20.01.2013 Views

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BERITA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BIL. 348 • ISSN 0128-1742 • JANUARI 2011

Pro-Canselor Wanita

Pertama dalam Sejarah

UKM Dilantik

Dato’ Seri Tunku Intan Safinaz menerima watikah pelantikan

daripada YDPB Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum

Tuanku Munawir, selaku Canselor UKM

Puteri Baginda Sultan Kedah Tunku Panglima Besar Kedah,

Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Haji

Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini dilantik sebagai salah

seorang Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

menjadikannya wanita pertama menyandang jawatan itu di

UKM.

Lihat halaman 3

The National University

of Malaysia

KANDUNGAN

Pro-Canselor Wanita Pertama

dalam Sejarah UKM Dilantik 3

Orkestra UKM Rai Hari

Keputeraan Yang Di-Pertuan

Besar Negeri Sembilan 5

UKM dan NIU Jalin Kerjasama

Lebih Rapat 8

Karnival Kesedaran Penyakit

Kanser UKM 9

Gadis ‘Kampung’ dari UKM

Raih Anugerah Tun Suffian 12

Pelajar UKM Raih Anugerah

Pesilat Terbaik Kejohanan

Taming Sari III 18

SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011 l

BERITA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pengurusan Universiti

Naib Canselor

Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Timbalan-Timbalan Naib Canselor

Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa)

Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni)

Prof. Dr. Rahmah Mohamed (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi)

Prof. Dr. Saran Kaur Gill (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat)

Pendaftar

Encik Ab. Aziz Othman

Bendahari

Hj. Mohd. Abdul Rashid Mohd. Fadzil

Ketua Pustakawan

Hj. Abu Bakar Maidin

Sidang Pengarang

Editorial

Prof. Dr. Mohd Safar Hasim • Ketua Editor

Abd. Razak Hussin • Timbalan Ketua Editor

Radzuan Hj. Ghazali • Editor

Nastura Nasir • Penolong Editor

Pengeluaran

Anthony Ulek Anak Jeti • Senada elektronik

Unit Foto PKK & Penerbit • Fotografi

Sharmiza Zan • Pereka

PKK • Pengedaran

SENADA elektronik boleh dicapai di:

http://www.ukm.my/pro

Sidang Pengarang SENADA amat mengalu-alukan sumbangan daripada

Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian untuk diterbitkan di ruangan-ruangan tetap,

berita semasa mahupun rencana yang berkaitan dengan urusan keilmuan dan

aktiviti Universiti. Sila hantarkan bahan-bahan tersebut kepada:

Editor SENADA,

Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 8921 5151 / 8921 5052. Faks: 8921 4097

mel-e: senada@ukm.my

l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

Dari Mata

Turun ke Hati

Satu lagi sejarah UKM menempa

Kali pertama melantik Pro-Canselor seorang wanita

UKM megah dengan pelantikannya

Daripada Tuanku Canselor watikah diterima

Intan Safinaz orang bijaksana

Bergelar Tunku Puteri dan Panglima

Semangatnya kental jiwanya waja

Prihatinnya dikenal rakyat jelata

Kita menanti begitu lama

Sekolah PERMATApintar akhirnya dibuka

Kita mengalu-alukan kumpulan pertama

Pintar dan berbakat harapan negara

Konsert Di Raja menjadi tradisi

Hari keputeraan Tuanku bersama dirai

Sebagai tanda penghargaan universiti

Merafak sanjungan Canselor yang dikasihi

Budayawan UKM sendiri berkarya

Mencipta inovasi bagi Konsert Di Raja

Orkestra dan gamelan dialun bersama

Gubahan indah, baru dan lama

Persatuan Mahasiswa terus berperanan

Karnival Sihat 1Malaysia berjaya dianjurkan

Merangkupi kanser dan aspek kesihatan

Agar terpahat kesedaran tentang pencegahan

Luas terbuka pendidikan di universiti

Menjadi terbaik bukan hanya berteori

Mahasiswa berjaya di Malam Anugerah Seni

Budaya dihargai aspek membina jati diri

Seorang bekerja seorang masih mengaji

Biasiswa Tun Suffian anugerah yang dimenangi

Azlin Sabtu di Putrajaya Tan Sze Pei di Bangi

Kedua-duanya menjadi kebanggaan universiti

Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah

Syed Hasan Shahbudin

Naib Canselor

Pro-Canselor Wanita

Pertama dalam Sejarah

UKM Dilantik

Oleh: Shahfizal Musa, PKK

Puteri Baginda Sultan Kedah Tunku Panglima Besar

Kedah, Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz

binti Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah hari

ini dilantik sebagai salah seorang Pro-Canselor UKM

menjadikannya wanita pertama menyandang jawatan

itu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Naib Canselor UKM

Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr.

Sharifah Hapsah Syed Hasan

Shahabudin berkata Tunku

Puteri Intan Safinaz merupakan

wanita pertama dalam senarai

keseluruhan sepuluh orang Pro-

Canselor UKM yang pernah

dilantik sejak penubuhannya 40

tahun lalu.

Prof. Sharifah Hapsah

berkata Tunku Puteri Intan

Safinaz juga mempunyai sifat

kepahlawanan dan berjiwa

kental apabila menjadi wanita

pertama dari kerabat DiRaja

yang menjadi komander dalam

Askar Wataniah, iaitu bagi

Rejimen 513.

Hasil khidmatnya itu

beliau telah dianugerahkan

Darjah Pahlawan Angkatan

Tentera (PAT) oleh Baginda

Yang Di Pertuan Agong Tuanku

Mizan Zainal Abidin.

Tunku Puteri Intan Safinaz

telah terlibat dengan UKM

sejak 2007 apabila dilantik

sebagai Felo DiRaja di Institut

Alam Sekitar dan Pembangunan

(LESTARI).

Beliau juga terlibat secara langsung dalam

menjayakan agenda pemuliharaan warisan dan

kelestarian melalui Langkawi Geopark.

Usaha beliau ini telah membawa kepada

pengiktirafan Pulau Langkawi, Kedah disenarai dalam

SEMASA

Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan

Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah

Global Geoparks Network di bawah naungan UNESCO

pada Jun 2007.

Tunku Puteri Safinaz dalam ucapan penerimaannya

berkata, UKM kini berada pada landasan yang betul dalam

memacu kejayaan penyelidikan dan pembangunannya.

“Dengan kekuatan lapan nic penyelidikan yang strategik

dan holistik, saya berkeyakinan bahawa UKM akan terus

dihormati di peringkat kebangsaan dan antarabangsa”.

Beliau merujuk kepada kewujudan pusatpusat

penyelidikan dan kecemerlangan seperti Pusat

Penyelidikan Langkawi, Tasik Chini, Bukit Fraser dan

beberapa lagi pusat kecemerlangan penyelidikan.

“Aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang

diamalkan di UKM perlulah memberikan impak yang

tinggi kepada pembangunan masyarakat dan negara

dan perlu selaras dengan aspirasi dan pelan transformasi

kerajaan.”

Beliau berkata ini termasuklah Plan Transformasi

Kerajaan (GTP) melalui

beberapa kerangka yang telah

digariskan ke arah menuju

negara maju pada tahun 2020.

Beliau menambah

pembangunan kemahiran

insaniah yang komprehensif

perlu dititik beratkan selain

aspek akademik untuk dapat

meningkatkan daya saing dan

pasaran para graduan UKM.

“Dengan pelantikan

saya sebagai Pro-Canselor

UKM, saya berharap dapat

memberikan sumbangan

untuk terus memacu dan

menggalakkan perkembangan

pesat UKM mencapai

kecemerlangan dalam aspek

penyelidikan, pendidikan dan

khidmat masyarakat,” tambah

beliau.

Watikah perlantikannya

telah diserahkan oleh DYMM

Yang di-Pertuan Besar Negeri

Sembilan Tuanku Mukhriz ibni

Almarhum Tuanku Munawir,

Canselor UKM. Hadir pada

acara itu ialah DYMM Tunku

Ampuan Besar, Tuanku Aishah

Rohani binti Almarhum

Tengku Besar Mahmud.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalantimbalan

Naib Canselor, Dekan Fakulti dan Pegawai

Kanan Universiti.

SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011 l

Kumpulan Pertama

Pelajar Menengah

PERMATApintar

Oleh: Nurmayamin Sulaiman, Pelatih PPMK

Seramai 115 orang pelajar pintar dan cerdas berumur

16 tahun akan memulakan sesi pengajian menengah

tinggi PERMATApintar pada 17 Januari ini di Kompleks

PERMATApintar di kampus UKM di sini.

Mereka adalah daripada sejumlah 139 orang

pelajar yang terpilih untuk mengikuti program itu.

Seramai 24 orang lagi pelajar yang terpilih itu masih

belum mengesahkan tawaran. Mereka terpilih setelah

menjalani tiga jenis saringan termasuk ujian kompetensi

Matematik dan Sains di satu perkhemahan pada bulan

November lalu.

Pelajar yang telah menerima tawaran dan akan

memulakan sesi pengajian itu terdiri dari 71 pelajar

perempuan dan 44 pelajar lelaki dari seluruh negara.

l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

SEMASA

Penaung Program PERMATApintar, Datin

Paduka Seri Rosmah Mansor ketika melawat kompleks

Permata Pintar di sini Selasa lalu (6 Januari) berkata

mereka adalah antara pelajar terbaik datang dari seluruh

pelosok tanahair.

Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr.

Sharifah Hapsah Syed Hasan Sahabuddin dan Pengarah

Pusat PERMATApintar, Prof. Madya Dr. Noriah Mohd

Ishak mengiringi beliau dalam lawatan itu.

Program PERMATApintar adalah satu program

pendidikan pelajar pintar dan cerdas yang mempunyai

ciri berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing

untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik

di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sesi pembelajaran pelajar akan bermula pada semester 1 untuk tahap 1 pengajian dari 17 Januari

hingga 27 Mei dan tamat pada 18 November nanti

Sesi pembelajaran pelajar akan bermula pada

semester 1 untuk tahap 1 pengajian dari 17 Januari ini

hingga 27 Mei dan tamat pada 18 November nanti.

Kelas mereka bermula

dari 8 pagi hingga 4.30

petang membabitkan enam

terdiri dari komponen

akademik, bahasa

komunikasi antarabangsa,

projek saintifik, portfolio

penilaian, ko-kurikulum

dan pembinaan jati diri.

Rosmah berkata,

yuran yang dikenakan

setiap pelajar hanya

RM1000 yang

merangkumi bayaran

asrama dan makanan

pada setiap semester.

Walau bagaimanapun kerajaan akan menyediakan

biasiswa kepada pelajar yang layak bagi keluarga yang

berpendapatan RM 2000 ke bawah sebulan.

Pelajar itu disyaratkan berkhidmat dengan sektor

kerajaan apabila tamat pengajian selaras dengan matlamat

program melahirkan pelajar yang berkemahiran global,

keusahawanan dan pengurusan yang berkesan.

Orkestra UKM Rai

Hari Keputeraan Yang

Di-Pertuan Besar

Negeri Sembilan

Oleh: Shahfizal Musa, PKK

Sebuah Konsert Diraja gilang gemilang telah

berlangsung pada 29 Januari lalu bagi menyambut

ulang tahun ke-63 Baginda Yang Di-Pertuan Besar

Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni

Almarhum Tuanku Munawir yang juga

Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM).

Acara muzikal itu dipersembahkan oleh

Orkestra UKM terdiri daripada 66 orang ahli

muzik mereka adalah golongan pelajar, warga

kerja UKM dan Alumninya.

Ia dipimpin oleh tokoh muzik negara

terkenal, Dato’ (Dr.) Johari Salleh, Felo

kanan Pusat Perkembangan Pelajar UKM

dan Mohamad Adzan Mohamad Fadzil

seorang pegawai pusat itu di hadapan lebih

400 penonton.

Orkestra turut diserikan dengan

persembahan khas piano secara berduet oleh

Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Muhriz

putera Yang Di-Pertuan Besar bersama YM

SEMASA

Konsert ini juga menggabungkan kumpulan Koir UKM di samping

persembahan daripada pelajar-pelajar antarabangsa

Sharifah Bashirah Asmah Syed Badaruddin Jamallulail.

Turut menyerikan konsert ialah persembahan artis

undangan Francesca Peters, penyanyi popular era 80an

dan Roy yang terkenal dengan nyanyian lagu-lagu

patriotik.

Konsert ini juga menggabungkan tarian dari

kumpulan Gamelan ARTIKASUMA, yang antara lain

mempersembahkan tarian Muhibah. Pasukan Koir

UKM menyanyikan beberapa buah lagu antaranya lagu

UKM Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

selain persembahan nyanyian pelajar Fakulti Sains

Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Sains dan Teknologi

dan pelajar-pelajar antarabangsa UKM.

Orkestra UKM adalah setaraf dengan orkestra

yang lain yang mampu memainkan muzik dari pelbagai

genre seperti light classics, kontemporari, jazz, pop, pop

rock, dan tradisional.

Ditubuhkan pada 2005 sempena ulang tahun

Persembahan penuh bertenaga dan mengasyikkan dari Orkestra UKM

ke-35 penubuhan UKM, ia juga telah mengadakan

beberapa persembahan termasuk persembahan

meraikan pertabalan Yang Di-Pertuan Besar

Negeri Sembilan.

Turut hadir pada konsert ini ialah

Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan,

DYMM Tuanku Aishah Rohani binti

Almarhum Tunku Besar Mahmud, Raja Muda

Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putera Ibni

Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Puan

Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen

Akashah, Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri

Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan

Shahabudin, pegawai-pegawai universiti dan

tetamu undangan khas.

Konsert yang serupa juga

dipersembahkan kepada orang ramai pada 30

Januari lalu.

SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011 l

Kolej Ibu Zain Jadi

Pusat Sehenti Pelajar

Antarabangsa

Oleh: Nurmayamin Sulaiman, Pelatih PPMK

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

meningkatkan kemudahan untuk pelajar

antarabangsa dengan usul menjadikan Kolej

Antarabangsa Ibu Zain (KAIZ) sebagai Pusat Pelajar

Antarabangsa (ISC) iaitu pusat sehenti khas pelajar luar

negara.

Sempena itu juga sebuah laman web khusus untuk

pelajar luar negara dilancarkan semalam oleh Timbalan

Naib Canselor (Akademik dan Hal-ehwal Antarabangsa)

Prof. Dato’. Ir. Dr. Hassan Basri di foyer Pusanika

kampus UKM pada 13 Januari lalu.

Usul itu akan dibawa kepada mesyuarat

Lembaga Pengurusan Universiti dan dijangka

diluluskan tidak lama lagi.

Prof. Hassan berkata usaha itu

adalah selaras dengan pelan transformasi

UKM untuk menambah pengambilan

pelajar antarabangsa dan pada masa sama

menambahbaik sistem pengurusan pelajar

luar.

UKM, katanya, sedar selain soal visa,

isu membawa bersama keluarga terutama

bagi pelajar pasca-siswazah adalah perkara

yang perlu dihuraikan demi kesejahteraan

mereka.

Laman Web ISC itu diisi pelbagai

maklumat yang diperlukan oleh bakal

pelajar antarabangsa serta mereka yang sudah

menjadi pelajar UKM.

Prof. Hassan berkata laman web

merupakan tempat pertama dilawati secara talian oleh

bakal pelajar yang memilih UKM untuk melanjutkan

pengajian mereka.

Anggapan atau persepsi awal para pelajar menjadi

penentu untuk mereka memilih UKM. Lantas kandungan

laman web itu telah dibangunkan berdasarkan piawaian

serta aras tanda perkara yang diperlukan oleh pelajar

melalui alam maya, tambah beliau.

Prof. Hassan berkata pengantarabangsaan dan

pelajar antarabangsa adalah satu unsur yang menjadi

l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

ANATARABANGSA

perkara kritikal dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara. Sebab itulah usaha menambah pengambilan

pelajar antarabangsa amat dititikberatkan oleh UKM.

“Dalam merealisasikan agenda ini, seorang

Timbalan Pengarah (Hal-Ehwal Pelajar Antarabangsa),

telah dilantik pada April 2009. Selain itu juga, Kolej Ibu

Zain telah dinaik taraf sebagai Kolej Antarabangsa Ibu

Zain (KAIZ) juga pada 2009”.

“Langkah menyedia dan membangunkan ISC maya

pula dibuat berikutan satu projek penyelidikan untuk

menyediakan perkhidmatan bagi pelajar antarabangsa

seperti penempatan awal dan tetap, perumahan, suai

kenal, kaunseling dan kegiatan berpersatuan melalui

Jabatan Pembangunan Pelajar,” katanya.

Prof. Hassan berkata semua langkah itu adalah

sejajar dengan matlamat menjayakan aspirasi UKM

dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mencapai

satu tahap pengantarabangsaan pengajian tinggi yang

dibanggakan.

“Ia juga diharap dapat memacu Malaysia menjadi

hub pengajian tinggi serantau dan di peringkat global

yang disegani,” tegasnya.

Timbalan Naib Canselor (HEAA), Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri

menyempurnakan Majlis pelancaran Laman Web ISC

Beliau berkata penggunaan alam maya amat

perlu dan berkesan dalam memaparkan citra UKM

kepada bakal pelajar antarabangsa kerana ia boleh

mempercepatkan lagi pencapaian hasrat itu.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Hubungan

Antarabangsa UKM, Prof. Madya Dr. Imran Ho

Abdullah berharap ISC akan dapat dijadikan wadah

kunjungan wajib pelajar antarabangsa apabila mereka

mencari tempat untuk melanjutkan pengajian di

Malaysia.

UKM dan Syarikat

SBL Tubuh Loji Kaji

Cecair Larut Resap

Oleh: Shahfizal Musa, PKK

Sebuah loji perintis cecair larut resap (leachate) telah

ditubuhkan di Fakulti Sains dan Teknologi (FST),

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mengkaji

pengurusan tempat pelupusan sampah.

Loji dinamakan Makmal CRB itu adalah hasil

kerjasama antara UKM dengan Cypark Resources

Berhad, sebuah syarikat yang terlibat dalam

pembinaan teknologi baru bagi menguruskan tempat

pelupusan sampah.

Loji itu telah dirasmikan oleh pengerusi Cypark

Resources Bhd (CRB), Tan Sri Razali Ismail, pada

19 Januari lalu. Turut hadir Timbalan Dekan Fakulti

Sains dan Teknologi (FST), Prof. Dr. Mazlan Abdul

Ghaffar, Ketua Pusat Penyelidikan dan Analisis Air

(ALIR), Prof. Dr. Yang Farina Aziz dan Ketua Pegawai

Eksekutif CRB, Encik Daud Ahmad.

Cecair larut resap atau “leachate” terjadi

apabila sampah atau bahan buangan yang disimpan

di kawasan pelupusan sampah atau “landfills”

reput. Cecair itu bersifat sangat toksik dan boleh

mengancam hidupan kiranya ia meresap masuk ke

dalam sumber bekalan air seperti sungai dan tali air.

Loji itu akan membolehkan para saintis dan

penyelidik UKM mengetahui dengan rapi komposisi

Tan Sri Razali Ismail merasmikan makmal CRB yang bakal

digunakan untuk mengkaji pengurusan tempat pelupusan

sampah

FAKULTI

cecair toksik dan kaedah terbaik untuk melindungi

alam sekitar.

Prof. Mazlan berkata kerjasama antara UKM

dengan CRB bermula berikutan suatu ceramah yang

disampaikan Timbalan Pengerusi CRB, K.K. Siow di

UKM mengenai pengurusan tempat pelupusan sampah

atau “landfills”.

“Sejak itu, satu loji perintis untuk cecair larut

resap didirikan di makmal FST dan loji ini akan

membolehkan segala penyelidikan yang berkaitan dapat

dijalankan,” katanya.

Tan Sri Razali Ismail, mantan Wakil Tetap

Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

berkata beliau percaya kerjasama antara UKM dengan

CRB akan menghasilkan teknologi baru yang akan

menyumbang kepada pembangunan negara.

Suasana ruang makmal yang luas, kemas dan lengkap dengan

peralatan yang diperlukan memudahkan kerja-kerja penyelidikan

dijalankan

Razali yang juga Pro-Canselor Universiti Sains

Malaysia (USM) berkata, “orang ramai mengagumi

teknologi asing tetapi teknologi itu tidak boleh

digunapakai dalam negara kerana perbezaan iklim dan

bahan buangan.

Jadi, kerjasama antara industri tempatan

denganuniversiti boleh membuahkan teknologi baru

yang sesuai dengan iklim dan keadaan tempatan.”

Beliau berkata sudah tiba masanya bagi rakyat

Malaysia mencipta teknologi yang boleh memanfaatkan

negara, negara serantau dan dunia. Beliau berharap

UKM akan dapat bekerjasama dengan universiti

terkenal dunia seperti Oxford, Cambridge atau Yale.

“Kemajuan teknologi akan juga memajukan

ekonomi negara. Teknologi yang sesuai diguna dalam

iklim dan alam sekitar kita akan menarik minat negara

jiran kerana teknologi kita lebih murah, cekap dan

sesuai untuk mereka,” kata Razali.

SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011 l

UKM dan NIU Jalin

Kerjasama Lebih Rapat

Oleh: Siti Madihah Ahmad Mahir, Pelatih UiTM

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan

Universiti Northern Illinois (NIU) Amerika

Syarikat telah menandatangani satu Memorandum

Persefahaman (MoU) pada 4 Januari lalu bertujuan

menjalin kerjasama melalui pertukaran kepakaran ahli

akademik khususnya dalam penyelidikan.

MoU itu sekaligus membuka lembaran baru

dalam kerjasama di antara dua institusi di kedua-dua

universiti berkenaan iaitu Institut Kajian Etnik (KITA)

di UKM dan Pusat Penyelidikan Asia Tenggara (CSEAS)

di NIU.

Dengan itu KITA dan CSEAS

juga bersetuju untuk menganjurkan

penyelidikan, seminar dan

penerbitan serta menyebarkan

maklumat kajian kepada badan

kerajaan, badan bukan kerajaan dan

media selain meningkatkan profil

dan citra kedua-dua institusi di

arena antarabangsa melalui jaringan

dan kerjasama.

Memorandum itu

ditandatangani Profesor Ulung

Datuk Dr. Shamsul Amri

Baharuddin, Pengarah dan Pengasas

KITA mewakili UKM manakala

NIU diwakili Prof. Christopher

K. Mccord, Dekan College of

Liberal Arts and Sciences, Dr.

Deborah L.Pierce dari Institution of

International Programme NIU dan

Pengarah CSEAS, Profesor James T.

Collins.

Majlis menandatangani MoU yang diadakan di

Hotel Equatorial, diikuti dengan persidangan dua hari

bertajuk Southeast Europe and Southeast Asia: Islam,

Mergers and Margins.

Tujuan utama seminar tersebut adalah bagi

mengkaji persamaan antara masyarakat berbilang kaum

di Eropah Tenggara serta di Asia Tenggara.

Dalam ucapan ringkasnya di majlis itu, Prof.

Shamsul melahirkan harapan agar persidangan itu

l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

MoU

menjadi langkah pertama membolehkan rakyat Malaysia

menilai hubungan dua hala antara Eropah Tenggara

dengan Asia Tenggara selain membuat perbandingan

antara kedua-duanya dalam pelbagai aspek.

Beliau berkata kedua-dua rantau itu mempunyai

satu persamaan yang ketara iaitu interaksi yang terjalin

agak lama dengan peradaban dan keagungan tamadun

Islam.

Persidangan itu juga akan cuba menyebar dan

mendidik penduduk Malaysia dan masyarakat dunia

amnya mengenai perpaduan di sebalik kepelbagaian

yang merupakan inti pati kepada masyarakat di Tenggara

Eropah dan juga rantau Tenggara Asia serta perubahan

masa kini yang sedang berlaku.

Sebanyak 11 kertas kerja dibentangkan yang

menyentuh persoalan Islam dalam menghadapi

globalisasi.

Antaranya: Thailand-Malaysia-Indonesia/Greece-

Macedonia-Bulgaria: Persamaan dan Harapan oleh Prof.

Dr. Victor Friedman (Chicago University); Mengolah

Iman dengan Kesederhanaan: Islam di Tenggara Asia

yang Global – Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar (UM);

Prof. Shamsul bersama wakil-wakil dari NIU yang hadir di Majlis menandatangani

MoU ini

Kesan Globalisasi: Timbal Balas Islam – Prof. Dato’ Dr.

Ismail Ibrahim (UKM) ; Isu Ukhuwah Islamiyyah di

Indonesia dan Bosnia – Prof. Dr. Azyumardi Azra (UIN

Hidayattullah, Jakarta) ; Pengaruh Bahasa dan Agama

dalam Pergolakan di Maluku - Prof. James T. Collins

(NIU); Sumbangan Masyarakat India-Muslim dalam

Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia – Prof. Madya Dr.

Wan Kamal Mujani (UKM) dan Rantau Islam Ibarat

Sebuah Negara Tunggal: Global Jihadism di Indonesia

dan Bosnia – Dr. John Calvert (Universiti Creighton).

Karnival Kesedaran

Penyakit Kanser UKM

Oleh: Hamizah Md. Yusof, Nor Sharizah Abd Razak

& Norazuin Sawal, Pelatih PPMK

Kanser merupakan masalah kesihatan yang kian

meningkat di seluruh dunia. Di Malaysia, penyakit

kanser adalah salah satu daripda 10 penyebab utama

kematian. Berdasarkan Laporan Ketiga Pendaftaran

Kanser Nasional (2008) sejumlah 67,792 kes baru telah

dikesan dalam kalangan penduduk di Semenanjung

Malaysia pada tahun 2003-2005, terdiri daripada

29,596 (43.7%) lelaki dan 38,196 (56.3%) adalah

wanita.

Baru-baru ini telah berlangsung Karnival

Kesedaran Penyakit Kanser di Dataran Gemilang (DG),

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program

Karnival Sihat @ Kampus 1 Malaysia ini adalah anjuran

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dengan

kerjasama Persatuan Barah Otak dan Urat Saraf Kuala

Lumpur (Brain Cancer Society) dan Let’s Rock Cancer

(Malaysia). Program ini diadakan bersempena Karnival

Sukan PMUKM 2011 yang bertempat di UKM iaitu

dari 7 hingga 9 Januari 2011.

Karnival ini bertujuan menarik minat golongan

belia dan remaja khususnya mahasiswa UKM untuk

MAHASISWA

Dari kiri: Mohd. Royzillee, Ida Harlina Ikhwan dan Mohd. Hamzah Zainul Abidin

mengetahui maklumat berhubung dengan penyakit

kanser. Selain itu juga, karnival ini memberi sokongan

moral serta mengumpul dana bagi membantu pesakit

kanser yang memerlukan bantuan.

“Sikap belia yang suka meletakkan diri sendiri di

dalam keadaan selesa menyebabkan mereka melepaskan

peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan,

walaupun ia diberikan secara percuma”, kata Presiden

Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Ida Harlina Ikhwan

Nasir selaku perasmi pada karnival tersebut.

Beliau menambah lagi, golongan belia dan

remaja seharusnya menyokong usaha pihak Pertubuhan

Bukan Kerajaan (NGO) untuk meneruskan aktiviti

mempromosi, kesedaran dan pendidikan kesihatan

supaya lebih ramai remaja yang tahu, peka dan

memperkasakan diri dalam mencegah penyakit kanser

melalui amalan hidup sihat.

Kanser bukanlah penyakit berjangkit, tetapi

merupakan salah satu penyakit yang dilihat semakin

meningkat bilangan kematiannya. Menurut laporan

Pendaftaran Kanser Kebangsaan Tahun 2006, lima jenis

kanser telah dikenal pasti berbahaya kepada kaum lelaki

iaitu kanser usus besar, paru-paru, nasofarinks, prostat

dan hati. Manakala bagi kaum

wanita pula, kanser payu dara,

kanser usus besar, serviks, ovari

dan tiroid.

Tidak ketinggalan juga kepada

kanak-kanak, kanser seperti

leukemia, kanser otak dan tulang

akan menyerang mereka tanpa

mengira usia. Penyakit kanser

perlulah dirawat dengan segera

pada sejak peringkat permulaan

kerana peluang untuk pesakit

pulih adalah lebih tinggi.

Turut hadir di dalam majlis

perasmian karnival kesedaran

penyakit kanser, Presiden Let’s

Rock Cancer (Malaysia), Mohd

Royzillee. Beliau juga adalah

Naib Presiden Persatuan Barah

& Urat Saraf Kuala Lumpur.

Turut menghadiri majlis tersebut,

Presiden PMUKM, Mohd Hamzah Zainul Abidin.

Karnival ini, turut diserikan dengan penjualan

makanan serta gerai-gerai yang terlibat secara langsung

di dalam karnival tersebut. Kutipan yang diperolehi

akan disalurkan kepada tabung derma bagi membantu

pesakit kanser. Pelbagai acara menarik turut berlangsung

antaranya pertandingan Battle of The Band, karaoke

dan DJ Corner.

SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011 l

0 l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

0 l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

Konsert Diraja UKM

2011

SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011 l

SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011 l

Gadis ‘Kampung’ Dari

UKM Raih Anugerah

Tun Suffian

Oleh: Nurul Haziqah Abdul Halim, Pelatih

Limkokwing University & Siti Madihah Ahmad

Mahir, Pelatih UiTM

Seorang gadis kampung, dan seorang lagi gadis dari

pekan kecil, kedua-duanya siswazah Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) memenangi anugerah

biasiswa Yayasan Tun Suffian kerana kecemerlangan

dalam pengajian undang-undang.

Azlin Sabtu, lulusan ijazah kelas pertama undangundang

UKM di peringkat ijazah pada 2003, menerima

biasiswa bagi meneruskan pengajiannya di peringkat

sarjana di Universiti Cambridge. Seorang lagi penerima

anugerah itu, Tan Sze Pei, adalah pelajar ijazah tahun

tiga di UKM.

Azlin dilahir dan dibesarkan oleh neneknya waktu

kecil di Kampung Kerubong, Melaka, manakala Tan

pula berasal dari Alor Setar, Kedah.

Azlin, 30, kini adalah seorang Peguam Kanan

Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan telah

pun menamatkan pengajian peringkat sarjananya di

Universiti Cambridge, United Kingdom tahun lalu.

Azlin adalah anak ketiga dari empat beradik.

Ayahnya seorang jurutera dan ibunya seorang kerani

yang sudah pun bersara. Beliau bersekolah rendah di

Sekolah Sri Subang Jaya dan menengah di Sekolah Seri

Puteri di mana beliau dilantik sebagai ketua pelajar.

Beliau aktif dalam aktiviti ko-kurikulum di

sekolah dan di UKM. Beliau adalah Presiden Kelab

Debat dan Naib Presiden Persatuan Fakulti Undang-

Undang UKM.

Azlin juga pernah mewakili negara dalam

pertandingan Student in Free Enterprise (SIFE),

menyertai pertandingan debat Persatuan Pelajar

Undang-undang Asia (ALSA) selain mewakili UKM

dalam sukan bola keranjang dan bola baling.

Dalam ucapan penerimaannya, Azlin berkata apa

yang mendorongnya menyambung pengajian sarjana

di Cambridge adalah kerana ingin mengikut jejak

l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

ANUGERAH

langkah idolanya Tun Suffian seorang yang terkenal dan

dihormati dalam bidang kehakiman dan perundangan.

“Detik saya menjejakkan kaki ke Universiti

Cambridge adalah salah satu masa paling indah dalam

kehidupan saya. Namun terpilih untuk mendapat

biasiswa dari yayasan yang ditubuhkan bagi mengenang

tokoh yang saya amat sanjungi, adalah lebih bermakna

dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” katanya.

Dalam satu pertemuan di pejabatnya di Putrajaya,

beliau berkata: “Tun Suffian seolah-olah sebahagian

dari hidup saya kerana saya mengetahui perkembangan

hidupnya melalui buku biografi mengenainya dan

sentiasa memandang tinggi terhadapnya.”

Tun Suffian adalah anak seorang ustaz yang hidup

susah, namun beliau berjaya menjadi orang Melayu

pertama yang dikurniakan Biasiswa Diraja British di

Cambridge. Perkara seperti itu adalah amat sukar untuk

berlaku.

Azlina berkata Tun Suffian sentiasa menjadi ilham

kepadanya. Sebagai seorang yang dilahirkan dalam

sebuah keluarga yang besar dan tinggal di kampung,

Tun Suffian tabah menghadapi cabaran dalam

Azlin Sabtu

hidupnya. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Hakim

Negara dan menjadi teladan dalam bidang kehakiman

dan perundangan negara.

Yayasan Tun Suffian telah ditubuhkan oleh

tokoh-tokoh yang mengagumi diri Tun Suffian untuk

mengurniakan biasiswa berdasarkan merit kepada

pelajar jurusan undang-undang.

Mengulas pengajian peringkat ijazahnya di UKM,

Azlin berkata program undang-undang di UKM

adalah unik kerana pelajar diajar bukan sahaja ilmu

perundangan sivil malah undang-undang syariah Islam

juga.

“Saya perlu mempelajari undang-undang jenayah

Islam serta undang-undang kekeluargaan Islam, kerana

ia merupakan subjek teras. Tiada universiti lain yang

mempunyai subjek teras sebegini kecuali UKM dan

Universiti Islam Antarabangsa (UIA),” katanya.

Oleh itu lulusan undang-undang UKM sebenarnya

lebih bersedia dengan ilmu untuk menghadapi kerjaya

dalam bidang perundangan kini.

“Namun masih banyak yang perlu diperbaiki.

Ketika saya belajar dahulu tiada kelas praktikal, namun

kini mereka sudah mengadakannya. Kelas-kelas

praktikal ini akan lebih menyediakan pelajar ke arah

dunia perundangan sebenar,” tambah beliau.

Beliau menegaskan lulusan undang-undang UKM

yang disifatkannya sebagai berjaya menghasilkan lulusan

berkualiti. Azlin menceritakan bagaimana pada suatu

ketika dahulu, lulusan undang-undang dari universiti

ANUGERAH

Naib Canselor UKM Terima

Anugerah dari Sultan Kedah

Tan Sri Naib Canselor dikurniakan DARJAH GEMILANG SERI

MAHKOTA KEDAH YANG DIHORMATI daripada KDYMM

Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim

Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah

Darul Aman sempena Ulang tahun Keputeraan Baginda yang ke-83 pada

16 Januari 2011.

Kurniaan Darjah Kebesaran tersebut membawa gelaran DATO’

WIRA.

Mulai 17 Januari 2011, panggilan rasmi Naib Canselor ialah YBhg.

Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

lain memandang serong terhadap lepasan UKM kerana

menyangka mereka belajar dalam bahasa Melayu dan

tidak tahu berbahasa Inggeris.

“Namun mereka semua salah. Kami boleh

berbahasa Inggeris dan kebanyakan lepasan UKM

berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, malah

hampir semuanya pergi ke United Kingdom,” katanya.

Beliau pernah berpesan kepada penerima biasiswa

supaya tidak berasa serba salah atau takut untuk

memohon ke universiti ternama seperti Cambridge.

Kita sama baik dengan lulusan Oxford, Harvard atau

Stamford. Saya memperolehi ijazah LLB di UKM dan

amat berbangga dengannya.”

Tan Sze Pei pula berkata penerima biasiswa

Yayasan Tun Suffian mudah untuk memohon pekerjaan.

Biasiswa ini sangat berprestij, apatah lagi Tun Suffian

ialah bekas Ketua Hakim Negara yang sangat dikenali

dan disanjungi,” kata gadis berusia 23 tahun itu.

Beliau amat gembira dan terkejut terpilih menerima

biasiswa itu kerana telah menghantar permohonannya

di waktu-waktu terakhir pada bulan Ogos setelah

mengetahui mengenainya melalui internet.

Oleh kerana ia merupakan kali pertama

biasiswa Yayasan Tun Suffian diberikan, tidak ramai

mengetahuinya malah tiada pengumuman dibuat dalam

kampus.

Bersambung di halaman 16

SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011 l

Pelajar Sains

dan Teknologi,

Kejuruteraan Rangkul

Anugerah Seni UKM

2010

Oleh: Siti Madihah Ahmad Mahir, Pelatih UiTM dan

Nurul Haziqah Abdul Halim, Pelatih Limkokwing

Universiti

Dua pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST)

merangkul hadiah pada Malam Anugerah Seni

UKM 2010 – seorang memenangi Anugerah Naib

Canselor dan seorang lagi Anugerah Seni Mahasiswi

manakala Anugerah Seni Mahasiswa dimenangi pelajar

dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB).

Noor Azrina Sidek, 21, pelajar tahun dua dari

FST, jurusan Sains Biologi (Haiwan)

yang memenangi Anugerah Naib

Canselor turut menerima Anugerah

Pengurusan Teknikal.

Anugerah Seni Mahasiswi

dimenangi Norshida Mohmad Yasin,

22, pelajar tahun akhir di FST jurusan

Sains Sekitaran (Biologi) manakala

Anugerah Seni Mahasiswa dirangkul

oleh Zulkifli Ibrahim, 23, pelajar

tahun empat bidang kejuruteraan

Elektrikal dan Elektronik, FKAB.

Hadiah-hadiah berupa piala,

sijil penghargaan dan wang tunai bagi

anugerah utama itu disampaikan oleh

Timbalan Naib Canselor (Akademik

dan Hal-Ehwal Antarabangsa), Prof.

Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri, di majlis

Malam Anugerah Seni UKM 2010,

di Dewan Canselor Tun Abdul Razak

(DECTAR) pada 8 Januari lalu.

Selain penyampaian anugerah, hadirin turut

dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian

oleh pelbagai kumpulan pelajar dan tidak ketinggalan

dendangan lagu oleh pensyarah dari Pusat Pengajian

Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan (FSSK), Al-Amril Othman yang turut

l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

MAHASISWA

memukau seluruh dewan.

Malam Anugerah anjuran Pusat Kebudayaan,

Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPP) itu adalah acara

tahunan dianjurkan untuk menghargai jasa dan

sumbangan pelajar serta kakitangan yang mencurahkan

bakti dalam program kesenian selain memberi peluang

mengasah bakat di kalangan mereka sekaligus menaikkan

imej dan mengharumkan nama UKM.

Ia juga sebagai usaha memberi dorongan dan

galakan agar warga kampus bergiat lebih aktif dalam

setiap program kesenian di dalam dan di luar kampus

selain memupuk perpaduan kaum dalam kalangan

masyarakat kampus.

Di segi pencapaian, pelajar UKM muncul johan

dalam Pesta Pantun Bestari 2010 (Peringkat IPTA/

IPTS); Naib Johan Festival Dondang Sayang MAKUM

2010; Johan Keseluruhan Pertandingan Festival Nasyid

Kemerdekaan IPT Peringkat Kebangsaan 2010/1431H;

Tempat Ketiga Festival Majlis Kebudayaan Universiti-

Universiti Malaysia 2010, iaitu Nyanyian Antarabangsa

– Emas; Nyanyian Irama Malaysia – Emas; Tarian

Rampaian Melayu – Emas dan Tarian Klasik India –

Gangsa.

Pemenang Anugerah Naib Canselor, Noor Azrina

ketika ditemui memberitahu penglibatannya dalam

Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri bersama Dato’ Ismail Hutson menyampaikan anugerah

utama kepada pemenang

ARTISUKMA secara amnya tidak mengganggu waktu

belajarnya kerana kebanyakan acara yang beliau perlu

bertugas diadakan pada waktu malam (contohnya,

majlis makan malam kolej). Beliau menyiapkan tugasan

kuliah tepat pada waktu dan memanfaatkan minggu

ulangkaji sepenuhnya.

Noor Azrina juga melibatkan diri dalam

ARTISUKMA sebagai salah satu cara meluaskan

jaringan.

Walaupun terlibat dalam bidang ini, beliau tidak

menyimpan hasrat untuk membina kerjaya dalam

bidang seni kerana penglibatannya hanyalah untuk

meluangkan masa lapang dengan berpersatuan. Beliau

ingin meneruskan karier dalam bidang sains.

Pemenang Anugerah Seni Mahasiswa, Zulkifli

Ibrahim, dari Kolej Pendeta Za’aba (KPZ) bergiat dalam

seni tari sejak tahun satu khususnya tarian Melayu dan

kontemporari dan berminat menjadi guru.

Beliau sentiasa memberi tumpuan kepada

pelajarannya dan bergiat dalam seni bagi mengisi

masa lapang. Selain bijak membahagikan masa beliau

juga sentiasa bekerjasama rapat dengan rakan-rakan

sepengajian dalam mengulangkaji. Beliau juga adalah

ahli JAKSA Kebudayaan Kolej Pendeta Za’aba.

Pemenang Anugerah Seni Mahasiswi, Norshida

Mohmad Yasin, pula memberitahu antara tanggungjawab

ahli pengurusan seni ARTISUKMA ialah berurusan

dengan pegawai kebudayaan serta menguruskan

persembahan untuk pelbagai acara.

Penglibatannya dalam ARTISUKMA juga tidak

mengganggu waktu belajarnya kerana biasanya kesemua

ahli akan bergilir-gilir melakukan tugasan. Sesiapa yang

mempunyai masa senggang akan ditugaskan ketika itu.

Selain itu, mereka turut merancang tugasan lebih

awal. Contohnya, untuk acara yang bakal berlangsung

pada bulan Mac, mereka akan memulakan tugasan sejak

Anugerah Penerbitan Seni (Grafik/Cetak) - Festival Gamelan Malaysia UKM 2010

– Siti Norazilah Saharom

Januari lagi. Dengan ini mereka tidak terlalu sibuk atau

kelam-kabut di pertengahan semester.

Bagi beliau, jika tidak dapat meneruskan karier

dalam bidang seni sekalipun, sekurang-kurangnya

kemahiran dan pengalaman yang beliau perolehi dalam

ARTISUKMA ini, iaitu pengurusan acara, adalah amat

berguna dalam kariernya kelak.

Pengetua KPZ, Prof. Madya Ahmad Sunawari

Long berpendapat perancangan dan JAKSA yang

gigih mengatur kegiatan membolehkan mereka meraih

kemenangan buat kali ketiga berturut-turut tahun ini.

Selain ahli JAKSA yang aktif, mereka juga

mempunyai jurulatih yang komited dan kemudahan

bilik kesenian yang memberi perangsang kepada

penggiat seni dalam kalangan pelajar.

Beliau berharap untuk terus mengatur pelbagai

kegiatan hujung minggu bagi membantu pelajar mengisi

masa terluang seperti acara membaca sajak.

Pemenang Penerbitan Foto, Ra’ai Osman, 53,

pula menceburi bidang fotografi sejak 32 tahun lalu dan

bertugas di UKM setelah tamat kursus Institut Latihan

Belia Pertak.

Pada 1997, beliau menjadi pengajar untuk

Kokorikulum UKM dan juga Penceramah Luar UKM

Holdings.

Beliau gembira memenangi anugerah itu, namun amat

terharu kerana UKM turut menghargai khidmat dan

kemahiran fotografinya.

Anugerah Penerbitan Foto – Manifestasi Seni Tari Antarabangsa UKM 2010 -Ra’ai Osman

Anugerah Pengurusan Teknikal – Noorazrina Sidek (Teknikal Artisukma)

Anugerah Seni Tradisi Lisan – Nor Adlyzan Theis – Artisukma

Anugerah Seni Muzik – Ahmad Busuki

Anugerah Seni Tari – Zulkifli Ibrahim (Tarian Aadyamaatra )

Anugerah Seni Vokal – Mohd Taufik Shamsudin (Dikir Barat Tunas Warisan)

Anugerah Seni Teater – Zuliati Jaidi (Teater Rimba)

Anugerah Pengurusan Seni – Norshida Mohamed Yasin ( Pengurusan Seni Artisukma)

Anugerah Seni Beladiri – Mohamed Nasa’ei Abdullah (Seni Silat Gayung Malaysia)

Anugerah Penggiat Seni Kampus – Dr. Zubir Idris (Penasihat Kumpulan Tradisi Lisan)

Anugerah Kumpulan/Kelab Teraktif

- Arti’Z Kolej Pendeta Zaaba; Kumpulan Tarian Aadyamaatra Artisukma; Kumpulan Nasyid Artisukma

Anugerah Kreativiti Seni Projek

- Persembahan Gitar Teramai (1000 Gitar) Malaysia Book of Records Sempena Festival Malaysia Inovatif

2010

Anugerah Kolej Teraktif - Kolej Pendeta Za’aba

MAHASISWA

Berikut adalah senarai penuh penerima Anugerah pada Malam Anugerah Seni UKM 2010:

SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011 l

Dari halaman 13

Gadis ‘Kampung’ Dari UKM Raih Anugerah

Tun Suffian

Tan dimaklumkan keputusan itu pada bulan

November. Majlis penganugerahan telah dilangsungkan

di Universiti Malaya (UM) pada 13 Januari lalu.

Anak bongsu daripada tiga beradik dan anak

kepada seorang eksekutif perhubungan industri dan

seorang guru ini belajar di St. Nicholas Convent Alor

Setar. Dalam ucapannya pada majlis itu, Tan berkata

bidang undang-undang sentiasa menarik hatinya dan

bersyukur bila diterima untuk melanjutkan pengajian

dalam bidang itu di UKM.

“Saya berasa terharu dan rendah diri apabila

dianugerahi biasiswa ini. Saya sedar bahawa kini saya

mempunyai tanggungjawab yang mesti saya penuhi

sebaik mungkin. Saya berharap saya akan membuat

anda bangga suatu hari nanti,” katanya ketika

menerima anugerah itu di hadapan Pengerusi Yayasan

Tun Suffian, Tun Mohamed Dzaiddin Haji Abdullah

dan Pengasas Yayasan, Tunku Dato’ Dr. Hajah Sofiah

Jewa.

Beliau aktif di fakulti memegang jawatan dalam

beberapa persatuan termasuk sebagai ahli jawatankuasa

Persatuan Mahasiswa Undang-undangan Asia (ALSA)

dan akan mewakili UKM dalam Forum Pemimpin

Beliau Sedunia (World Youth Leaders’s Forum) yang

akan diadakan pada 20 hingga 22 Julai ini di Hong

Kong.

Dari segi akademik, Tan berjaya mengekalkan

keputusan peperiksaan melebihi GPA 3.50 setiap

semester, namun tetap merendah diri dengan

kejayaannya.

“Saya tidak boleh kata keputusan peperiksaan

saya benar-benar bagus. Apabila anda mengaji dalam

jurusan undang-undang, anda sukar untuk mendapat

gred yang tinggi sepertimana pelajar jurusan lain yang

mungkin boleh mencapai GPA 3.90 atau 4.00. Ia

tidak mudah di fakulti kami,” kata Tan.

Berikut ialah senarai penuh penerima anugerah

biasiswa Yayasan Tun Suffian:

Biasiswa Cambridge Tun Suffian (Program Sarjana

Undang-undang Universiti Cambridge, United

Kingdom):

• Low Weng Tchung 2007-2008

l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

ANUGERAH

Tan Sze Pei

• Azlin binti Sabtu 2009-2010

Penerima Biasiswa Tun Suffian (PhD):

• Abdi Syahrial Harahap (Universiti Malaya)

• Mamuti Abudureyimu

(Universiti Islam Antarabangsa)

Penerima Biasiswa Tun Suffian Ijazah LLB:

• Ainol Nadia binti Abdul Aziz

(Universiti Islam Antarabangsa)

• Daniel Ariff Tung bin Adib Vincent Tung

(Universiti Malaya)

• Darnisa bt Abdul Jalil (Universiti Malaya)

• Gan Ming Chiek (Universiti Malaya)

• Lee Long Sern (Universiti Malaya)

• Mohd Zharif Shafiq bin Badrul Hisam

• (Universiti Teknologi Mara)

• Nicholas Poon Qianfan (Universiti Malaya)

• Siti Farishah bt Razlan (Universiti Malaya)

• Tan Sze Pei (Universiti Kebangsaan Malaysia)

• Teh Teong Phei (Universiti Malaya)

• Yong Ii Yang (Universiti Malaya)

Majlis Makan Malam

Pesta Ang Pow UKM

ke-17

Oleh: Norazuin Sawal, Pelatih PPMK

Setiap tahun sambutan majlis makan malam ini

dianjurkan oleh mahasiswa Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) dan kini menyambut ulang tahun

yang ke-17. Pesta Ang Pow UKM (PAP UKM) telah

bermula sejak tahun 1989 sehingga kini ianya masih

diteruskan serta menjadi tradisi UKM.

Bertema “Meluhurkan Kelestarian Budaya Tiong

Hua ke Arah Integrasi dan Perpaduan”, menegaskan

kepentingan semangat untuk memelihara dan

mengekalkan kebudayaan Tiong Hua agar tidak luput

oleh arus pemodenan untuk mencapai persefahaman

dalam masyarakat pelbagai kaum dengan perpaduan

sebagai hala tuju yang utama.

“Pesta Ang Pow secara tidak langsung memberi

peluang kepada kaum lain untuk mengenali dengan

lebih dekat budaya masyarakat kaum Tiong Hua

di UKM. Perspektif dan pemahaman mengenai

budaya Tiong Hua oleh kaum lain pasti berbeza

kerana ianya banyak bergantung kepada sejauh

mana interaksi tersebut berlaku,” antara ucapan

yang diberikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia,

Dato’ Sri Liow Tiong Lai yang hadir dan seterusnya

merasmikan majlis makan malam tersebut.

Beliau menambah, dengan usaha-usaha

memelihara kebudayaan Tiong Hua ini, mahasiswa

UKM akan lebih memahami akan keistimewaan

dan ciri-ciri budaya demi mengukuhkan perpaduan

masyarakat berbilang kaum. Dengan adanya

perpaduan kaum, konsep 1 Malaysia yang sedang

giat disebarluaskan oleh kerajaan dapat dipupuk

dalam diri mahasiswa UKM.

Pesta Ang Pow pada kali ini berlangsung pada

19 Januari 2011 bertempat di Dewan Canselor

Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM. Tetamu

Kehormat yang turut memeriahkan majlis tersebut,

antaranya Penasihat Kehormat Tetap Sekretariat Pesta

Ang Pow, Datuk Wee Jeck Seng. Program ini anjuran

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dengan

kerjasama Pusat Kebudayaan UKM.

Program ini bertujuan mempertingkatkan

MAHASISWA

semangat perpaduan dalam kalangan warga kampus

UKM agar ianya sentiasa utuh tanpa mengira kaum

ataupun agama. Selain itu juga, penganjuran program

ini dapat menjadi satu platform untuk mahasiswa

UKM memperkembangkan potensi diri masing-masing

semasa melaksanakan program.

Menurut salah seorang pelajar UKM, Chong

Chin Fang daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST),

beliau telah menyertai program ini sejak tahun pertama

pengajian sehingga kini. Beliau menyatakan, program

tersebut amat baik dilaksanakan kerana dengan adanya

aktiviti sebegini, dapat memupuk sikap kerjasama

antara mahasiswa UKM serta memberi ruang kepada

mahasiswa kaum lain untuk mengenali budaya Tiong

Hua.

Selepas upacara perasmian oleh Dato’ Sri Liow

Tiong Lai, berlangsungnya upacara “lao sheng”, iaitu

hidangan yang terdiri daripada salad yang berwarna

warni serta merupakan tradisi kepada kaum Cina bagi

menyambut Tahun Baru.

Pelbagai acara menarik yang dipersembahkan

daripada mahasiswa UKM, antaranya persembahan

tarian hip hop serta jazz, muzikal. Turut memeriahkan

majlis tersebut ialah persembahan artis daripada stesen

televisyen 8TV.

Tidak ketinggalan yang mencuri perhatian hadirin

persembahan lukisan pasir yang sungguh menarik.

Turut berlangsung upacara “lao sheng’’ iaitu hidangan yang terdiri

daripada salad berwarna warni dan merupakan tradisi kepada kaum

Cina bagi menyambut Tahun Baru

Keunikan lukisan pasir tersebut berjaya membuatkan

perasaan hadirin berasa kagum dengan nilai seni yang

tinggi. Selain itu, terdapat juga persembahan “diabolo

led” serta tidak ketinggalan tarian Melayu turut

dipersembahkan oleh mahasiswa UKM.

SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011 l

Pelajar UKM Raih

Anugerah Pesilat

Terbaik Kejohanan

Taming Sari III

Oleh: Siti Madihah Ahmad Mahir, Pelatih UiTM

Pelajar Tahun Tiga, Bioteknologi Tumbuhan, Fakulti

Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) Mohammad Azam Mokhtar, 21,

muncul Pesilat Terbaik di akhir Kejohanan Pencak Silat

Piala Taming Sari III di Dewan Canselor Tun Abdul

Razak (DECTAR), UKM pada 17 Januari lalu.

Mohammad Azam mendapat anugerah tersebut

selepas memenangi pingat emas kategori Tunggal Putera

dan kategori Regu Putera.

Bagi kategori Regu Putera, Azam digandingkan

dengan Muhamad Farhan Ismail, 21, serta Muhammad

Aminuddin Elias, 21 dan berjaya mengetepikan pesaing

dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

MAHASISWA

Aksi mencemaskan para peserta sewaktu bertarung

Keseluruhannya, Pasukan UKM B menduduki

tangga ketiga kejohanan yang telah berlangsung dari 10

hingga 15 Januari lepas. Pesilat UKM memenangi tiga

pingat emas, satu perak dan enam gangsa.

UKM tewas kepada UiTM dan Majlis Sukan

Kolej-kolej Komuniti Malaysia (MASKOM) dalam

perebutan pingat.

Ketika ditemui di majlis penutup kejohanan,

Azam melahirkan harapannya agar kejohanan itu dapat

diteruskan memandangkan ia mampu melahirkan

lebih ramai pesilat yang berkualiti selain dapat

memperkenalkan silat di mata dunia.

Selain menjalani latihan secara langsung bersama

Kelab Pencak Silat UKM, beliau turut berlatih sendirian

pada masa lapangnya.

Aminuddin pula adalah pelajar Tahun Tiga jurusan

Sains dan Pengurusan Sistem dari Fakulti Teknologi

dan Sains Maklumat (FTSM) manakala Farhan adalah

pelajar Tahun Tiga jurusan Sains Komputer dari fakulti

yang sama.

Farhan dan Aminuddin sependapat Kejohanan

Taming Sari III lebih mencabar berbanding tahun-tahun

sebelumnya kerana mendapat penyertaan dari lebih 30

pasukan silat bukan saja dari dalam negara bahkan juga

penyertaan dari beberapa pasukan

antarabangsa.

Mereka yang berjaya itu adalah

ahli Kelab Pencak Silat UKM sejak

memasuki UKM dan dilatih oleh

jurulatih kelab, Azman Mat Zain.

Dalam kejohanan kali ini,

UKM diwakili tiga pasukan A,

B dan C sebagai strategi untuk

memperolehi lebih banyak pingat.

Pasukan A memperolehi satu pingat

perak dan Pasukan C memenangi

satu perak dan satu gangsa.

Kejohanan Pencak Silat Piala

Taming Sari adalah kejohanan

tahunan anjuran bersama Kelab

Pencak Silat UKM dan Pusat Sukan

UKM. Kejohanan Piala Taming

Sari III merupakan kejohanan kali

ketiga sejak ia diperkenalkan tiga

tahun yang lalu.

Kejohanan ini disertai 22

buah pasukan bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi

(IPT) dan 11 pasukan bagi kategori terbuka.

Pengarah Pusat Sukan, Dr. Tajul Arifin Muhamad

Berikut ialah senarai wakil UKM yang memenangi

pingat pada Kejohanan itu:

• Kategori Tunggal Putera (Emas)

Mohammad Azam Mokhtar (UKM B)

• Kategori Regu Putera (Emas):

Mohammad Azam Mokhtar, Muhamad Farhan

Ismail dan Muhammad Aminuddin Elias

(UKM B)

• Kategori Regu Puteri (Gangsa):

Nadrah Ahmad, Nurhaniza Nordin dan

Nurul Atiqah Mohammad (UKM B)

MAHASISWA

Pasukan Pesilat UKM

• Kategori Tanding Putera B (Gangsa):

Muhamad Sukri Muhammad (UKM B)

• Kategori Tanding Putera D (Gangsa):

Wan Ammar Fikri Wan Ali (UKM B)

• Kategori Tanding Putera F (Gangsa):

Mohd Aswari Che Hashim (UKM C)

• Kategori Tanding Putera G (Gangsa):

Haikal Mubarak Ghazali (UKM B)

• Kategori Tanding Putera H (Emas):

Muhammad Aliff Aiman Shahar (UKM B)

• Kategori Tanding Putera H (Perak):

Mohamad Sofi Ismail (UKM C)

• Kategori Tanding Puteri A (Perak):

Nurul Atiqah Mohamad (UKM B)

• Kategori Tanding Puteri B (Gangsa):

Nurhaniza Nordin (UKM B)

• Kategori Tanding Puteri E (Perak):

Dayang Kamaliah Abang Abdillah (UKM A)

• Kategori Tanding Puteri E (Gangsa):

Nursyafiqin Ahmad (UKM B)

SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011 l

Alif: Koleksi Cerpen Jorge Luis

Borges

2011.

Penerbit UKM: Bangi.

ISBN 978-967-942-953-4

(kulit lembut).

128 halaman.

Zakaria Mohd Ali

(terjemahan).

Alif Koleksi Cerpen Jorge Luis Borges adalah satu

penterjemahan hasil karya Jorge Luís Borges,

seorang sasterawan Argentina. Pènterjemahan Alif

dari bahasa Sepanyol ke bahasa Melayu adalah

bertujuan untuk berkongsi kekayaan sastera dari

Amerika Latin selain sebagai serampang dua mata

untuk memperkasakan bahasa Melayu yang menjadi

salah satu perjuangan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kebanyakan cerpen tergolong dalam genre fantasi yang

membolehkan pembaca menyelami pelbagai dimensi

kehidupan termasuk isu keabadian manusia, soal mimpi

yang berkaitan dengan identiti peribadi dan percubaan

Biografi Tun Abdul Razak:

Negarawan dan Patriot

2011.

Penerbit UKM: Bangi.

ISBN 978-967-942-948-05 (kulit

keras).

414 halaman.

ISBN 978-967-94.

Nik Anuar Nik Mahmud,

Muhammad Haji Salleh & Abd Ghapa Harun.

Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua

ialah arkitek utama dalam pembinaan negarabangsa

Malaysia. Ketika memimpin Malaysia, setelah

terjadinya peristiwa 13 Mei 1969, beliau menyusun

strategi serampang dua mata supaya negara mencapai

pembangunan ekonomi yang pesat dan mantap serta

memulakan langkah penyusunan semula struktur

ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia yang

berbilang-bilang kaum. Beliau memperkenalkan Rukun

Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang terbukti berjaya

membantu proses pembangunan negara untuk jangka

panjang. Buku ini memaparkan liku-liku kehidupan,

perjuangan, visi, misi dan pengorbanan Tun Abdul

Razak sebagai seorang negarawan dan patriot Malaysia.

Antara tajuk penting yang dipaparkan dalam buku

ini adalah; kelahiran seorang patriot, pengalaman di

0 l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

SUDAH TERBIT

untuk memahami nasib sebuah bangsa yang tidak

ditangisi serta edaran masa. Koleksi cerpen ini memberi

peluang pembaca menghayati pelbagai persoalan

yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam

terhadap permikiran dan emosi manusia. Landskap

sastera Amerika Latin yang melandasi penulisan ini

menunjukkan kekayaan ilmu yang boleh diimbas

bersama.

ZAKARIA MOHD ALI, Ph.D, adalah Profesor

dalam bidang sastera di Fakulti Seni, Komputeran &

Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kemampuan menguasai bahasa Inggeris dan bahasa

Sepanyol memberi ruang kepadanya untuk menceburi

bidang terjemahan.

Pembelian/Pesanan:

Penerbit UKM

Tel: 03-89213138

Mel-e: penerbit@ukm.my

bawah pemerintahan Jepun, menimba ilmu di England,

berjuang dalam UMNO, penggubalan Perlembagaan

Persekutuan, pembentukan Malaysia, menangani

konfrontasi Indonesia, Dasar Pelajaran Kebangsaan,

Dasar Ekonomi Baru dan Politik Permuafakatan Barisan

Nasional. Kebanyakan nukilan dalam biografi ini ialah

hasil penyelidikan dan pengumpulan maklumat yang

komprehensif dan berwibawa oleh tiga tokoh akademik

yang berpengalaman luas. Banyak perkara yang

dinukilkan belum pernah diketahui umum sebelum

ini.

NIK ANUAR NIK MAHMUD adalah mantan Profesor

Sejarah dan Felo Penyelidik Utama di Institut Alam

dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM). Sasterawan Negara Profesor Emeritus

DR. MUHAMMAD HAJI SALLEH berkhidmat di

Pusat Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,

Pulau Pinang. ABD. GHAPA HARUN adalah

pensyarah kanan di Program Sejarah, Pusat Pengajian

Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan, UKM.

Pembelian/Pesanan:

Penerbit UKM

Tel: 03-89213138

Mel-e: penerbit@ukm.my

Diterbitkan oleh Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Kebangsaan Malaysia,

Mel-e: senada@ukm.my Tel: +603-8921 5151/+603-8921 5052 Faks: +603-89214097

Dicetak oleh Penerbit C 2011 Universiti Kebangsaan Malaysia

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!