30.10.2019 Views

17-bahayasyiah-copy

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

wahai Rasulullah apa engkau lebih utama atau Jibrail a.s?

Jawab Rasulullah: Wahai Ali sesungguhnya Allah telah

mengutamakan Nabi-Nabi yang diutus di atas para

malaikat-Nya yang muqarrobin ( e& ) dan Dia telah

mengutamakan aku di atas sekelian Nabi dan Rasul. Dan

keutamaan selepas aku ialah engkau. Dan sesungguhnya

para malaikat adalah khadam kami dan khadam kekasihkekasih

kami.

Kalau kita amati cerita di atas, bahagian atasnya

mungkin betul, tapi yang bawahnya nampaklah karutnya.

Ya, kita akui kehebatan Sayidina Ali tapi masakan sampai

mengalahkan sekian banyak Nabi-Nabi dan Rasul. Masakan

Rasulullah mengutamakan Sayidina Ali daripada

sekelian Nabi dan Rasul serta para malaikat. Katakanlah

seorang raja di satu negeri di Malaysia ada seorang

laksamana. Orang bertanya pada raja, siapakah yang

utama? Masakan raja menjawab, “Mula-mula aku, lepas

tu laksamana dan lepas tu barulah raja-raja yang lain-lain

di Malaysia.” Tentu raja itu faham, sehebat-hebat

laksamana masakan lebih tinggi darjatnya daripada

raja-raja.

Begitulah kedudukan Sayidina Ali pada Rasulullah.

Memang istimewa tapi tidaklah sampai lebih istimewa

daripada Rasul-Rasul dan para malaikat. Saya fikir

Sayidina Ali pun malu kalau dia dikatakan lebih utama

dari Rasul-Rasul yang lain dan malaikat jadi khadamnya.

Atas dasar itulah Sayidina Ali pemah berkata: “Binasalah

orang-orang yang terlalu sayangkan aku, binasa juga orang

yang terlalu bencikan aku.”

Dalam kitab tadi juga di muka surat 22, orang Syiah

berbohong lagi tentang Sayidina Ali. Kata mereka, dari

62

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!