaya legasi kecemerlangan dapat dikekalkan bak kata mutiara yang patah akan tumbuh, yang hilang

akan berganti. Sebagai institusi yang berteraskan pendidikan inklusif para pensyarah sentiasa

menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan visi dan misi IPGKIK dapat dicapai dengan jayanya.

Sehubungan dengan itu, penghasilan e-buletin ini juga merupakan suatu catatan sejarah terhadap

sumbangan dan jasa yang telah ditaburkan oleh setiap warga IPGKIK.

Akhir kalam, saya berharap semoga e-buletin ini menjadi satu wadah untuk dikenang dan dihargai oleh

generasi pada masa ini dan akan datang agar IPGKIK terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian.

Wan Yusof bin Wan Ngah

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!