12.01.2021 Views

PGT 434 PENGURUSAN DISIPLIN- EBOOK BULI

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PGT 434

PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH

BULI!

DISEDIAKAN OLEH:

FATIN SYAHILAH BINTI MOHMAD NADZAIR 136358

NUR ATIQAH BINTI RUSLAN 136447

NURFARHA NAJWA BINTI SAIFUL BAHRIN 136470

SITI NORSHAHIRA BINTI RAMLI 136502

SYEIRLIN BINTI HAASAN AMIR 136507


ISI KANDUNGAN

▶ Pengenalan

▶ Prosedur menangani masalah buli

◆ Surat Pekeliling/ Surat Ikhtisas

◆ Susun Jalur Proses

▶ Statistik terkini masalah buli

▶ Video tentang masalah buli

▶ Punca berlakunya masalah buli

◆ Individu

◆ Ibu bapa (keluarga)

◆ Rakan sebaya

◆ Sekolah

◆ Persekitaran (masyarakat)

◆ Media massa

▶ Kesan berlakunya masalah buli

◆ Kesan buruk kepada mangsa buli

◆ Kesan buruk kepada pembuli

◆ Kesan buruk kepada keluarga mangsa buli

◆ Kesan buruk kepada keluarga pembuli

◆ Kesan buruk kepada masyarakat

▶ Langkah menangani masalah buli

◆ Peranan individu

◆ Peranan ibu bapa (keluarga)

◆ Peranan rakan sebaya

◆ Peranan sekolah

◆ Peranan masyarakat

◆ Peranan media massa

◆ Peranan pihak berkuasa

▶ Aktiviti

◆ Quizizz

▶ Rujukan


PENGENALAN

Masalah buli merupakan masalah disiplin yang serius pada masa

kini. Akhir-akhir ini masalah buli ini menjadi semakin meningkat

dalam kalangan murid di sekolah. Kementerian Pendidikan

Malaysia memandang serius terhadap isu buli ini kerana

mendatangkan implikasi kesan negatif kepada mangsa-mangsa

yang terlibat. Masalah buli ini bukan sahaja mencederakan murid

tetapi telah mengakibatkan kematian juga jika serius. Gejala buli ini

sering berlaku di kawasan di sekitar sekolah seperti di bilik darjah,

di padang, di koridor sekolah, di dalam dewan, di kantin dan paling

sering dilakukan di tandas. Terdapat banyak punca yang telah

menyumbang kepada berlakunya masalah buli dalam kalangan

murid terutamanya persekitaran murid itu sendiri. Oleh itu, semua

pihak haruslah berganding bahu mengembleng tenaga bagi

mengatasi masalah buli ini dalam kalangan murid termasuklah

individu, ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan pihak-pihak

berkuasa yang lain.


definisi buli

Kementerian Pendidikan mendefinisikan 'buli' sebagai perbuatan

mendera atau mempermainkan murid atau kumpulan murid

supaya menyesuaikan dengan suasana yang baharu atau

perlakuan mendera atau mempermainkan-mainkan seseorang

murid atau kumpulan murid yang biasanya lemah atau perlakuan

menggertak atau menakutkan murid atau kumpulan murid (KPM,

2005).

Manakala menurut Kamus Dewan edisi keempat (2015), buli

dapat diertikan sebagai perbuatan atau mempermain-mainkan

orang, biasanya orang yang lemah, dengan tujuan untuk

menggertak, mencederakan, menakutkan disebabkan orang

berkenaan.

Jamalsafri (2010), telah mendefinisikan buli merujuk kepada

apabila seseorang murid yang lemah itu terdedah kepada

tindakan yang negatif secara berulangkali oleh seseorang murid

atau kumpulan yang lebih dominan. Buli ini biasanya

mempamerkan "hubungan asimetri kuasa" ataupun satu "sistem

penyalahan kuasa". Tindakan negatif yang berulangkali akan

menimbulkan tekanan dan menyakitkan kepada mangsa buli.


elemen-elemen yang

erkaitan dengan masalah

buli

Secara umumnya, elemen-elemen berikut adalah berkaitan

dengan masalah buli iaitu:

i) Buli melibatkan ketidakseimbangan kuasa di mana kanakkanak

atau remaja yang membuli berkuasa dari segi umur, saiz,

sokongan rakan sebaya atau status.

ii) Membuli adalah perlakuan yang diulang-ulang di mana

seseorang kanak-kanak itu disisihkan lebih daripada sekali dan

lazimnya dalam keadaan yang kronik.

iii) Tujuan membuli adalah untuk memudaratkan mangsa.

iv) Keagresifan secara fizikal, penghinaan berbentuk verbal atau

lisan, penyebaran fitnah atau gosip dan penyisihan daripada

kumpulan sebaya termasuk dalam tingkah laku membuli.


individu yang terlibat

dengan buli

i) PEMBULI

-Pembuli adalah murid-murid yang suka memulakan

pergaduhan dan mengejek kanak-kanak lain. Terdapat dua

jenis pembuli; pembuli agresif dan pembuli pasif. Pembuli

agresif ialah individu yang suka bergaduh, garang, suka

memaksa, tahap keyakinan tinggi, berfizikal tegap dan

pendesak.

ii) MANGSA BULI

-Mangsa buli dikategorikan kepada dua; mangsa pasif dan

mangsa provokatif. Mangsa provokatif

merujuk kepada

mangsa buli kadang kala juga membuli murid lain. Manakala,

mangsa pasif yang bukan pembuli jarang cuba menindas

orang lain melalui tingkah laku agresif.

iii) PEMERHATI (BYSTANDER)

- Pemerhati merupakan seseorang atau sekumpulan rakan

sebaya yang menyaksikan atau tahu tentang kejadian buli

yang berlaku terhadap seseorang yang lain. Pemerhati

(bystander) dibahagikan kepada tiga jenis iaitu 'helpful

bystander', 'hurtful bystander'', dan 'passive bystander'.


kategori buli

Perbuatan buli dapat dikategorikan kepada lima kategori iaitu

kategori buli fizikal, buli lisan, buli isyarat, buli memeras ugut dan

buli memulau.

1. FIZIKAL

-memukul

-menumbuk

-menendang

-menolak ataupun menarik mangsa

-menampar

-mencubit

-memulas telinga

-menindih atau menghimpit

-menyekeh atau mengetuk kepala

-mencekik

- meraba

2.LISAN

-mengejek

-memberi panggilan atau gelaran yang mangaibkan

-memfitnah

-mencarut dan memaki hamun

-menghina, mengherdik atau mempersendakan

3. ISYARAT

-menjelir lidah

-menjegil mata

-menunjukkan isyarat lucah


kategori buli

4. MEMERAS UGUT

-meminta wang secara paksa

-memaksa mangsa membuat kerja/kerja rumah

-meminta barang secara paksa

-memaksa magsa menjelaskan bayaran

-menyembunyikan barang mangsa

-mengugut supaya dirahsiakan perbuatan salah laku, dan

sebagainya

-memaksa mangsa melakukan salah laku

5. MEMULAU

-sengaja tidak memasukkan mangsa dalam kumpulan

-menafikan mangsa daripada mendapat kemudahan yang

sepatutnya.

-sengaja tidak memberikan kerjasama dengan mangsa.


PROSEDUR MENANGANI

MASALAH BULI

Bagi menangani masalah buli di sekolah, Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan dua

surat pekeliling mengenai gejala buli iaitu:

- Surat Siaran Langkah Menangani Gejala Buli Di

kalangan Murid Rujukan Kp(Bs/Hep)8543/053(19)

Bertarikh 20 Jun 2005.

- Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2010: Garis Panduan

Mencegah Dan Menangani Perbuatan Buli Dalam

Kalangan Murd Sekolah.


SURAT SIARAN LANGKAH MENANGANI GEJALA BULI

DIKALANGAN MURID RUJUKAN

KP(BS/HEP)8543/053(19) BERTARIKH 20 JUN 2005.


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2010: GARIS

PANDUAN MENCEGAH DAN MENANGANI

PERBUATAN BULI DALAM KALANGAN MURD

SEKOLAH.



Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli Di

Sekolah(2005) mencadangkan tiga orientasi dalam

menangani gejala buli di sekolah iaitu orientasi

perkembangan, orientasi pencegahan dan orientasi

pemulihan.

1. Orientasi Perkembangan

Mempertingkatkan pemahaman dan pengiktirafan

darihal wujudnya perbezaan antara individu (individual

differences). Oleh itu, program-program yang

dirancang perlu mampu untuk membimbing murid

memahami diri sendiri dan perbezaan mereka dengan

orang lain.

Murid disedarkan tentang potensi masing-masing dan

peluang-peluang yang terbuka kepada mereka supaya

mereka tidak perlu untuk menjadi pembuli bagi

memperoleh apa yang diingini. Pada masa yang sama,

dapat menyedarkan murid-murid yang lemah agar tidak

menjadi mangsa buli kerana mereka berupaya dan

berhak menentukan supaya tidak ditindas.

Orientasi Perkembangan sesuai dijalankan secara

berterusan supaya setiap murid mengetahui hak

masing-masing dan gejala buli tidak lagi berlaku di

sekolah.

2. Orientasi Pencegahan

Bercorak proaktif dengan menumpu kepada program

intervensi awal. Jenis-jenis kelakuan yang boleh

ditakrifkan sebagai membuli disebarluaskan kepada

murid.

Selain itu, murid-murid juga disedarkan darihal

mekanisme melaporkan kes-kes buli yang berlaku dan

tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak sekolah

untuk menghukum pembuli dan melindungi mereka

yang dibuli. Tindakan pencegahan ini diharap dapat

mengurangkan niat dan kecenderungan perkara

membuli daripada berlaku kerana murid-murid

mengetahui tindak-tanduk mereka akan mendapat

perhatian guru.


CARTA ALIRAN MENGENALPASTI

KES BULI DI SEKOLAH

Mendapatkan jumlah sebenar

murid di sekolah

Mendapatkan maklumat murid berisiko buli daripada

data SSDM sekolah

Menyediakan borang soal selidik berkaitan untuk menjalankan

kajian buli dalam kalangan murid

Mendapatkan maklumat murid berisiko buli daripada data SSDM sekolah.

Mengedarkan borang soal selidik kepada murid kumpulan sasaran

Mengumpul dan memproses borang soal selidik yang

lengkap

Bincang dengan AJK Antibuli Sekolah mengenai tahap buli dan

khidmat bimbingan dan kaunseling yang diperlukan

Bincang dengan pentadbir mengenai tahap buli dan khidmat

bimbingan dan kaunseling yang diperlukan

Merancang dan melaksanakan program mengikut

keperluan dan kesesuaian permasalahan murid

Penilaian

Gagal

Berjaya

Mendokumentasi

Tamat


3. Orientasi Pemulihan

Memfokuskan kepada masalah buli selepas kejadian itu

berlaku. Dalam fasa ini, guru-guru yang terlibat

khususnya guru disiplin dan guru bimbingan dan

kaunseling cuba menangani masalah yang ditimbulkan

oleh pembuli supaya ia tidak berulang.

Selain itu, mangsa buli juga diberi bantuan dan

sokongan supaya episod buli yang dialuinya tidak

meninggalkan implikasi fizikal dan mental yang

mendalam dan dapat meneruskan persekolahan sebagai

murid normal.


CARTA ALIRAN MENGENDALIKAN KES

BULI DI SEKOLAH

Wujud kejadian buli

Terima dan rekod aduan buli

Menjalankan siasatan dan

mengumpulkan bukti dengan segera

Mengambil tindakan sewajarnya

terhadap pembuli dan mangsa

Merujuk kes kepada guru

kaunseling untuk tindakan

Gagal

Berjaya

KES BERAT

Merujuk kes kepada pakar psikatri

bagi tindakan selanjutnya

Hantar laporan kepada pentadbir

sekolah

Tamat


Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi

(National Health and Morbidity Survey, NHMS) 2017 yang

dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, dianggarkan 16.2%

murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 menjadi mangsa buli

secara amnya. Negeri dengan kes buli yang paling banyak

berlaku adalah Selangor dengan anggaran 72, 344 murid

terkesan.

Dalam kebanyakan jenis buli, Selangor sering berada di

kedudukan teratas dengan jumlah mangsa buli terbanyak

kecuali untuk kategori "mengejek kerana agama". Dalam

kategori ini, Sarawak dianggarkan mempunyai 2,930 mangsa,

sementara Selangor 2,585 murid.

Tambahan, kemungkinan seseorang dibuli kerana bangsa,

kewarganegaraan atau warnanya (10.6%) lebih tinggi

berbanding kerana agama (4.7%). Dalam kes ini, murid lelaki

lebih cenderung untuk dibuli (11.9%) berbanding dengan wanita

(8.9%).

Berkaitan dengan buli fizikal, murid lelaki mempunyai peluang

yang lebih tinggi untuk menjadi mangsa pada 10.6%. Bagi

wanita, kemungkinan mereka dibuli secara fizikal lebih rendah

pada tahun 2017, iaitu 4.6%.

Sebaliknya, murid perempuan lebih cenderung untuk menjadi

mangsa bagi kategori mengejek fizikal (tubuh badan) berbanding

lelaki, masing-masing pada 19.4% dan 13.4%. Mengejek fizikal

(tubuh badan) adalah jenis buli kedua yang paling meluas, 15.9%

murid Malaysia menjadi mangsa buli.

Negeri yang paling banyak menjadi mangsa ejekan fizikal (tubuh

badan) adalah Selangor, ia mungkin kerana merupakan negeri

yang besar. Oleh itu, para pelajarnya lebih terdedah kepada

gambaran tubuh badan yang dipaparkan di media.

Secara keseluruhan, jumlah kes buli di Malaysia berada pada

tahap yang membimbangkan. Sekurang-kurangnya satu

daripada sepuluh pelajar menjadi mangsa buli pada tahun 2017.


STATISTIK STATISTIK TERKINI

MASALAH BULI

https://malaysiaindicator.com/theprevalence-of-bullying-in-malaysia/

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan

Morbiditi (National Health and Morbidity Survey, NHMS)

2017 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.


SENARAI laporan AKHBAR

TERKINI BERKENAAN BULI



VIDEO MASALAH BULI

Add body text

https://www.youtube.com/watch?

v=u20vvULWgrE&t=54s


PUNCA BERLAKUNYA

MASALAH BULI

Individu

Keluarga

Rakan

Sebaya

Sekolah

Persekitaran

(Masyarakat)

Media

Massa


FAKTOR INDIVIDU

Buli yang berlaku dalam kalangan murid sekolah terjadi

melibatkan pelbagai faktor sama ada faktor dalaman atau

faktor luaran. Faktor dalaman melibatkan faktor individu

iaitu diri remaja itu sendiri dan faktor keluarga manakala

bagi faktor luaran pula melibatkan pengaruh rakan sebaya,

pengaruh media massa, sikap masyarakat dan sebagainya.

Faktor individu dapat dilihat melalui sikap pembuli itu

sendiri yang ingin dilihat sebagai orang yang hebat. Mereka

ingin menunjukkan kekuatan dan kehebatan diri dengan

tujuan ingin disanjung oleh orang lain. Pembuli juga merasa

puas apabila melakukan buli terhadap orang lain. Semakin

mangsa rasa takut semakin tinggi darjah kepuasan yang

dirasai oleh pembuli. Ini juga dapat dikaitkan dengan faktor

fizikal pembuli di mana pembuli biasanya terdiri daripada

mereka yang berbadan besar dan tegap yang bertindak

membuli murid yang bertubuh lebih kecil.

Selain itu, murid yang melakukan perbuatan buli juga

disebabkan mereka merasakan diri mereka tidak selamat

jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi diri

daripada perkara yang tidak diingini. Mereka kerap berasa

curiga dan tidak selamat semasa berada di sekolah dan

untuk mengatasi perasaan itu, mereka mula membuli murid

junior. Kejayaan membuli murid junior akan menunjukkan

mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

Contohnya, laporan akhbar Berita Harian pada 21 Januari

2020 menyatakan bahawa tiga murid Tingkatan 1 Sekolah

Menengah (SM) Sains Kuching lebam di seluruh badan

selepas dipercayai dibuli dan dibelasah sekumpulan murid

senior sekolah berkenaan. Kejadian dilaporkan berlaku di

asrama lelaki dengan semua mangsa dikatakan ditumbuk

dan diterajang oleh ‘gangster asrama’ terbabit, yang terdiri

daripada murid Tingkatan 3, 4 dan 5.


FAKTOR INDIVIDU

Punca dominan yang mencetuskan gejala buli dalam

kalangan murid ialah kurangnya penghayatan nilai-nilai

agama dan moral dalam diri murid yang terlibat.

Kebanyakan remaja pada hari mempunyai stigma bahawa

ajaran agama sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan

untuk dipraktikkan pada zaman ini. Agama Islam

menggariskan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang

selaras dengan tuntutan agama. Contohnya, nilai hormatmenghormati

sesama manusia, kasih-sayang, belas

kasihan, amanah, bertanggungjawab dan sebagainya.

Malah setiap agama di dunia ini juga seperti agama Kristian

dan Hindu turut menekankan nilai-nilai murni yang baik

dalam kehidupan. Namun, mereka yang terlibat dalam

gejala buli ini tidak lagi menghayati dan mengamalkan

suruhan agama. Murid-murid yang ketandusan nilai-nilai

agama tidak dapat membezakan perkara yang baik dan

buruk malah tidak mempedulikan pahala dan dosa lalu

sanggup menganiaya rakan-rakan sendiri tanpa rasa

berdosa. Mereka juga sanggup bersikap kejam dengan

memukul, memeras ugut dan menghina rakan-rakan yang

lemah.


FAKTOR IBU BAPA

(KELUARGA)

Gejala buli berlaku dalam kalangan remaja khususnya

murid sekolah juga disebabkan kegagalan ibu bapa dalam

menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak. Pada

zaman yang serba moden ini, kebanyakan ibu bapa terlalu

sibuk dengan kerjaya masing-masing untuk meningkatkan

taraf kehidupan mereka.

Hal ini menyebabkan mereka

kurang memberikan belaian kasih sayang, kemesraan dan

perhatian kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang

ketandusan kasih sayang ini akhirnya beralih perhatian ke

arah perkara-perkara yang tidak baik.

Keadaan menjadi lebih parah apabila ibu bapa pada hari

ini tidak memberikan didikan agama yang sempurna

kepada anak-anak mereka. Hal ini terjadi kerana ibu bapa

pada alaf ini sering mempunyai tanggapan bahawa ajaran

agama tidak penting berbanding dengan pendidikan

akademik yang dianggap sebagai tiket kejayaan anak-anak

pada masa hadapan. Sikap ini menunjukkan bahawa

terdapat ibu bapa yang semakin alpa akan tanggungjawab

hakiki mereka dalam membesar, mengasuh dan mendidik

anak-anak mereka.

.


FAKTOR IBU BAPA

(KELUARGA)

Kegoyahan institusi kekeluargaan juga menjadi

pemangkin kepada gejala buli yang melanda di negara

kita.

Intitusi keluarga porak-peranda disebabkan oleh

tiada lagi persefahaman antara pasangan suami isteri.

Oleh itu, kes penderaan, pertengkaran dan perceraian

semakin meningkat dari hari ke hari. Menurut Statistik

Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2020, jumlah

perceraian dalam kalangan rakyat negara ini meningkat

12 peratus kepada 56,975 pada 2019, berbanding 50,862

pada tahun sebelumnya. Keluarga yang porak-peranda

akan lalai untuk memberikan kasih sayang mereka

kepada anak-anak remaja yang sentiasa memerlukan

belaian dan perhatian daripada ibu bapa mereka.

Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan bahawa 50

peratus remaja yang terlibat dalam gejala negatif terdiri

daripada remaja yang mempunyai konflik keluarga.

Keadaan ini membimbangkan kerana akan menjejaskan

perkembangan remaja dan pembentukan personaliti

remaja. Maka tidak hairanlah apabila remaja sanggup

terlibat dalam gejala samseng ini untuk menarik

perhatian dan mendapatkan sekelumit kasih sayang

daripada ibu bapa mereka yang semakin alpa dalam

memikul tanggungjawab hakiki mereka


FAKTOR RAKAN SEBAYA

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor

gejala buli semakin menular dan kian serius di negara

kita pada hari ini. Kebanyakkan ibu bapa sekarang ini

bekerjaya dan jarang meluangkan masa bersama anakanak.

Kekangan masa yang terhad antara ibu bapa dan

anak-anak ini menyebabkan remaja lebih banyak

menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Hal ini yang

mendorong remaja pada hari ini lebih mempercayai

rakan-rakan berbanding ibu bapa dan guru-guru

mereka. Jika diperhatikan kejadian membuli melibatkan

sekumpulan murid dan biasanya usia mereka adalah

sebaya. Tekanan rakan sebaya akan mendorong murid

terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka

yang suka membuli. Tindakan remaja yang sanggup

menuruti kata-kata kawannya tanpa memikirkan risiko

dapat diumpamakan seperti kerbau dicucuk hidung.

Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja tidak ingin

dipulaukan atau disisihkan oleh ahli kumpulan

sekiranya enggan menuruti perlakuan dan kata-kata

mereka. Ekoran sikap remaja yang tersalah memilih

rakan menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh

anasir-anasir negatif seperti membuli.

Pendek kata,

pengaruh dan tekanan daripada rakan sebaya turut

mejadi penyebab kepada kemelut buli semakin sukar

ditangani. Contohnya, dalam akhbar Berita Harian

bertarikh 21 November 2019, polis menahan 10 murid

Tingkatan Dua di sebuah sekolah agama, di Pasir Puteh

bagi menyiasat kes buli membabitkan seorang rakan

mereka. Mangsa dipercayai kerap dibuli beberapa

rakan sekelasnya itu supaya menyiapkan kerja sekolah

mereka.


FAKTOR PERSEKITARAN

(SEKOLAH)

Faktor persekitaran sekolah juga menjadi faktor remaja

terlibat dengan masalah sosial (buli). Dalam satu kajian,

faktor buli disekolah berpunca daripada sikap guru sendiri.

Guru hanya memberi perhatian sepenuhnya kepada murid

pintar sahaja, pelajar yang bermasalah dianggap menjadi

beban untuk diajar kerana dikatakan mempunyai kognitif

yang rendah dan hanya melambatkan proses pengajaran.

Selain itu, faktor murid bermasalah juga berpunca dari guru

yang terlalu tegas mengenakan hukuman disiplin terhadap

pelajar yang bermasalah. Akhirnya, pelajar yang dihukum ini

memberontak dengan melepaskan sikap memberontak itu

dengan melakukan buli terhadap murid-murid lain yang

dianggap lemah.

Faktor lain yang berpunca dari sekolah juga disebabkan

sekolah kurang melakukan program motivasi dan juga

pantauan disiplin yang lemah terhadap murid.


FAKTOR PERSEKITARAN

(MASYARAKAT)

Selain dari rakan sebaya, faktor persekitaran iaitu

masyarakat setempat juga boleh menjadi punca berlakunya

‘buli’ dalam kalangan remaja. Masyarakat yang bersikap

tidak ambil tahu kerana risau dianggap menjaga ‘tepi kain’

menjadi faktor utama berlaku masalah sosial dalam

kalangan remaja. Mereka ini hanya sibuk menguruskan hal

keluarga dan anak-anak mereka sahaja, dan apabila melihat

anak-anak jiran mereka melakukan tindakan abnormal

ketika diluar kawasan rumah, mereka ini tidak menegur dan

tidak dilaporkan kepada ibu bapa remaja tersebut malah

dibiarkan kerana risau dianggap menjaga tepi kain.

Disebabkan perkara ini, ketika anak-anak berada diluar

kawasan rumah, mereka kurang mendapat pantauan dari

orang yang lebih dewasa selain dari ibu bapa mereka sendiri.

Akhirnya, remaja-remaja ini akan mudah terjebak dan bebas

melakukan aktiviti abnormal seperti membuli kerana tiada

lagi pantauan dari orang yang lebih dewasa ketika berada di

luar kawasan rumah.


FAKTOR MEDIA

MASSA

Punca seterusnya boleh dilihat melalui pengaruh media massa.

Media massa kini juga telah menjadi pemangkin kepada budaya

negatif ini. Pelbagai genre filem dan drama bersiri luar negara

yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing

yang sememangnya kontras dengan budaya tempatan.

Program-program yang diimport dari negara-negara barat

berunsurkan aksi-aksi ganas telah mula masuk ke negara kita

tanpa tapisan dengan mudah melalui medium laman sosial seperti

Facebook, Twitter, Tumblr, Tiktok, dan sebagainya.

Terdorong dengan perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang

dipaparkan, pelaku buli akan cuba meniru setiap tindak tanduk

ganas tersebut dan bertindak melakonkannya keatas mangsa buli

mereka tanpa memikirkan padah yang bakal mereka perolehi.


KESAN BERLAKUNYA

MASALAH BULI

KESAN

BURUK

KEPADA

MANGSA

KESAN

BURUK

KEPADA

PEMANGSA

KESAN

KEPADA

KELUARGA

MANGSA

KESAN

KEPADA

KELUARGA

PEMANGSA

KESAN

KEPADA

MASYARAKAT


KESAN BURUK KEPADA

MANGSA

Kesan buli membawa keburukan kepada mangsa sama ada

dari segi jangka masa pendek mahu pun jangka masa yang

panjang. Mangsa yang kerap didedahkan dengan gejala buli

akan menyebabkan kemahiran sosial mereka semakin rendah.

Hal ini terjadi kerana mangsa tiada keyakinan diri yang

optimum untuk berdepan dengan orang ramai. Maka mangsa

lebih selesa untuk bertindak sebagai individu yang bersifat

pasif. Dalam jangka masa pendek, kesan buruk kepada

mangsa buli dapat diperhatikan dari segi psikologikal. Mangsa

lebih berisiko ditimpa kemurungan dan cepat berasa cemas.

Dari segi fizikal pula, mangsa berisiko berada dalam keadaan

yang tidak normal pada bahagian otak yang dinamakan

sebagai corpus callosum. Bagi kesan jangka masa panjang,

mangsa menghadapi tekanan hidup yang mana

kecenderungan ke arah tekanan hidup yang akan menganggu

kesejahteraan mental mangsa.

Murid-murid yang dibuli juga akan berasa takut datang ke

sekolah. Kebanyakan mangsa buli biasanya bersaiz lebih kecil

dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab

itu, mereka tidak mampu melawan kerana takut dengan

pembuli. Pembuli biasanya akan menyuruh mereka

melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika

mereka membantah, mereka akan dipukul dan didera.

Terdapat sesetengah pembuli yang membawa kawankawannya

untuk membelasah murid yang dibuli. Bagi muridmurid

perempuan pula, mereka suka menyindir dan

mengutuk sesama sendiri. Perbuatan ini boleh menyebabkan

mangsa berasa ketakutan. Hal ini menyebabkan murid yang

dibuli akan berasa takut dan tidak berani datang ke sekolah

lagi yang akhirnya menjejaskan prestasi akademik mereka.


KESAN BURUK

KEPADA PEMANGSA

Pemangsa yang sering membuli rakan mereka akan turut

menimpa kesan buruk. Hal ini dapat diperhatikan melalui

tindakan pemangsa yang akan memberi kesan kepada kawalan

emosi yang berkesan. Pemangsa tidak dapat mengawal emosi

kemarahan mereka dengan baik menyebabkan mereka terlibat

dengan keganasan. Selain itu, sifat empati terhadap orang lain

turut diabaikan dalam diri mereka. Tingkahlaku mereka yang

sering terlibat dengan kegansan akan memberi kesan dengan

menjadi dirinya berpotensi terjebak dalam kumpulan

keganasan seperti mafia.

Selain itu, kesan buruk kepada pemangsa ialah mereka juga

mengalami kemurungan. Kajian penyelidikan juga

menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang terlibat dengan buli

sama ada mereka yang membuli orang lain atau mereka yang

dibuli mempunyai risiko tinggi untuk mengidap kemurungan.

Hal ini kerana mereka yang terlibat dalam gelaja buli ini turut

diselubungi perasaan takut, resah dan cemas setelah mereka

melakukan kecederaan fizikal mahupun mental kepada

mangsa buli itu. Perasaan bersalah dalam hal tersebut sering

menghantui diri pemangsa sehingga mereka tidak dapat hidup

dengan tenang menyebabkan mereka turut mengalami

kemurungan yang teruk.


KESAN KEPADA

KELUARGA MANGSA

Keluarga mangsa turut dapat diperhatikan kesan buli malah

kawalan emosi keluarga mangsa lebih terdedah dengan

masalah trauma apabila mengetahui ahli keluarga mereka

diibuli. Trauma sering terjadi apabila sesuatu keadaan buruk

berlaku tanpa dibendung sehingga keseksaan tersebut

membawa kepada kematian. Semangat untuk melangsungkan

hidup turut hilang apabila orang tersayang diseksa tanpa

disedari dan tidak mengambil mana-mana langkah

pencegahan.

Selain itu, jika berlaku kecederaan terhadap ahli keluarga yang

dibuli ia memberi kesan dari pelbagai sudut termasuklah dari

segi wang ringgit, masa, tenaga dan sebagainya. Tanpa

sebarang alasan yang munasabah, buli juga tanpa disedari

boleh mengakibatkan permusuhan dan putusnya silaturrahim

dalam kalangan saudara seagama.


KESAN KEPADA KELUARGA

PEMANGSA

Kesan buruk kepada keluarga pemangsa dapat diperhatikan

apabila masyarakat dan individu di sekeliling mereka

memandang serong terhadap keluarga mereka. Keluarga ini

juga boleh dikategorikan sebagai bersekongkol dengan

penjenayah kerana tindakan mereka yang membiarkan

pemangsa terus berada dalam masalah disiplin. Nama baik

keluarga mereka turut tercemar kerana tidak dapat mendidik

anak-anak dengan betul.

Keluarga pemangsa turut mendapat kesan iaitu juga ibu bapa

sering mengalami pelbagai akibat termasuk kemurungan

kerana tidak berdaya untuk memperbaiki keadaan. Mereka

juga berasa ingin bersendirian dan tidak mahu bersosial

dengan masyarakat. Hal ini kerana mereka berasa sangat

malu untuk bergaul dengan masyarakat luar yang

mengetahui bahawa ahli keluarga mereka ada yang terlibat

dalam kes buli sehingga boleh membawa kepada

kemurungan.


KESAN KEPADA

MASYARAKAT

Masyarakat lebih selesa berdiam diri daripada bersuara

menentang gejala buli. Gejala buli yang semakin berleluasa

menyebabkan masyarakat sudah terbiasa melihat keganasan

yang berlaku di sekelilingnya. Kesannya akan dapat dilihat apabila

dunia sudah menganggap bahawa keganasan adalah perkara

yang biasa berlaku dan tidak dapat dibendung.

Masyarakat juga hidup dalam suasana yang mencurigakan yang

penuh dengan kesedihan dan kepahitan, dan berasa kegagalan

untuk melindungi anak mereka atau orang yang mereka cintai

daripada dibuli. Seseorang yang telah dibuli mungkin mempunyai

situasi negatif yang menyebabkan dia terlibat dalam pertengkaran

dan persaingan sosial.


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN

INDIVIDU

PERANAN

IBU BAPA

(KELUARGA)

PERANAN

RAKAN

SEBAYA

PERANAN

SEKOLAH

PERANAN

MASYARAKAT

PERANAN

MEDIA MASSA

PERANAN

PIHAK

BERKUASA


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN INDIVIDU

PEMBULI

Langkah menangani masalah buli dari segi individu (pembuli)

adalah individu sendiri harus bijak memilih rakan kerana

biasanya murid akan mudah terpengaruh dengan perbuatan

rakannya. Contohnya, jika rakannya minat membaca buku,

maka murid tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca

bersama-sama. Perkara ini sama juga jika rakan murid itu

sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah. Maka,

mereka akan turut terikut-ikut sekali.

Selain itu, individu boleh mendapatkan khidmat kaunseling,

khidmat nasihat, sokongan emosi sebagai inisiatif bagi

membantu mereka dalam pemilihan penyelesaian konflik yang

dialami. Ia merupakan langkah yang efisien bagi mengatasi

mereka daripada terus terlibat dalam kancah masalah buli.

Bukan itu sahaja, individu yang terlibat dalam gejala buli ini

boleh giat melibatkan diri dalam mana-mana program

bersesuaian yang dilaksanakan sama ada dianjurkan oleh pihak

sekolah, komuniti setempat, badan kerajaan atau NGO (badan

bukan kerajaan). Secara langsung, mereka akan

dapat

kesedaran dan menghindarkan diri dari terlibat dalam masalah

tersebut serta mengisi masa lapang dengan perkara yang

berfaedah.


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN INDIVIDU

MANGSA BULI

Langkah menangani masalah buli dari segi individu (mangsa

buli) adalah individu yang menjadi mangsa buli harus

memberanikan diri tampil untuk melaporkan kepada pihak

sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan

secepat mungkin demi keselamatan diri serta kesejahteraan

sekolah. Sekiranya langkah pencegahan tidak diambil dengan

segera, dan kes ini masih tidak dibicarakan, masalah buli akan

semakin bertambah dan berleluasa lagi.

Selain itu, mangsa buli boleh mendapatkan bantuan

profesional. Jika mereka mendapat bantuan yang diperlukan

pada masa yang tepat, ia akan menjadi cara bagi mengelakkan

diri daripada terus dibelenggu akan masalah buli. Sekiranya

gangguan itu menyebabkan kemurungan dan mula berfikir

untuk mencederakan diri, maka mereka harus memberitahu

orang dewasa yang dipercayai dengan segera. dan berbincang

dengan salah seorang ibu bapa, kaunselor sekolah atau doktor

mengenai pilihan untuk pergi ke ahli terapi bertauliah.

Mangsa buli juga boleh mempelajari seni pertahanan diri

sebagai langkah untuk melindungi diri apbila dibuli Dengan

mempelajari teknik melawan dan mempertahankan diri,

mereka dapat mengurangkan risiko terdedah sebagai mangsa

buli. Mereka tidak akan diganggu pembuli kerana memiliki

kelebihan ilmu berkenaan dan juga boleh berperanan

membantu rakan lain yang berkemungkinan dibuli sama ada

secara fizikal, mental atau emosi.


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN IBU BAPA

(KELUARGA)

PEMBULI

Ibu bapa kepada pembuli seharusnya peka terhadap aktiviti

yang dilakukan oleh anak-anak supaya dapat dikawal tingkah

lakunya.

Tindakan yang boleh dilakukan oleh ibubapa yang pertama

ialah memberi perhatian kepada anak-anak. Ibu bapa terlalu

sibuk dengan kerja sehingga tiada masa dengan anak-anak dan

anak-anak berasa sunyi. Oleh itu, ibu bapa perlu meluangkan

masa dengan anak-anak dengan menanyakan keadaan

pembelajaran di sekolah dan mengetahui perkembangan anakanak

di sekolah.

Tindakan yang kedua ialah ibubapa kepada pembuli haruslah

meluangkan masa bersama-sama anak-anak supaya anakanak

tidak berasa sunyi. Ibu bapa perlu bijak membahagikan

masa antara kerja dengan masa anak-anak supaya mereka

tidak terabai.


PERANAN IBU BAPA

(KELUARGA)

PEMBULI

Tindakan yang seterusnya yang boleh dilakukan oleh ibu bapa

kepada pembuli ialah memberikan didikan agama, moral dan

nilai-nilai murni. Anak-anak yang terdidik dengan sempurna

pastinya mempunyai akhlak yang baik dan dapat menghindari

daripada masalah buli di sekolah.

Di samping itu, ibu bapa kepada pembuli perlulah

menunjukkan teladan yang baik supaya anak-anak

menjadikannya sebagai contoh di sekolah.

Selain itu, ibu bapa kepada pembuli boleh memberikan

dendaan secara sederhana dan tidak melampau agar dapat

memberi pengajaran semasa kecil supaya mereka berasa

takut untuk melakukan masalah atau benda yang tidak

berfaedah.


PERANAN IBU BAPA

(KELUARGA)

MANGSA BULI

Tindakan yang seterusnya ialah ibu bapa kepada mangsa buli

perlulah mengikuti perkembangan sekolah anak-anak.

Contohnya, ibu bapa boleh menghubungi guru kelas untuk

menanyakan perkembangan akademik anak-anak mereka.

Kadang-kadang melalui perkembangan akademik ini , ibu bapa

dapat mengesan jika anak-anak mereka mempunyai masalah

di sekolah contohnya menjadi mangsa buli.

Di samping itu, ibu bapa kepada mangsa buli hendaklah sering

bertanyakan masalah atau tekanan yang dihadapi oleh anak

mereka supaya ibu bapa melaporkan kepada pihak sekolah dan

seterusnya dapat mengelak anak-anak mereka daripada

menjadi mangsa buli.


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN SEKOLAH

Pihak sekolah merupakan pihak yang terpenting yang dapat

mengatasi masalah buli di sekolah. Hal ini kerana, gejala buli ini

sering berlaku di sekitar sekolah.

Tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah yang pertama

ialah mengadakan program berkenaan buli. Contohnya, ceramah

tentang masalah buli oleh pakar kaunseling. Hal ini, murid

mengetahui implikasi buli dan seterusnya dapat mencegah

masalah buli di sekolah.

Tindakan yang kedua yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah

ialah menganjurkan kempen tentang buli contohnya kempen

"JAUHI BULI". Kempen ini boleh dijalankan dengan memilih murid

yang terlibat dengan gejala buli supaya mereka berasa insaf

terhadap perbuatan mereka dengan memantau keadaan dan

aktiviti mereka di sekolah.

Tindakan ketiga yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah yang

ketiga ialah guru menyemai sikap saling menghormati antara

murid melalui pembimbing rakan sebaya, melalui aktiviti yang

dijalankan di kelas atau sebagainya.


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN SEKOLAH

Tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah yang

selanjutnya ialah pihak sekolah perlu mengenakan tindakan

disiplin dan undang-undang yang tegas kepada pembuli supaya

ianya memberi pengajaran kepada pelajar lain supaya tidak

mengikuti salah laku tersebut. Phak sekolah boleh mengenakan

tindakan membuang sekolah ke atas pembuli jika didapati

bersalah supaya memberi pengajaran kepada pembuli.

Pihak sekolah juga boleh membuat tinjauan tentang buli yang

berlaku di sekolah dan membuat tindakan susulan. Contohnya,

pihak sekolah boleh membuat soal selidik terhadap murid untuk

mengetahui tentang masalah buli yang berlaku di sekolah

contohnya di kawasan mana, ciri seorang pembuli, faktor pembuli

membuli murid dan mengetahui cadangan bagi mengatasi

masalah buli di sekolah yang dicadangkan oleh murid bagi

mencegah masalah buli ini.


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN SEKOLAH

Tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah yang keempat

ialah guru memberikan penekanan terhadap subjek pendidikan

moral, pendidikan sivik dan pendidikan islam. Melalui subjek ini,

murid dapat mempelajari nilai-nilai murni yang perlu ada dalam

diri dan seterusnya dapat mencegah murid dari melibatkan diri

dengan masalah buli di sekolah.

Pihak sekolah perlulah mengenakan peraturan dengan tegas

kepada individu yang terlibat dengan masalah buli seperti

memanggil untuk kaunseling secara berkala, memanggil ibu bapa,

membuang sekolah jika didapati masalah buli yang dilakukan

melampau dan menbahayakan murid yang lain.

Guru bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan yang

penting dalam mencegah masalah buli di sekolah. Guru bimbingan

dan kaunseling boleh memberi bimbingan dan kaunseling kepada

individu yang terlibat dengan buli supaya mereka tidak

mengulanginya lagi.


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN RAKAN

SEBAYA

Rakan sebaya memainkan peranan yang penting. Rakan sebaya

seharusnya saling menasihati dan menegur antara satu sama lain

apabila salah seorang daripada mereka telah tersasar jauh daripada

landasan yang betul. Mereka sepatutnya menggalakkan penerapan

perlakuan yang baik dalam diri mereka dan rakan-rakan. Sebagai

contoh, apabila mereka melihat salah seorang rakan mereka sedang

membuli orang, rakan sebaya berperanan untuk menghalang dan

menegahnya daripada melakukan perbuatan tersebut dan bukannya

turut terlibat sekali untuk membuli.

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan salah satu unit

sokongan kepada murid-murid untuk meluahkan masalah yang

mereka hadapi. Menurut Zuraidah (1988), konsep asas program ini

ialah ‘rakan bantu rakan’. Dalam konteks ini, murid yang telah

mendapat latihan khas akan berusaha memberikan bantuan kepada

rakan-rakan di sekolah yang menghadapi pelbagai masalah disiplin

misalnya, buli.

Selain itu, rakan sebaya juga boleh memberi sokongan dan dorongan

serta motivasi. Murid yang mempunyai keyakinan dan motivasi yang

tinggi lebih cenderung untuk melakukan perkara yang berfaedah

dan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti salah laku seperti tingkah

laku buli.

Rakan sebaya yang prihatin boleh menjadi mata dan telinga kepada

murid yang menjadi mangsa buli bagi mengatasi masalah ini

berlaku. Mereka boleh memberikan laporan kepada guru atau

kaunselor sekolah untuk tindakan lanjut. Dengan itu, guru-guru

dapat mengambil langkah pencegahan dengan lebih cepat. Masalah

buli ini sememangnya dapat diatasi dengan peranan yang dimainkan

oleh rakan sebaya.


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN MASYARAKAT

Masyarakat merupakan individu yang memainkan peranan

penting dlaam mencegah masalah murid dalam kalangan murid.

Tindakan yang boleh dilakukan oleh masyarakat ialah masyarakat

perlulah peka terhadap masalah buli yang berlaku di luar kawasan

sekolah. Masyarakat boleh menyertai kempen yang dijalankan

oleh pihak sekolah bagi mengetahui tindakan yang boleh dilakukan

jika terdapatnya masalah buli di kawasan sekolah atau di luar

sekolah.

Masyarakat juga boleh menganjurkan kempen kesedaran atau

menyertai kempen kesedaran tentang masalah buli yang

dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Jika masyarakat

menganjurkan kempen kesedaran, ia dapat memberi pendedahan

kepada orang lain tentang masalah buli yang timbul. Dan jika

kempen kesedaran tentang buli dianjurkan oleh pihak tertentu,

masyarakat dapat mengetahui tentang masalah buli dengan lebih

mendalam lagi bagi mencegah masalah buli yang berlaku di

sekolah.


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN MASYARAKAT

Tindakan yang boleh dilakukan oleh masyarakat ialah masyarakat

perlulah mengadu kepada pihak sekolah atau pihak berkuasa jika

terlihat gejala buli yang berlaku di sekitar sekolah atau di luar

sekolah. Hal ini, masyarakat dapat menjalankan tanggungjawab

untuk mencegah masalah buli yang berlaku di sekitar sekolah atau

di luar sekolah.


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN

MEDIA MASSA

Peranan media massa merupakan wahana yang berkesan

untuk mendidik manusia dan berupaya mempengaruhi tingkah

laku dan pemikiran manusia. Filem-filem yang mengandungi

adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik

murid untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada

tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar,

cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli.

Di samping memberikan hiburan, media massa dapat

menyifarkan gejala buli dalam kalangan murid.

Tanggungjawab media massa, sama ada media elektronik,

media internet mahupun media cetak amat penting dalam

menangani masalah buli.

Selain itu, platform media massa ini juga boleh digunakan

untuk menghebahkan kempen-kempen anti buli. Kaedah yang

boleh dilakukan adalah seperti pengiklanan di radio,

televisyen, surat khabar dan juga media sosial, misalnya

Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi. Secara

langsung, masyarakat Malaysia akan dapat kesedaran akan

pentingnya untuk membanteras gejala buli.


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN PIHAK

BERKUASA

Kementerian Pelajaran perlu merangka serta membentuk

program latihan kepada guru-guru tentang cara untuk mengenal

pasti dan menangani masalah perlakuan buli dalam kalangan

pelajar sekolah. Hal ini kerana, guru perlu bersikap lebih terbuka

dan merapatkan hubungan dengan mangsa buli supaya mereka

lebih bersedia untuk melaporkan kejadian buli kepada guru yang

mereka percayai. Secara langsung, ia dapat membantu pihak

guru mengenal pasti tanda-tanda awal masalah tingkah laku buli

seterusnya dapat bertindak atas arahan pihak sekolah untuk

mencegah dan membantu pelajar yang mengalami masalah

tingkah laku buli.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan garis

panduan kepada pihak sekolah untuk mencegah dan menangani

kes buli di sekolah. Garis panduan tersebut membenarkan pihak

pengurusan sekolah menguruskan kes buli. Oleh itu, pihak

sekolah boleh merujuk garis panduan ini ketika menangani

masalah buli dan seterusnya mampu membendung masalah ini

daripada berleluasa.

Untuk mengatasi masalah disiplin dan buli ini, pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia boleh menjalin kerjasama dengan

kementerian-kementerian lain. Sebagai contoh, menjalin

kerjasama dengan pakar psikiatri di hospital Kementerian

Kesihatan Malaysia dan hospital-hospital universiti yang boleh

menawarkan kepakaran mereka untuk membantu pihak sekolah

menangani kes-kes yang kerap terlibat dengan salahlaku disiplin

dan mempunyai tingkah laku yang agak liar dan ganas seperti

buli.


LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN PIHAK

BERKUASA

Memandangkan tingkah laku buli ini tidak hanya berlaku di dalam

kawasan sekolah sahaja, maka kerjasama pihak luar seperti

pihak polis, pihak berkuasa tempatan dan penglibatan

masyarakat keseluruhannya adalah perlu untuk memantau

kegiatan murid-murid terutama sekali ketika mereka berada di

luar kawasan sekolah. Kawalan disiplin bukan hanya dalam

kawasan sekolah semata-mata, tetapi mereka juga perlu dididik

untuk mematuhi peraturan dan undang-undang ketika berada di

luar kawasan sekolah. Hal ini kerana, masalah buli ini boleh juga

berlaku di luar kawasan sekolah. Oleh itu, penglibatan semua

pihak amat penting bagi membendung gejala buli ini daripada

berleluasa.


AKTIVITI

Klik link untuk menjawab

sedikit soalan bagi menguji

kefahaman pembaca:

https://quizizz.com/join

/quiz/5ff9fa3c001a3d0

01b5a7735/start?

studentShare=true


rujukan

Azneezal Ar-Rashid Bin Mohd Ramli, Nora Binti Mislan & Siti

Mislia Binti Selamat. 15 Oktober 2015. Seminar Pendidikan

2005. Fakulti Pendidikan, UTM.

Jamalsafri Saibon. 2014. Memahami Tingkah Laku Buli Dalam

Kalangan Murid Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, Jilid

4(1), 1-12.

James Ang Jit Eng (2019). Pengurusan Disiplin Murid (3rd

Ed.). PTS Professional Sdn. Bhd.

Mahadi bin Hj. Khalid. Tingkah Laku Buli dalam Kalangan

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak.

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu

Lintang Tahun 2007.

Mohd. Aris bin Anis & Mohd. Noor bin Abd. Rashid. (2005).

Masalah Buli Di Sekolah. Seminar Pendidikan 2005, Fakulti

Pendidikan, UTM.

Mohd Razimi Bin Husin, Nur Izzati Binti Mat Isa1, Nur Haqima

Farhana Binti Abdul Rahim, Wan Nur Izzwani Binti Wan Izham,

Nur Atasya Izati Binti Bakeri, Farah Nurhafiza Binti Shamsul

Anuar & Najiha Binti Mohbob. 2020. Gejala Membuli dalam

Kalangan Pelajar Sekolah. Journal of Humanities and Social

Sciences. Vol.2, Issue No.1.22-33.

Nor Junainah Mohd Isa, Mohd Sobri Ismail, Amelia Mohd

Noor. 2019. Masalah buli dalam kalangan murid: apakah kata

guru?. Jurnal Perspektif. Jil. 11 Bil. 2 (1-14).

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!