12.01.2021 Views

PGT 434 PENGURUSAN DISIPLIN- EBOOK BULI

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LANGKAH MENANGANI

MASALAH BULI

PERANAN RAKAN

SEBAYA

Rakan sebaya memainkan peranan yang penting. Rakan sebaya

seharusnya saling menasihati dan menegur antara satu sama lain

apabila salah seorang daripada mereka telah tersasar jauh daripada

landasan yang betul. Mereka sepatutnya menggalakkan penerapan

perlakuan yang baik dalam diri mereka dan rakan-rakan. Sebagai

contoh, apabila mereka melihat salah seorang rakan mereka sedang

membuli orang, rakan sebaya berperanan untuk menghalang dan

menegahnya daripada melakukan perbuatan tersebut dan bukannya

turut terlibat sekali untuk membuli.

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan salah satu unit

sokongan kepada murid-murid untuk meluahkan masalah yang

mereka hadapi. Menurut Zuraidah (1988), konsep asas program ini

ialah ‘rakan bantu rakan’. Dalam konteks ini, murid yang telah

mendapat latihan khas akan berusaha memberikan bantuan kepada

rakan-rakan di sekolah yang menghadapi pelbagai masalah disiplin

misalnya, buli.

Selain itu, rakan sebaya juga boleh memberi sokongan dan dorongan

serta motivasi. Murid yang mempunyai keyakinan dan motivasi yang

tinggi lebih cenderung untuk melakukan perkara yang berfaedah

dan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti salah laku seperti tingkah

laku buli.

Rakan sebaya yang prihatin boleh menjadi mata dan telinga kepada

murid yang menjadi mangsa buli bagi mengatasi masalah ini

berlaku. Mereka boleh memberikan laporan kepada guru atau

kaunselor sekolah untuk tindakan lanjut. Dengan itu, guru-guru

dapat mengambil langkah pencegahan dengan lebih cepat. Masalah

buli ini sememangnya dapat diatasi dengan peranan yang dimainkan

oleh rakan sebaya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!