20.01.2013 Views

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Majlis Makan Malam

Pesta Ang Pow UKM

ke-17

Oleh: Norazuin Sawal, Pelatih PPMK

Setiap tahun sambutan majlis makan malam ini

dianjurkan oleh mahasiswa Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) dan kini menyambut ulang tahun

yang ke-17. Pesta Ang Pow UKM (PAP UKM) telah

bermula sejak tahun 1989 sehingga kini ianya masih

diteruskan serta menjadi tradisi UKM.

Bertema “Meluhurkan Kelestarian Budaya Tiong

Hua ke Arah Integrasi dan Perpaduan”, menegaskan

kepentingan semangat untuk memelihara dan

mengekalkan kebudayaan Tiong Hua agar tidak luput

oleh arus pemodenan untuk mencapai persefahaman

dalam masyarakat pelbagai kaum dengan perpaduan

sebagai hala tuju yang utama.

“Pesta Ang Pow secara tidak langsung memberi

peluang kepada kaum lain untuk mengenali dengan

lebih dekat budaya masyarakat kaum Tiong Hua

di UKM. Perspektif dan pemahaman mengenai

budaya Tiong Hua oleh kaum lain pasti berbeza

kerana ianya banyak bergantung kepada sejauh

mana interaksi tersebut berlaku,” antara ucapan

yang diberikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia,

Dato’ Sri Liow Tiong Lai yang hadir dan seterusnya

merasmikan majlis makan malam tersebut.

Beliau menambah, dengan usaha-usaha

memelihara kebudayaan Tiong Hua ini, mahasiswa

UKM akan lebih memahami akan keistimewaan

dan ciri-ciri budaya demi mengukuhkan perpaduan

masyarakat berbilang kaum. Dengan adanya

perpaduan kaum, konsep 1 Malaysia yang sedang

giat disebarluaskan oleh kerajaan dapat dipupuk

dalam diri mahasiswa UKM.

Pesta Ang Pow pada kali ini berlangsung pada

19 Januari 2011 bertempat di Dewan Canselor

Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM. Tetamu

Kehormat yang turut memeriahkan majlis tersebut,

antaranya Penasihat Kehormat Tetap Sekretariat Pesta

Ang Pow, Datuk Wee Jeck Seng. Program ini anjuran

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dengan

kerjasama Pusat Kebudayaan UKM.

Program ini bertujuan mempertingkatkan

MAHASISWA

semangat perpaduan dalam kalangan warga kampus

UKM agar ianya sentiasa utuh tanpa mengira kaum

ataupun agama. Selain itu juga, penganjuran program

ini dapat menjadi satu platform untuk mahasiswa

UKM memperkembangkan potensi diri masing-masing

semasa melaksanakan program.

Menurut salah seorang pelajar UKM, Chong

Chin Fang daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST),

beliau telah menyertai program ini sejak tahun pertama

pengajian sehingga kini. Beliau menyatakan, program

tersebut amat baik dilaksanakan kerana dengan adanya

aktiviti sebegini, dapat memupuk sikap kerjasama

antara mahasiswa UKM serta memberi ruang kepada

mahasiswa kaum lain untuk mengenali budaya Tiong

Hua.

Selepas upacara perasmian oleh Dato’ Sri Liow

Tiong Lai, berlangsungnya upacara “lao sheng”, iaitu

hidangan yang terdiri daripada salad yang berwarna

warni serta merupakan tradisi kepada kaum Cina bagi

menyambut Tahun Baru.

Pelbagai acara menarik yang dipersembahkan

daripada mahasiswa UKM, antaranya persembahan

tarian hip hop serta jazz, muzikal. Turut memeriahkan

majlis tersebut ialah persembahan artis daripada stesen

televisyen 8TV.

Tidak ketinggalan yang mencuri perhatian hadirin

persembahan lukisan pasir yang sungguh menarik.

Turut berlangsung upacara “lao sheng’’ iaitu hidangan yang terdiri

daripada salad berwarna warni dan merupakan tradisi kepada kaum

Cina bagi menyambut Tahun Baru

Keunikan lukisan pasir tersebut berjaya membuatkan

perasaan hadirin berasa kagum dengan nilai seni yang

tinggi. Selain itu, terdapat juga persembahan “diabolo

led” serta tidak ketinggalan tarian Melayu turut

dipersembahkan oleh mahasiswa UKM.

SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011 l

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!