30.10.2019 Views

17-bahayasyiah-copy

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

mengajak orang berperang. Apalagilah orang-orang itu

yang masih mengucap dua kalimah syahadah dan

sembahyang lima waktu. Kejahilanlah yang menjadikan

mereka degil. Orang begitu buat apa diajak berperang.

Bukankah lebih baik diajar berbincang dan diajarkan

Islam?

Peperangan dibenarkan bila musuh meminta begitu.

Waktu itu wajib bagi kita melawan walau tiada senjata di

tangan. Kalau mati, mati syahid. Tapi kalau kita yang

mulakan, dalam keadaan kita belum mengajarkan Islam

pada seluruh manusia, pun dalam keadaan kita sendiri

belum laksanakan Islam secara syumul, (sekolah sendiri

pun tidak ada duit, di bank bertimbun-timbun) kita patut

takut kalau yang mendorong kita bukannya rasa takut dan

taat pada Allah. Sementelahan pula keinginan untuk

mengalahkan lawan dan keinginan pada kuasa adalah

fitrah biasa. Berapa ramai orang berbunuh-bunuhan hanya

kerana gila kuasa, gila perempuan, gila harta dan lain-lain.

Kalau begitu, yang sebaik-baiknya untuk kita sekarang

ialah jangan bergaduh atau berperang dulu. Rasulullah

ambil masa 13 tahun untuk menghadapi kaumnya.

Maksudnya selama 13 tahun Rasulullah berbincang,

berbahas, berdakwah, ziarah, berbaik-baik dan ulangi

kaumnya untuk diajak bersama-sama. Rasulullah kenal

betul wajah kaumnya. Hinggalah bila dia diperangi,

kaumnya itu tahu bahawa mereka sedang berperang

dengan orang-orang yang lebih baik dan lebih benar dari

mereka.

Kita belum berbuat begitu. Sebab kita sendiri pun baru

sedar. Kita baru bersyarah di pentas, belum pergi ke pintu

rumah untuk tanya masalah mereka. Mana tahu entahentah

mereka itu baik orangnya. Cuma hidayah belum

128

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!