20.01.2013 Views

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Gadis ‘Kampung’ Dari

UKM Raih Anugerah

Tun Suffian

Oleh: Nurul Haziqah Abdul Halim, Pelatih

Limkokwing University & Siti Madihah Ahmad

Mahir, Pelatih UiTM

Seorang gadis kampung, dan seorang lagi gadis dari

pekan kecil, kedua-duanya siswazah Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) memenangi anugerah

biasiswa Yayasan Tun Suffian kerana kecemerlangan

dalam pengajian undang-undang.

Azlin Sabtu, lulusan ijazah kelas pertama undangundang

UKM di peringkat ijazah pada 2003, menerima

biasiswa bagi meneruskan pengajiannya di peringkat

sarjana di Universiti Cambridge. Seorang lagi penerima

anugerah itu, Tan Sze Pei, adalah pelajar ijazah tahun

tiga di UKM.

Azlin dilahir dan dibesarkan oleh neneknya waktu

kecil di Kampung Kerubong, Melaka, manakala Tan

pula berasal dari Alor Setar, Kedah.

Azlin, 30, kini adalah seorang Peguam Kanan

Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan telah

pun menamatkan pengajian peringkat sarjananya di

Universiti Cambridge, United Kingdom tahun lalu.

Azlin adalah anak ketiga dari empat beradik.

Ayahnya seorang jurutera dan ibunya seorang kerani

yang sudah pun bersara. Beliau bersekolah rendah di

Sekolah Sri Subang Jaya dan menengah di Sekolah Seri

Puteri di mana beliau dilantik sebagai ketua pelajar.

Beliau aktif dalam aktiviti ko-kurikulum di

sekolah dan di UKM. Beliau adalah Presiden Kelab

Debat dan Naib Presiden Persatuan Fakulti Undang-

Undang UKM.

Azlin juga pernah mewakili negara dalam

pertandingan Student in Free Enterprise (SIFE),

menyertai pertandingan debat Persatuan Pelajar

Undang-undang Asia (ALSA) selain mewakili UKM

dalam sukan bola keranjang dan bola baling.

Dalam ucapan penerimaannya, Azlin berkata apa

yang mendorongnya menyambung pengajian sarjana

di Cambridge adalah kerana ingin mengikut jejak

l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

ANUGERAH

langkah idolanya Tun Suffian seorang yang terkenal dan

dihormati dalam bidang kehakiman dan perundangan.

“Detik saya menjejakkan kaki ke Universiti

Cambridge adalah salah satu masa paling indah dalam

kehidupan saya. Namun terpilih untuk mendapat

biasiswa dari yayasan yang ditubuhkan bagi mengenang

tokoh yang saya amat sanjungi, adalah lebih bermakna

dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” katanya.

Dalam satu pertemuan di pejabatnya di Putrajaya,

beliau berkata: “Tun Suffian seolah-olah sebahagian

dari hidup saya kerana saya mengetahui perkembangan

hidupnya melalui buku biografi mengenainya dan

sentiasa memandang tinggi terhadapnya.”

Tun Suffian adalah anak seorang ustaz yang hidup

susah, namun beliau berjaya menjadi orang Melayu

pertama yang dikurniakan Biasiswa Diraja British di

Cambridge. Perkara seperti itu adalah amat sukar untuk

berlaku.

Azlina berkata Tun Suffian sentiasa menjadi ilham

kepadanya. Sebagai seorang yang dilahirkan dalam

sebuah keluarga yang besar dan tinggal di kampung,

Tun Suffian tabah menghadapi cabaran dalam

Azlin Sabtu

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!