20.01.2013 Views

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pelajar UKM Raih

Anugerah Pesilat

Terbaik Kejohanan

Taming Sari III

Oleh: Siti Madihah Ahmad Mahir, Pelatih UiTM

Pelajar Tahun Tiga, Bioteknologi Tumbuhan, Fakulti

Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) Mohammad Azam Mokhtar, 21,

muncul Pesilat Terbaik di akhir Kejohanan Pencak Silat

Piala Taming Sari III di Dewan Canselor Tun Abdul

Razak (DECTAR), UKM pada 17 Januari lalu.

Mohammad Azam mendapat anugerah tersebut

selepas memenangi pingat emas kategori Tunggal Putera

dan kategori Regu Putera.

Bagi kategori Regu Putera, Azam digandingkan

dengan Muhamad Farhan Ismail, 21, serta Muhammad

Aminuddin Elias, 21 dan berjaya mengetepikan pesaing

dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

MAHASISWA

Aksi mencemaskan para peserta sewaktu bertarung

Keseluruhannya, Pasukan UKM B menduduki

tangga ketiga kejohanan yang telah berlangsung dari 10

hingga 15 Januari lepas. Pesilat UKM memenangi tiga

pingat emas, satu perak dan enam gangsa.

UKM tewas kepada UiTM dan Majlis Sukan

Kolej-kolej Komuniti Malaysia (MASKOM) dalam

perebutan pingat.

Ketika ditemui di majlis penutup kejohanan,

Azam melahirkan harapannya agar kejohanan itu dapat

diteruskan memandangkan ia mampu melahirkan

lebih ramai pesilat yang berkualiti selain dapat

memperkenalkan silat di mata dunia.

Selain menjalani latihan secara langsung bersama

Kelab Pencak Silat UKM, beliau turut berlatih sendirian

pada masa lapangnya.

Aminuddin pula adalah pelajar Tahun Tiga jurusan

Sains dan Pengurusan Sistem dari Fakulti Teknologi

dan Sains Maklumat (FTSM) manakala Farhan adalah

pelajar Tahun Tiga jurusan Sains Komputer dari fakulti

yang sama.

Farhan dan Aminuddin sependapat Kejohanan

Taming Sari III lebih mencabar berbanding tahun-tahun

sebelumnya kerana mendapat penyertaan dari lebih 30

pasukan silat bukan saja dari dalam negara bahkan juga

penyertaan dari beberapa pasukan

antarabangsa.

Mereka yang berjaya itu adalah

ahli Kelab Pencak Silat UKM sejak

memasuki UKM dan dilatih oleh

jurulatih kelab, Azman Mat Zain.

Dalam kejohanan kali ini,

UKM diwakili tiga pasukan A,

B dan C sebagai strategi untuk

memperolehi lebih banyak pingat.

Pasukan A memperolehi satu pingat

perak dan Pasukan C memenangi

satu perak dan satu gangsa.

Kejohanan Pencak Silat Piala

Taming Sari adalah kejohanan

tahunan anjuran bersama Kelab

Pencak Silat UKM dan Pusat Sukan

UKM. Kejohanan Piala Taming

Sari III merupakan kejohanan kali

ketiga sejak ia diperkenalkan tiga

tahun yang lalu.

Kejohanan ini disertai 22

buah pasukan bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi

(IPT) dan 11 pasukan bagi kategori terbuka.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!