12.11.2019 Views

TAMAN BERKARYA 2 2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Oleh :

DR BASKARAN KANNAN

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus Ipoh

….Sambungan

dari Siri 1/2019

LIKU-LIKU PERJALANAN

HIDUP BERGELAR DOKTOR

Saya faham bahawa dalam

jangka waktu panjang kehidupan

seperti ini tidak begitu baik untuk

kesejahteraan dan keharmonian

keluarga lalu minta mereka

berpindah ke Ipoh pada hujung

tahun 2014. Kini keluarga saya

tinggal bersama dan telah memberi

semangat kepada saya untuk

meneruskan pengajian dengan

penuh fokus namun kadang-kadang

kesihatan diri tidak mengizinkan

memberi tumpuan sepenuhnya.

Dalam dua tahun pengajian,

beberapa kali masuk ke hospital

kerana masalah penyakit slip disc.

Menurut doktor pakar saya perlu

menjaga kesihatan diri dan tidak

boleh memberi tekanan terhadap

diri. Berita sedih ini menyebabkan

saya terfikir dalam hati sama ada

untuk meneruskan pengajian atau

tidak. Memandangkan semua

kursus wajib yang menjadi pra

syarat kepada pengajian EdD

berjaya dihabiskan tepat pada masa

dan memperoleh keputusan

cemerlang serta mendapat tawaran

biasiswa MyBrain 15 telah

menguatkan motivasi intrinsik

untuk meneruskan pengajian.

Dengan sokongan ahli keluarga

yang tinggal bersama dan anakanak

yang masih belajar

meningkatkan motivasi untuk

mengurangkan aktiviti-aktiviti

hiburan dan fokus terus diberi

kepada pengajian. Saya terus

tingkatkan semangat untuk menulis

kertas konsep. Dalam dua semester

yang ditetapkan berjaya

menyiapkan kertas konsep dan

bersiap sedia untuk

membentangkannya. Dalam proses

untuk membentang kertas konsep,

tiba-tiba berlaku satu lagi peristiwa

sedih dalam keluarga iaitu isteri

kesayangan yang merupakan tulang

belakang keluarga dan proaktif

dengan pengajian saya menghidap

satu penyakit unik. Hanya dalam

dua hari dia lupa ingatan 100%

sehingga tidak mengenal ahli

keluarga sendiri. Menurut doktor

pakar, beliau memerlukan rawatan

rapi dan perlu dibawa ke hospital

yang memiliki peralatan moden di

Kuala Lumpur. Hanya tuhan sahaja

boleh memahami betapa peritnya

kehidupan kami pada masa itu.

Dalam seminggu anak

bongsu akan berhadapan dengan

UPSR. Anak ketiga sedang

menjalani peperiksaan percubaan

SPM. Manakala anak pertama

berhadapan dengan peperiksaan di

tempat pengajiannya. Anak kedua

membuat persediaan terbang ke

Jepun untuk meneruskan pengajian

di bidang ijazah kejuruteraan. Saya

pula perlu membuat pembentangan

kertas konsep dalam beberapa hari

lagi.Saya terus terpaku, pemikiran

buntu dan pasrah dengan kehidupan

saya. Dengan masalah sakit

pinggang dan stres berpanjangan

menjadikan diri saya lemah untuk

meneruskan perjuangan hidup.

Nasib baik pihak majikan dan ahli

keluarga memahami masalah saya

dan sudi menghulurkan bantuan

dan sokongan moral. Isteri terpaksa

dibawa ke Kuala Lumpur dan

dimasukkan ke sebuah hospital

popular. Oleh kerana pihak

insurans tidak dapat menanggung

kos perubatan menyebabkan beliau

dipindahkan ke HKL dan diberi

rawatan rapi. Saya terpaksa

uruskan diri sendiri, isteri dan anak

-anak. Disebabkan kertas konsep

sudah disiapkan lebih awal

menyebabkan saya tidak perlu risau

banyak namun keadaan diri yang

tidak stabil menyebabkan tajuk

kertas konsep berkaitan kecerdasan

emosi tidak dapat dibentang dengan

sebaiknya. Semasa pembentangan

air mata terus mengalir

(berlinangan) di kedua-dua pipi.

Penilai cuba mententeramkan diri

saya namun tidak berjaya. Oleh

kerana telah membuat persediaan

awal yang rapi menyebabkan saya

berjaya menjawab segala

10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!