20.01.2013 Views

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

Senada januari 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kumpulan Pertama

Pelajar Menengah

PERMATApintar

Oleh: Nurmayamin Sulaiman, Pelatih PPMK

Seramai 115 orang pelajar pintar dan cerdas berumur

16 tahun akan memulakan sesi pengajian menengah

tinggi PERMATApintar pada 17 Januari ini di Kompleks

PERMATApintar di kampus UKM di sini.

Mereka adalah daripada sejumlah 139 orang

pelajar yang terpilih untuk mengikuti program itu.

Seramai 24 orang lagi pelajar yang terpilih itu masih

belum mengesahkan tawaran. Mereka terpilih setelah

menjalani tiga jenis saringan termasuk ujian kompetensi

Matematik dan Sains di satu perkhemahan pada bulan

November lalu.

Pelajar yang telah menerima tawaran dan akan

memulakan sesi pengajian itu terdiri dari 71 pelajar

perempuan dan 44 pelajar lelaki dari seluruh negara.

l SENADA l Bil. 348 l JANUARI 2011

SEMASA

Penaung Program PERMATApintar, Datin

Paduka Seri Rosmah Mansor ketika melawat kompleks

Permata Pintar di sini Selasa lalu (6 Januari) berkata

mereka adalah antara pelajar terbaik datang dari seluruh

pelosok tanahair.

Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr.

Sharifah Hapsah Syed Hasan Sahabuddin dan Pengarah

Pusat PERMATApintar, Prof. Madya Dr. Noriah Mohd

Ishak mengiringi beliau dalam lawatan itu.

Program PERMATApintar adalah satu program

pendidikan pelajar pintar dan cerdas yang mempunyai

ciri berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing

untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik

di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sesi pembelajaran pelajar akan bermula pada semester 1 untuk tahap 1 pengajian dari 17 Januari

hingga 27 Mei dan tamat pada 18 November nanti

Sesi pembelajaran pelajar akan bermula pada

semester 1 untuk tahap 1 pengajian dari 17 Januari ini

hingga 27 Mei dan tamat pada 18 November nanti.

Kelas mereka bermula

dari 8 pagi hingga 4.30

petang membabitkan enam

terdiri dari komponen

akademik, bahasa

komunikasi antarabangsa,

projek saintifik, portfolio

penilaian, ko-kurikulum

dan pembinaan jati diri.

Rosmah berkata,

yuran yang dikenakan

setiap pelajar hanya

RM1000 yang

merangkumi bayaran

asrama dan makanan

pada setiap semester.

Walau bagaimanapun kerajaan akan menyediakan

biasiswa kepada pelajar yang layak bagi keluarga yang

berpendapatan RM 2000 ke bawah sebulan.

Pelajar itu disyaratkan berkhidmat dengan sektor

kerajaan apabila tamat pengajian selaras dengan matlamat

program melahirkan pelajar yang berkemahiran global,

keusahawanan dan pengurusan yang berkesan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!