20.01.2013 Views

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kolej Ibu Zain Jadi

Pusat Sehenti Pelajar

Antarabangsa

Oleh: Nurmayamin Sulaiman, Pelatih PPMK

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

meningkatkan kemudahan untuk pelajar

antarabangsa dengan usul menjadikan Kolej

Antarabangsa Ibu Zain (KAIZ) sebagai Pusat Pelajar

Antarabangsa (ISC) iaitu pusat sehenti khas pelajar luar

negara.

Sempena itu juga sebuah laman web khusus untuk

pelajar luar negara dilancarkan semalam oleh Timbalan

Naib Canselor (Akademik dan Hal-ehwal Antarabangsa)

Prof. Dato’. Ir. Dr. Hassan Basri di foyer Pusanika

kampus UKM pada 13 Januari lalu.

Usul itu akan dibawa kepada mesyuarat

Lembaga Pengurusan Universiti dan dijangka

diluluskan tidak lama lagi.

Prof. Hassan berkata usaha itu

adalah selaras dengan pelan transformasi

UKM untuk menambah pengambilan

pelajar antarabangsa dan pada masa sama

menambahbaik sistem pengurusan pelajar

luar.

UKM, katanya, sedar selain soal visa,

isu membawa bersama keluarga terutama

bagi pelajar pasca-siswazah adalah perkara

yang perlu dihuraikan demi kesejahteraan

mereka.

Laman Web ISC itu diisi pelbagai

maklumat yang diperlukan oleh bakal

pelajar antarabangsa serta mereka yang sudah

menjadi pelajar UKM.

Prof. Hassan berkata laman web

merupakan tempat pertama dilawati secara talian oleh

bakal pelajar yang memilih UKM untuk melanjutkan

pengajian mereka.

Anggapan atau persepsi awal para pelajar menjadi

penentu untuk mereka memilih UKM. Lantas kandungan

laman web itu telah dibangunkan berdasarkan piawaian

serta aras tanda perkara yang diperlukan oleh pelajar

melalui alam maya, tambah beliau.

Prof. Hassan berkata pengantarabangsaan dan

pelajar antarabangsa adalah satu unsur yang menjadi

l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

ANATARABANGSA

perkara kritikal dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara. Sebab itulah usaha menambah pengambilan

pelajar antarabangsa amat dititikberatkan oleh UKM.

“Dalam merealisasikan agenda ini, seorang

Timbalan Pengarah (Hal-Ehwal Pelajar Antarabangsa),

telah dilantik pada April 2009. Selain itu juga, Kolej Ibu

Zain telah dinaik taraf sebagai Kolej Antarabangsa Ibu

Zain (KAIZ) juga pada 2009”.

“Langkah menyedia dan membangunkan ISC maya

pula dibuat berikutan satu projek penyelidikan untuk

menyediakan perkhidmatan bagi pelajar antarabangsa

seperti penempatan awal dan tetap, perumahan, suai

kenal, kaunseling dan kegiatan berpersatuan melalui

Jabatan Pembangunan Pelajar,” katanya.

Prof. Hassan berkata semua langkah itu adalah

sejajar dengan matlamat menjayakan aspirasi UKM

dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mencapai

satu tahap pengantarabangsaan pengajian tinggi yang

dibanggakan.

“Ia juga diharap dapat memacu Malaysia menjadi

hub pengajian tinggi serantau dan di peringkat global

yang disegani,” tegasnya.

Timbalan Naib Canselor (HEAA), Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri

menyempurnakan Majlis pelancaran Laman Web ISC

Beliau berkata penggunaan alam maya amat

perlu dan berkesan dalam memaparkan citra UKM

kepada bakal pelajar antarabangsa kerana ia boleh

mempercepatkan lagi pencapaian hasrat itu.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Hubungan

Antarabangsa UKM, Prof. Madya Dr. Imran Ho

Abdullah berharap ISC akan dapat dijadikan wadah

kunjungan wajib pelajar antarabangsa apabila mereka

mencari tempat untuk melanjutkan pengajian di

Malaysia.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!