20.10.2019 Views

Perasmian Penutupan DeTIK 2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2019

21 Oktober 2019

09:30 pagi

Dewan Dato’ Razali Ismail

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

2019

2

2019

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Institut Pendidikan Guru

(IPG) Kampus Ilmu Khas atas kejayaan menganjurkan Debat Terbuka Ilmu Khas

(DeTIK) 2019 peringkat kebangsaan kali ke-6, yang bertemakan “Pendidikan

dan Pengurusan Pewarisan”.

Ucapan syabas juga kepada pihak IPG Kampus Ilmu Khas yang berjaya

membentuk kerjasama strategik dengan beberapa pihak seperti AmanahRaya,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Majlis Debat Universiti Malaysia dan beberapa

pihak lain dalam penganjuran DeTIK pada kali ini. Hal ini menampakkan

kesungguhan dan komitmen tinggi banyak pihak dalam memartabatkan bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

Saya amat yakin bahawa wadah perdebatan sebegini mampu melatih para

siswa mengemukakan hujah, berfikir secara kreatif, kritis, dan analitis dalam

melahirkan generasi pemimpin yang berketerampilan dan cemerlang dalam era

abad ke-21 ini. Pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sentiasa

menyokong dan memberikan kerjasama dalam meneruskan usaha murni ini

pada masa akan datang.

Sejajar dengan sejarah awal dan perkembangan bahasa Melayu hingga kini,

kemahiran perdebatan merupakan medium yang ampuh dan sesuai dengan

usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan para siswa

yang berinformatif. Elemen kemahiran berfikir juga mampu dibentuk melalui

aktiviti perdebatan. Para peserta DeTIK 2019 dan mahasiswa umumnya

berpeluang menyampaikan informasi dan hujahan dengan berkesan melalui

penggunaan bahasa yang gramatis dan bertatasusila.

Akhir bicara, saya sentiasa menaruh harapan agar para pendebat dan

mahasiswa keseluruhannya dapat menjadikan pertandingan DeTIK 2019 ini

sebagai justifikasi untuk memantapkan kemahiran seni komunikasi, kemahiran

berfikir, dan sekali gus kemahiran interpersonal.

Sekian, terima kasih.

DR. HJH. RUSMINI BINTI KU AHMAD

Rektor

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

3

2019

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

AmanahRaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas kerana telah

memberikan peluang kepada AmanahRaya untuk berkolaborasi bagi menjayakan

program pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) 2019.

Tema yang dibahaskan dalam pertandingan ini bertepatan dengan senario di

Malaysia pada masa kini di mana masih terdapat kekeliruan dan kurang

pengetahuan masyarakat mengenai keperluan merancang pewarisan yang boleh

menimbulkan berbagai masalah termasuk konflik keluarga, harta tidak dipindah

milik, pentadbir yang dilantik tidak bersifat amanah, kepentingan anak yatim

diabaikan dan sebagainya. Selain daripada pembahagian secara Faraid atau Akta

Pembahagian yang diguna pakai di Malaysia, umum masih tidak menyedari

bahawa terdapat pelbagai instrumen pewarisan lain seperti wasiat, amanah dan

hibah. Instrumen seperti ini sebenarnya boleh membantu dan memudahkan

masyarakat di dalam perancangan pewarisan bergantung kepada keperluan

mereka.

Justeru itu, besarlah harapan kami agar masyarakat di Malaysia dapat melakukan

anjakan dalam pemikiran dan bersikap proaktif serta lebih terbuka terhadap

keperluan melaksana perancangan pewarisan bagi mencegah berlakunya

pertikaian dan pertelingkahan dalam pembahagian pusaka yang akhirnya

memberi kesan terhadap perkembangan ekonomi dan pendidikan waris yang

bakal ditinggalkan. Oleh yang demikian, AmanahRaya percaya melalui DeTIK 2019

ini akan dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan

perancangan pewarisan.

Sebagai sebuah agensi milik penuh kerajaan, AmanahRaya komited melaksanakan

amanah dan tanggungjawab yang diberi selama lebih 90 tahun melalui

perkhidmatan perancangan pewarisan dan peramanahan. AmanahRaya

menawarkan produk dan perkhidmatan seperti Penulisan Wasiat, Pengurusan

Amanah dan Pentadbiran Pusaka bagi individu dan juga institusi.

Akhir kata, kami sekali lagi mengucapkan setinggi ucapan terima kasih kepada

penganjur atas peluang yang diberikan. Semoga kerjasama ini akan

mempertingkatkan pengetahuan masyarakat di Malaysia mengenai kepentingan

merancang pewarisan.

Sekian, terima kasih.

TN. ADENAN BIN MD YUSOF

Pengarah Urusan

Kumpulan AmanahRaya Berhad

4

2019

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya

pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) 2019 dapat direalisasikan buat kali

ke-6. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Institut

Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas atas komitmen menganjurkan pertandingan

yang berprestij ini demi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) amat menyokong dan sentiasa bersedia sebagai

rakan kolaboratif dalam pelaksanaan aktiviti kebahasaan. Pada umumnya,

pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas telah dikenali umum, khususnya dalam

kalangan mahasiswa yang sentiasa tertunggu-tunggu penganjurannya dalam

bulan Dekad Bahasa Kebangsaan. Buktinya, pada setiap tahun penyertaan

pertandingan DeTIK sentiasa meningkat sehingga melebihi 50 pasukan iaitu dalam

kategori jumlah yang besar. Pertandingan ini seiring dengan pelan komprehensif

negara yang diterajui oleh DBP iaitu menjadikan bahasa Melayu sebagai pilihan

utama di negara ini dan rantau Asean, serta bahasa pilihan pada peringkat

antarabangsa.

Pada hemat saya, aktiviti sebegini memerlukan sokongan padu daripada pelbagai

pihak dalam masyarakat agar program dapat dilaksanakan dengan lancar.

Bahasa milik masyarakat sejagat. Oleh itu, pihak DBP sentiasa bersedia untuk

memberikan sokongan, penajaan dan khidmat nasihat untuk menjayakannya.

Semoga konsep kolaboratif antara IPG Kampus Ilmu Khas dan Dewan Bahasa dan

Pustaka serta beberapa pihak yang lain seperti AmanahRaya dan Majlis Debat

Universiti Malaysia (MADUM) pada kali ini dapat diteruskan pada masa akan

datang.

Kepada semua pasukan yang bertanding pada kali ini, anggaplah pertandingan ini

sebagai medan terbaik kepada para siswa untuk membuktikan kemampuan dalam

mencerna pemikiran tinggi ketika berhujah, sekali gus membuktikan bahawa

bahasa Melayu ialah wadah pengucapan dalam semua bidang kehidupan. Sekali

lagi pihak DBP berharap agar pertandingan debat ini dapat merealisasikan hasrat

untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di rantau ini, bahasa

pengantara dan berdaya saing pada peringkat global.

Sekian, terima kasih.

DATUK HAJI ABANG SALLEHUDDIN BIN ABANG SHOKERAN

Ketua Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka

5

2019

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

jawatankuasa pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) 2019 kerana

memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam

ruangan ini. Saya akui bahawa pertandingan debat kali ke-6 ini mendapat

sambutan yang baik daripada mahasiswa Institut Pendidikan Guru, universiti

awam, universiti swasta, dan lain-lain institusi pendidikan yang terlibat.

Pertamanya, diharapkan agar penganjuran pertandingan DeTIK pada kali ini

dapat melestarikan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

dan bahasa rasmi negara kita. Tema penganjuran DeTIK 2019, “Pendidikan dan

Pengurusan Pewarisan” diharapkan dapat mengasah kemahiran berbahasa

para pendebat sekali gus menatijahkan ilmu baharu kepada mereka dalam

aspek pengurusan pewarisan. Saya juga berharap agar program sebegini

dapat memantapkan kemahiran penghujahan yang bersifat informatif kepada

semua pasukan yang terlibat. Jalinan kerjasama dengan pihak luar juga dapat

memantapkan lagi penerokaan ilmu baharu berdasarkan tema yang

dibincangkan dalam menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 ini.

Pihak IPG Kampus Ilmu Khas juga berharap agar penganjuran DeTIK pada kali

ini dapat meningkatkan kerjasama antara semua pihak yang terlibat. Ucapan

terima kasih dan penghargaan kepada pihak AmanahRaya, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Majlis Debat Universiti Malaysia, dan semua pihak yang memberikan

sumbangan dalam kapasiti dan kepakaran masing-masing. Kepada mahasiswa

IPG Kampus dan institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta, semoga

akan lahir modal insan yang berkaliber dan cemerlang pada masa akan datang;

seterusnya menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan negara.

Sekian, terima kasih.

HAJI WAN YUSOF BIN WAN NGAH

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

6

2019

Pengenalan

Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) merupakan

program anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

bersama-sama rakan kolaboratif yang mengetengahkan isu

pendidikan dan telah mula dilaksanakan pada tahun 2014.

Pertandingan DeTIK ini terbuka kepada siswa yang berumur

18 hingga 21 tahun daripada universiti awam, universiti

swasta, Politeknik, Kolej Matrikulasi, Kolej Universiti, dan

Institut Pendidikan Guru. Penganjuran DeTIK ini juga

dilaksanakan khusus bagi meningkatkan kemahiran

komunikasi dan perkongsian pintar mengenai isu pendidikan

dan pengurusan pewarisan antara institusi pendidikan di

seluruh Malaysia.

Objektif

Membincangkan isu pendidikan dan pengurusan

pewarisan menerusi wahana perdebatan.

Melahirkan siswa yang cakna mengenai isu pendidikan

dan pengurusan pewarisan.

Meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir secara

kritis dalam kalangan siswa.

Memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu.

7

2019

Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas julung kalinya

diadakan pada tahun 2014. Seramai 36 orang peserta yang

mewakili 12 pasukan daripada pelbagai universiti dan

institusi pendidikan di Malaysia telah menyertainya.

Format: Debat Ala Parlimen Malaysia

Johan: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Naib Johan: Kolej Melayu Kuala Kangsar

Pendebat Terbaik (Final): Nor Anisatul Asyikin Abd. Rauf

8

2019

9

2019

Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) tahun 2015

telah disertai seramai 120 orang pendebat yang mewakili 40

pasukan daripada pelbagai universiti dan institusi pendidikan

di Malaysia.

Format: Debat Ala Parlimen Malaysia

Johan: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Naib Johan: Universiti Sultan Zainal Abidin

Pendebat Terbaik (Final): Muhammad Ammar Rafiq (UNiSZA)

Pendebat Terbaik (Keseluruhan): Ahmad Farouq Ahmad Fuad (USIM)

10

2019

11

2019

Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) bagi tahun

2016 telah disertai seramai 120 orang pendebat yang mewakili

40 pasukan daripada pelbagai universiti dan institusi

pendidikan di Malaysia.

Format: Debat Ala Parlimen British

Johan: Universiti Teknologi MARA

Naib Johan: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Pendebat Terbaik (Final): Muhamad Syafiq Jebat (UiTM)

Pendebat Terbaik (Keseluruhan): Muhd Ammar Rafiq (UNiSZA)

12

2019

13

2019

Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) tahun 2017

telah disertai seramai 120 orang peserta yang mewakili 60

pasukan daripada pelbagai universiti dan institusi pendidikan

di Malaysia.

Format: Debat Ala Parlimen British

Johan: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Naib Johan: Universiti Tenaga Nasional A

Ketiga : Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Keempat: Universiti Tenaga Nasional B

Pendebat Terbaik (Final): Zhilal bin Adnan (UIAM A)

Pendebat Terbaik (Keseluruhan): Irham Husna Mohd. Nadzri (UIAM B)

14

2019

15

2019

Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) tahun 2018

telah disertai seramai 128 orang pendebat yang mewakili 64

pasukan daripada pelbagai universiti dan institusi pendidikan

di Malaysia.

Format: Debat Ala Parlimen British

Johan: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia A

Naib Johan: Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Ketiga: Universiti Teknologi Petronas B

Keempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Pendebat Terbaik (Final): Nur Syafiqah Mohamad Paris (UIAM)

Pendebat Terbaik (Keseluruhan): Mohammad Helmi Ahmad Jani (UM)

16

2019

17

2019

9:30 pagi | 12:30 tengah hari

09:30 | Ketibaan Tetamu

Tetamu Kehormat masuk ke dewan

10:00 | Perarakan masuk Tetamu Kehormat

Lagu Negaraku

Lagu Maju dan Sejahtera

Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia

Bacaan Doa

Persembahan Multimedia

| Perarakan masuk Hakim, Pendebat dan

Yang Dipertua Dewan

| Pertandingan Akhir

| Ucapan Alu-aluan

Tuan Haji Wan Yusof bin Wan Ngah

Pengerusi Jawatankuasa DeTIK 2019

| Ucapan Rakan Kolaboratif

Tuan Adenan bin Md. Yusof

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya Malaysia

| Ucapan Perasmian Penutupan

Dr. Hjh. Rusmini binti Ku Ahmad

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

| Persembahan

| Ulasan DeTIK 2019 oleh Ketua Hakim

Keputusan Pertandingan Akhir

Penyampaian Hadiah

12:30 | Bersurai

18

2019

1. Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam - 3 Pasukan

2. Kolej Universiti Poly-Tech MARA - 3 Pasukan

3. Universiti Teknologi MARA Shah Alam - 4 Pasukan

4. Universiti Teknologi MARA N.Sembilan Kampus Seremban - 2 Pasukan

5. Universiti Malaya - 2 Pasukan

6. Universiti Teknologi Petronas - 2 Pasukan

7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - 3 Pasukan

8. Universiti Teknologi MARA N.Sembilan Kampus K.Pilah - 1 Pasukan

9. Universiti Sultan Zainal Abidin - 2 Pasukan

10. Kolej MARA Banting - 1 Pasukan

11. Universiti Pertahanan Nasional - 2 Pasukan

12. Kolej Profesional MARA Indera Mahkota - 2 Pasukan

13. Universiti Pendidikan Sultan Idris - 2 Pasukan

14. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman - 2 Pasukan

15. Universiti Teknologi Malaysia Kampus Johor Bahru- 2 Pasukan

16. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik - 1 Pasukan

17. Universiti Tenaga Nasional - 2 Pasukan

18. Universiti Malaysia Sabah - 3 Pasukan

19. Universiti Kebangsaan Malaysia - 3 Pasukan

20. Universiti Malaysia Sarawak - 1 Pasukan

21. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh - 1 Pasukan

22. Kolej Profesional MARA Seri Iskandar - 2 Pasukan

23. Universiti Sains Islam Malaysia - 3 Pasukan

24. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas - 3 Pasukan

25. Universiti Utara Malaysia - 2 Pasukan

26. Universiti Teknologi MARA Melaka Kampus Bandaraya Melaka - 2 Pasukan

27. Universiti Sains Malaysia - 2 Pasukan

28. Universiti Kuala Lumpur - 2 Pasukan

29. Universiti Teknologi MARA N.Sembilan Kampus Rembau - 1 Pasukan

30 Universiti Teknologi MARA Perak Kampus Tapah - 1 Pasukan

31. UniKL Royal College of Medicine Perak - 2 Pasukan

19

2019

Penasihat |

Pengerusi |

Timbalan Pengerusi |

Pengarah Program |

Pengurus Program |

Dr. Hjh. Rusmini binti Ku Ahmad

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

Tn. Hj. Wan Yusof bin Wan Ngah

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Dr. Norherani binti Moning

Timbalan Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

En. Thahir bin Nuruddin

Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

En. Hasizan bin Dahalal

Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Setiausaha |

Sekretariat |

Bendahari |

Pengurusan Majlis |

Sambutan dan Protokol |

Pengacaraan Malam Ramah Mesra/

Perasmian Penutupan/ Doa |

Teks Ucapan/

Kata Alu-aluan Buku Program

Penginapan dan Kebajikan |

Pengangkutan |

Teknikal Pertandingan dan Penjurian |

En. Shahariman bin Ahmad

Dr. Noor Hayati binti Che Mat

Pn. Norehan binti Awang

Pn. Nor Alizah binti Alias

Puan Siti Salmiah binti Mohd. Alias

Cik Noorazura binti Razali

Pn. Aliza binti Alwi

En. Kuruvilla a/l C.K. Joseph

Pn. Woo Shiow Ling

Pn. Kalsom binti Badrus

Dr. Syed Ismail bin Syed Mustapa

Dr. Ismail bin Raduan

Pn. Zuraidah binti Yazid

Pn. Norijah binti Mohamed

Hj. Jainudin bin Ngah

En. Hairul Faiezi bin Lokman

En. Hasizan bin Dahalal

En. Shahariman bin Ahmad

En. Abu Bakar bin Ahmad

Pn. Fadilah binti Idris

Hj. Rosli bin Khalid

En. Abd. Razak bin Abd. Kadir

Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM)

En. Amat Tarop bin Sumo

20

2019

Peralatan Pertandingan |

Pendaftaran |

Jamuan |

Penajaan |

Persiapan Tempat Pertandingan |

Persiapan Tempat Pertandingan dan

Dewan Dato’ Razali Ismail |

Hadiah dan Cenderamata |

Persembahan |

Kehadiran Pelajar dan Penonton |

Khemah dan Set Kerusi Meja |

Siar Raya, Publisiti, Multimedia, &

Fotografi |

Keselamatan, Lalu-lintas, & Parkir |

Fasiliti dan Utiliti |

Buku Program |

Sijil |

Pelaporan dan Dokumentasi |

Dr. Mohd. Khamdani bin Sairi

En. Thahir bin Nuruddin

Pn. Ummi Hani binti Mohamed Zaid

Pn. Fadilah binti Idris

Pn. Norliza binti Ahmad Kamal

Ketua Jabatan dan

Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu

En. Mat Johan bin Mamat

En. Mahadi bin Saran

En. Luqman Hakim bin Harun

Dr. Azizah binti Suleiman

Dr. Wan Maznah binti Wan Harun

Cik Zaharah binti Mohamad

Pn. Nor Azizah binti Atan

Dewan Bahasa dan Pustaka

Dr. Alijah binti Ujang

Cik Besira Bibi binti Mohd Ali

Dr. Hajarul Bahti binti Zakaria

Pn. Nik Rozalind binti Nik Hassan

Pensyarah dan Siswa Guru

Jabatan Pendidikan Muzik

Dr. Abdul Hameed bin Abd. Majid

En. Rajanthiran a/l A. Shanmugam

Pn. Rose Maria Ira binti Ahmad Jailani

Pn. Nik Suzana binti Nik Mat

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Pn. Norehan binti Awang

Pn. Nurulhuda binti Abd. Kader

Pn. Norani binti Abd Rahim

En. Kalaicelvan a/l Alagan

Media Kampus

En. Kamaruddin bin Yahaya

En. Rosli bin Mat Rasid @ Abdul Naim

Pn. Nirmaladevi a/p Suppiah

Dr. Isnariah binti Idris

Media Kampus

En. Munizar bin Mohamad

Pn. Norani binti Abd. Rahim

Siswa Guru PPISMP dan PISMP IPG Kampus Ilmu Khas

21

2019

Dewan Bahasa dan Pustaka

Majlis Debat Universiti Malaysia

22

2019

Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada

pihak berikut yang sudi berkolaboratif dengan IPG Kampus

Ilmu Khas dalam menjayakan DeTIK 2019:

Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Pendidikan Guru Malaysia

AmanahRaya Berhad

Dewan Bahasa dan Pustaka

Majlis Debat Universiti Malaysia

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Institusi dan Pendebat yang terlibat

Pensyarah, Staf Sokongan dan

Siswa Guru IPG Kampus Ilmu Khas

Serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung.

23

2019

https://detikipik.wordpress.com/

https://www.facebook.com/DeTIK.IPGKIK/

24

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!