20.10.2019 Views

Perasmian Penutupan DeTIK 2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2019

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Institut Pendidikan Guru

(IPG) Kampus Ilmu Khas atas kejayaan menganjurkan Debat Terbuka Ilmu Khas

(DeTIK) 2019 peringkat kebangsaan kali ke-6, yang bertemakan “Pendidikan

dan Pengurusan Pewarisan”.

Ucapan syabas juga kepada pihak IPG Kampus Ilmu Khas yang berjaya

membentuk kerjasama strategik dengan beberapa pihak seperti AmanahRaya,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Majlis Debat Universiti Malaysia dan beberapa

pihak lain dalam penganjuran DeTIK pada kali ini. Hal ini menampakkan

kesungguhan dan komitmen tinggi banyak pihak dalam memartabatkan bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

Saya amat yakin bahawa wadah perdebatan sebegini mampu melatih para

siswa mengemukakan hujah, berfikir secara kreatif, kritis, dan analitis dalam

melahirkan generasi pemimpin yang berketerampilan dan cemerlang dalam era

abad ke-21 ini. Pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sentiasa

menyokong dan memberikan kerjasama dalam meneruskan usaha murni ini

pada masa akan datang.

Sejajar dengan sejarah awal dan perkembangan bahasa Melayu hingga kini,

kemahiran perdebatan merupakan medium yang ampuh dan sesuai dengan

usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan para siswa

yang berinformatif. Elemen kemahiran berfikir juga mampu dibentuk melalui

aktiviti perdebatan. Para peserta DeTIK 2019 dan mahasiswa umumnya

berpeluang menyampaikan informasi dan hujahan dengan berkesan melalui

penggunaan bahasa yang gramatis dan bertatasusila.

Akhir bicara, saya sentiasa menaruh harapan agar para pendebat dan

mahasiswa keseluruhannya dapat menjadikan pertandingan DeTIK 2019 ini

sebagai justifikasi untuk memantapkan kemahiran seni komunikasi, kemahiran

berfikir, dan sekali gus kemahiran interpersonal.

Sekian, terima kasih.

DR. HJH. RUSMINI BINTI KU AHMAD

Rektor

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!