20.10.2019 Views

Perasmian Penutupan DeTIK 2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2019

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

jawatankuasa pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) 2019 kerana

memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam

ruangan ini. Saya akui bahawa pertandingan debat kali ke-6 ini mendapat

sambutan yang baik daripada mahasiswa Institut Pendidikan Guru, universiti

awam, universiti swasta, dan lain-lain institusi pendidikan yang terlibat.

Pertamanya, diharapkan agar penganjuran pertandingan DeTIK pada kali ini

dapat melestarikan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

dan bahasa rasmi negara kita. Tema penganjuran DeTIK 2019, “Pendidikan dan

Pengurusan Pewarisan” diharapkan dapat mengasah kemahiran berbahasa

para pendebat sekali gus menatijahkan ilmu baharu kepada mereka dalam

aspek pengurusan pewarisan. Saya juga berharap agar program sebegini

dapat memantapkan kemahiran penghujahan yang bersifat informatif kepada

semua pasukan yang terlibat. Jalinan kerjasama dengan pihak luar juga dapat

memantapkan lagi penerokaan ilmu baharu berdasarkan tema yang

dibincangkan dalam menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 ini.

Pihak IPG Kampus Ilmu Khas juga berharap agar penganjuran DeTIK pada kali

ini dapat meningkatkan kerjasama antara semua pihak yang terlibat. Ucapan

terima kasih dan penghargaan kepada pihak AmanahRaya, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Majlis Debat Universiti Malaysia, dan semua pihak yang memberikan

sumbangan dalam kapasiti dan kepakaran masing-masing. Kepada mahasiswa

IPG Kampus dan institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta, semoga

akan lahir modal insan yang berkaliber dan cemerlang pada masa akan datang;

seterusnya menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan negara.

Sekian, terima kasih.

HAJI WAN YUSOF BIN WAN NGAH

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!