30.10.2019 Views

17-bahayasyiah-copy

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

selama ini bukan saja tentang Syiah mereka tidak pemah

belajar malah mazhab anutan yang diwarisi dari datuk

nenek sendiri pun mereka tidak tahu.

Nama saja Ahli Sunnah Wal Jamaah tapi tidak faham

apa itu Ahli Sunah Wal Jamaah. Sebab itu bila persoalan

ini timbul, barulah mereka mula kaji. Yang setengahnya

tanpa kaji lagi sudah buat keputusan. Kata mereka, “Syiah

itu Islam juga. Apa salahnya kita sokong sesama Islam

demi menentang penzaliman dan kemungkaran.”

Golongan lain pula berkata, perbezaan Syiah dengan

Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah furu‘iah, bukan aqidah.

Kita patut bertolak ansur atas masalah-masalah furu’.

Jangan kerana soal khilafiah kita berselisih. Dengar

kata-kata itu, mereka pun tertarik dengan Syiah. Ada juga

orang-orang yang sempat mengkaji. Hasil kajian yang

begitu intensif melalui bahan-bahan propaganda Syiah

yang cukup menarik langsung mereka menukar keyakinan

kepada Syiah. Hasil kajian juga disyarahkan dan dengan

mudah saja mereka dapat pengikut. Maklumlah pensyarah

dan anak murid sama-sama tidak pemah belajar tentang

Syiah.

Bila ada tok guru mengajar mudah sajalah anak-anak

murid menerima. Cantik Syiah ini katanya. Lebih cantik

daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Samalah cerita orang

yang memakai emas. Dari kecil ibunya menyarungkan

cincin emas. Tapi dia tidak pemah tahu (sebab tidak

diberitahu) bahawa yang dipakainya adalah emas. Satu

hari datang penjual yang menjual cincin-cincin besi

bersadur emas. Memang berkilat-kilat juga, tentu lebih

kilatannya dibandingkan dengan cincin emas yang sudah

lama tidak digilap. Maka berkatalah orang tadi, cantik

124

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!