12.11.2019 Views

TAMAN BERKARYA 2 2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kamaruazli bin Mohd Yusoff

Jabatan Pendidikan Jasmani &

Pendidikan Kesihatan IPGKI

kamaruazli@ipgmipoh.edu.my

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN

“Suatu Pengenalan”

Keagresifan didefinisikan sebagai tingkah

laku yang terhasil dan ia berkait terus dengan

matlamat untuk mencederakan individu atau benda

hidup yang lain (Baron dan Richardson, 1994).

Bagi menghasilkan sesuatu tingkah laku atau

tindakan yang dikategorikan sebagai keagresifan,

ia mesti menepati empat kriteria (Gill, 1986).

Kurikulum Sukan

Aspek yang sewajarnya bagi

mengatasi masalah keagresifan

dalam sukan iaitu kurikulum sukan.

Kurikulum sukan ini perlu

diperkenalkan di peringkat sekolah

rendah lagi. Dalam kurikulum ini

terdapat modul yang mengajar

etika penonton dan bermain dalam

sukan. Dengan pengajaran secara

memperkenalkan pelbagai jenis

program sukan secara terus akan

dapat menyemai nilai-nilai murni

dan dapat membentuk semangat

kesukanan tulen sejak dibangku

sekolah rendah lagi. Dengan

adanya program-program tersebut,

adalah diharapkan sikap mulia

dalam aktiviti sukan dapat

dibentuk melalui Pendidikan

Jasmani dan kegiatan kokurikulum

di peringkat awal sekolah.

Selain itu, pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) dengan kerjasama

Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

serta dengan bantuan pakar-pakar

psikologi dari universiti tempatan

dicadangkan

dapat

memperkenalkan pelbagai jenis

program sukan supaya nilai-nilai

murni dan budaya dapat disemai

dan dipupuk di kalangan peserta.

Dengan adanya program-program

tersebut, adalah diharapkan sikap

mulia dalam aktiviti sukan dapat

dibentuk melalui pendidikan

jasmani dan kegiatan kokurikulum

di peringkat awal di sekolah. Perlu

diingatkan bahawa adakalanya

penonton atau peminat sukan

salah anggap bahawa keagresifan

adalah dibenarkan dalam sukan

kerana memisah dan

mengasingkan norma-norma sosial

dalam masyarakat dengan kegiatan

mereka berghubung dengan sukan

adalah dua situasi yang berlainan.

Kursus Motivasi

Selain itu, mengadakan

kursus motivasi. Kursus motivasi

juga perlu diadakan lebih kerap.

Kursus ini boleh dijalankan pada

bila-bila masa sebagai salah satu

program kesedaran terhadap

pentingnya semangat kesukanan di

kalangan pemain.

Menurut Harter dalam

“Teori Competence Motivation”,

….Sambungan

dari Siri 1/2019

mengatakan individu mempunyai

motivasi untuk bersaing dalam

semua bidang bagi mencapai

kejayaan. Setiap atlet mempunyai

motivasi dan niat untuk berjaya

dan bersaing dalam semua bidang

demi mencapai kejayaan. Atlet

akan memahirkan diri mereka

dalam bidang sukan yang mereka

ceburi. Motivasi semulajadi untuk

menjadi cekap dalam sukan akan

membawa kesan positif untuk

mencapai prestasi yang cemerlang.

Pencapaiaan yang cemerlang akan

membawa kepada efikasi diri yang

positif dan perasaan ingin bersaing

dan menyebabkan motivasi

bersaing yang tinggi.

Seterusnya, keagresifan

yang dilakukan oleh pemain yang

berfaktorkan emosi merupakan

keagresifan yang tidak dapat

diatasi kerana ia datang dari dalam

naluri seseorang individu itu sendiri

(dipetik dari Gill, 1986).

Walaubagamanapun, beberapa

langkah wajar perlu diambil

perhatian untukmempertingkatkan

kesedaran pemain-pemain tentang

keburukan sikap agresif dalam

16

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!