20.10.2019 Views

Perasmian Penutupan DeTIK 2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2019

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya

pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) 2019 dapat direalisasikan buat kali

ke-6. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Institut

Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas atas komitmen menganjurkan pertandingan

yang berprestij ini demi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) amat menyokong dan sentiasa bersedia sebagai

rakan kolaboratif dalam pelaksanaan aktiviti kebahasaan. Pada umumnya,

pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas telah dikenali umum, khususnya dalam

kalangan mahasiswa yang sentiasa tertunggu-tunggu penganjurannya dalam

bulan Dekad Bahasa Kebangsaan. Buktinya, pada setiap tahun penyertaan

pertandingan DeTIK sentiasa meningkat sehingga melebihi 50 pasukan iaitu dalam

kategori jumlah yang besar. Pertandingan ini seiring dengan pelan komprehensif

negara yang diterajui oleh DBP iaitu menjadikan bahasa Melayu sebagai pilihan

utama di negara ini dan rantau Asean, serta bahasa pilihan pada peringkat

antarabangsa.

Pada hemat saya, aktiviti sebegini memerlukan sokongan padu daripada pelbagai

pihak dalam masyarakat agar program dapat dilaksanakan dengan lancar.

Bahasa milik masyarakat sejagat. Oleh itu, pihak DBP sentiasa bersedia untuk

memberikan sokongan, penajaan dan khidmat nasihat untuk menjayakannya.

Semoga konsep kolaboratif antara IPG Kampus Ilmu Khas dan Dewan Bahasa dan

Pustaka serta beberapa pihak yang lain seperti AmanahRaya dan Majlis Debat

Universiti Malaysia (MADUM) pada kali ini dapat diteruskan pada masa akan

datang.

Kepada semua pasukan yang bertanding pada kali ini, anggaplah pertandingan ini

sebagai medan terbaik kepada para siswa untuk membuktikan kemampuan dalam

mencerna pemikiran tinggi ketika berhujah, sekali gus membuktikan bahawa

bahasa Melayu ialah wadah pengucapan dalam semua bidang kehidupan. Sekali

lagi pihak DBP berharap agar pertandingan debat ini dapat merealisasikan hasrat

untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di rantau ini, bahasa

pengantara dan berdaya saing pada peringkat global.

Sekian, terima kasih.

DATUK HAJI ABANG SALLEHUDDIN BIN ABANG SHOKERAN

Ketua Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!