30.10.2019 Views

17-bahayasyiah-copy

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

pemudi kita ini kebanyakan menerima Islam bukan atas

dasar ilmu dan keyakinan (iman) yang dalam tapi adalah

melalui semangat kesedaran yang ditanam melalui

ceramah-ceramah pendek. Bila Islam ditanam melalui

kempen-kempen, slogan, laungan dan semangat yang

berapi-api, maka Islam yang masuk adalah panas. Untuk

menyejuk dan mencantikannya patutlah mereka ini

dihalakan kepada pengajian Islam terutamanya fardhu ain,

dilatih ibadah, akhlak dan amalan-amalan yang

memberikan keuntungan kepada masyarakat dunia dan

akhirat.

Tapi sebaliknya muda-mudi itu digembar-gemburkan

dengan apa yang berlaku di Iran. Konon di sana satu

kelompok pejuang Islam telah berjaya menumbangkan

pemerintahan yang tidak menjalankan udang-undang

Islam. Dengan cara itu bangkitlah Islam di Iran, bertakhta

dalam seluruh sistem hidup di sana, menjadi undangundang

yang didaulatkan di mana-mana. Mendengar

khabar itu, semangat yang berkobar-kobar terus berapi-api.

Mereka juga mahu cepat Islamkan Malaysia. Dan kaedah

tercepat ialah seperti apa yang berlaku di Iran. Saya

percaya dalam jiwa umat Islam Malaysia kini, sudah

tumbuh kemahuan begitu dan kalau ini tidak dibendung,

tidak mustahil akan lahir satu puak yang mahu menjadikan

Malaysia seperti yang berlaku di Iran. Dan ini sebenamya

sesuatu yang lebih merugikan kita semua.

Islam dalam sejarah kebangkitan awalnya, bukan

dipaksa melalui kuasa. Rasulullah scbelum menjadi ketua

negara dan sesudahnya pun terus memperjuangkan Islam

dengan lemah-lembut dan bijaksana, secara memberi ilmu

dan keyakinan ke dalam hati dan fikiran manusia.

Rasulullah tidak pernah merancang peperangan dan tidak

127

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!