30.01.2013 Views

pelan tindakan pengajian tinggi negara fasa 2 - Kementerian ...

pelan tindakan pengajian tinggi negara fasa 2 - Kementerian ...

pelan tindakan pengajian tinggi negara fasa 2 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PELAN TINDAKAN PENGAJIAN TINGGI NEGARA

FASA 2 (2011 - 2015)

MENCETUS TRANSFORMASI PENGAJIAN TINGGI

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

1

KANDUNGAN

Kata Alu-Aluan Menteri Pengajian Tinggi

Kata Alu-Aluan Ketua Setiausaha

Pengenalan

2

Pelaksanaan PSPTN Fasa 1

Pembentukan Pelan Tindakan PSPTN Fasa 2

• Objektif Pelan Tindakan Fasa 2

• Pelaksanaan Pelan Tindakan Fasa 2

• Strategi Pelaksanaan

• Kaitan Dengan Pelan Tindakan Fasa 1

Projek Agenda Kritikal (CAP)

• Tadbir Urus

• Kepemimpinan

• Akademia

• Pembelajaran dan Pengajaran

• Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

• Pengantarabangsaan

• Industri-Akademia

• Kebolehpasaran Siswazah

• Institusi Pengajian Tinggi Swasta

• Pembangunan Holistik Pelajar

• Jaminan Kualiti

• Transformasi Politeknik

• Aksesibiliti dan Kelestarian

• MyBrain15

• Program Pemacuan Ke Arah Kecemerlangan (Apex)

• e-Pembelajaran

• Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

• Pembelajaran Sepanjang Hayat

• Top Business School (TBS)

• Pusat Kecemerlangan (CoE)

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Muka surat

4

5

6

10

15

16

16

17

17

19

19

25

29

33

37

44

49

53

57

62

66

71

77

86

91

99

103

112

117

120

• Keusahawanan

• Transformasi Kolej Komuniti

• Program Pemindahan Pengetahuan (KTP)

Sokongan Pelaksanaan

Kesimpulan

Daftar Singkatan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Muka surat

123

126

130

133

136

137

3

4

Kata Alu-Aluan

Menteri Pengajian Tinggi

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya,

kita telah melepasi seterusnya menjayakan pelaksanaan Fasa 1 (2007-2010)

bagi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), yang digubal untuk

mempertingkatkan kualiti modal insan melalui pemerkasaan pengajian tinggi

negara. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang begitu komited

menyumbang kepakaran, tenaga dan masa untuk memastikan kelancaran

pelaksanaan Fasa 1, yang berobjektifkan “Peletakan Asas” bagi kelancaran

pelaksanaan fasa-fasa PSPTN yang seterusnya.

Pengajian tinggi negara memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mentransformasikan

Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang rakyatnya berdaya saing serta

berpemikiran inovatif. Justeru, satu landasan pengajian tinggi yang kukuh, mantap dan berkesan menjadi

satu imperatif. Pelan Tindakan Fasa 2 (2011 – 2015) menterjemahkan hala tuju pengajian tinggi negara

melalui garis panduan peningkatan dan pemerkasaan pelaksanaan Fasa 2 PSPTN. Pelaksanaan Fasa 2

ini juga akan memacu perjalanan kita dengan lebih mantap lagi ke arah menjadikan Malaysia sebagai

hab kecemerlangan pengajian tinggi melangkaui 2020. Fasa 2 PSPTN ini juga akan menggariskan langkah-

langkah untuk melonjakkan Malaysia ke peringkat global.

Kerjasama semua pihak dalam merealisasikan hasrat “peningkatan dan pemerkasaan” amat diperlukan.

Ikhtiar dan usaha kita melalui penggabungan kepakaran, pemikiran dan operasi akan membawa kita

kepada kejayaan negara yang akan memanfaatkan semua pihak untuk kemakmuran masa hadapan

negara.

Wassalam,

Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Kata Alu-Aluan

Ketua Setiausaha

Fasa 1 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah meletakkan asas

yang kukuh untuk warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengorak langkah ke

hadapan. Berpaksikan tujuh teras PSPTN, Pelan Tindakan Fasa 2, yang diterjemahkan

melalui projek-projek agenda kritikal (CAP), menjadi rujukan fokal dalam memastikan

pelaksanaan berlaku secara sistematik dan terancang.

Penekanan yang diletakkan kepada aspek kualiti dalam PSPTN bertujuan

memastikan bahawa inisiatif yang dilaksanakan memenuhi tuntutan negara untuk

meningkatkan kualiti modal insan yang diperlukan demi mencapai hasrat negara

berpendapatan tinggi. Justeru, kerjasama semua dalam berkongsi ilmu dan memberi komitmen yang tinggi

adalah amat diperlukan.

Pada masa yang sama, kepekaan kepada perkembangan pengajian tinggi global dan perubahan ekosistem

lain yang begitu dinamik, perlu dalam melaksanakan inisiatif yang dirancang. Untuk kejayaan Fasa ini, selain

daripada bertindak secara reaktif, kita perlu menggunakan keupayaan pengetahuan kita untuk bertindak

secara proaktif, bagi mencetuskan gagasan ilmu dan keberhasilan yang akan merevolusikan sektor pengajian

tinggi negara.

Akhir kata, ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan saya kepada semua pihak yang telah terlibat

dan begitu komited dalam memastikan Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN dapat direalisasikan.

Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

5

PENGENALAN

Pengajian Tinggi di Malaysia terus subur semenjak penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun

2004 dan isu-isu pengajian tinggi juga semakin mendapat perhatian segenap pihak mahupun media, rakyat

dan kerajaan. Kementerian telah memperkenalkan pelbagai polisi dan dasar untuk pemantapan pengajian

tinggi negara agar wujud ekosistem yang kondusif bagi menerajui kegemilangan ilmu. Ini juga seiring dengan

usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau serta muncul sebagai pilihan utama

pelajar dan intelektual antarabangsa menjelang 2020.

Pelan Tindakan Fasa 2 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) ini akan terus memperkukuh dan

memperkasa sektor pengajian tinggi negara sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi

tempoh 2011 – 2015. Sehingga akhir Januari 2011, terdapat 20 buah institusi pengajian tinggi awam, 27 buah

politeknik dan 72 buah kolej komuniti (termasuk kolej cawangan) yang sedang beroperasi. Pelaksanaan Pelan

Tindakan ini akan membolehkan peranan semua institusi dimantapkan lagi dari segi kualiti dengan menambah

nilai pengisian yang sedia ada. Fokus khusus diletakkan kepada aspek pembangunan prasarana intelektual,

sahsiah pelajar, kurikulum, penyelidikan, pembangunan dan inovasi serta mempertingkatkan penggunaan

teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran, termasuk melalui pembelajaran secara atas-talian

dan pengajian jarak-jauh.

Pelan Tindakan ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan pencapaian bagi projek-projek yang

ditetapkan, di IPT – universiti awam, politeknik dan kolej komuniti. Keterlibatan IPTS bagaimanapun wujud

melalui pelaksanaan dasar, usaha penjaminan kualiti, latihan kepemimpinan dan usaha-usaha yang

menyokong Perkongsian Awam-Swasta (Private Public Partnerships) di bawah RMKe-10. Adalah diharapkan

jurang perbezaan antara institusi pengajian tinggi awam dan institusi pengajian tinggi swasta dapat dikecilkan,

melalui inisiatif-inisiatif yang berlandaskan perkongsian ilmu dan sumber antara kedua-duanya. Jika institusi

pengajian tinggi awam melaksanakan transformasi melalui instrumen yang diwujudkan melalui PSPTN, peranan

institusi swasta akan digerakkan melalui inisiatif-inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP). Walaupun terdapat

perbezaan entiti (awam dan swasta), pengharapan tentang penghasilan dan keberhasilan adalah sama,

iaitu untuk tujuan kemakmuran ekonomi dan sosial negara.

Aspirasi murni untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi amat bersandarkan kepada

ekonomi berasaskan inovasi, yang berlandaskan daya kreativiti dan pengetahuan peringkat tinggi. Atas dasar

itu, peningkatan keupayaan institusi pengajian tinggi negara, awam dan swasta, perlu sentiasa diusahakan

melalui pendekatan inovatif, yang berkemungkinan menuntut kebezaan dengan pendekatan konvensional.

Pada Fasa 2 PSPTN, penekanan diberi kepada usaha meningkatkan akses kepada pengajian tinggi, di mana

6

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

tumpuan khusus diberikan kepada akses kepada program pascasiswazah, yang akan dinyatakan dengan

jelas dalam Halatuju Program Pascasiswazah setiap IPTA. Pertambahan bilangan pelajar pada peringkat ini

akan dapat menyumbang kepada pemerkasaan modal insan negara ke arah pengukuhan masyarakat

berpengetahuan (knowledge society) negara. Ini berdasarkan laporan UNESCO (2005:17) yang menyatakan

bahawa masyarakat berpengetahuan adalah “… a society that is nurtured by its diversity and its capacities.”

Pertambahan akses kepada program pascasiswazah akan menyumbang kepada pertambahan aktiviti

penyelidikan, pembangunan dan inovasi, yang mempunyai kaitan yang rapat dengan pertumbuhan ekonomi

negara.

Penekanan pada Fasa ini juga diletakkan kepada peningkatan usaha dalam mengupayakan penyelidikan

dan pembangunan ke arah keberhasilan dalam bentuk inovasi dan pengkomersilan. Dalam hal ini, semua IPTA

perlu mempunyai halatuju atau Roadmap R&D masing-masing yang jelas, dan melaksanakan usaha-usaha

yang agresif dalam memastikan rantaian nilai penyelidikan-inovasi-pengkomersilan wujud dan diuruskan

secara berkesan. Keterbukaan semua pihak pelaksana dan pihak berkepentingan amatlah penting, kerana

keterbukaan inilah yang akan dapat menyumbang kepada penambahbaikan, yang akan seterusnya

membawa kepada peningkatan kualiti penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan dalam sektor pengajian

tinggi negara. Usaha – usaha yang dilaksanakan juga akan merealisasikan hasrat negara melihat universiti

menjadi hab inovasi negara. Dalam hal ini juga, kolaborasi yang kukuh dan pintar (smart partnership) antara

pihak IPT dan industri perlu diwujudkan, kerana kedua-dua entiti saling memerlukan antara satu dengan

lain dalam konteks pembangunan negara. Kolaborasi yang mantap perlu diwujudkan bukan sahaja untuk

pengukuhan aspek-aspek berkaitan pembelajaran dan pengajaran, tetapi juga supaya gabungan usaha oleh

kedua-dua pihak dapat mengurus pelbagai cabaran yang perlu ditangani ke arah mewujudkan persekitaran

yang mapan. Pada masa yang sama, komuniti harus boleh mendapat manfaat daripada pelbagai jenis

usaha kolaboratif antara akademia dan industri, untuk kesejahteraan sosio-ekonomi negara.

Penekanan kepada peningkatan kualiti modal insan yang dihasilkan dari inisiatif semua pihak adalah selari

dengan pegangan bahawa modal insan berinovasi adalah jentera utama yang akan memacu transformasi

negara; juga dinyatakan secara khusus dalam RMKe-10 dan Model Baharu Ekonomi. Dalam konteks ini, Pelan

Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif Peringkat Tertiari diwujudkan atas rasional untuk menggerakkan

ekonomi berasaskan inovasi, dengan modal insan sebagai penggerak utama. Di samping itu, keterlibatan

semua lapisan masyarakat dalam menggerak ekonomi negara, dilihat melalui pembelajaran berterusan,

yang jelas dinyatakan objektifnya dalam Pelan Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Pelaksanaan

Pelan ini akan membolehkan semua lapisan masyarakat memanfaatkan IPT yang terdapat di komuniti masing-

masing untuk tujuan peningkatan ilmu dan pemerolehan kelayakan yang lebih tinggi agar masyarakat

pekerja yang berilmu, lebih terlatih dan berkemahiran tinggi dapat dihasilkan. Selain itu, Pelan Tindakan ICT

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

7

juga akan digubal; yang memberi penekanan kepada ICT sebagai medium untuk menjayakan industri, dan

untuk pembangunan industri ICT itu sendiri. Pelaksanaan ketiga-tiga agenda ini pada peringkat KPT, yang

seiring dengan Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN, akan mewujudkan satu ekosistem sinergistik yang dinamik yang

mempunyai, dan mendatangkan nilai tambah yang penting dalam memastikan hasrat negara tercapai.

Malaysia berhasrat menjadi hab pengajian tinggi antarabangsa menjelang 2020. Dalam era di mana pengajian

tinggi adalah satu bentuk komoditi, hasrat ini perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang efektif

oleh semua pihak, sama ada KPT sendiri selaku penggubal dasar dan IPT sebagai pihak pelaksana, supaya

perkhidmatan yang diberikan adalah bertaraf dunia. Keunggulan dan ketertampakan Malaysia sebagai

pembekal pengajian tinggi yang berkualiti menuntut usaha penambahbaikan dan penanda arasan yang

berterusan. Kedudukan Malaysia yang semakin dikenali sebagai negara pembekal pengajian tinggi yang

berkualiti perlu dipertingkatkan, kerana hasil yang diperoleh bukan terhad kepada pengaliran wang masuk

ke negara (contohnya penjanaan pendapatan), tetapi juga hasil berbentuk intangible, seperti perkongsian

ilmu dan peningkatan kepakaran. Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usaha-

usaha meletakkan Malaysia sebagai pemain global (global player), di mana keterlibatan negara dalam hal

ini tidak terhad hanya kepada program pertukaran pelajar dan staf sahaja, tetapi program-program yang

memaksimakan kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolaborasi dan memberi khidmat konsultasi pada

peringkat global. Melalui program pengantarabangsaan juga, sektor pengajian tinggi akan menekankan

kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi nilai-nilai Malaysia dengan serata dunia.

Kecemerlangan pengajian tinggi akan terus menjadi fokus utama Fasa 2 dan fasa-fasa seterusnya PSPTN,

dengan kedudukan masa kini sebanyak lima universiti penyelidikan dan sebuah universiti, USM (yang juga

adalah sebuah universiti penyelidikan), dalam projek Apex. Projek Apex akan tamat pada 2013, iaitu dalam

tempoh Fasa 2 PSPTN. Kejayaan dan keberhasilan projek tersebut akan dinilai pada waktu itu, manakala

prestasinya dipantau secara berkala sepanjang tempoh pelaksanaannya. Kelangsungan projek itu akan

ditetapkan berdasarkan dapatan penilaian dan persekitaran semasa pengajian tinggi, memandangkan

indikator kecemerlangan institusi kini juga wujud dalam bentuk universiti penyelidikan, yang semestinya akan

lebih mantap, dari segi kualiti dan juga kuantiti menjelang 2013. Inisiatif memantapkan sektor pengajian

tinggi negara akan menyaksikan pengiktirafan universiti penyelidikan yang berfokuskan bidang sains sosial,

berasaskan kepada kepercayaan bahawa kekuatan sesebuah negara bukan hanya pada kejayaan dalam

bidang sains dan teknologi, tetapi juga kepada keseimbangan yang wujud dengan aspek sains sosial. Adalah

dijangka berlaku penambahan dalam bilangan Top Busines School yang diiktiraf, berdasarkan kriteria yang

menekankan kepada kualiti yang ditandaaraskan dengan entiti terkemuka dunia. Sementara itu, pusat-

pusat kecemerlangan institusi pengajian tinggi (HICoE) sedia ada akan dinaik taraf kepada CoE kebangsaan,

serantau dan seterusnya mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa, di mana penilaian akan

8

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

dilaksanakan berdasarkan kriteria tertentu. Kecemerlangan pengajian tinggi walau bagaimanapun,

tidak akan didasarkan kepada sistem atau instrumen-instrumen ranking terkemuka dunia pada masa kini.

Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan taksub kepada sistem ranking tersebut, memandangkan fokus

pengajian tinggi harus diberi kepada kepentingan keperluan Negara, yang tidak semestinya sama dengan

elemen-elemen yang menjadi kayu ukur dalam instrumen ranking yang digunakan. Justeru tiada sasaran

kedudukan akan dinyatakan dalam hal ini. Walau bagaimanapun, pemerhatian akan terus dilaksanakan ke

atas perkembangan sesetengah elemen yang digunakan dalam instrumen-instrumen tersebut, yang boleh

dimanfaatkan untuk tujuan penanda arasan.

Selari dengan usaha memakmurkan negara ke arah mencapai objektif negara berpendapatan tinggi,

Pelan Tindakan Fasa 2 meletakkan fokus kepada perkembangan bidang-bidang dan aspek-aspek

berkaitan. Keperluan meningkatkan bilangan pekerja mahir dan teknikal negara menuntut kepada tindakan

memperkukuhkan bidang pengajian berteraskan Technical Education Vocational & Training (TEVT). Universiti-

universiti teknikal (MTUN), Politeknik dan Kolej Komuniti memainkan peranan yang amat penting dalam

memacu agenda ini, melalui pendekatan mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan vokasional,

yang akan melibatkan peningkatan akses, penambahbaikan program, kolaborasi intra dan antara institusi,

penawaran program baharu dan sebagainya. Bidang-bidang pengajian dan R&D yang selari dengan

keperluan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) wajar diberi fokus, kerana hasilnya bukan saja melonjak

sektor pengajian tinggi negara, tetapi juga akan dirasai oleh sektor ekonomi negara pada keseluruhannya.

Selain itu, Fasa 2 juga meletakkan fokus kepada usaha mengarusperdanakan pendidikan keusahawanan.

Objektif usaha ini adalah untuk meningkatkan daya keusahawanan di dalam kalangan semua pelajar,

yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini berdasarkan idea bahawa kewujudan

budaya keusahawanan dan keterlibatan pelajar dalam budaya tersebut yang teguh, akan menghasilkan

kejayaan ekonomi dan sosial, bagi inidividu atau masyarakat pada peringkat tempatan, kebangsaan

mahupun global. Semua inisiatif yang dilaksanakan, bukan saja bagi CAP Keusahawanan, malah juga bagi

PSPTN keseluruhannya, adalah ke arah menjayakan matlamat enterprising Malaysia. Kejayaan tersebut akan

mengupayakan negara untuk mencapai objektif negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Walau apa pun bentuk aktiviti ’Peningkatan dan Pemerkasaan’ pengajian tinggi yang dilaksanakan, Pelan

Tindakan Fasa 2 memastikan aspek kualiti terjamin, melalui pendekatan dan mekanisme pengukuran yang

bersesuaian, samada pada peringkat kementerian, mahu pun pada peringkat institusi. Hasrat besar PSPTN

untuk meningkatkan modal insan negara dan menjadi hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa

mesti dicapai dalam konteks tiada kompromi terhadap kualiti.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

9

PELAKSANAAN PSPTN FASA 1

Pelaksanaan

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh empat fasa

pelaksanaan:

10

• Fasa 1: Peletakan Asas (2007 – 2010)

• Fasa 2: Peningkatan dan Pemerkasaan (2011 – 2015)

• Fasa 3: Kecemerlangan (2016 – 2020)

• Fasa 4: Kegemilangan dan Kelestarian (melangkaui 2020)

Pelaksanaan PSPTN pada Fasa 1 telah berpandukan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007 – 2010,

yang telah menggariskan strategi dan pelan tindakan bertujuan untuk meningkatkan dan menambah baik

sistem pengajian tinggi Negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).

Laporan pencapaian PSPTN bagi Fasa 1, berbentuk Nota Jemaah Menteri (NJM), telah dibentangkan kepada

kabinet seperti berikut:

• Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Ogos 2007 – Jun 2008

• Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Julai – Disember 2008

• Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Januari - Jun 2009

• Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Julai - Disember 2009

• Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Januari - Disember 2010

Laporan yang dikemukakan melalui NJM tersebut adalah berpandukan pelan pelaksanaan dan hala tuju

bagi setiap Projek Agenda Kritikal (CAP) dan pencapaian serta keberhasilan (outcome) masing-masing yang

telah ditetapkan dalam Pelan Pelaksanaan Fasa 1.

Sehingga Disember 2010, 22 CAP telah dikenal pasti dan beroperasi dari segi penetapan hala tuju, pelan

pelaksanaan dan penetapan indikator bagi pengukuran pencapaian. (Satu CAP, iaitu CAP “Tabung

Pembangunan Modal Insan” (Human Capital Development Fund), telah digugurkan memandangkan terdapat

pertindihan objektif antara CAP tersebut dengan CAP MyBrain15, di mana keputusan telah dibuat dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PSPTN untuk kesemua objektif bagi kedua-dua CAP tersebut dirangkumi

di bawah CAP MyBrain15. Kesemua 22 CAP merangkumi projek-projek yang berpusatkan lima tonggak institusi

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

yang telah dikenal pasti dalam PSPTN, iaitu:

• Tadbir Urus

• Kepemimpinan

• Akademia

• Pembelajaran dan Pengajaran

• Penyelidikan dan Pembangunan

17 CAP yang lain adalah seperti berikut:

• Pengantarabangsaan

• Industri-Akademia

• Kebolehpasaran Siswazah

• Institusi Pengajian Tinggi Swasta

• Pembangunan Holistik Pelajar

• Jaminan Kualiti

• Transformasi Politeknik

• Aksesibiliti dan Kelestarian

• MyBrain15

• Program Pemacuan Ke Arah Kecemerlangan (Apex)

• e-Pembelajaran

• Sistem Penyampaian KPT

• Pembelajaran Sepanjang Hayat

• Top Business School

• Pusat Kecemerlangan (CoE)

• Keusahawanan

• Transformasi Kolej Komuniti

Setiap CAP yang diwujudkan dipertanggungjawabkan kepada sebuah urus setia atau sekretariat khusus yang

berperanan sebagai ‘pemilik’ (owner) untuk tujuan kebertanggungjawaban berkaitan pelaksanaan agenda-

agenda yang akan membawa kepada pencapaian objektifnya.

Setiap Sekretariat CAP diketuai oleh seorang Pengerusi, yang dilantik oleh Ketua Setiausaha KPT. Pengerusi CAP

dilantik dari kalangan ahli akademik, yang mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu yang berkaitan dengan CAP

yang diterajuinya. Pengerusi CAP mengetuai pasukan projek CAP yang terdiri daripada Ketua Sekretariat dan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

11

ahli kumpulan, yang terdiri daripada kalangan pentadbir, ahli akademik dan pihak lain yang berkepentingan.

Proses semakan pencapaian dan semak semula petunjuk prestasi utama dilaksanakan secara berterusan

dan berdasarkan keperluan semasa serta perubahan senario dan keperluan pengajian tinggi, bukan sahaja

di Malaysia, malah juga berdasarkan perkembangan pada peringkat global. Dalam hal ini, pendekatan yang

telah digunakan adalah seperti yang digambarkan:

Rumusan Pencapaian

12

PROSES PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN PROJEK AGENDA KRITIKAL

Pencapaian Fasa 1 PSPTN diukur melalui pencapaian setiap sasaran (target) CAP, yang telah ditetapkan

petunjuk prestasi utama (key performance indicator, KPI) masing-masing melalui proses rundingan dan

perbincangan dengan pihak pelaksana dan pemegang taruh utama. Satu skala telah digunakan untuk

menyatakan tahap pencapaian bagi setiap KPI yang ditetapkan, berbanding sasaran. Skala pencapaian

yang digunakan adalah seperti berikut:

PENYEMAKAN

SEMULA

PENILAIAN

PENETAPAN

SKALA PENCAPAIAN KPI

PELAKSANAAN

PEMANTAUAN

Sasaran dicapai 100% & ke atas

50 -

Terdapat 107 KPI yang terpakai sehingga akhir Fasa 1 (2010) PSPTN. Daripada keseluruhan 107 KPI tersebut,

pencapaian adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

PENCAPAIAN KPI CAP PSPTN 2010

81% daripada KPI yang ditetapkan berada pada landasan yang baik, manakala 19% lagi memerlukan

pengukuhan pelaksanaan. Walau bagaimanapun, secara amnya, mengambil kira perubahan senario dan

ekosistem pengajian tinggi yang dinamik, terdapat keperluan untuk petunjuk prestasi utama yang digunakan

diperhalusi secara berterusan, mengambil kira dan memberi penekanan kepada aspek kualiti, keberhasilan

dan impak inisiatif yang dilaksanakan.

Dari aspek kualiti, pencapaian dan keberhasilan PSPTN hasil daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh setiap

CAP sepanjang Fasa 1 PSPTN adalah seperti berikut:

Tadbir Urus

Kepemimpinan

Akademia

Pembelajaran dan

Pengajaran

Penyelidikan dan

Pembangunan

Pengantarabangsaan

# KPI

107 64 23 20

% pencapaian 81% (87) 19% (20)

CAP Pencapaian & Keberhasilan

• Akta Universiti dan Kolej Universiti 2009 (Pindaan 2009)

• Pemisahan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti

• Instrumen Kesediaan Pelaksanaan Autonomi IPTA

• Penubuhan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi 2008 (AKePT)

• Penubuhan Majlis Profesor Negara

• Anugerah Akademik Negara

• Malaysian Soft Skills Scale-My3S - instrumen Skala Kemahiran Insaniah

Malaysia – ukur tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar

• Universiti Penyelidikan (UP) di lima buah IPTA

• MyRA (Research Assessment Instrument) - Sistem Penilaian Universiti

Penyelidikan – bagi pelaksanaan penilaian kendiri IPT terhadap lapan

kriteria Universiti Penyelidikan

• Penstrukturan semula Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) kepada

Education Malaysia

• Peningkatan bilangan pelajar antarabangsa kepada 86,919 orang

• Pelaksanaan Program Mobiliti Pelajar IPT

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

13

Industri-Akademia

Kebolehpasaran Siswazah

Institusi Pengajian Tinggi

Swasta

Pembangunan Holistik

Pelajar

Jaminan Kualiti

Transformasi Politeknik

Aksesibiliti dan Kelestarian

MyBrain15

Program Pemacuan Ke Arah

Kecemerlangan (Apex)

e-Pembelajaran

Sistem Penyampaian KPT

Pembelajaran Sepanjang

Hayat

Top Business School

14

CAP Pencapaian & Keberhasilan

• Dasar Latihan Industri

• Sistem Pengesanan Graduan

• 75.4% graduan telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan

selepas bergraduat

• Peningkatan kualiti IPTS:

o Tiga kolej swasta dinaik taraf kepada Kolej Universiti (KU)

o Dua KU dinaik taraf kepada Universiti

o 15 kolej swasta di batalkan (pengkenselan) pendaftaran

• Penghasilan MyQUEST - Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta

• Peningkatan pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit sebagai syarat

wajib bergraduat di semua IPTA

• Penubuhan Majlis Pengarah-Pengarah Pusat Kokurikulum IPTA

• Pelaksanaan:

o Akreditasi Program

o Penarafan Institusi

o Audit Prestasi Akademik

• Politeknik Premier (Terpilih): Tiga Politeknik

• Pelan Transformasi Politeknik

• Empat Program Diploma

• Akses kepada pengajian tinggi bagi kohort umur 17 hingga 23 tahun.

Peningkatan enrolmen (IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti)

• Penawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN berasaskan Kaedah Ujrah

• Peningkatan bilangan pensyarah PhD dan setara

• Program pembiayaan pengajian tinggi: MyMaster, MyPhD, PhD Industri

• USM dilantik menerajui program Apex

• Penubuhan Centre for Engineering Excellence

• Genom Getah Pertama di dunia

• Penubuhan Pusat Kajian Kelestarian Global

• Pusat Penyelidikan Arkeologi Global

• Pusat Kolagen Halal Tercanggih

• Kajian Status Penggunaan e-Pembelajaran dan Kedudukan Prasarana

e-Pembelajaran

• Kerangka Dasar e-Pembelajaran

• Pelan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi Negara

• Blue print on Enculturation of Lifelong learning for Malaysia 2011-2020

• UKM-GSB (Graduate School of Business)

• UPM-GSM (Graduate School of Management)

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pusat Kecemerlangan (CoE)

Keusahawanan

CAP Pencapaian& Keberhasilan

Transformasi Kolej Komuniti

• Enam CoE dinaik taraf ke HICoE:

o UM Centre of Research for Power Electronics, Drives, Automation &

Control (UMPEDAC), Universiti Malaya

o UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), Universiti

Kebangsaan Malaysia

o Institute for Research in Molecular Medicine (INFORMM),

Universiti Sains Malaysia

o Institute of Bioscience (IBS), Universiti Putra Malaysia

o Centre for Drug Research (CDR), Universiti Sains Malaysia

o Accounting Research Institute (ARI), Universiti Teknologi MARA

• Penubuhan Unit Keusahawanan di KPT & IPTA

• Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT

• Program Pengukuhan Kolej Komuniti

• Pengenalan Program Sijil Modular Kolej Komuniti

PEMBENTUKAN PELAN TINDAKAN FASA 2 PSPTN

Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN telah digarap hasil daripada perbincangan dan perundingan setiap pasukan

projek CAP yang telah dilantik, dengan pihak institusi pengajian tinggi awam, politeknik dan kolej komuniti,

bersama-sama dengan pihak pemegang taruh lain yang berkaitan, seperti pihak industri, untuk memastikan

berlakunya pemfokusan kepada semua agenda yang telah ditetapkan.

Pelan Tindakan yang digubal bagi pelaksanaan Fasa 2 adalah berlandaskan pencapaian setiap CAP bagi

pelaksanaan pada Fasa 1 dan berfokuskan kepada objektif PSPTN seperti yang termaktub dalam dokumen

“Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020”. Hasil daripada rujukan kepada kedua-

dua sumber tersebut, setiap sekretariat CAP telah membentangkan “Perancangan Fasa 2 PSPTN” bagi CAP

berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PSPTN yang telah dipengerusikan oleh Menteri Pengajian

Tinggi, untuk perbincangan dan cadangan penambahbaikan. Pembentukan Pelan ini juga telah mengambil

kira dasar-dasar kerajaan terkini, dengan rujukan khusus dibuat kepada dokumen berikut:

• Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10)

• Model Baharu Ekonomi Untuk Malaysia

• Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP)

• Program Transformasi Ekonomi (ETP): Hala Tuju untuk Malaysia

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

15

Objektif Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara telah digubal secara komprehensif dan holistik bagi tujuan

memartabatkan pengajian tinggi Negara sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.

Pelan Strategik ini telah memberi penekanan kepada tujuh teras utama, iaitu:

16

Teras 1 : Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti

Teras 2 : Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran

Teras 3 : Memperteguh penyelidikan dan inovasi

Teras 4 : Memperkasakan institusi pengajian tinggi

Teras 5 : Mempergiat pengantarabangsaan

Teras 6 : Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat

Teras 7 : Memperkukuhkan sistem penyampaian KPT

Dalam Fasa 2 PSPTN, ketujuh-tujuh teras ini kekal dari aspek penekanan yang diberikan dalam Pelan tersebut.

Kesemua 23 CAP yang dilaksanakan dalam tempoh Fasa 2 PSPTN memainkan peranan dalam pencapaian

objektif ketujuh-tujuh teras tersebut, walaupun tahap peranan tersebut mungkin berbeza di antara satu CAP

dengan CAP yang lain. Dalam erti kata lain, pelaksanaan dan pencapaian objektif terkumpul bagi semua CAP,

akan membawa kepada pencapaian bagi semua teras; pelaksanaan satu CAP saja tidak akan memenuhi

objektif satu-satu teras secara eksklusif (contoh: Objektif Teras 5: “Mempergiat pengantarabangsaan”

dapat dicapai melalui gabungan pelaksanaan dan pencapaian bagi beberapa CAP, contohnya CAP

Pengantarabangsaan, Industri-Akademia, IPTS, CoE dan sebagainya).

Pelaksanaan Pelan Tindakan Fasa 2

Pelan Tindakan Fasa 2 ini menggariskan mekanisme dan pelan pelaksanaan, serta aspek keberhasilan yang

diharapkan hasil daripada pelaksanaan inisiatif yang dirancang. Sebagaimana yang digariskan dalam

Pelan Pelaksanaan Fasa 1, aspek-aspek transformasi dan inisiatif yang dirancang berbeza dari segi tempoh

pencapaian yang dirancang. Walaupun terdapat inisiatif yang bercorak jangka pendek yang boleh dicapai

dalam tempoh RMKe-10, iaitu selari dengan tempoh Fasa 2 PSPTN, terdapat juga sebahagian daripada inisiatif

tersebut yang akan menjangkaui tempoh pelaksanaan yang lebih panjang.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Strategi Pelaksanaan

Dalam tempoh pelaksanaan Fasa 1 PSPTN, setiap institusi telah menetapkan sasaran masing-masing

berdasarkan jangkaan kemampuan. Bagi kebanyakan CAP, terdapat jurang di antara pencapaian terkumpul

institusi dengan sasaran kebangsaan yang ditetapkan oleh pihak CAP sentral.

Pelaksanaan Fasa 2 menetapkan bahawa sasaran yang telah ditetapkan pada peringkat sentral, diagihkan

kepada setiap institusi yang berkaitan. Pendekatan ini penting untuk memastikan bahawa sasaran Negara

dapat dicapai dan isu-isu serta cabaran pelaksanaan dapat ditangani secara lebih efektif. Dalam konteks

ini, Pasukan Projek CAP memainkan peranan yang penting dalam memacu tindakan-tindakan yang perlu

dilaksanakan yang telah dirancang. Hubungan dua hala dengan Pasukan iPMO adalah amat kritikal dan

pasukan projek CAP berperanan sebagai pemudah cara kepada pelaksanaan di institusi untuk memastikan

sasaran yang diagihkan kepada institusi berjaya dicapai, yang seterusnya akan menyumbang kepada

pencapaian sasaran nasional dan akan membawa kepada kejayaan pencapaian CAP berkenaan.

Dalam memastikan pelan yang dirancang dijadikan panduan yang jitu bagi pelaksanaan inisiatif transformasi,

pencapaian akan dipantau dan diukur melalui usaha-usaha pemantauan yang dilaksanakan oleh Pejabat

Pengurusan Program (PMO). Usaha pemantauan yang berterusan penting untuk memastikan pelan yang

dirancang tercapai dan ini dilaksanakan melalui proses penilaian, semak semula (jika berkeperluan), program

intervensi dan sebagainya. Usaha-usaha pemantauan juga merangkumi penyelesaian isu dan cabaran-

cabaran yang menghalang atau melambatkan proses ke arah pencapaian KPI dan seterusnya keberhasilan

yang ditetapkan.

Kajian hala tuju pelaksanaan Fasa 2 PSPTN akan dilaksanakan untuk memastikan bahawa kesemua CAP

bergerak di atas landasan sama yang ditetapkan dalam dokumen “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

Melangkaui Tahun 2020”.

Kaitan dengan Pelan Tindakan Fasa 1

Sehingga Disember 2010, iaitu pada tempoh berakhirnya Fasa 1 PSPTN, 22 CAP telah dilaksanakan dalam

usaha mencapai objektif PSPTN. Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi pada Majlis Amanat Tahun Baharu

2011 telah mengumumkan Satu CAP tambahan iaitu CAP ‘Program Pemindahan Pengetahuan’ (Knowledge

Transfer Programme). Penambahan ini menjadikan bilangan CAP Fasa 2 PSPTN berjumlah 23 kesemuanya.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

17

Sepertimana pelaksanaan Fasa 1, lima daripada CAP tersebut adalah projek-projek yang berpusatkan lima

tonggak institusi, iaitu:

18

• Tadbir Urus

• Kepemimpinan

• Akademia

• Pembelajaran dan Pengajaran

• Penyelidikan dan Pembangunan

Kelima-lima tonggak ini diberi penekanan dalam pelaksanaan Fasa 2 PSPTN dan diperhalusi dari aspek objektif

strategik, pencetus transformasi dan kualiti pencapaian. Pemfokusan kepada kelima-lima tonggak ini penting

untuk memastikan kelestarian institusi, peningkatan kualiti institusi serta kualiti produk yang dihasilkan.

18 CAP yang akan berperanan sebagai pemangkin transformasi bagi Fasa 2 PSPTN adalah seperti berikut:

• Pengantarabangsaan

• Industri-Akademia

• Kebolehpasaran Siswazah

• Institusi Pengajian Tinggi Swasta

• Pembangunan Holistik Pelajar

• Jaminan Kualiti

• Transformasi Politeknik

• Aksesibiliti dan Kelestarian

• MyBrain15

• Program Pemacuan Ke Arah Kecemerlangan (Apex)

• e-Pembelajaran

• Sistem Penyampaian KPT

• Pembelajaran Sepanjang Hayat

• Top Business School

• Pusat Kecemerlangan (CoE)

• Keusahawanan

• Transformasi Kolej Komuniti

• Program Pemindahan Pengetahuan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Kesemua 18 Pasukan Projek CAP memainkan peranan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang menyumbang

kepada peningkatan kualiti institusi pengajian tinggi Negara, ke arah menjadi setanding dengan institusi

tersohor dunia. Pendekatan yang diambil adalah melalui penghalusan aspek-aspek objektif strategik,

pencetus transformasi dan kualiti pencapaian, berdasarkan pelan Fasa 1 dan pencapaian yang berkaitan.

CAP dalam kategori ini menyokong usaha yang dilaksanakan oleh pasukan projek lima CAP tonggak institusi

(seperti di muka surat 18).

PROJEK AGENDA KRITIKAL (Critical Agenda Project; CAP)

PROJEK AGENDA KRITIKAL

TADBIR URUS

Pengenalan

Pemantapan struktur tadbir urus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah asas penting kepada pemerkasaan

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang merupakan Teras Ke - 4 dalam PSPTN. CAP Tadbir Urus adalah salah

satu agenda yang tersenarai bagi mencapai objektif seperti berikut:

• memperkasakan tadbir urus IPTA supaya setanding dengan IPT terkemuka dunia;

• memperkasakan pengurusan institusi yang berkesan dan berintegriti supaya memberi

rangsangan yang sesuai untuk suasana pembelajaran; dan

• menggalakkan IPTA bergerak ke arah sistem tadbir urus berautonomi seperti tadbir urus,

kewangan dan penjanaan kekayaan, sumber manusia dan pengurusan akademik.

Pasukan Projek CAP Tadbir Urus telah diberi peranan berganding dengan Kementerian dalam usaha

memperkasakan institusi pengajian tinggi negara. Pelbagai aspek yang antaranya integriti, akauntabiliti,

good governance, autonomi, dan lain-lain telah diterokai oleh Pasukan Projek CAP Tadbir Urus dalam usaha

memperkasakan tadbir urus di IPTA bagi memastikan ia dapat berkembang seiring dengan perkembangan

universiti terkemuka dunia. Autonomi merupakan suatu perkara yang menarik perhatian banyak pihak dan

telah dinyatakan merupakan elemen yang penting dalam memastikan sesebuah Institusi dapat lebih berdaya

saing, kreatif dan fleksibel dalam sistem pengurusannya. Malahan autonomi boleh dianggap sebagai satu

instrumen penting yang boleh memacu IPTA ke arah kecemerlangan.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

19

Bagi memastikan elemen autonomi ini benar-benar dapat membawa sesebuah institusi ke arah

kecemerlangan, Pasukan Projek CAP Tadbir Urus dan Kementerian telah mengenal pasti bahawa aspek

good governance amat penting bagi memastikan ia boleh berjaya. Pasukan Projek CAP telah merangka

strategi dan pelan tindakan bagi memastikan objektifnya dapat dilaksana pada peringkat Kementerian dan

IPTA.

Pasukan Projek CAP telah membina instrumen bagi mengukur sistem tadbir urus di IPTA. Melalui CAP empat

bidang iaitu Institusi Governan, Kewangan dan Penjanaan Pendapatan, Sumber Manusia dan Pengurusan

Akademik telah dikenal pasti sebagai bidang-bidang yang perlu diperkemas sistem tadbir urus kerana

ia melibatkan pengurusan sumber. Melalui CAP Tadbir Urus, Kementerian dan IPTA bekerjasama dalam

memastikan pengurusan sumber dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip asas seperti berikut:

20

• amalan kebertanggungjawaban, ketelusan, akauntabiliti dan nilai serta kualiti bagi

perbelanjaan yang dikeluarkan (value for money) dalam semua urusan;

• pemantapan sistem dan struktur tadbir urus, pewujudan peraturan yang jelas bagi mendukung

pelaksanaan autonomi dan memastikan wujudnya elemen check and balance serta

ketelusan;

• pemakaian semua Pekeliling Perbendaharaan sebagai asas peraturan berkaitan pengurusan

kewangan dalaman, dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) adalah pihak berkuasa yang

mengambil alih peranan Perbendaharaan dalam memantau dan bertindak melindungi

kepentingan pelaburan kerajaan, di mana berkaitan;

• pemakaian semua Pekeliling Perkhidmatan Awam sebagai asas peraturan berkaitan

pengurusan sumber manusia, dan Lembaga Pengarah Universiti adalah pihak berkuasa yang

menggantikan peranan Jabatan Perkhidmatan Awam, di mana berkaitan;

• bebanan serta pendedahan kewangan Kerajaan hanya dihadkan kepada peruntukan

belanja mengurus tahunan dan peruntukan pembangunan yang diluluskan Kerajaan

melainkan diputuskan sebaliknya oleh Kerajaan Pusat;

• penjanaan pendapatan oleh IPTA hendaklah mengutamakan dan memastikan perlindungan

serta (insulate and protect) kepentingan Universiti dan Kerajaan;

• skim saraan berasingan, jika perlu diwujudkan oleh IPTA berasaskan peruntukan Akta Universiti

dan Kolej Universiti yang berkuat kuasa, hendaklah berasaskan prinsip kesaksamaan,

kelestarian dan tidak langsung membebankan Kerajaan; dan

• tindakan tegas mengikut peruntukan tatatertib semasa seperti surcaj, turun pangkat, buang

kerja dan yang berkaitan boleh diambil terhadap pegawai dan kakitangan IPTA yang gagal

mematuhi tatacara dan peraturan serta cuai semasa melaksanakan tugas.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Rumusan Status Fasa 1

Secara keseluruhan instrumen Code of University Good Governance (CUGG), University Good Governance

Index (UGGI) dan dokumen Guide For Preparing and Conducting an Audit to Determine the Readiness for

Autonomy telah selesai dibangunkan dan didokumenkan pada tahun 2010. Keberkesanan instrumen akan

diuji melalui audit rintis yang akan dijalankan di tiga buah IPTA iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti

Sains Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia pada Mac 2011.

Hasrat CAP Tadbir Urus dan Kementerian membina instrumen bagi mengukur kesediaan sistem tadbir urus di

IPTA, adalah bagi memastikan autonomi yang dilaksanakan oleh IPTA akan memberi keuntungan kepada

Kerajaan, IPTA dan rakyat. Usaha ini bukanlah mudah kerana kita berdepan dengan isu-isu pelaksanaan

seperti berikut:

• audit yang dilaksanakan adalah dalam suasana sudah terdapat terlalu banyak audit;

• instrumen ini dibina dengan andaian bahawa good governance dalam sektor korporat boleh

diguna di institusi pengajian tinggi;

• mendapatkan kefahaman daripada IPTA mengenai keperluan mengukur sistem dalaman

bagi menilai tahap kesediaan sistem tadbir urus dalam melaksana autonomi;

• mendapat sokongan dan kefahaman daripada Agensi Pusat bahawa instrumen ini berupaya

mengukur sistem tadbir urus IPTA bagi memastikan integriti, kebertanggungjawaban dan

akauntabiliti dilaksanakan;

• perbezaan antara IPTA dan Kerajaan dalam pentakrifan autonomi merupakan suatu perkara

yang perlu diurus dengan bijak. Terdapat kecenderungan di kalangan IPTA menyamakan

konteks autonomi kita dengan barat kerana ia menarik, fashionable dan terkini. Manakala

mendefinisi autonomi dalam konteks sistem tabungan Kerajaan atau government funding

merupakan suatu perkara hal yang amat mencabar kerana ia tidak selari dengan amalan

hubungan Kerajaan dengan universiti di negara di mana sistem pendidikan tingginya sudah

matang;

• autonomi sering juga difahami oleh universiti dan ahli akademiknya sebagai kebebasan

untuk mengguna geran demi kebaikan dunia akademik; yang mana yang terbaik dalam

dunia akademik berkemungkinan tidak efisien; dan

• universiti tidak memahami bahawa sebagai universiti awam apa yang dilakukan tetap

mempunyai implikasi kepada Kerajaan dan rakyat. Kepentingan Kerajaan dan negara perlu

dijaga setiap masa.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

21

Tumpuan Fasa 2

Pada Fasa 2, Pasukan Projek CAP Tadbir Urus akan merangka strategi pelaksanaan dan sasaran berpandukan

kepada keputusan minit Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai Pelaksanaan Autonomi di IPTA bertarikh 22

September 2010.

CAP Tadbir Urus akan memberi perhatian terhadap ucapan YAB Perdana Menteri semasa membentangkan

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010 tentang komitmen Kerajaan

mengenai pemberian autonomi kepada IPTA berasaskan nilai ketelusan dan akauntabiliti bagi membolehkan

IPTA mencapai prestasi cemerlang setanding dengan IPT terbaik di dunia. YAB Perdana Menteri menekankan

empat bidang autonomi merangkumi institusi tadbir urus, kewangan dan penjanaan kekayaan, sumber

manusia, pengurusan akademik dan kemasukan pelajar.

Pada Fasa 2, objektif strategik telah dirangka bagi mencapai sasaran seperti yang telah diputuskan

oleh Kerajaan. Dalam mencapai sasaran, Pasukan Projek CAP Tadbir Urus akan melaksanakan perkara-

perkara berikut sepanjang tahun 2011 hingga 2015. Antaranya adalah:

22

• Audit Rintis bagi menguji CUGG dan UGGI di tiga IPTA;

• sistem Activity Based Costing (ABC) atau yang setara boleh diguna untuk membantu

pengurusan membuat keputusan mengenai pengurusan kewangan;

• CUGG dan UGGI digunakan bagi mengukur kesediaan sistem tadbir urus di IPTA ke arah

autonomi dalam empat bidang iaitu Institusi Governan, Kewangan dan Penjanaan Kekayaan,

Sumber Manusia dan Pengurusan Akademik serta Kemasukan Pelajar;

• dasar-dasar berkaitan pelaksanaan autonomi yang berbangkit daripada keputusan Jemaah

Menteri berkenaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) Pelaksanaan Autonomi bertarikh

2 September 2010 disediakan; dan

• aktiviti pelaksanaan dan pemantapan Kerangka Kesediaan dilaksanakan.

Pelaksanaan autonomi merupakan agenda besar Kementerian yang melibat pelbagai pihak dan stakeholder.

Oleh yang demikian sokongan dan komitmen yang berterusan amat diperlukan bagi memastikan agenda ini

dapat dilaksanakan. Antara faktor kejayaan kritikal yang amat diperlukan dalam melaksanakan agenda ini

adalah seperti berikut:-

• Sokongan Pengurusan Tertinggi di IPTA / KPT / Agensi Pusat:

Komitmen dan sokongan yang berterusan dari pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pengajian Tinggi, IPTA dan Agensi Pusat amat diperlukan bagi memastikan dasar-dasar yang

dirangka dan disedia berkaitan autonomi dapat dilaksanakan;

• Berpegang kepada prinsip asas:

Governan ke arah autonomi adalah melibatkan integriti dan akauntabiliti yang tinggi di IPTA

yang melaksanakannya. Prinsip asas yang telah di persetujui oleh Kerajaan dalam pelaksanaan

autonomi perlu dipatuhi oleh IPTA;

• IPTA mempunyai sistem tadbir urus yang baik:

Autonomi melibatkan penurunan kuasa daripada Kementerian dan Agensi Pusat bagi

perkara-perkara yang berkaitan kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU). LPU mempunyai

tanggungjawab yang amat besar bagi memastikan sumber universiti ditadbir dengan penuh

integriti dan akauntabiliti. Oleh yang demikian, IPTA perlulah mempunyai sistem tadbir urus

yang baik bagi memastikan kepatuhan kepada integriti dan akauntabiliti;

• Kekuatan struktur dan sumber manusia yang mengurus Agenda Autonomi di KPT:

Pelaksanaan autonomi di IPTA melibatkan pelbagai proses yang antaranya adalah:

o penerangan kepada IPTA mengenai mekanisme penyediaan Audit Governan ke

Arah Autonomi;

o penggubalan dasar-dasar yang berkaitan dengan autonomi;

o pengendalian audit kesediaan;

o pengurusan perakuan Kementerian;

o perundingan dengan agensi pusat berkaitan dasar-dasar ke arah autonomi penuh

atau mengikut bidang, dan lain-lain lagi;

o memantau perjalanan sistem tadbir urus di IPTA yang menerima autonomi; dan

o menjalankan penilaian terhadap pencapaian IPTA yang telah melaksana autonomi

berpandukan kepada pencapaian IPTA dalam aspek-aspek yang berkaitan.

Sehubungan dengan ini, pihak KPT perlu menyediakan struktur dan sumber manusia yang

mampu melaksanakan agenda autonomi. Perkara ini amat penting kerana pelaksanaan

autonomi akan hanya mendatangkan hasil yang baik apabila KPT dan IPTA sama-sama

memainkan peranannya; dan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

23

Pelan Tindakan

24

• Kesediaan menerima perubahan di IPTA/KPT dan Agensi Pusat:

Keupayaan mengurus perubahan dan menerima perubahan merupakan perkara yang perlu

diberi perhatian. Oleh yang demikian pelaksanaan autonomi dapat dijayakan apabila ada

kerjasama yang rapat antara pelbagai pihak yang terlibat dalam menjayakan agenda ini.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Pembinaan Asas Autonomi

Pembinaan Asas Autonomi

Pemantapan Kerangka

Kesediaan Bagi Tadbir Urus

Ke Arah Autonomi

Membina instrumen Activity-

Based-Costing (ABC) untuk

mengira kos sebenar operasi IPTA

menjalankan program pengajian

Menjalankan Audit Rintis bagi

menguji CUGG dan UGGI di

UKM, USM dan USIM

(Keputusan Mesyuarat

Jawatankuasa Pemandu PSPTN

Bil.10/2010)

Menjalankan aktiviti melaksana

dan memantapkan Kerangka

Kesediaan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Penyediaan instrumen ABC di

UKM

Menguji instrumen ABC di IPTA

terpilih

Instrumen diguna pakai di

semua IPTA

Instrumen audit CUGG dan

UGGI yang akan diguna pakai

ke atas semua IPTA

Penerangan Mengenai

“Guide to Assessing Good

Governance in Malaysian

University” termasuk kepada

Jawatankuasa Induk Antara

Agensi

Pewujudan Mekanisme

“Penyediaan Audit Governan

ke Arah Autonomi” di peringkat

IPTA

Pewujudan Mekanisme

“Penyediaan Audit Governan

ke Arah Autonomi” di peringkat

KPT

2011

2011

2011& 2012

2011

2011

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Pelaksanaan Autonomi di

IPTA

Menjalin kerjasama dengan

Agensi Pusat

PROJEK AGENDA KRITIKAL

KEPEMIMPINAN

Pengenalan

Menyediakan dasar-dasar

berkaitan pelaksanaan autonomi

yang berbangkit daripada

keputusan Jemaah Menteri

berkenaan MJM Pelaksanaan

Autonomi bertarikh 22 September

2010

Perundingan untuk autonomi

penuh bagi IPTA yang memenuhi

tahap kesediaan autonomi

Dasar berkaitan

Rundingan dengan agensi

pusat berdasarkan

Rundingan dasar-dasar ke

arah autonomi penuh yang

berbangkit dari semasa ke

semasa oleh Jawatankuasa

Induk Antara Agensi

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2012 - 2015

2012-2015

2012-2015

Projek Agenda Kritikal Kepemimpinan (CAP Kepemimpinan) diwujudkan di bawah Pelan Strategik

Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk membantu institusi pengajian tinggi (IPT) negara memantapkan dan

memperkasakan aspek kepemimpinan institusi pada persada antarabangsa. Teras Kepemimpinan menjadi

salah satu tonggak utama institusi selain daripada Tadbir Urus, Akademia, Pembelajaran dan Pengajaran serta

Penyelidikan dan Pembangunan. Pada peringkat awal penubuhan, CAP Kepemimpinan dipengerusikan oleh

Bahagian Governan IPTA di bawah Jabatan Pengajian Tinggi. Pada September 2009, CAP ini dipengerusikan

serta ditadbir urus oleh Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKePT).

AKePT ditubuhkan sejajar dengan hasrat PSPTN untuk membantu mentransformasikan pengajian tinggi

negara. AKePT berperanan untuk memperkasakan kepemimpinan IPT dalam aspek akademia, tadbir urus,

pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan ke arah menjayakan agenda

pembangunan modal insan negara. Tiga pusat iaitu Latihan Kepemimpinan, Pembelajaran dan Pengajaran

serta Penyelidikan dan Inovasi diwujudkan di bawah AKePT yang secara langsung menjadi tumpuan utama

program latihan AKePT.

25

Rumusan Status Fasa 1

Dalam Fasa 1(2007-2010), CAP Kepemimpinan menumpukan kepada empat Objektif Strategik (OS) dan lima

Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Fasa 1 menumpukan kepada latihan ke arah membentuk kelompok bakat

dan pelan penggantian kepemimpinan akademik dan tadbir urus, pembelajaran dan pengajaran serta

penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan. Penggubalan OS dan KPI pada Fasa 1 ini lebih menjurus ke arah

pengukuhan organisasi AKePT.

Secara keseluruhannya, CAP Kepemimpinan telah mencapai KPI yang ditetapkan pada Fasa 1. Pencapaian

CAP Kepemimpinan dapat dirumuskan seperti yang berikut:

26

• 40% pemimpin IPT telah menjalani program latihan mengikut kerangka kepemimpinan AKePT;

• 12 IPTA mempunyai pelan penggantian;

• 17% daripada 210 pemimpin IPT telah diprofail. Kelompok yang diprofail pada tahun 2010

adalah daripada kalangan dekan ;

• 78% daripada 1,035 Jurulatih Utama telah dilatih dalam modul pembelajaran dan pengajaran

AKePT; dan

• 441 orang penyelidik utama telah dilatih dalam bidang penyelidikan, inovasi dan

pengkomersilan.

Terdapat keperluan untuk menilai semula konsep kepemimpinan agar lebih menyeluruh dan merangkumi

pelbagai aspek pelan penggantian dan kelompok bakat seperti mekanisme pengenalpastian, penggubalan

kriteria, penentuan piawaian, pengukuran, penilaian dan pengurusan.

Selaku penggerak strategik, AKePT akan menjayakan agenda pemerkasaan pengajian tinggi dengan

melaksanakan program-program yang akan mengukuhkan minda dan kemahiran pemimpin dan bakal

pemimpin pada semua peringkat yang pada akhirnya menjadi agen perubahan di IPT.

Dalam menerajui agenda transformasi kepemimpinan IPT, AKePT berhasrat menjadi pusat rujuk dan

penanda aras dalam bidang kepemimpinan, pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi

dan pengkomersilan dengan menghasilkan kursus-kursus kepemimpinan pengajian tinggi yang lebih

dinamik, progresif dan relevan. Pada masa yang sama, pihak IPT akan bersama-sama menyumbang ke arah

pemantapan kemahiran kepemimpinan akademia, tadbir urus dan pemimpin pelajar dalam mencapai

matlamat CAP Kepemimpinan.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Tumpuan Fasa 2

Fasa 2 CAP Kepemimpinan memberi tumpuan kepada mekanisme pengenalpastian, penggubalan kriteria,

penentuan piawaian, pengukuran, penilaian dan pengurusan pelan penggantian dan kelompok bakat bagi

menyediakan bakal pelapis untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepemimpinan IPT. Tumpuan

ini adalah selaras dengan hasrat untuk melahirkan kepemimpinan unggul dalam kalangan staf akademik dan

bukan akademik ke arah menghasilkan masyarakat berinovasi dan berpendapatan tinggi.

Antara beberapa faktor kritikal kejayaan dalam pelaksanaan CAP ialah:

• Infrastruktur-AKePT

CAP Kepemimpinan mempunyai pembangunan infrastruktur yang berpotensi besar dengan

tertubuhnya kampus AKePT di Bandar Enstek, Nilai. Kemudahan pentadbiran, latihan

dan penginapan peserta disediakan untuk memudahkan pelaksanaan program

kepemimpinan yang direncanakan. Kekangan kewangan, masa, tempat dan pengurusan

telah dapat diminimumkan dengan terbinanya kemudahan latihan kepemimpinan tersebut.

• Sumber- kelompok bakat

Kementerian memainkan peranan utama dalam menyokong agenda transformasi IPT ini

melalui pelaksanaan PSPTN yang mana CAP Kepemimpinan merupakan salah satu daripada

Projek Agenda Kritikal PSPTN. Justeru itu, AKePT menjadi saluran utama Kementerian untuk

menggerakkan pembangunan modal insan yang cemerlang ke arah menghasilkan

masyarakat berinovasi dan berpendapatan tinggi.

Usaha tenaga pakar yang berpengalaman dan tersohor dari seluruh IPT digembleng untuk

menjayakan program-program pembangunan CAP Kepemimpinan. Serentak dengan

itu, golongan pakar ini akan menyumbang dari segi pembangunan perubahan minda dan

pemerkasaan kepemimpinan dan khidmat rundingan mengikut bidang tertentu kepada

golongan pelapis akademia dan tadbir urus.

Bakat-bakat yang dijana mampu menyumbang dalam usaha merealisasikan agenda

transformasi IPT melalui kolaborasi pada peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa.

Pembentukan kelompok bakat ini juga bakal merangsang perkongsian ilmu merentasi IPT.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

27

28

• Pengantarabangsaan

AKePT bertindak sebagai medium jaringan antarabangsa dalam usaha meningkatkan usaha

pengantarabangsaan IPT melalui kerjasama dengan agensi-agensi seperti SEAMEO-RIHED,

Bank Dunia, UNESCO, EU untuk mendapatkan dana komersil, kepakaran dalam kepemimpinan,

pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan. Kepakaran

luar dan dalam negara digembleng dan diketengahkan melalui kolaborasi program-program

yang dilaksanakan.

• Tadbir urus

Usaha memantapkan lagi tadbir urus IPT akan dilakukan meliputi keberkesanan khidmat

pengurusan dan kecekapan pengurusan kewangan.

Program latihan kepemimpinan yang dianjurkan oleh AKePT serta IPT sendiri untuk staf bukan

akademik turut dimantapkan untuk menyediakan golongan pentadbir IPT yang mampu bergerak

seiring dengan staf akademik dalam mendukung aspirasi untuk menempatkan IPT negara

pada persada antarabangsa.

Susulan daripada tadbir urus yang mantap dan latihan kepemimpinan berkesan kepada staf

bukan akademik baik di AKePT mahupun IPT, penerapan budaya positif dalam persekitaran kerja

dan peningkatan kemahiran akan mampu mengubah corak pemikiran mereka kepada

sesuatu yang lebih proaktif dan dinamik. Dalam jangka masa panjang, usaha ini akan

menghasilkan dan membentuk budaya kerja yang lebih produktif dan kepelbagaian

kemahiran supaya tadbir urus IPT menjadi lebih cemerlang, cekap dan pencapaian PSPTN

akan menjadi lebih lancar sebagaimana yang diharapkan.

• Penjenamaan dan Pemasaran

Dalam usaha memartabatkan institusi pengajian tinggi negara ke peringkat serantau dan

antarabangsa, aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penjenamaan dan pemasaran institusi serta

program menerusi penerbitan dan kolaborasi dengan IPT dan institusi pada peringkat

antarabangsa wajar diperhebatkan. Jaringan kerjasama sesama IPT tempatan dan institusi

antarabangsa dalam menghasilkan penyelidikan, persidangan dan program-program

latihan mampu melonjakkan nama IPT negara di peringkat global.

Kerjasama IPT tempatan termasuk IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti dalam menjayakan

program-program latihan, seminar dan persidangan anjuran bersama AKePT dengan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelan Tindakan

kerjasama pakar akademik dan institusi pada peringkat antarabangsa akan membuka lebih

banyak peluang kepada IPT tempatan untuk membina jaringan dan mempromosikan institusi

pada peringkat global.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Memperkasakan

kepemimpinan Institusi

Pengajian Tinggi

PROJEK AGENDA KRITIKAL

AKADEMIA

Pengenalan

Menganjurkan program latihan

berstruktur dalam kepemimpinan

tadbir urus, pembelajaran dan

pengajaran serta penyelidikan,

inovasi dan pengkomersilan

kepada staf akademik dan

bukan akademik

Mewujudkan Pelan Penggantian

Berstruktur dalam kepemimpinan

tadbir urus, pembelajaran dan

pengajaran serta penyelidikan,

inovasi dan pengkomersilan di

IPT

Melengkapkan modul dan

latihan Jurulatih Utama

Meningkatkan bilangan

penyelidik utama selaku

pemimpin dalam aspek

penyelidikan

Pembangunan Modul Latihan

mengikut tahap kepemimpinan

Pelan penggantian berstruktur

yang piawai

Calon kelompok bakat yang

diprofil

Modul dan latihan Jurulatih

Utama yang komprehensif

mengikut bidang

Kepemimpinan penyelidik

utama

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2015

2012

2013

2011-2013

Kejayaan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah berasaskan kepada nilai teras akademia yang

perlu diterapkan oleh setiap ahli akademik. Nilai teras ini merupakan asas kepada proses pengukuhan

individu akademik dan institusi ke arah menjadi universiti bertaraf dunia. Oleh itu, strategi dan perancangan

pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) perlu berpandu kepada nilai teras akademik.

2015

29

Kecemerlangan ahli akademik merupakan keperluan penting dalam menjayakan PSPTN. Akademik berbudaya

cemerlang merupakan matlamat akhir usaha memperkukuhkan kualiti pendidikan tinggi. Pembudayaan

dan pemantapan perlu dilihat sebagai proses pembangunan keupayaan individu akademik dan institusi

berbudaya cemerlang yang memberikan perhatian serius terhadap kecemerlangan semasa melaksanakan

urusan teras (pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat).

Proses pemantapan akademia yang dilakukan secara berterusan dapat mewujudkan lebih ramai ahli

akademik yang cemerlang yang akan turut membantu dalam mencapai wawasan negara untuk menjadi

hab yang menerajui pengajian tinggi di rantau Asia Pasifik.

Rumusan Status Fasa 1

Tiga penunjuk prestasi utama (KPI) telah ditetapkan dalam Fasa 1 pelaksanaan PSPTN bagi CAP Akademia

iaitu:

30

• Mencari, memilih dan mengekalkan yang terbaik dengan meningkatkan lagi bilangan ahli

akademik asing yang cemerlang di IPT.

• Menghargai ahli akademik yang hebat dan unggul dengan menambah bilangan ahli

akademik yang memberi perundingan dan kepakaran dalam aktiviti ‘think tank’ pada

peringkat kebangsaan/antarabangsa.

• Menghargai ahli akademik yang unggul dengan memastikan setiap IPTA mengadakan Majlis

Penganugerahan dan Pengiktirafan Kecemerlangan Ahli Akademik setiap tahun.

Secara keseluruhannya, inisiatif yang dilaksanakan oleh CAP Akademia bagi PSPTN Fasa 1 telah mencapai

sasaran yang telah ditetapkan. Bilangan ahli akademik luar negara yang cemerlang serta ahli akademik yang

memberi perundingan dan kepakaran dalam aktiviti ‘think tank’ pada peringkat kebangsaan/antarabangsa

telah dapat dicapai dan melebihi sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2010. Majlis Penganugerahan

dan Pengiktirafan Kecemerlangan Ahli Akademik telah dilaksanakan oleh setiap IPTA.

Tumpuan Fasa 2

Kepentingan CAP Akademia bagi menyokong gagasan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi

penekanan kepada National Key Result Area (NKRA) dan National Key Economic Area (NKEA) terletak kepada

usaha melestarikan pendidikan tinggi serta memantapkan ekosistem pendidikan. Akademia merupakan

tunjang kepada pengukuhan sistem pendidikan tinggi negara untuk mencapai matlamat Malaysia sebagai

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

hab pendidikan di rantau ini. Akademia berbudaya cemerlang akan membolehkan semua aktiviti dan jentera

pelaksanaan semua IPTA bergerak dengan lancar dan berprestasi tinggi.

Untuk Fasa 2, tumpuan diberikan kepada proses pemantapan yang lebih menyeluruh. Isu-isu yang melibatkan

pembangunan modal insan ahli akademik, kepentingan meningkatkan integriti, profesionalisme dan

kewibawaan, mengasah potensi kepimpinan dan melonjakkan kecemerlangan akademik ke arah bertaraf

dunia harus dilakukan melalui proses pengukuhan ekosistem akademik yang dinamik.

Bagi memantapkan CAP Akademia, kerangka hubungan erat antara individu akademik, profesionalisme

akademik dan ekosistem akademik diberikan perhatian utama. Kerangka ini merangkumi empat komponen

yang berkaitan dengan akademik, tiga komponen profesionalisme akademik dan lima komponen asas

ekosistem akademik seperti berikut:

• Akademik

o Kualiti/Kelayakan

o Kepakaran

o Pemimpin kebangsaan/antarabangsa

o Sumbangan berimpak tinggi

• Profesion Akademik

o Kewibawaan akademik

o Profesionalisme akademik

o Integriti akademik

• Ekosistem Akademik

o Kebebasan akademik

o Akademik berbudaya cemerlang

o Ahli pasukan

o Perkongsian ilmu

o Penghargaan

IPT perlu melaksanakan program yang pragmatik untuk mencapai objektif strategik bagi CAP Akademia.

Keberhasilan CAP yang disasarkan menjelang tahun 2015 adalah selari dengan hala tuju sepertimana yang

dinyatakan dalam Amanat Tahun Baharu 2011 YB. Menteri Pengajian Tinggi mengenai budaya akademik dan

kesarjanaan yang meliputi komponen-komponen berikut:

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

31

Pelan Tindakan

32

• Menyubur budaya akademik

• Kepelbagaian kepakaran akademik

• Pengurusan intelektual atau bakat akademik

• Pengiktirafan pada peringkat global

• Pembangunan bidang tujahan pengajaran dan penyelidikan

• Mempelopori akademik di rantau Asia

• Mengukuhkan sumbangan kepada komuniti dan Negara

• Memantapkan jaringan akademik antara universiti

• Melaksanakan usaha kesejagatan kerjaya melalui pelan mobiliti akademik.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Mengekalkan ahli

akademik berkualiti

Memperkukuh ahli

akademik berteraskan

Wibawa, Integriti dan

Profesionalisme (WIP)

Menggalakkan ahli akademik

menjadi pemimpin pada

peringkat kebangsaan/

antarabangsa melalui

pembentangan kertas ilmiah

pada peringkat kebangsaan dan

antarabangsa

Menggalakkan ahli akademik

menjadi pemimpin pada

peringkat negeri, kebangsaan

dan antarabangsa melalui

penglibatan dalam persatuan

ikhtisas dan persatuan berkait

kepakaran masing-masing

Menggalakkan ahli akademik

menjadi pemimpin pada

peringkat kebangsaan/

antarabangsa dengan

memperluaskan program

mobiliti akademik dalam bentuk

pelantikan Felo Bersekutu dan

Sangkutan

Mengukuhkan WIP ahli akademik

melalui program penghargaan,

penghormatan dan pengiktirafan

kecemerlangan akademik oleh

rakan sekepakaran

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan bilangan

ahli akademik yang

menerima jemputan untuk

membentangkan kertas dasar

pada peringkat kebangsaan

dan antarabangsa

Peningkatan bilangan ahli

akademik yang menjadi pakar

rujuk/penasihat pada peringkat

negeri, kebangsaan dan

antarabangsa

Peningkatan bilangan ahli

akademik yang dilantik menjadi

Profesor Adjung, Profesor

Pelawat, Pegawai di institusi

dalam dan luar negara

Peningkatan bilangan ahli

akademik yang mendapat

penganugerahan pada

peringkat kebangsaan dan

antarabangsa

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Memantapkan Ekosistem

Akademik

Membangunkan suasana

kebebasan akademik dengan

menggalakkan majlis ilmu dalam

suasana pelbagai bidang

kepakaran untuk mencari

kebenaran

Menggalakkan kepakaran

akademik dikongsi antara fakulti/

institusi, universiti dan agensi

kerajaan

Mengukuhkan semangat kerja

berpasukan dan memupuk

persekitaran perkongsian ilmu

Memantapkan sistem

penghargaan akademik pada

semua peringkat

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Pengenalan

Peningkatan bilangan majlis

ilmu bertaraf kebangsaan dan

antarabangsa berasaskan

bidang ilmu

Peningkatan bilangan ahli

akademik yang dilantik secara

berganda

Peningkatan bilangan

penerbitan yang dihasilkan

secara perkongsian dan

berpasukan

Pemberian anugerah kepada

ahli akademik yang cemerlang

dalam pelbagai bidang dan

pada pelbagai peringkat

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

Misi Nasional yang diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri pada 31 Mac 2006 telah menggariskan lima teras

antaranya ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas

pertama. Bagi memastikan misi ini tercapai Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah menggariskan

matlamat dan sasaran utama melalui penambahbaikan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P).

Bagi melahirkan modal insan kelas pertama, kurikulum di Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu sentiasa

ditambah baik agar lebih berinovatif, dinamik, terkini dan sentiasa relevan dengan keperluan pasaran dan

perkembangan ilmu semasa. Dalam pada itu, kemudahan sokongan dan komponen ekosistem lain seperti

infrastruktur pembelajaran dan pengajaran, kaedah pembelajaran dan pengajaran serta tenaga pengajar

yang berilmu tinggi dan profesional juga perlu diberi perhatian bagi memastikan proses pembelajaran dan

pengajaran dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih berkesan.

33

Selaras dengan Teras 2 PSPTN yang bertujuan untuk menambah baik kualiti pembelajaran dan pengajaran,

pasukan projek CAP Pembelajaran dan Pengajaran telah menetapkan lima objektif strategik seperti berikut:

34

• Mempertingkatkan kualiti program akademik.

• Memastikan atribut generik pelajar (Generic Student Attributes-GSA) dicapai.

• Mempertingkatkan kualiti pensyarah dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan

pengajaran.

• Mempertingkatkan kualiti staf bukan akademik dalam melaksanakan aktiviti berkaitan

pembelajaran dan pengajaran.

• Mempertingkatkan kualiti bagi kemudahan fizikal yang kondusif kepada proses pembelajaran

Rumusan Status Fasa 1

dan pengajaran yang efektif.

Enam petunjuk prestasi utama (KPI) telah ditetapkan dalam pelaksanaan Fasa 1 PSPTN bagi CAP Pembelajaran

dan Pengajaran, iaitu:

• Peratusan pelajar tahun akhir yang mencapai purata minimum 6 dalam sistem GSA (My3S).

• Bilangan prasarana di setiap IPTA yang khusus untuk P&P berasaskan Student Centred Learning

(SCL).

• Bilangan pensyarah yang mempunyai kebolehan menggunakan sekurang-kurangnya satu

kaedah SCL.

• Bilangan program yang menggunakan kaedah SCL.

• Bilangan rekabentuk kurikulum berasaskan kepada Pembelajaran Berasaskan Hasil (Outcome

Based Learning-OBE).

• Bilangan staf bukan akademik menghadiri latihan yang berkaitan dengan P&P sekurang-

kurangnya dua hari bagi tujuh hari kursus.

Bagi Fasa 1, aktiviti-akitiviti yang telah dilaksanakan oleh kesemua 20 IPTA pada keseluruhannya telah

melangkaui sasaran yang ditetapkan oleh pasukan projek CAP Pembelajaran dan Pengajaran.

Tumpuan Fasa 2

YAB. Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan Model Baharu Ekonomi (MBE) pada 30 Mac 2010

telah menekankan keperluan sistem pendidikan dikaji semula secara berterusan dan ditambah baik bagi

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

melahirkan siswazah berbakat yang cemerlang dari segi pemikiran kreatif dan strategik serta kemahiran

keusahawanan dan kepimpinan yang akan memacu kejayaan negara pada dekad akan datang.

Bagi mencapai matlamat ini, kaedah P&P hendaklah dipertingkatkan kualitinya dengan memantapkan

pelan tindakan untuk meningkatkan kualiti program P&P. Antaranya ialah perkongsian amalan terbaik

antara IPT, memperoleh pengiktirafan antarabangsa dan memastikan IPT mengadakan pelan tindakan bagi

meningkatkan kemudahan fizikal SCL.

Dalam pada itu, Pelan Tindakan Fasa 2 juga mengambil kira Pelan Pembangunan Modal Insan Inovatif pada

Peringkat Tertiari (Implementation Plan for Development of Innovative Human Capital at Tertiary Level) dan

tumpuan NKEA.

Pelaksanaan PSPTN Fasa 2 akan memberi tumpuan kepada pencapaian objektif berikut:

• meningkatkan GSA pelajar dengan melaksanakan kaedah yang bersesuaian;

• memperkasakan kapasiti pensyarah dalam melaksanakan SCL;

• menggalakkan perkongsian amalan terbaik antara IPT mengenai pembelajaran dan

pengajaran;

• mempertingkatkan kualiti program melalui penghasilan inovasi dan pengiktirafan

antarabangsa; dan

• mempertingkatkan pengetahuan staf bukan akademik dalam proses berkaitan

pembelajaran dan pengajaran.

Sasaran keberhasilan CAP menjelang tahun akhir pelaksanaan PSPTN Fasa 2, iaitu pada 2015, ialah:

• 100% pensyarah berupaya melaksanakan SCL dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran;

• 100% pensyarah baru mempunyai sijil pengajaran pengajian tinggi;

• 100% graduan mencapai skor minimum 6.5 bagi semua elemen dalam GSA;

• Peningkatan bilangan program di IPT yang mendapat pengiktirafan pada peringkat

antarabangsa;dan

• 40% staf bukan akademik mendapat pendedahan berkaitan dengan proses pembelajaran

dan pengajaran.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

35

Pelan Tindakan

36

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Memastikan atribut generik

pelajar (Generic Student

Attributes-GSA) dicapai

Memastikan atribut generik

pelajar (Generic Student

Attributes-GSA) dicapai

Mempertingkatkan

kualiti pensyarah dalam

melaksanakan aktiviti

pembelajaran dan

pengajaran

Melaksanakan kaedah

penyampaian yang bersesuaian

untuk meningkatkan GSA dalam

kalangan pelajar

Menguruskan pelaksanaan My3S

bagi semua pelajar tahun akhir di

semua IPTA

Menguruskan pelaksanaan

time-based analysis GSA pada

kumpulan pelajar baru sesi

kemasukan 2011/2012 iaitu

pada September 2011 bagi

permulaan, pertengahan pada

semester empat dan akhir pada

semester lapan

Menjalankan latihan yang

boleh memperkasakan kapasiti

pensyarah dalam melaksanakan

SCL

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan bilangan graduan

kelas pertama yang mencapai

purata minimum 6.5 ke atas

bagi semua elemen GSA

(My3S)

Peningkatan bilangan pelajar

tahun akhir yang mencapai

purata minimum 6.5 ke atas

bagi semua elemen GSA

(My3S) bagi tiga buah program

IPT (Sains, Sastera dan Teknikal)

yang berkaitan dengan kluster

NKEA:

o Hospitaliti dan

Pelancongan

o Kewangan dan

Perniagaan

Islam

o Kejuruteraan

Termaju, Sains

dan Inovasi

o Sains Kesihatan

Peningkatan bilangan

pelajar IPT tahun akhir yang

menggunakan sistem My3S

untuk mengukur skor minima

6.5 bagi semua elemen GSA

(My3S)

Peningkatan peratusan pelajar

yang terlibat dalam My3S

Peningkatan bilangan *SCL

Trainers di setiap IPT

(*) SCL merujuk kepada

PBL,Case Study, PoPBL

2011- 2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Mempertingkatkan kualiti

program akademik

Mempertingkatkan

kualiti staf bukan

akademik dalam proses

pembelajaran dan

pengajaran

Perkongsian amalan terbaik

dalam aspek pembelajaran dan

pengajaran

Mengenal pasti kurikulum

bidang-bidang di IPTA yang

boleh dijadikan sebagai standard

program

Menghasilkan inovasi

pembelajaran dan pengajaran

berasaskan SCL

Mengenal pasti program yang

boleh mendapat pengiktirafan

antarabangsa

Menganjurkan kursus yang

berkaitan dengan proses

pembelajaran dan pengajaran

untuk staf bukan akademik

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)

Pengenalan

Peningkatan bilangan seminar/

bengkel/forum perkongsian

amalan terbaik dalam aspek

pembelajaran dan pengajaran

Peningkatan bilangan standard

program

Peningkatan penghasilan

bilangan penerbitan /

instrumen berasaskan SCL yang

inovatif

Peningkatan bilangan program

yang mendapat pengiktirafan

badan profesional

antarabangsa

Peningkatan bilangan staf

bukan akademik yang

menghadiri latihan yang

berkaitan dengan proses

pembelajaran dan pengajaran

sekurang-kurangnya dua hari

bagi tujuh hari kursus

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011-2012

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan memainkan peranan utama dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti

penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan. Manakala ahli-ahli akademik dalam pelbagai bidang

kepakaran merupakan peneraju kepada penerokaan idea, konsep atau teori baru yang menjadi tunjang

kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan ciptaan yang canggih lagi terkini.

37

CAP R&D diwujudkan untuk:

38

• memperbanyakkan kegiatan R&D IPT ke arah peningkatan hasil harta intelek dan produk

R&D yang mampu dikomersialkan;

• menyumbang kepada pembentukan serta penemuan ilmu baru, kegiatan inovasi dan

kreativiti;

• menghasilkan modal insan yang mempunyai pioneer mindset, kreatif, inovatif serta

berketerampilan supaya dapat menyumbangkan secara relevan kepada penjanaan

kekayaan negara dan kesejahteraan rakyat;

• menghasilkan bilangan penyelidik yang hebat dalam penguasaan ilmu fundamental dan

menterjemahkannya selaras dengan kehendak negara; dan

• melonjakkan keupayaan IPT dalam menjalankan penyelidikan dan menghasilkan output

penyelidikan yang mampu bersaing pada peringkat serantau.

Kejayaan R&D dilihat sebagai sangat kritikal ke arah peningkatan kualiti pengajian tinggi berdasarkan tiga

faktor berikut:

• untuk menghasilkan harta intelek dan hasil pengkomersilan yang diperlukan bagi memacu

negara ke peringkat lebih tinggi dalam rangkaian nilai tambah global dan mewujudkan peluang

pekerjaan baru;

• untuk mencipta dan menyebar ilmu dan menterjemahkan ilmu kepada produk yang dihayati

dan boleh dikira (tangible) dan tidak dihayati dan tidak boleh dikira seperti nilai-nilai murni

(intangible product) bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pengajian tinggi yang unggul;

dan

• untuk membangunkan modal insan yang diperlukan bagi mempergiatkan lagi aktiviti inovasi

Rumusan Status Fasa 1

dalam semua sektor ekonomi negara secara berterusan.

Di bawah RMKe-9, Dana Penyelidikan Fundamental yang asalnya berjumlah sebanyak RM200 juta telah

diberikan peruntukan tambahan sebanyak RM115 juta pada tahun 2010 yang menjadikan jumlah keseluruhan

yang baru sebanyak RM315 juta. Penambahan ini membenarkan aktiviti penyelidikan dijalankan pada peringkat

IPT dengan lebih giat lagi. Ketika ini, penyelidikan fundamental melibatkan kesemua 20 Institut Pengajian Tinggi

Awam (IPTA). Selain itu, ia turut melibatkan 40 buah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan lima buah

Universiti Cawangan di Malaysia.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pada tahun 2010 sebanyak lima buah IPTA telah berjaya diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan (UP).

Berdasarkan keputusan Audit Universiti Penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2010, empat UP, iaitu Universiti

Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia

(UPM) telah berjaya mengekalkan pengiktirafan masing-masing. Berkuat kuasa mulai 21 Julai 2010, Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) pula telah berjaya diiktiraf sebagai UP yang baru.

Antara isu-isu pelaksanaan projek yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

• kurang sumber atau sokongan untuk membina bilangan penyelidik (critical mass) yang

diperlukan dalam aktiviti R&D dan pengkomersilan;

• kurang keyakinan di pihak agensi kerajaan dan sektor swasta terhadap keupayaan

penyelidik universiti dalam menyelesaikan projek penyelidikan/perundingan;

• adanya industri tempatan (termasuk SME) yang hanya minat menghasilkan produk dan

proses teknologi rendah dan lebih cenderung untuk membeli teknologi kerana tidak

berminat melakukan R&D;

• kekurangan penghayatan budaya penyelidikan dalam kalangan industri tempatan

(tidak banyak unit/bahagian/jabatan yang khusus bagi R&D);

• kurang kesedaran terhadap peranan dan kaitan inovasi dengan daya saing industri itu

sendiri yang membawa kepada pelaksanaan yang tidak menitikberatkan aspek R&D;

• ekosistem inovasi di Malaysia yang kurang dinamik;

• tiada mekanisme yang menguruskan penghasilan produk R&D sehingga pengkomersilan

secara khusus;

• IPTA tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pengkomersilan;

• tanggapan bahawa Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara membangun, yang

memberi kesan kepada pemberian/ penawaran geran penyelidikan antarabangsa;

• perbezaan matlamat antara objektif penyelidik, iatu untuk knowledge generation dan

swasta, iaitu untuk profit oriented;

• penyelidik kurang pengalaman dan pendedahan kepada industri dan kaedah memperoleh

pembiayaan dana antarabangsa; dan

• maklumat tentang geran antarabangsa lewat sampai kepada universiti dan ke pengetahuan

penyelidik.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

39

Antara tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi isu pelaksanaan adalah seperti berikut:

Tumpuan Fasa 2

40

• mengadakan sesi perbincangan secara berterusan melalui mesyuarat dan bengkel yang

melibatkan pelbagai pihak berkaitan seperti ahli panel pengkomersilan, pihak Research

Management Centre (RMC) IPT dan Pejabat Pengurusan Projek (PMO) Kementerian;

• melaksanakan promosi pengkomersilan produk R&D IPT melalui pemilihan oleh Panel

Penasihat Pengkomersilan Produk;

• melaksanakan program promosi bagi hasil R&D yang berpotensi melalui media cetak, media

elektronik dan pameran produk R&D IPTA;

• mengadakan program business matching [contoh: PECIPTA] dan value pitching bersama

pihak antarabangsa seperti Stanford Research Institute (SRI) International dan panel industri

tempatan; dan

• mengaruhkan kekuatan pembangunan sumber manusia supaya selaras dengan agenda

nasional dengan menggunakan kaedah seperti Scival Spotlight atau Incites.

Dalam RMKe-10, fokus CAP R&D adalah untuk memantapkan objektif bagi Fasa 1 dan melonjakkan tahap

penyelidikan Fasa 2 menerusi pendekatan:

• menggalakkan minda perintis (pioneer mindset) dalam kalangan penyelidik ;

• melakukan penyelidikan inovatif selaras dengan kehendak negara;

• menterjemahkan penemuan fundamental ke arah menghasilkan produk atau teknologi

platform yang mampu dikomersialkan; dan

• memperkayakan khazanah ilmu (knowledge repository)

Untuk mengukuhkan Fasa 1, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM741 juta kepada KPT bagi

meningkatkan lagi aktiviti R&D, terutamanya bagi projek penyelidikan fundamental di IPT. Kelulusan peruntukan

tersebut merangkumi tiga bahagian, iaitu Dana Penyelidikan Fundamental, tujuh platform Penyelidikan

Berimpak Tinggi dan Insentif Penyelidikan.

Dana penyelidikan fundamental dalam RMKe-10, iaitu dalam tempoh Fasa 1, telah meningkat melebihi

100% berbanding peruntukan yang diterima sebanyak RM200 juta dalam RMKe-9. Di bawah RMKe-10,

dana penyelidikan fundamental adalah dipecahkan kepada empat skim, iaitu Skim Geran Penyelidikan

Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS), Skim Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS). Tujuh platform Penyelidikan Berimpak Tinggi

pula adalah merangkumi bidang tujahan atau niche yang menggembleng kepakaran serta menggalakkan

kolaborasi di antara IPT, seperti berikut:

• pemanasan gobal (global warming);

• penyakit berjangkit (infectious disease);

• perubatan tropika (tropical medicine);

• keselamatan tenaga dan air (water and energy security);

• kecukupan makanan (food security);

• teknologi informasi dan komunikasi (Information and Communication Technology-ICT); dan

• pembuatan termaju dan nilai tambah (advanced and value added manufacturing).

Selain tujuh bidang tujahan di atas, bidang tenaga diperbaharui dan penjimatan tenaga juga akan diberikan

perhatian memandangkan kedua-dua bidang ini menjadi antara agenda penting Kerajaan dalam RMKe-10.

Dalam bulan April 2011, kedua-dua Rang Undang-Undang Tenaga Diperbaharui Dan Penjimatan Tenaga telah

dibentangkan di Parlimen.

Bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan penambahan dana dari luar (antarabangsa dan swasta),

insentif penyelidikan patut diwujudkan bagi kumpulan penyelidik dan penyelidik. Selain itu, penambahan dana

penyelidikan fundamental serta insentif penyelidikan dijangka akan membantu ke arah mencapai sasaran

yang ditetapkan bagi Fasa 2.

Seterusnya, terdapat keperluan supaya aktiviti berkaitan pengkomersilan hasil R&D yang merangkumi aspek

promosi melalui media elektronik, media cetak dan pameran dipergiatkan lagi. Aktiviti promosi atau pameran

yang menyediakan peluang business matching antara pihak universiti dan industri perlu dipergiatkan.

Penggunaan khidmat rundingan dari agensi luar seperti SRI International, sebagai contoh, untuk mendidik

penyelidik tempatan tentang strategi pengkomersilan hasil R&D IPT boleh dipertimbangkan.

Dari segi pencapaian UP pula, semua UP yang terlibat akan dipantau secara berkala berdasarkan laporan

perbelanjaan ke atas dana yang telah diperuntukkan serta laporan impak dan pembentangan ke atas

pencapaian kelima-lima UP.

Dalam pada itu, kesejahteraan negara dalam RMKe-10 yang dipacu oleh modal insan berminda perintis

di IPT serta penghasilan inovasi dalam kegiatan R&D boleh merealisasikan Model Baharu Ekonomi dengan

keberhasilan berikut:

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

41

42

• RM47.5 juta dana penyelidikan dari pihak swasta dan antarabangsa;

• RM300 juta Peruntukan Dana Penyelidikan Fundamental;

• pengkomersilan sekurang-kurang 5% daripada semua usaha;

• pengiktirafan enam UP; dan

• peningkatan jumlah jurnal terbitan IPT yang diindekskan kepada 60, harta intelek 1,000,

penerbitan (publication) 9,000 dan cumulative citation 9,000.

Faktor budaya penyelidikan kompetitif yang beretika merupakan faktor kritikal terhadap kejayaan CAP

R&D. Budaya kecemerlangan penguasaan ilmu hasil penyelidikan boleh membantu peningkatan dana

penyelidikan fundamental dan antarabangsa serta swasta.

Penyelidikan fundamental di IPT telah melalui tiga fasa pembudayaan. Bermula tahun 2006 hingga 2008, ia

dikenali sebagai fasa meningkatkan budaya penyelidikan. Pada masa ini, penyelidik di IPT diberi pendedahan

dan peluang menjalankan penyelidikan fundamental. Dari tahun 2009 hingga 2010 dikenali sebagai fasa untuk

menanam kualiti penyelidikan. Peruntukan dana penyelidikan fundamental telah diperketat dengan memilih

projek penyelidikan yang benar-benar berkualiti dan memberi impak kepada negara. Bagi fasa yang ketiga

dari tahun 2011 hingga 2012, ia merujuk kepada mempromosikan kecemerlangan penyelidikan dengan cara

bekerjasama pada peringkat dalaman supaya mampu bersaing pada peringkat global (work together to

compete outside).

Faktor kritikal seterusnya adalah berkaitan kurang pemahaman tentang strategi pengkomersilan hasil R&D

dalam kalangan penyelidik IPT. Selain itu, penyelidik lebih tertumpu kepada aktiviti penghasilan penerbitan

berbanding dengan pengkomersilan hasil R&D mereka. Bagi tahun 2011 dan 2012, lebih banyak pendedahan

akan dibuat tentang harta intelek dan penyelidikan kepada para penyelidik, ke arah peningkatan

pengkomersilan. Ini dibantu dengan adanya Geran PRGS yang akan memantapkan lagi sistem inovasi negara.

Dalam memastikan aktiviti penyelidikan berjalan dengan lancar, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya

sebanyak RM128 juta peruntukan mengurus disalurkan kepada UP setiap tahun.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelan Tindakan

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkatkan

Pengkomersilan R&D IPT

Meningkatkan jumlah

dana penyelidikan

daripada pihak swasta dan

antarabangsa

Mengiktiraf bilangan

IPT sebagai Universiti

Penyelidikan (UP)

Meningkat dana

penyelidikan fundamental

Meningkatkan khazanah

intelek (knowledge

repository) agar mampu

bersaing pada peringkat

serantau (regional):

Penerbitan (Publication)

Mempromosi dan

menghebahkan hasil

penyelidikan R&D IPT dan

meningkatkan pengetahuan

pengkomersilan dalam kalangan

penyelidik

Mempromosi dan

menghebahkan peluang dana

penyelidikan kepada IPT

Menambahkan jumlah geran

yang boleh dipohon

Meningkat dana penyelidikan

fundamental untuk

membudayakan R&D,

meningkatkan Kualiti R&D dan

mempromosikan kecemerlangan

Penyelidikan

Memberi insentif kepada

pensyarah yang menerbitkan

artikel di dalam 10% teratas

jurnal yang diindekskan (Tier 1)

mengikut bidang

Mengaruhkan kekuatan

pembangunan sumber manusia

melalui penerbitan yang

unggul dalam disiplin kompetitif

pada peringkat dunia supaya

membantu agenda nasional

dengan menggunakan kaedah

seperti Scival Spotlight atau

Incites

Peningkatan jumlah penjanaan

pendapatan hasil dari

pengkomersilan produk R&D IPT

Peningkatan dana

daripada pihak swasta dan

antarabangsa

Pertambahan bilangan UP

Peningkatan dana penyelidikan

fundamental

Peningkatan penerbitan jurnal

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011 – 2015

2011 – 2015

2011 – 2015

2011 – 2015

2011 – 2015

43

44

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Harta Intelek [Intellectual

Property (IP)]

Jurnal hak milik IPT yang

diindekskan (The Malaysian

Journals owned by IPT that

have been indexed)

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PENGANTARABANGSAAN

Pengenalan

Memberi pendedahan tentang

IP

Menjalankan penyelidikan

strategik ke arah pengkomersilan

yang mampu menjana IP

Memberi insentif kepada sidang

penyunting supaya dapat

melonjakkan jurnal hak milik IPT

supaya dapat diindekskan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan bilangan IP yang

difailkan

Peningkatan bilangan

penerbitan jurnal

Pengantarabangsaan merupakan Teras Kelima Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, bertujuan

untuk memartabatkan IPT tempatan ke arah bertaraf dunia. Teras ini menyasarkan Malaysia sebagai hab

kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa menjelang tahun 2020. Salah satu pendekatan adalah

penonjolan jenama Education Malaysia yang sebelumnya dikenali sebagai Malaysian Students Department

(MSD) dalam semua aktiviti pemasaran di luar negara. Di samping itu, program pengantarabangsaan seperti

pertukaran tenaga akademik, pelajar, program pengajian dan kolaborasi antarabangsa juga merupakan

pemangkin untuk memperkayakan interaksi, pengalaman dan pendedahan pelajar IPT tempatan di arena

global.

Tujuan penubuhan CAP Pengantarabangsaan adalah untuk memastikan aspirasi negara sebagai

pusat pengajian tinggi ulung tercapai melalui pelaksanaan aktiviti dan seterusnya pemantauan prestasi

pengantarabangsaan IPT tempatan. Khidmat sokongan berkualiti pada peringkat kementerian dan

pemantauan pencapaian perlu diberi perhatian sepenuhnya untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk

menjadikan Malaysia pusat pengajian tinggi antarabangsa.

Rumusan Status Fasa 1

Fasa 1 pelaksanaan CAP Pengantarabangsaan tertumpu kepada peletakan asas untuk menarik kemasukan

pelajar antarabangsa melalui pelaksanaan strategi berikut:

• meningkatkan penyertaan program pemasaran dan promosi antarabangsa di luar negara di

jaringan laman web, pameran antarabangsa dan lain-lain saluran;

• memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar;

• menambahkan jumlah staf akademik, meningkatkan jaringan antarabangsa dan daya saing

staf akademik;

• meningkatkan jaringan kolaborasi antarabangsa G2G dan antara institusi secara bilateral,

multilateral dan sebagainya;

• mempergiatkan usaha untuk menarik pelajar antarabangsa berkualiti melalui penawaran

tempat bagi pelajar antarabangsa di IPT; dan

• meningkatkan jumlah program pengajian akademik yang diiktiraf oleh badan antarabangsa.

Kemasukan pelajar antarabangsa ke IPT tempatan merekodkan peningkatan setiap tahun, seperti yang

ditunjukkan dalam jadual berikut:

*sumber:

Data 2007: Portal KPT

TAHUN

2007

2008

2009

2010

Data 2008, 2009: Buku Perangkaan, Kementerian Pengajian Tinggi (2009)

Data 2010: MyMOHES, Pusat Data dan Maklumat

IPTA

14,324

18.495

22,456

24,214

Malaysia menjadi destinasi pilihan pertama pelajar dari Sudan, Yemen, Maldives dan Somalia pada tahun

2009, menurut penyenaraian “Global Education Digest 2010” UNESCO. Secara purata, kira-kira 70% pelajar

IPTS

33,604

50,679

58,294

62,705

JUMLAH

47,928

69,174

80,750

86,919

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

45

antarabangsa melanjutkan pengajian di IPTS. Kemasukan pelajar antarabangsa secara keseluruhannya

menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak kira-kira RM2.6 bilion pada tahun 2010.

Pengambilan staf akademik antarabangsa turut menunjukkan peningkatan, seperti jadual di bawah:

*sumber:

Data 2007: Portal KPT

46

TAHUN

2007

2008

2009

BILANGAN STAF AKADEMIK ANTARABANGSA DI IPT

Data 2008, 2009: Buku Perangkaan, Kementerian Pengajian Tinggi (2009)

Secara keseluruhan, antara isu-isu pencapaian semasa adalah seperti berikut:

• Pengambilan pelajar antarabangsa berkualiti ke IPT dan pengurusan dan pentadbiran hal

ehwal pelajar antarabangsa.

Cadangan penyelesaian isu:

o Usaha perlu dipergiatkan dalam pelaksanaan Fasa 2 untuk menarik pelajar

antarabangsa berkualiti yang ditaja oleh agensi / kerajaan luar negara.

o Khidmat sokongan pelajar antarabangsa di IPT perlu dimantapkan dan harus

berlandaskan dasar pengantarabangsaan.

o Mekanisme untuk memantau pelajar antarabangsa yang sedia ada perlu disediakan.

• Pengambilan staf antarabangsa, di mana bilangan staf akademik antarabangsa yang

cemerlang di IPT masih berkurangan.

Cadangan penyelesaian isu:

IPTA

1,376

1,634

4,605

o Pewujudan skim gaji yang kompetitif.

IPTS

1,027

1,261

1,403

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

JUMLAH

2,403

2,895

6,008

Tumpuan Fasa 2

o Peningkatan promosi, pemasaran dan penyertaan sektor pengajiantinggi dalam

program pemasaran dan promosi antarabangsa di luar negara contohnya melalui

pelancaran Education Malaysia.

• Kekangan dana dalam pelaksanaan program mobiliti pelajar dan staf, penyertaan

program pemasaran di luar negara dan pembayaran proses audit kepada agensi

pengiktirafan profesional antarabangsa.

Cadangan penyelesaian isu:

o Penajaan program mobiliti pelajar dan staf akademik.

o Peruntukan dana permulaan untuk menyemarakkan penglibatan pelajar dan staf

dalam program mobiliti.

o Peruntukan bajet berpusat untuk proses pengauditan antara IPT.

• Jaringan kolaborasi antarabangsa sektor pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang

dibuat perlu memberi manfaat bukan sahaja kepada IPT, malah pembangunan staf dan

pelajar IPT.

Cadangan penyelesaian isu:

o Lebih banyak inisiatif perlu digerakkan dalam Fasa 2 untuk meningkatkan kolaborasi

IPT tempatan dan IPT luar negara dalam program seperti industrial internship, mobiliti

pelajar dan staf akademik (jangka pendek dan panjang).

Keberhasilan CAP Pengantarabangsaan menjelang 2015 bergantung kepada faktor-faktor berikut:

• Senario pengajian tinggi global:

o peningkatan mobiliti pelajar dan staf;

o penswastaan sektor pengajian tinggi;

o pengkomersilan dan peningkatan kolaborasi antara IPT dan pihak industri; dan

o penarafan IPT berdasarkan pemeringkatan antarabangsa (global rating).

• Fokus sektor pengajian tinggi negara untuk:

o menjana pendapatan melalui kemasukan pelajar antarabangsa;

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

47

Pelan Tindakan

48

o menjamin mutu program akademik IPT; dan

o mengukuhkan jaringan serantau dan global IPT dalam aspek pengajaran dan

pembelajaran serta penyelidikan.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkatkan

ketertampakan (visibility)

sektor pengajian tinggi

Malaysia di luar negara

Mendapatkan

pengiktirafan

antarabangsa kualiti sektor

pengajian tinggi Malaysia

Memperkayakan

pengalaman

pembelajaran pelajar

Menjalinkan kerjasama erat

antara KPT dan IPT untuk program

promosi dan pemasaran luar

negara

Meluaskan jaringan kerjasama

sektor pengajian tinggi Malaysia

dengan luar negara

Menubuhkan pusat akademik

IPTA di luar negara bagi

menjalankan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran serta

penyelidikan

Menganjurkan persidangan

bertaraf antarabangsa dan

berimpak tinggi melibatkan

menteri-menteri-menteri

pengajian tinggi dan key

decision makers

Menjalinkan kerjasama erat

dengan badan profesional

antarabangsa untuk

pengiktirafan program akademik

IPT tempatan

Menggalakkan penyertaan

pelajar IPT tempatan dalam

program mobiliti outbound

Menjalinkan kerjasama erat

antara IPT tempatan dan luar

negara dalam penganjuran

program mobiliti inbound

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan penyertaan IPT

dalam pameran antarabangsa

Peningkatan program yang

dijalankan atas usaha sama IPT

tempatan dan luar negara

Kewujudan pusat akademik luar

negara milik UP untuk tujuan

akademik dan pemasaran IPT

Peningkatan pengiktirafan

kerjasama strategik

dengan negara dan agensi

antarabangsa, termasuk

pengiktirafan terhadap

kemampuan serta sumbangan

sektor pengajian tinggi negara

di peringkat antarabangsa

Peningkatan bilangan program

yang diiktiraf pada peringkat

antarabangsa

Peningkatan bilangan pelajar

antarabangsa berkualiti di IPT

tempatan

Peningkatan bilangan pelajar

yang terlibat dalam program

mobiliti

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Memperkayakan

pengalaman

antarabangsa staf IPT

tempatan

Meningkatkan

pengalaman positif pelajar

antarabangsa

PROJEK AGENDA KRITIKAL

INDUSTRI-AKADEMIA

Pengenalan

Meningkatkan pengambilan staf

akademik antarabangsa

Meningkatkan mobiliti staf

akademik

Menggalakkan interaksi antara

pelajar antarabangsa dan

komuniti tempatan

Mendapat maklum balas

pengalaman pelajar

antarabangsa di Malaysia

Peningkatan peratusan staf

akademik antarabangsa

Peningkatan bilangan staf

akademik yang terlibat dalam

program mobiliti

Penglibatan pelajar

antarabangsa dengan

program komuniti

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011-2015

2011-2015

Industri didefinisikan sebagai sesebuah organisasi luaran kepada universiti termasuk sektor awam, swasta

dan badan-badan bukan kerajaan yang berasaskan keuntungan dan bukan keuntungan. Jalinan hubungan

atau perkongsian Industri-Universiti menjadi sangat penting bagi penggubal polisi pengajian tinggi, baik pada

peringkat kerajaan dan universiti. Dalam konteks ekonomi berasaskan pengetahuan (k-economy), peranan

universiti (institusi pengajian tinggi) sebagai pelaksana strategik dalam pembangunan ekonomi menjadi

semakin penting. Hubungan Industri-Akademia merangkumi pelbagai aspek pengajaran dan penyelidikan,

termasuklah latihan industri pelajar, sangkutan pensyarah di industri, aktiviti perundingan, pembangunan

profesional berterusan, pembangunan dan penyelidikan bersama dan juga pembangunan usahawan kecil

dan sederhana. Selari dengan perkembangan masa, dasar-dasar baru kerajaan seperti RMKe-10, MBE dan

ETP serta NKEA perlu diambil kira dalam kesinambungan pelaksanaan CAP Industri-Akademia pada Fasa 2,

iaitu merangkumi tempoh 2011 hingga 2015.

IPT perlu memainkan peranan penting dalam penyediaan tenaga mahir ke pasaran dan perlu menjadikan

industri sebagai ‘input’ untuk menghasilkan program pengajian dan hasil penyelidikan mengikut peredaran

masa dan trend semasa justeru menghasilkan para graduan untuk memenuhi keperluan pasaran industri dan

kesediaan ke alam pekerjaan. Kerjasama mapan dengan industri juga membantu pihak IPT memperoleh

sumbangan dan menjana pendapatan secara berterusan.

49

Rumusan Status Fasa 1

Sepanjang 2010, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memperkenalkan, membincangkan dan

mencapai sasaran Industri-Akademiayangtelahditetapkanolehuniversiti masing-masingseperti“BengkelCAP

Industri- Akademia Peringkat Kebangsaan” pada April 2010. Wakil-wakil industri bersama ahli akademik telah

membincangkan peranan industri-Akademia dari perspektif pihak industri. “Pelancaran Pelan Pengukuhan

Hubungan Kerjasama Universiti-Industri dan Program Kluster” telah dilancarkan pada Julai 2010 dan digubal

bagi mencapai hasrat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kebolehpasaran

siswazah, meningkatkan hasil pengkomersilan teknologi dan penyelidikan serta meningkatkan pendapatan

bagi universiti dan industri.

Secara keseluruhannya pencapaian CAP Industri-Akademia menunjukkan peningkatan yang positif

berbanding tahun 2009. Jumlah (RM) projek perundingan daripada industri yang diperoleh adalah sebanyak

RM 119,008,933.22 sumbangan (RM) daripada industri kepada universiti adalah sebanyak RM 48,256,441.67

pada 2010. Seramai 454 orang staf akademik telah mengikuti program sangkutan di industri sepanjang 2010

iaitu peningkatan sebanyak 342 berbanding 2009 (termasuk bilangan staf akademik yang bercuti sabatikal

di IPT lain). Bilangan kakitangan industri yang terlibat dalam aktiviti berkaitan akademik juga menunjukkan

peningkatan yang positif iaitu seramai 1,409 orang pada 2009 kepada 2,577 orang bagi tahun 2010.

Tumpuan Fasa 2

Dalam Fasa 2 (2011–2015), CAP Industri-Akademia akan tertumpu kepada pelaksanaan aktiviti berikut dan

penghasilan yang berkaitan:

50

• memperkukuh dan mempertingkatkan penglibatan industri dalam aktiviti- aktiviti sedia ada

yang dilaksanakan oleh semua universiti setiap tahun ke arah mencapai objektif strategik

CAP;

• memperkembang dan meningkatkan program “cluster-consortium-based” kolaborasi

universiti-industri dalam aktiviti-aktiviti hubungan universiti-industri;

• mempertingkatkan promosi kepakaran universiti kepada pihak industri dan sebaliknya melalui

pembangunan pangkalan data; dan

• mempertingkatkan industry-driven innovation (dalam bidang kurikulum, pembelajaran dan

pengajaran dan R&D).

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Aktiviti-aktiviti yang dirancang pada Fasa 2 untuk mencapai KPI CAP Industri-Akademia perlu mengambil

kira perkembangan semasa dan dasar-dasar kerajaan terkini seperti RMKe-10, MBE serta NKEA, di mana selain

daripada pendidikan, adalah bidang-bidang yang disenaraikan:

• Minyak dan gas

• Minyak sawit dan produk berkaitan

• Perkhidmatan kewangan

• Pemborongan dan peruncitan

• Pelancongan

• Teknologi Maklumat dan Komunikasi

• Elektrik dan Elektronik

• Perkhidmatan perniagaan

• Penjagaan kesihatan swasta

• Pertanian

• Greater Kuala Lumpur

Dalam MBE, program mobiliti antara industri dan universiti diberi penekanan. Program ini boleh dilaksanakan

melalui pertukaran kakitangan akademik dan juga melalui skim sangkutan akademik.

Berdasarkan Pelan Pengukuhan Strategik Kerjasama Universiti/Industri/Masyarakat, tujuh kerangka telah

dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT):

• mekanisme latihan industri bagi industri ‘high-end’;

• rangka kerja sangkutan akademia industri;

• rangka kerja kadar dan perolehan pakar runding;

• rangka kerja sistem pengiktirafan dan ganjaran akademia;

• rangka kerja sistem penjenamaan dan pemasaran kepakaran penyelidikan dan produk

universiti;

• rangka kerja program Knowledge Transfer Partnership; dan

• rangka kerja program kerjasama konsortium kluster universiti-industri.

Keberhasilan yang disasarkan CAP Industri-Akademia menjelang 2015 adalah seperti berikut:

• hasil pendapatan dari khidmat perundingan di universiti adalah sekurang-kurangnya 10%

daripada belanja pengurusan;

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

51

52

• purata setiap universiti menerima RM100,000 sumbangan industri setahun atau keseluruhan

RM500,000 (tidak termasuk geran penyelidikan dan perundingan);

• sekurang-kurangnya 30% kakitangan akademik telah menjalani sangkutan industri; dan

• untuk setiap program pengajian yang ditawarkan, sekurang-kurangnya terdapat tiga bentuk

penglibatan pihak industri setiap tahun.

Mengambil kira ETP dan NKEA dalam penentuan hala tuju Fasa 2 CAP Industri-Akademia, faktor kejayaan

kritikal yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

Pelan Tindakan

• perkongsian tenaga pakar industri dan universiti;

• keperluan makmal bertaraf industri serta perkongsian kemudahan dan prasarana industri;

• sistem akademik yang menyokong penglibatan industri secara langsung; dan

• sistem akademik yang fleksibel mengizinkan penambahan subjek/ kursus elektif dalam reka

bentuk kurikulum/ kursus sesuai dengan kehendak industri jika perlu.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkatkan hubungan

Industri-Akademia

Menggiatkan aktiviti perundingan

industri

Meningkatkan sumbangan (RM)/

bukan RM daripada industri

kepada universiti

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

• Peningkatan penjanaan

kewangan (RM)

daripada projek

perundingan

• Peningkatan

pemindahan ilmu

praktikal kepada

pembelajaran dan

pengajaran

• Peningkatan

pendedahan

pelajar kepada

projek industri

sebenar

• Peningkatan

sumbangan (RM)/

bukan RM daripada

industri kepada universiti

• Peningkatan mutu

pembelajaran dan

pengajaran serta

penyelidikan

2011-2015

2011-2015

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkatkan hubungan

Akademia-Masyarakat

PROJEK AGENDA KRITIKAL

KEBOLEHPASARAN SISWAZAH

Pengenalan

Menggalakkan staf akademik

mengikuti program sangkutan

industri

Melibatkan kakitangan

industri dalam aktiviti berkaitan

akademik

Menggiatkan penglibatan dan

memberi pengiktirafan akademia

dengan masyarakat

• Peningkatan bilangan

staf akademik yang

mengikuti program

sangkutan industri

• Peningkatan mutu

pembelajaran,

pengajaran,

penyelidikan dan

perundingan

• Peningkatan

perkongsian pintar

• Peningkatan

bilangan kakitangan

industri

• Peningkatan mutu

pembelajaran,

pengajaran,

penyelidikan dan

perundingan

• Peningkatan

perkongsian pintar

• Peningkatan

bilangan projek

akademiamasyarakat

• Peningkatan

sumbangan (RM)

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

Kemajuan sesebuah negara pada masa hadapan sangat bergantung kepada usaha semua pihak dalam

melahirkan modal insan yang berketerampilan, berdaya saing dan mempunyai nilai tambah tinggi yang boleh

menyumbang kepada pembangunan negara serta boleh menjamin pertumbuhan ekonomi yang stabil. Oleh

yang demikian, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap kualiti

siswazah yang dilahirkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta

(IPTS). KPT juga sentiasa berusaha melonjakkan tahap kualiti siswazah agar mereka dapat menyumbang

kepada pelaksanaan pelan transformasi ekonomi negara.

53

Setiap institusi pengajian tinggi (IPT) memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan siswazah

yang berkebolehan yang bersedia ditempatkan di sektor pekerjaan sama ada di pasaran tempatan atau

antarabangsa. Isu-isu yang berkaitan dengan kebolehdapatan kerja siswazah sentiasa berkait rapat dengan

kebolehpasaran dan kemahiran siswazah. Menyedari hakikat ini, KPT telah mengambil beberapa langkah

strategik bagi memastikan siswazah yang dihasilkan oleh IPT di negara ini mempunyai kualiti dan ciri-ciri yang

diperlukan oleh pasaran kerja. Selain menyediakan peluang pengajian tinggi kepada semua golongan yang

berkelayakan, KPT juga bertanggungjawab memastikan setiap siswazah yang dihasilkan mempunyai nilai

kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja yang tinggi.

Bagi mencapai hasrat tersebut, KPT telah meletakkan kebolehpasaran siswazah sebagai salah satu daripada

Projek Agenda Kritikal dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) pada tahun 2007.

Rumusan Status Fasa 1

Pelaksanaan PSPTN Fasa 1 melihat kepada usaha-usaha peletakan asas beberapa program bagi mencapai

hala tuju transformasi pengajian tinggi. Bagi CAP Kebolehpasaran Siswazah, pelaksanaan PSPTN Fasa 1 melihat

kepada indikator bagi menilai kebolehpasaran siswazah dan sasaran peratus yang perlu dicapai. Bidang

tumpuan CAP dalam pelaksanaan Fasa 1 PSPTN ialah meningkatkan kebolehpasaran siswazah dengan

memastikan sekurang-kurangnya 75% siswazah memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah

menamatkan pengajian.

Bagi mengkaji secara berterusan penerimaan para siswazah ke dalam pasaran kerja, KPT telah mewujudkan

satu sistem pengukuran yang bersesuaian dan versatil bagi melaksanakan kaji selidik terhadap graduan

yang bakal menamatkan pengajian di IPT di negara ini. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) telah

mula dilaksanakan sejak tahun 2006 dan membekalkan fakta dan maklumat mengenai status dan pekerjaan

graduan baru. Kajian Pengesanan Graduan merupakan satu kajian tahunan untuk mengesan destinasi

pertama graduan selepas menduduki peperiksaan pada tahun akhir sehingga tarikh menghadiri majlis

konvokesyen, iaitu lazimnya dalam lingkungan tiga hingga enam bulan selepas tamat pengajian. Objektif kajian

adalah untuk meninjau tahap kebolehdapatan kerja dan kebolehpasaran (employability and marketability)

siswazah, mendapat pandangan dan persepsi siswazah terhadap program akademik, sistem pengajian dan

kemudahan prasarana di IPT masing-masing serta mewujudkan pangkalan data para siswazah IPT.

Peratusan kebolehpasaran siswazah mencapai dan melebihi sasaran 75% mulai tahun 2008 hingga 2010. Bagi

tahun 2010, pencapaian kebolehpasaran siswazah pada peringkat KPT adalah sebanyak 75.4 %. Peratusan ini

merangkumi semua graduan yang dihasilkan oleh IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.

54

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Jika dilihat dari segi pencapaian kebolehpasaran siswazah bagi setiap IPTA pula, peratus pencapaian adalah

berbeza di antara satu sama lain. Pada akhir tahun 2010, sejumlah 19 IPTA terlibat dalam statistik pengiraan

CAP Kebolehpasaran Siswazah dan hanya satu IPTA iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) masih belum

menghasilkan siswazah pada tahun 2010. Secara umumnya, universiti yang berstatus universiti penyelidikan,

mempunyai tahap peratusan kebolehpasaran siswazah yang melebihi 75%. Pencapaian bagi Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah 96.5% kerana sebahagian besar daripada siswazah diserap sebagai

guru apabila mereka menamatkan pengajian. Bagi universiti dalam kategori Komprehensif dan Fokus, data

menunjukkan corak yang pelbagai, antara lingkungan 50% hingga 70%.

Hal ini memandangkan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kebolehpasaran siswazah seperti jenis

universiti dan bidang pengajian yang diambil siswazah. Bagi universiti yang telah lama bertapak di negara

ini, sasaran 75% mungkin dapat dicapai dengan adanya faktor-faktor seperti kemudahan pendidikan yang

lebih baik, tenaga pengajar yang berpengalaman, bidang pengajian yang ditawarkan, hubungan bersama

pihak industri dan sebagainya. Secara umumnya, peratusan kebolehpasaran siswazah adalah sesuatu yang

perlu melihat kepada kapasiti serta keupayaan sesebuah universiti dalam menghasilkan siswazah yang dapat

meningkatkan nilai kebolehpasaran bagi universiti tersebut.

Sepanjang pelaksanaan Fasa 1, terdapat beberapa isu yang dikenal pasti:

Tumpuan Fasa 2

• Data Kajian Pengesanan Graduan yang diperoleh adalah dalam tempoh yang singkat,

iaitu antara tempoh tamat pengajian dan majlis konvokesyen sekitar tiga hingga enam bulan.

Tempoh yang singkat ini tidak dapat memberi gambaran yang sebenar mengenai tahap

kebolehpasaran siswazah.

• Kos bagi melaksanakan program-program yang meningkatkan kebolehpasaran siswazah

seperti Finishing School, Bridging the Gap, Apprenticeship adalah tinggi dan memerlukan

peruntukan kewangan yang besar daripada pihak kerajaan. Sesetengah industri meletakkan

tanggungjawab ini kepada pihak kerajaan tanpa bersedia untuk berkongsi kos bagi

membiayai program-program tersebut.

Institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan modal insan berkemahiran

tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi, menghasilkan dan mempelopori pengetahuan baru

serta mengaplikasikan dan membangunkan teknologi, ke arah memastikan kadar kebolehpasaran siswazah

yang tinggi dicapai oleh negara.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

55

Faktor kejayaan kritikal CAP Kebolehpasaran Siswazah adalah berkaitan dengan faktor penentuan hala tuju

aspirasi Wawasan 2020, Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi,

RMKe-10 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara sendiri, secara amnya. Antara yang dikenal pasti

adalah:

56

• Tadbir Urus: ketelusan, tanggungjawab, integriti, autonomi dan akauntabiliti (Professional A

cademic Integrity);

• Budaya: kecemerlangan pengajian tinggi, berprestasi tinggi, berdaya saing;

• Infrastruktur: kemudahan fizikal R&D, persekitaran yang kondusif kepada pembelajaran dan

pengajaran; dan

• Sumber: sumber kewangan, sumber manusia yang berkualiti dan komited, perkembangan

ekonomi dunia dan negara, permintaan modal insan daripada pihak industri, peruntukan

bagi melaksanakan usaha meningkatkan kebolehpasaran siswazah.

Secara khususnya, PSPTN telah mengenal pasti bahawa bagi menghasilkan siswazah yang berkualiti tinggi

yang memperoleh pekerjaan, kurikulum yang disediakan oleh IPT perlulah sejajar dan bersesuaian dengan

keperluan pasaran global. Faktor kejayaan kritikal adalah berasaskan kepada:

• penglibatan sektor industri dalam membentuk kurikulum bagi menambah baik pasaran,

kemahiran dan kesesuaian graduan; dan

• kebolehan IPT untuk mengguna pakai kaedah pembelajaran dan pengajaran yang paling

berkesan dalam menjamin kualiti pendidikan tinggi kepada pemegang taruh.

Kesediaan sektor industri untuk berkongsi kos dan menyediakan latihan berkemahiran tinggi bagi memenuhi

keperluan teknologi masa hadapan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Negara amatlah penting untuk

menjayakan agenda ini.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelan Tindakan

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkatkan

kebolehdapatan kerja

siswazah

Meningkatkan pencapaian

Generic Student Attribute (GSA)

siswazah melalui program

pragraduat contohnya

Finishing School, Internship

dan Entreprenuership dan

program pascasiswazah seperti

Apprenticeship, Bridging the

Gap, Job Placement: Career

Excell, Structured Internship,

Degree++, dan sebagainya

Melaksanakan program High End

Industries Graduate Internship

Meluaskan pengukuran Tracer

Study

Memantapkan latihan industri

pelajar seperti digariskan dalam

Dasar Latihan Industri

Projek Agenda Kritikal

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Pengenalan

85% daripada keseluruhan

pelajar mencapai tahap skor

minima 6.5 dalam instrumen

My3S.

Peningkatan bilangan pool of

talent siswazah yang berjaya

mendapat pekerjaan di

jawatan strategik di high end

industries.

Peningkatan bilangan program

pengajian yang menawarkan

latihan industri kepada para

pelajar.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

Melahirkan modal insan yang berkualiti adalah prasyarat yang utama untuk memastikan kelangsungan

pembangunan negara. Tugas dan tanggungjawab ini dipikul bersama oleh institusi pendidikan tinggi

swasta (IPTS) di negara ini. Dua teras yang digariskan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN

memfokuskan secara langsung kepada peranan ini iaitu memperkasakan institusi pendidikan tinggi dan soal

pengurusan akses dan ekuiti.

Pada masa ini terdapat sebanyak 452 buah IPTS yang berdaftar dan aktif beroperasi dengan menawarkan

pelbagai program pengajian pada peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran.

Daripada jumlah tersebut, 23 IPTS bertaraf Universiti, 21 bertaraf Kolej Universiti dan 403 bertaraf Kolej, manakala

57

lima lagi merupakan kampus cawangan universiti luar negara. Sehingga akhir Disember 2010 sebanyak 8,114

program pengajian telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi untuk

ditawarkan di IPTS dan daripada jumlah tersebut kira-kira 59% telah pun memenuhi keperluan MQA dan

memperoleh akreditasi. Sehingga Disember 2010, IPTS memberi peluang kepada 408,034 orang pelajar untuk

melanjutkan pengajian pada pelbagai peringkat pengajian dan mempunyai tenaga pengajar seramai 25,

486 orang. Dari bilangan tenaga pengajar itu, 55.1% memiliki kelayakan Sarjana dan PhD atau yang setaraf.

Dengan kapasiti ruang dan tenaga pengajar sedia ada, IPTS kini mempunyai enrolmen pelajar di peringkat

sarjana dan PhD berjumlah 24, 468 orang atau kira-kira 6% daripada keseluruhan enrolmen di IPTS.

Tumpuan Fasa 2

IPTS akan terus memainkan peranan untuk menyediakan peluang pendidikan di negara ini. Selain

menyediakan peluang pendidikan, aspek kualiti pendidikan akan terus menjadi agenda utama pada fasa

kedua pelaksanaan PSPTN. Untuk itu, beberapa strategi telah dirangka bagi merealisasikan hasrat tersebut.

• Akses kepada Pendidikan Tinggi

58

Pertumbuhan pesat institusi pengajian tinggi swasta telah dapat meningkatkan akses kepada

pendidikan tinggi bagi penduduk Malaysia. Ini merupakan satu asas kukuh kepada pencapaian

hasrat negara untuk membolehkan sekurang-kurangnya 50% daripada penduduk Malaysia, khususnya

bagi kohort umur 17 hingga 23 tahun, mendapat pendidikan tinggi menjelang tahun 2015. Penawaran

tempat pengajian yang meliputi pelbagai bidang oleh IPTS secara langsung membolehkan Malaysia

merealisasikan konsep pendemokrasian pendidikan, iaitu dengan bertambahnya bilangan penduduk

Malaysia mendapat pendidikan pada peringkat tertinggi mengikut pilihan dan kebolehan masing-

masing.

Bagi mencapai matlamat meningkatkan tahap akses kepada pendidikan tinggi swasta, strategi berikut

dicadangkan bagi tempoh lima tahun (2011-2015):-

o Meningkatkan bilangan tempat pengajian di IPTS berdasarkan three-tier system yang meliputi

pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah:

menggalakkan IPTS sedia ada meningkatkan penawaran tempat belajar dan

meningkatkan kapasiti pengambilan pelajar;

menaik tarafkan IPTS bertaraf Kolej kepada kolej universiti atau universiti swasta;

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

mengukuhkan program pendidikan jarak jauh (PJJ) sedia ada;

memperluaskan kemasukan pelajar secara open entry atau kemasukan terbuka di

IPTS yang menawarkan kursus secara on-line; dan

menggalakkan IPTS melaksana kursus pengajian baru yang menepati keperluan tenaga

manusia semasa negara.

o Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat:

• Kualiti Pendidikan Tinggi Swasta

meningkatkan peluang pembelajaran lanjutan berbentuk latihan dalam

perkhidmatan dan latihan semula terutamanya yang berbentuk hands-on;

mewujudkan peluang pembelajaran akademik lanjutan meliputi peringkat diploma,

ijazah dan ijazah lanjutan melalui program PJJ dan secara sambilan;

menyediakan syarat kemasukan ke IPTS yang lebih terbuka dan fleksibel melalui

sistem pemindahan kredit dari IPTS ke IPTS lain serta IPTS bukan bertaraf universiti ke

kolej universiti, kampus cawangan universiti luar negara dan universiti swasta; dan

memperluaskan kemasukan pelajar melalui “open entry”.

CAP IPTS memastikan semua kursus pengajian yang ditawarkan di IPTS berkualiti dan berupaya

mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini bagi memastikan graduan yang dilahirkan berpengetahuan,

berkemahiran dan berketerampilan serta mempunyai ciri-ciri peribadi unggul bagi memenuhi

permintaan guna tenaga negara. Usaha ini akan dilaksanakan berdasarkan strategi seperti:-

o Mengukuhkan mekanisme pemantauan dan pengawalseliaan ke atas IPTS:

menyedia dan mengemas kini senarai semak kualiti berdasarkan perundangan serta

bench-marking ciri-ciri IPTS terkemuka di dunia;

menyelia dan menilai pematuhan undang-undang dan peraturan oleh IPTS dilakukan

dengan cekap dan cepat;

menyediakan rating IPTS;

melaksanakan Audit SETARA dan MyQUEST ke atas semua IPTS bagi mengukur tahap

kualiti masing-masing; dan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

59

60

menilai peruntukan Akta 555 yang berkaitan dengan pemantauan dan

pengawalseliaan.

o Memastikan IPTS mempunyai kemudahan yang berkualiti dan lengkap:

menetapkan semua IPTS baru atau IPTS sedia ada yang memohon untuk

memperluaskan kursus pengajian mempunyai kampus Induk tetap serta kemudahan

dan infrastruktur sokongan yang lengkap;

menetapkan semua IPTS yang menawarkan pengajian peringkat diploma ke atas

memperoleh akreditasi bagi menjamin kemudahan pengajaran dan pembelajaran

yang lengkap; dan

menggalakkan penggabungan di antara IPTS kecil bagi membolehkan penggunaan

kemudahan bersama secara maksimum.

o Memastikan tenaga pengajar di IPTS berkualiti dan mencukupi:

menentukan IPTS mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi dan berkelayakan

untuk melaksanakan semua kursus pengajian;

memudahkan kemasukan pakar asing berkhidmat di IPTS dalam bidang yang

Malaysia kurang/tiada kepakaran; dan

menggalakkan penglibatan pihak industri dalam pengajaran di IPTS.

o Memastikan kursus pengajian di IPTS di semua peringkat berkualiti, sesuai, relevan dan berdaya

saing pada peringkat global:

menggalakkan IPTS menawarkan lebih banyak kursus berbentuk hands-on; dan

menggalakkan kerjasama di kalangan IPTS tempatan dengan IPT terkemuka luar

negara khususnya dalam aspek penerokaan ilmu baru, pengukuhan dan pengiktirafan

program pengajian.

o Meningkat dan memperluaskan aktiviti R&D di IPTS:

menggalakkan IPTS memupuk minat dan membina kemahiran R&D di kalangan

tenaga pengajar;

menyediakan kemudahan dan insentif kepada IPTS untuk menjalankan R&D; dan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelan Tindakan

menggalakkan kolaborasi R&D di antara IPTS dengan IPTA serta pihak industri.

o Mewujudkan universiti swasta elit dan bertaraf dunia:

pengukuhan niche area;

pengukuhan dan perluasan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berfokuskan

keperluan masyarakat tempatan dan antarabangsa;

mendapatkan pengiktirafan antarabangsa ke atas kecemerlangan akademik dan

khidmat sosial staf dan pelajar; dan

penerokaan ilmu pengetahuan baru dan penyebarannya secara universal.

o Menyediakan kemudahan sokongan dan kebajikan pelajar IPTS:

menentukan IPTS menyediakan/ meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling pelajar;

menentukan IPTS menyedia dan melengkapkan kemudahan kesihatan,

pengangkutan, asrama dan keselamatan pelajar;

menentukan IPTS menyedia dan meningkatkan perkhidmatan kebajikan pelajar

terutama dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana; dan

menggalakkan IPTS menyediakan kemudahan yang mesra pelajar.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Memperkasakan Institusi

Pengajian Tinggi Swasta

Meningkatkan Penyertaan IPTS

Dalam SETARA dan MyQUEST

Menambah bilangan IPTS yang

layak untuk dinaik taraf

Peningkatan % IPTS yang

menyertai SETARA dan MyQUEST

mencapai sekurang-kurangnya

Tier 4

Peningkatan bilangan IPTS

bertaraf Kolej yang dinaik taraf

kepada Kolej Universiti

Pertambahan bilangan IPTS

bertaraf Kolej universiti yang

dinaik taraf kepada Universiti

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011 – 2015

2011 – 2015

2011 – 2015

61

62

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Menambah baik kualiti

Pembelajaran dan

Pengajaran

Meningkatkan bilangan kursus

pengajian matang yang

memperoleh akreditas

Meningkatkan kecekapan IPTS

dalam menguruskan pelajar

antarabangsa

Menambah bilangan IPTS

bertaraf universiti dan kolej

universiti beroperasi di Purpose-

Built Campus yang mempunyai

prasarana yang lengkap

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR

Pengenalan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan % pensyarah IPTS

sepenuh masa berkelayakan

PhD atau setaraf

Peningkatan % skor IPTS dalam

MyRA

Peningkatan % kursus yang

memperoleh akreditasi

Peningkatan Tier pencapaian

pelajar antarabangsa

Pertambahan bilangan

universiti dan kolej universiti

yang beroperasi di Purpose-Built

Campus

2011-2015

2011 – 2015

2011 - 2015

2011 – 2015

2011 – 2015

Pembinaan modal insan merangkumi satu proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu,

berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Modal insan menjadi fokus dan agenda utama

kepimpinan negara untuk direalisasikan oleh semua pihak termasuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan tidak

terkecuali kepada semua pelajar.

Kesungguhan untuk membangunkan modal insan jelas dizahirkan melalui kandungan strategi bajet negara.

Pendidikan berkualiti akan memastikan mereka terus kekal relevan dengan kehendak pasaran semasa.

Selain itu mereka juga mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang

kian meningkat lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan,serta

bertunjangkan sains dan teknologi.

’Holistik’ dalam konteks pembangunan modal insan tidak terbatas kepada disiplin ilmu dan pemantapan

kemahiran sahaja, malah turut merangkumi aspek pembangunan minda, spiritual, sahsiah dan etika. Dengan

kata lain, pembangunan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek “keinsanan” yang terbina

menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan dokongan moral. Modal insan dengan ciri-ciri tersebut

memenuhi keperluan untuk membolehkan transformasi dan pembangunan individu, keluarga, masyarakat,

negara dan dunia berlaku secara lebih berstruktur.

CAP Pembangunan Holistik Pelajar (HSD) memfokuskan kepada pembangunan sahsiah pelajar IPT bagi

menghasilkan graduan atau modal insan yang seimbang sama ada dari segi keterampilan, bersemangat

patriotik, berdisiplin dan bernilai murni ke arah pembentukan modal insan negara yang mempunyai personaliti

unggul (towering personality) dan holistik. Penekanan pelaksanaan diletakkan kepada konteks kokurikulum

memandangkan ia mempunyai elemen ilmu praktikal dan ilmu falsafah yang menyokong kepada

pembangunan pelajar secara menyeluruh.

Bertepatan dengan Pelan Tindakan PSPTN Fasa 1 (2007-2010), KPT telah mengenal pasti lapan teras utama

aktiviti kokurikulum dan kehidupan kampus. Bidang-bidang tersebut, yang dikenali sebagai Lapan Teras

Kokurikulum, adalah seperti berikut:

• Teras Sukan

• Teras Kebudayaan

• Teras Daya Usaha dan Inovasi

• Teras Pengucapan Awam

• Teras Kesukarelawanan

• Teras Khidmat Komuniti

• Teras Keusahawanan

• Teras Kepimpinan

Rumusan Status Fasa 1

Pelaksanaan PSPTN Fasa 1 melihat kepada usaha peletakan asas beberapa program bagi mencapai hala

tuju transformasi pengajian tinggi. Tiga objektif strategik (OS) telah diletakkan sebagai asas pelaksanaan

projek bersama dengan penunjuk prestasi utama (KPI) yang berkaitan, seperti di bawah:

• Meningkatkan pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit di semua IPTA

Pengukuran yang dibuat adalah berdasarkan bilangan program pengajian akademik

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

63

64

peringkat ijazah sarjana muda yang melaksanakan kursus kokurikulum berkredit sebagai

syarat wajib bergraduat. Sehingga Disember 2010, bilangan program pengajian akademik

peringkat ijazah sarjana muda yang ditawarkan di semua IPTA adalah sebanyak 1,006

program. Daripada jumlah tersebut, didapati bahawa 85.28% iaitu 858 program pengajian

akademik peringkat ijazah sarjana muda ini telah melaksanakan kursus kokurikulum berkredit

sebagai syarat wajib bergraduat.

• Mempertingkatkan dan menambah baik kualiti pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit

OS ini memfokuskan kepada usaha mempertingkatkan dan menambah baik kualiti

pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit. Bilangan kursus kokurikulum berkredit diukur

berdasarkan kandungan (LOKI), kaedah penyampaian dan kaedah penaksiran. Kebanyakan

IPTA mempunyai kursus kokurikulum berkredit.

Bagaimanapun, masih terdapat kursus kokurikulum yang ditawarkan yang tidak mempunyai

perancangan pengajaran (lesson plan) yang mengikut piawaian yang ditetapkan. Justeru,

langkah perlu diambil untuk menambah baik dan mempertingkatkan pelaksanaan kursus

kokurikulum berkredit sedia ada. Sehingga Disember 2010, bilangan kursus kokurikulum

berkredit yang ditawarkan di semua IPTA adalah sebanyak 1,359 kursus. Pada akhir Fasa 1

sebanyak 90.36% kursus iaitu 1,228 daripada 1,359 kursus kokurikulum berkredit telah mengikut

piawaian yang ditetapkan.

• Meningkatkan bilangan kursus kokurikulum yang dikreditkan terutamanya dalam Teras

Kepemimpinan, Teras Daya Usaha & Inovasi dan Teras Kesukarelawanan

Kecenderungan kursus kokurikulum yang ditawarkan di IPTA adalah lebih tertumpu kepada

Teras Sukan dan Kebudayaan. Hal ini menyebabkan Teras Kepemimpinan,Teras Daya Usaha

& Inovasi dan Teras Kesukarelawanan ini merupakan teras yang kurang ditawarkan di universiti.

Antara isu pelaksanaan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan Fasa 1 adalah seperti berikut:

• Kursus kokurikulum lebih tertumpu kepada bidang Sukan.

• Tenaga pengajar/jurulatih merupakan tenaga pengajar separa masa yang hanya mempunyai

sijil bakat dan pengalaman.

• Pemahaman jurulatih terhadap LOKI masih rendah.

• Kekangan kewangan bagi pelaksanaan inisiatif di IPT

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Tumpuan Fasa 2

Tumpuan Fasa 2 ialah bagi mengukuhkan pelaksanaan CAP Pembangunan Holistik Pelajar. Dalam konteks

ini,pasukan projek CAP akan menyelaraskan ketiga-tiga CAP yang saling berhubung-kait iaitu CAP

Pembangunan Holistik Pelajar (HSD), CAP Kebolehpasaran Siswazah (GE) dan CAP Keusahawanan untuk

membangunkan instrumen pengukuran yang bersesuaian bagi mengukur tahap kebolehfungsian graduan

(functional graduate; FG).

Keberhasilan CAP yang disasarkan bagi Fasa 2 PSPTN menjelang 2015 ialah untuk melahirkan siswazah yang

berketerampilan selaras dengan tumpuan Fasa 2 yang menekankan kepada peningkatan bilangan siswazah

berkebolehfungsian (FG) yang memenuhi kehendak pasaran dan memiliki daya saing yang tinggi. Untuk

mencapai hasrat tersebut, faktor kritikal kejayaan CAP yang diberi keutamaan ialah:

Pelan Tindakan

• Tadbir urus

Memastikan terdapat penyelarasan dalam usaha dan tindakan antara Pemegang Taruh

(stakeholder).

• Sumber Manusia

Mendapatkan jurulatih yang berkelayakan dan berkebolehan (Qualified and certified trainer).

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkatkan

pelaksanaan kursus

kokurikulum berkredit

di semua IPTA

Mempertingkat dan

menambah baik kualiti

pelaksanaan kursus

kokurikulum berkredit

Pelaksanaan Training of Trainers

(TOT)

Mensyaratkan kursus kokurikulum

berkredit sebagai syarat wajib

bergraduat bagi program

pengajian akademik yang belum

melaksanakannya

Melaksanakan audit proforma

Melaksanakan semakan semula

kursus kokurikulum berkredit

berdasarkan peratusan semasa

Melaksanakan audit proforma

Peningkatan bilangan

program pengajian akademik

yang melaksanakan kursus

kokurikulum berkredit sebagai

syarat bergraduat

Peningkatan bilangan

kursus kokurikulum berkredit

berdasarkan kandungan

(LOKI), kaedah penyampaian &

kaedah penaksiran

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011-2015

2011-2015

65

66

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkat bilangan

kursus kokurikulum

yang dikreditkan

terutamanya dalam Teras

Kepemimpinan, Daya

Usaha & Inovasi dan

Kesukarelawanan

Menghasilkan siswazah

berkebolehfungsian (FG)

yang memenuhi kehendak

pasaran dan memiliki daya

saing yang tinggi

PROJEK AGENDA KRITIKAL

JAMINAN KUALITI

Pengenalan

Membangunkan lebih banyak

modul kursus kokurikulum

berkredit bagi Teras

Kepemimpinan, Daya Usaha &

Inovasi dan Kesukarelawanan

Melaksanakan semakan semula

kursus kokurikulum berkredit

berdasarkan peratusan semasa

Melaksanakan audit proforma

Membangunkan instrumen

pengukuran yang bersesuaian

bagi mengukur tahap

kebolehfungsian siswazah

(functioning graduate index-FGI).

Melaksanakan pilot study.

Pelaksanaan program

pengukuran functional graduate

(FG).

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan bilangan kursus

kokurikulum ketiga-tiga teras

berdasarkan peratusan semasa

Peningkatan bilangan siswazah

berkebolehfungsian (FG)

2010 -2015

2011

2012

2012-2015

Penjaminan kualiti merangkumi dasar dan proses yang sistematik untuk menunjukkan bahawa standard

kesarjanaan dan pengalaman pembelajaran pelajar telah tercapai, dikekalkan dan dipertingkatkan.

Proses jaminan kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) adalah sejajar

dengan teras strategik Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dalam memberi penekanan untuk

memperkasakan institusi pengajian tinggi dan untuk mengukuhkan pembangunan modal insan yang berfikiran

dinamik, kreatif, inovatif, progresif, cekal dan berdaya saing di Malaysia. Dua objektif strategik kritikal bagi

Jaminan Kualiti yang dipertanggungjawabkan kepada MQA adalah:

• Meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia serta program pengajiannya; dan

• Meningkatkan pengiktirafan antarabangsa.

Kedua-dua objektif strategik kritikal ini adalah sangat penting untuk mencapai keseluruhan agenda kualiti

pengajian tinggi seperti yang dihasratkan dalam Pelan tersebut.

Rumusan Status Fasa 1

Bidang tumpuan CAP Jaminan Kualiti dalam Fasa 1 pelaksanaan PSPTN ialah:

• Meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia serta program pengajiannya:

Akreditasi Program - Akreditasi Program adalah penilaian untuk menentukan sama ada suatu

program itu telah memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Tujuan akreditasi adalah untuk

memastikan program yang ditawarkan menepati standard dan kriteria Kod Amalan Akreditasi

Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA), mematuhi Kerangka

Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF dan garis panduan lain yang

berkaitan.

Penarafan Institusi - Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) adalah suatu

mekanisme untuk memberi penarafan kepada institusi pengajian tinggi. Ia mengukur kualiti,

akauntabiliti dan prestasi institusi pengajian tinggi di Malaysia. SETARA melibatkan analisis data

yang relevan kepada domain dan indikator yang telah dipilih. Penarafan institusi pengajian

tinggi melalui SETARA, yang berdasarkan skala penarafan, dilaksanakan sekali setiap dua

tahun.

Audit Tematik - Audit Tematik adalah satu bentuk audit yang berfokus kepada tema atau

disiplin akademik tertentu yang merentasi institusi pengajian tinggi bertujuan menentusahkan

standard kualiti untuk menyokong pembentukan dan penyampaian dasar awam atau

sebagai input kepada penarafan institusi dan program.

• Meningkatkan pengiktirafan antarabangsa

Pengiktirafan Antarabangsa - Pengiktirafan antarabangsa bermaksud MQA memainkan

peranan aktif dalam mempertingkatkan sistem, amalan dan proses jaminan kualiti serantau

dan antarabangsa.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

67

Pelaksanaan CAP Jaminan Kualiti dalam Fasa 1 PSPTN pada keseluruhannya telah mencapai sasaran

yang ditetapkan. Peratusan pencapaian akreditasi program matang dan pendaftarannya dalam Daftar

Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) adalah 98%. Bagi SETARA ’09, sebanyak 47 buah

institusi pengajian tinggi telah berjaya diberikan penarafan. Berhubung dengan KPI Memorandum Kerjasama

(Memorandum of Arrangement, MoA), MQA telah berjaya menandatangani sebanyak lima MoA dengan

badan jaminan kualiti utama luar negara. Bagi KPI Audit Tematik, Audit Prestasi Akademik (APA) telah berjaya

dilaksanakan ke atas 58 buah Universiti dan Kolej Universiti.

Antara isu-isu dalam pelaksanaan CAP Jaminan Kualiti bagi Fasa 1 PSPTN adalah seperti berikut:

Tumpuan Fasa 2

68

• mendapatkan komitmen daripada institusi pengajian tinggi untuk menghantar permohonan

akreditasi bagi program mereka yang telah matang dalam tempoh yang sepatutnya;

• mendapatkan kerjasama dari institusi pengajian tinggi untuk menghantar data yang tepat

dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi pelaksanaan SETARA;

• Audit Institusi adalah perkara yang baru bagi MQA dan MQA sendiri masih dalam proses

mendalami selok-belok mengenainya;

• mendapatkan komitmen daripada institusi pengajian tinggi untuk mengambil langkah-

langkah yang diperlukan untuk menjalani APA dalam tempoh yang ditetapkan;

• mendapatkan komitmen masa daripada Panel Auditor untuk menjalankan audit; dan

• memastikan audit terhadap semua institusi pengajian tinggi dilaksanakan dalam tempoh

yang ditetapkan.

Bagi Fasa 2, CAP Jaminan Kualiti akan meneruskan usaha dalam menjamin kualiti program serta institusi

pengajian tinggi melalui akreditasi program, penarafan institusi dan penarafan disiplin pengajian tertentu. Selain

itu, pemeteraian Memorandum Kerjasama dengan agensi jaminan kualiti luar negara untuk meningkatkan

peranan MQA serantau, untuk meningkatkan perkongsian serantau dan peranan aktif MQA di dalamnya -

akan terus dipergiatkan.

Dalam memastikan pelaksanaan CAP Jaminan Kualiti berjalan dengan lancar, MQA akan mengambil

langkah-langkah seperti meningkatkan kolaborasi, engagement, perkongsian dan rundingan dengan semua

pihak berkepentingan, mengkaji dan menyegarkan kod-kod amalan, garis panduan serta kerangka jaminan

kualiti, mempermudahkan proses jaminan kualiti yang perlu dilalui oleh institusi pengajian tinggi serta bersikap

telus, dinamik dan developmental berlandaskan prinsip-prinsip perkongsian.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Dalam Fasa 2 ini, buat kali pertamanya MQA akan melaksanakan penarafan disiplin pengajian di institusi

pengajian tinggi melalui Sistem Penarafan Disiplin Pengajian (Discipline-based Rating System, D-SETARA).

Pelaksanaan D-SETARA buat kali pertama ini akan memberi fokus kepada tiga disiplin pengajian iaitu:

• Perubatan dan Sains Kesihatan

• Kejuruteraan

• Pelancongan dan Hospitaliti

Pemilihan tiga disiplin pengajian ini adalah untuk menyokong inisiatif NKEA dalam Pendidikan yang

menyasarkan pembangunan beberapa kelompok disiplin pendidikan termasuk tiga disiplin seperti yang

tersebut di atas.

Pelaksanaan CAP Jaminan Kualiti dalam tempoh 2011-2015 dijangka akan memberi kesan positif kepada kualiti

program dan institusi pengajian tinggi. Akreditasi program akan memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan

dalam dan luar negara tentang kualiti program pengajian dan memberi manfaat kepada pelajar untuk

memiliki kelayakan program yang telah mendapat akreditasi. Melalui penarafan institusi dan juga disiplin

pengajian, institusi pengajian tinggi disasarkan akan terus berdaya saing, bertanggungjawab dan berusaha

untuk mencapai tahap kualiti yang lebih tinggi.

Memorandum Kerjasama Antarabangsa akan meningkatkan peranan MQA dalam arena antarabangsa

dan kesefahaman global tentang proses dan prosedur jaminan kualiti. Ini akan dapat meningkatkan

kebolehpindahan kelayakan dan mobiliti pelajar Malaysia ke negara-negara luar.

Bagi menjayakan CAP Jaminan Kualiti, faktor-faktor berikut perlu diberi perhatian:

• Sebagai agensi pelaksana, MQA memerlukan sokongan yang padu dan berterusan daripada

Kementerian dan agensi-agensi penggubal dasar yang berkaitan.

• Menjalinkan perkongsian yang lebih erat dengan semua pihak berkepentingan terutamanya

Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) mengenai jaminan kualiti.

• Komitmen dan kerjasama PPT khususnya dalam urusan untuk mendapatkan perakuan

akreditasi bagi semua program pengajian yang ditawarkan dan membekalkan data dalam

pelaksanaan SETARA dan eksesais audit yang lain.

• PPT membudayakan amalan jaminan kualiti dan mengambil langkah proaktif dalam

melaksanakannya bagi meningkatkan kualiti pengajian tinggi.

• Pencapaian beberapa KPI memerlukan pembiayaan tambahan memandangkan kos

pelaksanaan yang tinggi.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

69

Pelan Tindakan

70

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkatkan kualiti

institusi pengajian tinggi

di Malaysia serta program

pengajiannya

Meningkatkan

pengiktirafan

antarabangsa

Melaksanakan Akreditasi

Program bagi memastikan

sesuatu program pengajian

yang ditawarkan menepati

standard dan kriteria Kod

Amalan Akreditasi Program

(Code of Practice for

Programme Accreditation,

COPPA), mematuhi Kerangka

Kelayakan Malaysia (Malaysian

Qualifications Framework, MQF)

dan garis panduan lain yang

berkaitan

Melaksanakan penarafan institusi

pengajian tinggi melalui Sistem

Penarafan Institusi Pengajian

Tinggi Malaysia (SETARA) untuk

memastikan institusi pengajian

tinggi terus berdaya saing,

bertanggungjawab dan

berusaha untuk mencapai tahap

kualiti yang lebih tinggi

Melaksanakan penarafan disiplin

pengajian tertentu melalui Sistem

Penarafan Disiplin Pengajian

(Discipline-based Rating System,

D-SETARA)

Mengadakan Memorandum

Kerjasama Antarabangsa

yang akan meningkatkan

peranan MQA dalam arena

antarabangsa dan kesefahaman

global tentang proses dan

prosedur jaminan kualiti. Ini

akan dapat meningkatkan

kebolehpindahan kelayakan

dan mobiliti pelajar Malaysia ke

negara-negara luar

Permintaan untuk perkhidmatan

MQA dari luar negara

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pengakreditasian program

pengajian yang telah matang

dan pendaftarannya dalam

Daftar Kelayakan Malaysia

(Malaysian Qualifications

Register, MQR)

Pelaksanaan SETARA ‘11

Pelaksanaan SETARA ‘13

Pelaksanaan SETARA ‘15

Pelaksanaan D-SETARA

Pemeteraian Memorandum

Kerjasama dengan agensi

jaminan kualiti antarabangsa

Bilangan permintaan untuk

perkhidmatan MQA dari luar

negara

2011-2015

2011-2012

2013-2014

2015-2016

2011-2012

2013-2014

2015-2016

2011-2015

2011-2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

TRANSFORMASI POLITEKNIK

Pengenalan

Hala tuju Transformasi Politeknik mempunyai matlamat untuk membina upaya baharu politeknik bagi

membangunkan sumber manusia negara untuk memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang

memberi penekanan kepada upaya inovasi dan kreativiti. Hala tuju Transformasi Politeknik bertujuan

menyediakan politeknik menghadapi pelbagai senario dan cabaran masa hadapan. Seiring dengan PSPTN

dan transformasi pendidikan dan latihan negara, transformasi Politeknik adalah untuk menghasilkan modal

insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan menepati kehendak pasaran.

Konsep transformasi politeknik merangkumi perubahan sistemik yang menjurus kepada pewujudan institusi

pilihan, penghasilan siswazah yang menepati kehendak pasaran (employable graduates) dan pembinaan

persepsi positif dalam kalangan masyarakat terhadap pendidikan politeknik. Aspek yang dicakupi melibatkan

pemerkasaan dasar, penambahbaikan reka bentuk proses, penyampaian dan penilaian program,

pembangunan kurikulum yang mantap, penjaminan kualiti program, pembangunan tenaga pengajar yang

kompeten, pelajar yang berkualiti, sumber dan kemudahan yang lengkap dan usaha inovasi yang berterusan.

Pelan Transformasi Politeknik telah dilancarkan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010, di

mana tiga politeknik telah diumumkan sebagai politeknik premier.

Politeknik mempunyai peranan khusus untuk menangani perubahan ekosistem pengajian tinggi negara yang

bukan sahaja memerlukan modal insan berilmu tinggi tetapi juga mempunyai kemahiran pada peringkat

tinggi. Negara perlu meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 23% kepada 37%

menjelang tahun 2015. Justeru, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) perlu diarusperdanakan

sebagai langkah merealisasi sasaran negara termasuk meningkatkan imej TEVT pada pandangan masyarakat.

Objektif Transformasi Politeknik ialah:

• melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju bidang pendidikan dan latihan teknik dan

vokasional pada peringkat diploma;

• mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik terhadap

kehendak pembangunan ekonomi negara;

• menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan siswazah berkualiti yang

berdaya usahawan, berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing;

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

71

72

• membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institut pengajian

tinggi negara yang terbaik; dan

• mempelbagaikan dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik minat pelajar

ke politeknik.

Pelaksanaan Transformasi Politeknik dirancang untuk dilaksanakan dalam empat fasa seperti berikut:

• Fasa 1 - Quick Wins dan Institutional Transformation (2010-2012)

• Fasa 2 - Peningkatan (2013-2015)

• Fasa 3 - Pemerkasaan (2016 – 2020)

• Fasa 4 - Kecemerlangan (melangkaui 2020)

Dalam Fasa 1, Pasukan Projek CAP memacu hala tuju baharu yang diterjemahkan dalam fungsi Bahagian

di Jabatan dan juga di setiap Politeknik. Penawaran program pengajian juga dikaji semula mengikut

kekuatan politeknik masing-masing selaras dengan MBE dan ETP negara. Pada masa yang sama, strategi

diatur bagi meningkatkan penghasilan siswazah politeknik berkualiti melalui program pendidikan dan latihan

transformasional demi memenuhi keperluan tenaga kerja negara dan global.

Fasa 1 PSPTN (Peletakan Asas) berlangsung dari tahun 2007 hingga 2010. Tahun 2010 merupakan tahun

pertama Transformasi Politeknik dilaksanakan. Sehubungan itu, sebahagian inisiatif fasa ini diteruskan dalam

Fasa 2 PSPTN iaitu peningkatan dan pemerkasaan (2011-2015). Objektif strategik Transformasi Politeknik dalam

Fasa 1 adalah seperti berikut:

• melonjak politeknik sebagai institusi peneraju TEVT;

• mengukuhkan kerelevanan dan responsif program;

• menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu; dan

• membina reputasi dan jenama baharu.

Rumusan Status Fasa 1

Inisiatif Transformasi Politeknik yang dilaksanakan dalam Fasa 1 PSPTN, pada keseluruhannya telah mencapai

sasaran yang ditetapkan, antaranya seperti berikut:

• pemberian status premier kepada tiga politeknik;

• mencapai enrolmen pelajar 87,751 pelajar;

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

• menawarkan program pada peringkat diploma, diploma lanjutan dan kelayakan lebih tinggi;

• menawarkan bilangan program baharu melebihi sasaran;

• meningkatkan peratusan bilangan pensyarah dengan kelayakan sarjana dan peratusan

pensyarah yang memperoleh pensijilan profesional industri; dan

• memperluas akses kepada pelajar golongan OKU, orang asli/peribumi dan cemerlang sukan

bagi memastikan keterangkuman program politeknik kepada setiap lapisan masyarakat.

Isu-isu pelaksanaan CAP dalam Fasa 1 PSPTN yang dikenal pasti adalah seperti peruntukan kewangan, status

kemajuan pembinaan kampus tetap politeknik dan pengurusan perubahan budaya dalam kalangan warga

politeknik yang memerlukan masa lebih lama.

Tumpuan Fasa 2

Tumpuan Fasa 2 CAP Transformasi Politeknik adalah seiring dengan pelaksanaan MBE, ETP dan RMKe-10.

Politeknik akan terus melalui fasa pemantapan dan pembaharuan sesuai dengan kedudukannya sebagai

peneraju sektor TEVT. Fokus utama Fasa 1 adalah untuk meningkatkan penghasilan siswazah politeknik yang

berkualiti melalui program pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja

negara dan global. ETP akan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan dalam pelbagai NKEA. Daripada jumlah itu, 1.5

juta pekerjaan adalah dalam bidang TEVT. Negara memerlukan 680,000 orang pekerja mahir pada peringkat

diploma menjelang tahun 2020. Daripada jumlah ini, 580,000 orang adalah daripada diploma TEVT dan 100,000

orang daripada diploma akademik. Politeknik menyasarkan untuk menghasilkan 355,000 pekerja peringkat

diploma daripada 580,000 yang diperlukan negara. Bagi mencapai hasrat ini, Politeknik akan melahirkan

sejumlah 490,000 graduan diploma (termasuk yang menyambung pengajian) menjelang 2020. Politeknik

mampu mencapai sasaran yang ditetapkan menerusi penambahan beberapa buah politeknik konvensional

dan politeknik metro selain daripada menaik taraf beberapa politeknik. Kesemua politeknik mampu mencapai

sasaran ini melalui program sepenuh masa, program open distance learning dan perkongsian pintar dengan

pihak lain termasuk pihak swasta. Penawaran program baharu juga akan diberi penekanan terutamanya

dalam NKEA. Keberhasilan CAP Transformasi Politeknik yang disasarkan adalah seperti berikut:

• politeknik menjadi institusi pilihan dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

• siswazah politeknik yang memenuhi kehendak pasaran (employable), mempunyai keterampilan

dan kemahiran daya keusahawanan yang tinggi; dan

• pengajian di politeknik mendapat persepsi positif di kalangan masyarakat.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

73

Antara hasil yang disasarkan menjelang 2015 adalah seperti berikut :-

74

• semua politeknik mencapai sekurang-kurangnya tier 4 dalam Sistem Penarafan Politeknik

(POLYRATE);

• bilangan paten yang didaftarkan ialah sebanyak 30;

• kesemua pelajar politeknik mencapai minimum skor 6 GSA menggunakan instrumen My3S;

• 52 program baharu akan ditawarkan;

• 85 % siswazah politeknik bekerja atau melanjutkan pengajian enam bulan selepas tamat

pengajian;

• sejumlah 88 program sepenuh masa ditawarkan; dan

• lebih 150,000 orang lepasan SPM akan mendapat pendidikan dan latihan di politeknik.

Pelaksanaan CAP Transformasi Politeknik bergantung kepada beberapa faktor kejayaan kritikal yang dikenal

pasti seperti berikut :-

Pelan Tindakan

• peruntukan mencukupi;

• kepimpinan tranformasional;

• infrastruktur mencukupi;

• pengurusan yang berkesan;

• mobilisasi pensyarah secara optimum; dan

• penglibatan tenaga kerja industri sebagai pensyarah.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkatkan tahap

kebolehpasaran pelajar

Penubuhan Placement Office di

setiap politeknik

Program latihan kepada

pegawai Placement Office

Penubuhan Jawatankuasa

Penasihat Employability Graduan

di setiap politeknik

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan bilangan

Placement Office

Peningkatan bilangan Pegawai

dilatih

Peningkatan bilangan

Jawatankuasa Penasihat

Employability Graduan

2011

2011 -2014

2011

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Projek Migrasi Dari

Traditional Education

(TE) ke Outcome Based

Education (OBE)

Meningkatkan Kualiti

Pembelajaran dan

Pengajaran

Pembangunan Pelan Tindakan

Kebolehpasaran Siswazah di

peringkat politeknik

Penubuhan Task Force bagi

memantau pelaksanaan

pelan tindakan berkaitan

kebolehpasaran siswazah di

peringkat JPP dan politeknik

Pengukuhan hubungan dan

jaringan dengan pihak industri di

setiap politeknik

Pembangunan Kurikulum

Pelaksanaan pembelajaran

berkesan

Implementasi Constructive

Alignment (CA)

Pemerkasaan sumber

pendidikan

Penjajaran semula ke sistem OBE

(MQA)

Pemastian kesetaraan

pengantarabangsaan

Pelaksanaan Penilaian

Kompetensi Penaksiran dan

Penilaian

Penjajaran Penaksiran

Kepada Pengajaran dan Hasil

Pembelajaran

Penyenggaraan Instrumen

Penaksiran Sah dan Boleh

Dipercayai

Pindaan proses penaksiran dan

penilaian dalam peraturan

pendidikan (Akta 550)

Peningkatan bilangan Pelan

Tindakan Kebolehpasaran

Siswazah

Peningkatan bilangan

Task Force kebolehpasaran

siswazah di JPP dan politeknik

Peningkatan bilangan bidang

terlibat dalam Program

Polytechnic Workforce Network

Peningkatan % Kurikulum

program pengajian yang

menepati keperluan MQA

Peningkatan % pensyarah

mencapai skor tinggi dalam

soal selidik maklum balas

pelajar

Peningkatan% pematuhan

benchmarked standards oleh

MQA semasa mock audit

Peningkatan% fasiliti menepati

kehendak MQA (Area 6)

Peningkatan peratusan Status

Full Accreditation (FA) MQA

Peningkatan bilangan program

yang mendapat pengiktirafan

mengikut Dublin Accord

Peningkatan % staf yang

kompeten dalam penaksiran

dan penilaian

Peningkatan % Penaksiran

dan Penilaian Yang Dijajarkan

Semula

Peningkatan % Pelaksanaan

Dalam Semua Peringkat

Penaksiran

Pindaan Peraturan Pendidikan

(Akta 550)

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011

2011

2011-2015

2011-2015

2015

2012

2013

2012

2015

2012

2011

2011-2015

2011

75

76

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Mengukuhkan kerelevanan

dan keresponsifan program

Meningkatkan akses

melalui penawaran

program baharu

Memperkasakan Politeknik

Ke Arah Menjadi Pilihan

Setanding Dengan Universiti

Memperkasa Penyelidikan

Gunaan / Developmental

Pembangunan kurikulum

program baharu

Pelaksanaan program baharu

Peningkatan bilangan program

sepenuh masa.

Peningkatan enrolmen program

sepenuh masa

Perwujudan program laluan Khas

Pelaksanaan sistem penarafan

politeknik

Penyusunan dan Penstrukturan

Semula Jabatan Pengajian

Politeknik dan institusi di bawah

pengawasannya

Penubuhan Centre Of

Technology

Pemerkasaan politeknik sebagai

institusi pilihan

Pendaftaran paten produk

penyelidikan politeknik

Peningkatan kolaborasi industri

dalam penyelidikan

Peningkatan dana penyelidikan

dan inovasi

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan bilangan program

baharu

Peningkatan bilangan program

diploma lanjutan dan program

berkembar yang dijalankan.

Peningkatan bilangan program

sepenuh masa

Peningkatan bilangan

enrolmen sepenuh masa

Peningkatan % ambilan

program laluan khas

Peningkatan bilangan politeknik

yang mencapai tier 4

Peningkatan % kemajuan

aktiviti penyusunan semula

jabatan

Peningkatan % kemajuan

aktiviti penstrukturan semula

politeknik premier

Peningkatan % kemajuan

aktiviti penstrukturan semula

politeknik konvensional

Peningkatan bilangan Centre

Of Technology (COT)

Pertambahan % pelajar

politeknik yang memilih

pendidikan politeknik sebagai

pilihan pertama.

Peningkatan bilangan paten

yang didaftarkan.

Pertambahan bilangan projek

kolaborasi dalam penyelidikan

dengan universiti, institus

Penyelidikan dan industri.

Peningkatan jumlah nilai

peruntukan projek penyelidikan

dan inovasi.

2015

2015

2015

2015

2011 -2015

Mulai 2011

2012 -2013

2015

2015

2015

2015

2015

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Memperkasakan tenaga

pengajar

Menambah bilangan

politeknik baharu

PROJEK AGENDA KRITIKAL

AKSESIBILITI DAN KELESTARIAN

Pengenalan

Peningkatan kelayakan tenaga

pengajar politeknik

Peningkatan kompetensi teknikal

tenaga pengajar

Peningkatan penglibatan

anggota industri dalam

pembelajaran dan pengajaran

politeknik

Penubuhan Politeknik Metro

Menaik taraf politeknik sedia ada

Peningkatan bilangan

pensyarah kelayakan:

• PhD

• Sarjana

Peningkatan % pensyarah

memiliki pensijilan profesional

industri

Peningkatan bilangan

pensyarah pelawat dari industri

Peningkatan bilangan Politeknik

Metro

Peningkatan bilangan politeknik

yang dinaik taraf

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi PTPTN ialah

untuk:

• mengadakan dan memberi pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan selain pinjaman

pendidikan kepada pelajar, dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbir, mengawas

dan memungut bayaran balik pinjaman;

• memungut deposit dan mereka bentuk dan menyediakan skim simpanan bagi maksud

menyimpan bagi tujuan pendidikan tinggi; dan

• melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-

undang bertulis.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2015

2015

2015

2015

2015

77

PTPTN ditubuhkan dengan objektif untuk memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar

yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak

ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab kewangan.

Untuk menjamin akses kepada pendidikan tertiari, pelbagai agensi telah menyediakan bantuan kewangan

seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Tunku Abdul Rahman

(YTAR), Petronas, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Khazanah Nasional serta Yayasan/Kerajaan Negeri.

Namun, PTPTN merupakan sumber pembiayaan terbesar kepada pelajar yang memasuki IPT.

Enrolmen pelajar di IPT semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2020, enrolmen pelajar dijangka

meningkat kepada 2,267,800 orang. Ini berasaskan kadar pertumbuhan tahunan purata di peringkat sijil

sebanyak 6 peratus, 5.5 peratus pada peringkat diploma, 4 peratus pada peringkat ijazah pertama dan

10 peratus pada bagi peringkat sarjana dan PhD untuk IPTA dan IPTS. Peningkatan yang lebih besar bagi

pengajian pada peringkat sijil dan diploma berbanding dengan ijazah pertama adalah untuk memperoleh

nisbah antara kedua-duanya pada kadar 2:1. Nisbah ini adalah untuk menyokong matlamat kerajaan bagi

menambah bilangan pekerja separa mahir atau separa profesional atas pertimbangan kebolehpasaran serta

keperluan negara dan menggalakkan pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sementara itu,

peningkatan yang ketara bagi peringkat pascasiswazah adalah untuk menyokong dasar kerajaan dalam

pembangunan modal insan ke arah menambah bilangan siswazah PhD terutamanya di IPT dan institusi

penyelidikan bagi mengembangkan bidang penyelidikan serta inovasi.

Seiring dengan pertambahan bilangan enrolmen pelajar ke IPT, bilangan pinjaman PTPTN juga semakin

meningkat. Pada tahun 1997, semasa PTPTN ditubuhkan, bilangan pinjaman yang diluluskan ialah sebanyak

11,956 dengan komitmen pembiayaan sebanyak RM219 juta. Bilangan pinjaman semakin bertambah pada

setiap tahun di mana sehingga tahun 2010, sejumlah 1.7 juta pinjaman telah diluluskan dengan peruntukan

sebanyak RM37.4 bilion. Daripada komitmen pembiayaan tersebut, sebanyak RM24.9 bilion telah dikeluarkan

untuk membiayai pengajian pelajar di IPT. Manakala jumlah bayaran balik yang diterima ialah RM2.2 bilion

iaitu 49% daripada jumlah keseluruhan yang patut diterima (RM4.5 bilion).

Trend penajaan menunjukkan 70% dari keseluruhan penajaan pinjaman/pembiayaan pendidikan negara

adalah dibiayai oleh PTPTN. Menjelang tahun 2020, defisit pembiayaan pendidikan dijangka meningkat

sehingga RM46 bilion. Antara faktor yang telah dikenal pasti menyumbang kepada defisit tersebut adalah:

78

• Peningkatan kemasukan pelajar ke IPT pada kadar 10 peratus.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

• Ketidakselarasan tempoh bayaran balik pinjaman dana (lima hingga sepuluh tahun) dengan

bayaran balik pembiayaan (lima hingga 20 tahun).

• Bayaran balik yang rendah disebabkan pembayar tidak membuat pembayaran ansuran

bulanan yang sebenar.

Akses pengajian tinggi mempunyai kaitan yang rapat dengan isu kelestarian PTPTN. CAP Aksesibiliti dan

Kelestarian yang berkait rapat dengan teras PSPTN “Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti” memberi

tumpuan kepada usaha untuk memastikan PTPTN terus berupaya menyumbang kepada pembangunan

modal insan negara melalui pembiayaan pendidikan pelajar pada peringkat tinggi.

Bagi Fasa 1, empat objektif strategik telah dirangka iaitu:

• Memastikan semua pelajar yang layak mendapat pembiayaan melalui pemantapan

pengurusan pembiayaan pendidikan

PTPTN perlu menyediakan dana pembiayaan pendidikan yang mencukupi selaras dengan

objektif penubuhannya. Fokus objektif ini ialah untuk mendapatkan pembiayaan dari institusi

kewangan bagi membolehkan PTPTN membiayai pelajar di IPT.

• Meningkatkan bayaran balik pembiayaan

Bayaran balik yang diterima daripada peminjam merupakan sebahagian daripada sumber

dana pembiayaan pendidikan yang akan digunakan semula untuk membiayai peminjam

baru dan peminjam sedia ada. Sehubungan itu, prestasi bayaran balik perlu dipantau dan

dipertingkatkan demi kepentingan pendidikan generasi akan datang.

• Memastikan tawaran pertukaran pinjaman sedia ada kepada pembiayaan berkonsepkan

Ujrah diselesaikan pada tahun 2011

Majlis Fatwa Kebangsaan pada 28 Julai 2008 telah bersetuju dengan cadangan PTPTN untuk

melaksanakan pembiayaan pendidikan berlandaskan Syariah melalui kaedah Ujrah (Upah).

Dianggarkan seramai 1.2 juta peminjam sedia ada terlibat dengan pertukaran kepada

kaedah ini.

• Memantapkan semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN

bagi tujuan pendidikan tinggi. Ia akan dapat mengurangkan beban Kerajaan untuk

menyediakan dana pendidikan dan subsidi kos dana pendidikan. Selain itu, kutipan deposit

SSPN juga diguna pakai untuk dana pembiayaan pendidikan.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

79

Rumusan Status Fasa 1

Bagi tahun 2010, pencapaian objektif strategik adalah seperti berikut:

80

• Memastikan semua pelajar yang layak mendapat pembiayaan melalui pemantapan

pengurusan pembiayaan pendidikan

Sebanyak RM3.0 bilion telah berjaya diperoleh sebagaimana yang telah disasarkan iaitu

melalui pembiayaan daripada institusi kewangan.

• Meningkatkan bayaran balik pembiayaan

Sebanyak 81% atau RM638 juta daripada jumlah yang telah disasarkan RM792 juta bagi tahun

2010 telah berjaya dikutip. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15% atau RM85

juta berbanding tahun sebelumnya (2009:RM553 juta).

Antara faktor yang mempengaruhi pencapaian sasaran kutipan ialah:

o sistem pengurusan bayaran balik pinjaman masih dalam proses pemantapan dan

menggunakan sistem sedia ada yang beroperasi secara separa manual;

o penstrukturan semula pembiayaan berdasarkan kaedah Ujrah telah menjurus kepada

kelewatan urusan kutipan balik dan penguatkuasaan kerana ianya melibatkan

penawaran dan penerimaan perjanjian yang baru, penjadualan semula hutang dan

sebagainya;

o gaji peminjam yang tidak setimpal dengan kelayakan mengakibatkan

ketidakmampuan pelajar untuk membayar balik pinjaman; dan

o sikap peminjam yang tidak menghiraukan surat amaran dan notis tuntutan seterusnya

mengakibatkan mereka dikenakan tindakan penguatkuasaan.

• Memastikan tawaran pertukaran pinjaman sedia ada kepada pembiayaan berkonsepkan

Ujrah diselesaikan pada tahun 2011

Penawaran pertukaran kepada pembiayaan Ujrah telah dilaksanakan mulai September

2010 iaitu setelah sistem ELMAS siap dibangunkan. Sistem tersebut telah dibangunkan mulai

Jun 2010. Ini mengakibatkan hanya 62% atau 492,436 daripada 800,000 peminjam yang

disasarkan berjaya ditawarkan pertukaran kepada pembiayaan Ujrah.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

• Memantapkan Semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Kutipan deposit SSPN menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan iaitu 94% (RM95

juta) daripada jumlah yang disasarkan (RM100.8 juta). Walau bagaimanapun, pembukaan

akaun baru hanya mencatatkan pada kadar 70% (74,941 akaun) daripada jumlah yang

disasarkan (107,140 akaun). Sasaran tidak dicapai ekoran daripada kelonggaran syarat wajib

simpanan bagi tujuan permohonan pembiayaan pendidikan pada tahun 2009.

Hanya satu daripada empat objektif strategik telah mencapai sasaran 100% yang ditetapkan iaitu bagi

objektif strategik pertama. Pencapaian objektif strategik yang lain berada pada tahap pencapaian antara

62% hingga 94%.

Tumpuan Fasa 2

Fasa 2 merupakan peringkat peningkatan dan pemerkasaan daripada usaha-usaha yang telah dijalankan

dengan terus memberi fokus kepada tindakan untuk memastikan kelestarian PTPTN. Bagi mencapai maksud

tersebut, antara tindakan utama yang telah dirancang adalah seperti berikut:-

• Melaksanakan semakan dan kawalan jumlah pembiayaan pendidikan dengan:-

o mengurangkan jumlah pembiayaan kepada pelajar yang dimulakan bagi program

Diploma Kejururawatan dan Sains Kesihatan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pelaksanaan kadar baru pinjaman akan bermula pada kemasukan September 2011;

o melaksanakan dasar kelulusan pinjaman atas kadar mampu bayar;

o mengadakan kerjasama dengan badan kebajikan seperti Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM), Baitulmal bagi menyediakan elaun sara hidup kepada pelajar

miskin; dan

o memperkenalkan dan menguruskan kutipan derma secara wakaf daripada individu

dan korporat untuk diagihkan kepada pelajar sebagai pembiayaan tambahan

dalam bentuk dermasiswa di samping pembiayaan pinjaman sedia ada.

• Memantapkan pengurusan bayaran balik pinjaman dengan:

o mempercepatkan pemindahan peranan kutipan bayaran balik pinjaman kepada

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN);

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

81

82

o meningkatkan kesedaran dan menyediakan insentif menarik kepada pelajar untuk

membuat penyelesaian penuh hutang;

o memantapkan lagi aspek penguatkuasaan bayaran balik terhadap peminjam

ingkar; dan

o melantik agensi pemungut hutang bagi mengesan dan mengutip hutang peminjam

yang sudah mendapat penghakiman ingkar.

• Menjadikan SSPN sebagai sumber pembiayaan utama pendidikan anak - anak dengan:-

o menguatkuasakan semula syarat simpanan wajib dalam SSPN bagi melayakkan

anak-anak mereka memohon pembiayaan pendidikan PTPTN; dan

o memberi penjenamaan semula SSPN dengan memperkenalkan produk insurans

pendidikan selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta 566.

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan CAP, tujuh faktor kritikal kejayaan telah dikenal pasti ialah:

• Modal Insan

Modal insan merupakan elemen penting yang menentukan kejayaan sesebuah organisasi.

Oleh itu, strategi sumber manusia yang komprehensif adalah perlu untuk menyokong dan

memastikan kejayaan pelaksanaan strategi-strategi yang dirancang.

Setiap warga kerja juga hendaklah mempunyai ‘minda kelas pertama’ iaitu mempunyai

tahap penguasaan ilmu yang tinggi, bersikap proaktif, memiliki kekayaan moraliti dan

mengamalkan budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang

bersifat holistik. Sikap ini akan mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi yang dapat

menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi.

• Sumber Dana

Sumber dana yang mencukupi akan memastikan objektif yang telah ditetapkan dapat

dicapai dan membolehkan PTPTN berfungsi secara cekap dan berkesan.

• Sistem dan Prosedur Kerja

Sistem dan prosedur kerja perlu sentiasa dikaji semula supaya sesuai dengan perkembangan

semasa. Sistem dan prosedur yang mantap akan dapat meningkatkan tahap kecekapan

warga kerja dan organisasi.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelan Tindakan

• Infrastruktur

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah penyediaan kemudahan yang fungsional dan cost

effective, penggunaan sumber secara optimum, penyelenggaraan dan kenaikan taraf

kemudahan sedia ada termasuk peralatan komputer serta perisian teknologi maklumat dan

komunikasi.

• Penyelidikan

PTPTN dari semasa ke semasa perlu membuat penambahbaikan dari pelbagai aspek

termasuklah produk dan perkhidmatan sedia ada. Penyelidikan yang berterusan akan

membantu PTPTN dalam mengenal pasti permasalahan yang timbul atau mencari kaedah

baru yang akan dapat memperkukuhkan lagi peranan dan fungsi sedia ada.

• Tadbir Urus Terbaik

Tumpuan utama Kerajaan pada masa kini adalah untuk meningkatkan keberkesanan sistem

penyampaian perkhidmatan awam. Pelaksanaan tadbir urus yang terbaik adalah penting

bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dapat dicapai.

• Sokongan dan Kerjasama Pelbagai Pihak

Sokongan dan kerjasama dari stakeholders, agensi-agensi kerajaan atau berkaitan kerajaan

dan pihak swasta adalah amat penting dalam menjayakan strategi yang dirancang.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Memastikan semua pelajar

yang layak, mendapat

pembiayaan melalui

pemantapan pengurusan

pembiayaan pendidikan

Mendapatkan dana melalui

sumber berikut:

• Pembiayaan dari institusi

kewangan.

• Kutipan balik pinjaman

pendidikan.

• Sumbangan dana SSPN.

Jumlah dana yang mencukupi. 2011-2015

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

83

84

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkatkan bayaran

balik pembiayaan

Melaksanakan semakan dan

kawalan jumlah pembiayaan

pendidikan dengan:

• Mengurangkan

jumlah pembiayaan

kepada pelajar yang

dimulakan bagi program

Diploma Kejururawatan

dan Diploma Sains

Kesihatan di Institusi

Pengajian Tinggi Swasta

(IPTS)

• Melaksanakan dasar

kelulusan pinjaman

berasaskan kaedah

mampu bayar

• Mengadakan kerjasama

dengan badan-badan

kebajikan seperti Jabatan

Kebajikan Masyarakat

(JKM), Baitulmal bagi

menyediakan elaun sara

hidup kepada pelajar

miskin

• Memperkenalkan dan

menguruskan kutipan

derma secara wakaf

daripada individu dan

korporat untuk diagihkan

kepada pelajar sebagai

pembiayaan tambahan

dalam bentuk dermasiswa

di samping pembiayaan

pinjaman sedia ada

Mempercepatkan pemindahan

peranan kutipan bayaran balik

pinjaman kepada LHDN

Meningkatkan kesedaran untuk

membayar balik seperti hebahan

melalui media, ceramah,

kerjasama dengan AKPK dan

penggunaan Call Centre

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan % pelajar yang

diluluskan pembiayaan

Peningkatan % bayaran balik

yang diterima

2011-2015

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Membuat tawaran

pertukaran kaedah

pinjaman sedia ada

kepada pembiayaan

berkonsepkan Ujrah

Menjadikan SSPN sebagai

sumber pembiayaan

utama pendidikan anakanak

Mempelbagaikan kaedah /

saluran bayaran balik bagi

memudahkan peminjam

berurusan dengan PTPTN

Memantapkan lagi aspek

penguatkuasaan bayaran

balik terhadap peminjam

ingkar seperti menggunakan

perkhidmatan Agensi Pemungut

Hutang, CCRIS dan Call Centre

Membuat tawaran pertukaran

kaedah pinjaman sedia

ada kepada pembiayaan

berkonsepkan Ujrah kepada

peminjam sedia ada

Melaksanakan semula syarat

simpanan wajib mulai tahun 2011

Meningkatkan pelepasan cukai

daripada RM3,000 kepada

RM6,000

Memantapkan pengurusan SSPN

melalui kaedah online

Mengiklankan SSPN di media

massa

Mempergiatkan promosi

potongan gaji. Melaksanakan

promosi SSPN di 968 buah sekolah

di seluruh Malaysia

Menawarkan produk yang

memberi pulangan semula

Menambah bilangan saluran

simpanan/deposit SSPN

Pemantapan produk melalui

pematuhan Syariah

Peningkatan % tawaran

kepada pembiayaan

berkonsepkan Ujrah

Peningkatan jumlah

pembukaan akaun dan deposit

SSPN

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011

2011-2015

85

PROJEK AGENDA KRITIKAL

MyBrain15

Pengenalan

MyBrain15 adalah salah satu agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan bagi PSPTN. Objektif

MyBrain15 adalah untuk melahirkan bilangan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan setaraf yang

secukupnya sebagai pemacu kepada inovasi yang akan memandu ekonomi negara yang berdaya saing.

MyBrain15 berfungsi sebagai landasan bagi pembentukan massa kritikal dan graduan berpengetahuan tinggi

yang terkenal pada peringkat antarabangsa melalui penciptaan dan inovasi produk dan perkhidmatan

mereka.

Dalam mencapai misi tersebut, Kerajaan menyasarkan seramai 60,000 rakyat Malaysia mempunyai kelayakan

PhD dan setaraf menjelang tahun 2023 serta menetapkan sasaran untuk menambah bilangan penyelidik

kepada nisbah 100 penyelidik, saintis dan jurutera (RSE) bagi 10,000 tenaga kerja. Statistik terakhir sebelum

PSPTN dilaksanakan pada tahun 2008 menunjukkan Malaysia hanya mempunyai 9,153 orang (tidak termasuk

yang berkhidmat di sektor swasta) warganegara yang berkelayakan PhD.

Proses menghasilkan siswazah PhD dalam Fasa 2 bergantung kepada kapasiti institusi pengajian tinggi untuk

menyediakan penyelia yang mencukupi bagi program pascasiswazah secara penyelidikan yang ditawarkan

(dirujuk sebagai Kapasiti Penyeliaan). Manakala analisa data prestasi staf akademik yang di bawah penajaan

KPT menunjukkan proses menghasilkan pelajar PhD dan setaraf memerlukan tempoh masa lazim selama empat

tahun (dirujuk sebagai GOT iaitu Graduate-on-Time). Sehubungan itu, pencapaian inisiatif pembiayaan Skim

Latihan Akademik Bumiputra (SLAB)/ Skim Latihan Akademik Institusi (SLAI)pada Fasa 1 di bawah CAP MyBrain15

yang ditunjukkan melalui Kapasiti Penyeliaan IPT (nisbah bilangan penyelia dan bilangan pelajar) hanya boleh

diukur pada pertengahan Fasa 2, iaitu apabila tamat tempoh GOT pengajian PhD bagi pensyarah IPTA yang

dibiayai.

Dengan menggunakan statistik tahun 2008 sebagai data asas, kerangka MyBrain15 melibatkan inisiatif dan

unjuran jangka panjang yang meliputi tiga fasa PSPTN dan seterusnya tempoh awal Fasa 4 (sehingga tahun

2023).

86

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Tahun

2023

Fasa 4

2020

Fasa 3

2015

Fasa 2

2010

Fasa 1

2008

Rumusan Status Fasa 1

KERANGKA MyBrain15

48000 RMKe-12

GOT:80%

-MyBrain 15

-SLAB

-SLAI

40320

18590

GOT:80%

60000

50400

19800

16800

Program MyBrain15 dalam Fasa 1 memfokuskan kepada peningkatan IPTA melalui peningkatan bilangan

pensyarah berkelayakan PhD dan setaraf di IPTA. Keberhasilan Fasa 1 boleh dirumuskan dengan

membandingkannya dengan pencapaian sebelum PSPTN dilancarkan iaitu dengan menggunakan

perangkaan pada tahun 2008 seperti jadual-jadual di bawah:

Tahun

2006

2010

934

840

GOT:80%

23238

13574

9616

7053

PERATUS PENSYARAH BERKELAYAKAN PhD

RMKe-11

-MyBrain 15

-SLAB

-SLAI

RMKe-10

-MyBrain 15

-SLAB

-SLAI

RMKe-9

-Bajet Mini

-SLAB

-SLAI

Graduat Enrolmen Bil. Staff Nisbah Inisiatif Pembiayaan

PhD Akademik Penyelia

dengan

PhD

Pelajar

Bilangan Pensyarah

Berkelayakan

PhD & Setaraf

7,053

9,619

1:3

1:2.4

1:1.7

Bilangan

Pensyarah

18,810

20,341

Peratus (%)

37.50

47.29

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

87

88

NISBAH PENSYARAH BERKELAYAKAN PhD BERBANDING ENROLMEN PELAJAR

Untuk mencapai sasaran MyBrain15, antara inisiatif yang diambil dalam Fasa 1 pelaksanaan adalah

meningkatkan penajaan pada peringkat PhD dan setaraf dalam kalangan pensyarah IPTA seperti berikut:

• Menaja 3,333 orang kakitangan akademik IPTA pada peringkat Ijazah Sarjana.

• Menaja 6,193 orang kakitangan akademik IPTA pada peringkat PhD dan setaraf.

Walau bagaimanapun, peningkatan pensyarah IPTA berkelayakan PhD dan setaraf tidak boleh diukur dalam

Fasa 1 kerana secara puratanya ia mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk mendapatkan

hasilnya dan ruang lingkup penilaian bagi pencapaian ini masih lagi tertumpu di IPTA sahaja sama ada dari

segi bekalan pelajar mahupun permintaan.

Antara isu-isu MyBrain15 yang telah dikenal pasti dalam pelaksanaan pelan tindakan Fasa 1 adalah seperti

berikut:

Tumpuan Fasa 2

Tahun

2006

2010

• kekurangan pensyarah berkelayakan PhD dan setaraf yang menjadi syarat minima untuk

menyelia pelajar PhD dan setaraf;

• kekurangan peruntukan bagi pembiayaan pengajian Ijazah Doktor Falsafah; dan

• tempoh pengajian yang diambil oleh pelajar ijazah Doktor Falsafah melebihi tempoh lazim

GOT empat tahun.

Bilangan Pensyarah

Berkelayakan

PhD & Setaraf

7,053

9,619

Bilangan

Enrolmen

Pelajar

Jika dalam Fasa 1 yang hanya menumpukan kepada meletakkan asas keupayaan IPTA, Fasa 2 pula akan

9,612

23,238

memperluaskan tumpuan kepada aspek pemerkasaan seperti berikut:

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Nisbah

1:1.7

1:2.4

• Meningkatkan keupayaan penyeliaan bagi program pengajian pascasiswazah secara

penyelidikan di IPTA dan IPTS dengan peningkatan bilangan pensyarah berkelayakan PhD

dan setaraf.

• Merangsang permintaan untuk pengajian pascasiswazah secara penyelidikan dengan

menyediakan insentif untuk penyertaan lebih meluas dari semua sektor selain sektor awam,

iaitu pekerja-pekerja sektor swasta dan orang awam. Perluasan ini bermakna skop penyelidikan

ijazah Doktor Falsafah bukan hanya tertumpu di IPT yang melibatkan penyelia akademik,

tetapi juga di industri yang melibatkan penyelia industri.

• Memastikan pelajar ijazah Doktor Falsafah yang diberi pembiayaan bergraduat dalam

tempoh yang ditetapkan (GOT).

Pencapaian Fasa 2 akan diukur melalui kaedah berikut:

• Pengiraan nisbah pensyarah IPTA berkelayakan PhD dan setaraf selaku penyelia berbanding

bilangan enrolmen pelajar ijazah Doktor Falsafah di IPTA.

• Peningkatan peratus pensyarah IPTA yang berkelayakan PhD dan setaraf, iaitu bagi UP

adalah 75% dan selain UP adalah 60%.

• Peningkatan warganegara yang berkelayakan PhD dan setaraf.

• Peningkatan kadar kejayaan pelajar PhD dan setaraf yang menamatkan pengajian dalam

tempoh lazim yang sepatutnya (GOT).

Sehubungan itu, antara inisiatif yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan bilangan pensyarah IPTA yang

berkelayakan PhD dan setaraf adalah pembiayaan pengajian pascasiswazah di bawah program SLAB/SLAI

seramai 9,816 orang.

Manakala inisiatif yang akan dilaksanakan bagi mencapai peningkatan enrolmen pelajar ijazah Doktor

Falsafah dan warganegara yang berkelayakan PhD dan setaraf adalah melalui:

• Pembiayaan pengajian Ijazah Sarjana di bawah program MyMaster seramai 40,000 orang.

• Pembiayaan pengajian PhD dan setaraf di bawah program MyPhD seramai 5,000 orang.

Seterusnya, inisiatif yang akan dijalankan dalam meningkatkan penyertaan industri dan institusi penyelidikan

di luar Kementerian Pengajian Tinggi adalah pembiayaan pengajian PhD dan setaraf di bawah program PhD

Industri seramai 500 orang.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

89

Walau bagaimanapun, kejayaan kepada program pembiayaan ini hanya dapat dinilai dalam tempoh Fasa 3

kerana tempoh untuk melahirkan graduan PhD dan setaraf memerlukan tempoh sekurang-kurangnya empat

tahun. Namun begitu, beberapa faktor kritikal yang perlu diambil kira oleh Pasukan Projek CAP lain bagi

menjamin kejayaan pelaksanaan Fasa 2 adalah seperti berikut:

90

• Menyediakan geran penyelidikan dan kemudahan pengajian pada peringkat pasca

siswazah yang mencukupi.

• Memastikan pelajar bergraduat pada tempoh yang sepatutnya.

• Memastikan penyelia yang dipilih mempunyai kepakaran serta kemahiran yang bersesuaian

dan mencukupi.

Bagi memastikan kejayaan MyBrain15, semua pihak khususnya institusi pengajian tinggi perlu merealisasikan

inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan dan juga mengambil langkah-langkah yang konkrit untuk memastikan

faktor-faktor kritikal kejayaannya diperhalusi dan dijadikan sebagai indikator pencapaian yang utama.

Cadangan penunjuk prestasi utama (KPI) bagi Fasa 2 dan Fasa 3 adalah:

Pelan Tindakan

• Enrolmen pelajar PhD di IPT.

• Peratus pelajar PhD dan setaraf yang bergraduat dalam tempoh yang sepatutnya.

• Peratus pensyarah berkelayakan PhD dan setaraf di UP dan bukan UP.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Memperluaskan peluang

pembiayaan kepada

orang awam dan industri

Pelajar bergraduat dalam

tempoh yang sepatutnya

(tidak melebihi empat

tahun)

Peningkatan pensyarah

berkelayakan PhD dan

setaraf

Pembiayaan melalui program;

• MyMaster

• MyPhD; dan

• PhD Industri

Memastikan pelajar

menamatkan pengajian dengan

jayanya dalam tempoh yang

sepatutnya

Menaja pensyarah melalui

program SLAB/SLAI

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Penajaan seramai:

• 40,000 orang

• 5,000 orang

• 500 orang

Proses pemantauan bagi

pelajar pasca siswazah

Penajaan seramai 9,816 orang

2011 – 2015

2011 – 2015

2011 - 2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PROGRAM PEMACUAN KE ARAH KECEMERLANGAN (Apex)

Pengenalan

Di bawah Pelan Tindakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara ( PSPTN) Fasa 1, salah satu projek berprofil

tinggi bagi memperkasakan pengajian tinggi di persada dunia ialah pembabitan universiti awam dalam

program Apex, yang dikenali sebagai Universiti Apex. Universiti Apex akan bertindak sebagai faktor pemangkin

untuk mencetuskan rangsangan supaya seluruh sistem pengajian tinggi bergerak ke arah kecemerlangan.

Institusi yang dipilih untuk melaksanakan program ini akan menjadi model kepada institusi lain dalam

menentukan tanda aras pencapaian dan menggunakan amalan-amalan terbaik universiti tersebut.

Pada 3 September 2008, setelah menilai Kertas-Kertas Cadangan yang dikemukakan oleh sembilan buah

Institusi Pengajian Tinggi yang berminat melaksanakan program Apex, Jawatankuasa telah memperakukan

cadangan dari USM untuk melaksanakan program ini. USM dipilih kerana ia menepati tiga kriteria yang

ditetapkan iaitu:

• Kebersediaan (state of readiness) sesebuah institusi untuk menjalankan lonjakan ke arah

kecemerlangan;

• Mempunyai Pelan Transformasi untuk merancang dan menentukan masa hadapannya

supaya dapat bersaing dan berada di tangga terbaik dunia; dan

• Kebersediaan untuk berubah (preparedness for change) dalam penentuan arah dan

perancangan yang strategik, menggunakan pendekatan pembangunan secara luar biasa

serta memerlukan institusi mencari dan mengenal pasti cara baru untuk memacu pertumbuhan

yang cepat dalam keadaan luar biasa.

Bagi melaksanakan program Apex, fleksibiliti perlu diberikan kepada USM supaya ia dapat bergerak dengan

pantas dalam membuat sesuatu keputusan. Tindakan untuk memberikan autonomi dari segi Institusi Governan,

Kewangan dan Penjanaan Kekayaan, Sumber Manusia, dan Pengurusan Akademik dan Kemasukan Pelajar

kepada USM sedang diusahakan.

Misi utama USM dalam mengendalikan program Apex ialah sebagai universiti perintis, intensif penyelidikan

rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi

mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka selaras dengan wawasan USM untuk Transformasi

Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

91

Rumusan Status Fasa 1

Berdasarkan wawasan tersebut, objektif strategik yang memberi penekanan bagi mencapai matlamat

Transformasi Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok adalah seperti berikut:

92

• Menggerakkan USM ke arah Universiti Penyelidikan Bertaraf Dunia dengan memberi

penekanan kepada bidang penyelidikan yang menggalakkan kelestarian (World Class

Research university with emphasis on sustainability). Pencapaian di bawah objektif strategik ini

ialah:

o pewujudan empat inisiatif Penyelidikan Termaju (Advanced Research Initiative, ARI )

yang memberi impak kepada masyarakat sejagat. Inisiatif tersebut ialah:

* Institute for Research in Molecular Medicine (INFORMM)

* Centre for Drug Research (CDR)

* National Advance IPV6 Centre

* Enteric Diseases Research Cluster : “Molecular Approaches to Fundamental

Studies on Biomarkers and Development of Sustainable Rapid Nano-

biodiagnostics to Enteric Deseases for Low Resources Settings.”

o membangunkan tiga makmal yang diakreditasi oleh badan antarabangsa;

* Doping Control Centre

* Advanced Diagnostic Laboratory

* CAL25 Calibration Laboratory, Health Campus

o mempergiatkan kualiti penerbitan Pusat Pengajian melalui peratusan staf yang

mencapai sekurang-kurangnya 100 citation. Peratusan staf yang mencapai sasaran

tersebut bagi tahun 2010 ialah 6.63%; dan

o penubuhan knowledge-based companies untuk mempergiatkan inovasi dan

kreativiti. Syarikat-syarikat tersebut adalah seperti :

* Advance Nanocarbon Sdn. Bhd.;

* IP Centric Solution Sdn. Bhd.;

* LignoBase Sdn. Bhd.; dan

* MyTenna Sdn. Bhd.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Sebanyak tujuh buah syarikat sedang menunggu kelulusan dari USM

Commercialization Approval Committee (CAC).

• Melonjakkan USM sebagai universiti tersohor bertaraf antarabangsa yang mengamalkan

konsep kelestarian (world renowned universiti for sustainability). Bagi tahun 2010, sebanyak

44 program berkaitan lestari di dalam konteks pengajaran, pembelajaran, penyelidikan,

jaringan komuniti dan Kampus Sejahtera telah dilaksanakan. Indikator kelestarian juga telah

dibangunkan dan sebagai permulaan indikator tersebut akan digunakan untuk mengaudit

amalan lestari yang dipraktikkan oleh 20 pusat tanggungjawab di ketiga-tiga kampus USM.

• USM sebagai universiti terkemuka dan peneraju aktiviti kemasyarakatan di Asia-Pasifik

(Leader in Community Engagement in the Asia-Pacific Region). Sebanyak tiga aktiviti utama

telah dijalankan iaitu:

o Projek jaringan komuniti yang tertumpu kepada keterangkuman dengan menangani

isu yang melibatkan golongan tersisih masyarakat tempatan, sejajar dengan aspirasi

Model Baharu Ekonomi (NEM).

o Menubuhkan sekretariat University-Community Engagement Champion (UCEC).

o Menggalakkan penyertaan industri dalam aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh USM.

Jaringan ALUMNI USM turut bersama menjayakan aktiviti komuniti.

Usaha telah dibuat oleh USM untuk menjalin kerjasama dengan institusi tempatan dan antarabangsa

untuk memperjuangkan nasib golongan terkebawah. Pada tahun 2010, jalinan kerjasama telah

diadakan dengan 14 IPTA seperti berikut:

* Universiti Malaysia Kelantan

* Universiti Malaysia Pahang

* Universiti Malaysia Perlis

* Universiti Malaysia Sabah

* Universiti Malaysia Sarawak

* Universiti Malaysia Terengganu

* Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

93

94

* Universiti Putra Malaysia

* Universiti Sains Islam Malaysia

* Universiti Sultan Zainal Abidin

* Universiti Teknikal Malaysia Melaka

* Universiti Teknologi Malaysia

* Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

* Universiti Utara Malaysia

• Mentransformasikan tadbir urus institusi melalui Change Management of Resources, Talent

and Governance of USM. Di antara tindakan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

o Menyusun semula fungsi organisasinya dan telah mendrafkan Perlembagaan khusus

untuk Apex bagi membolehkannya bergerak pantas.

o Mempertingkatkan bakat pelajar dengan memperkenalkan program Continuous

Student Development atau MyCSD. Sehingga tahun 2010, sebanyak 57% pelajar

telah menyertai program tersebut.

o Memperkenalkan inisiatif baru dalam meningkatkan kualiti bakat staf. Walaupun

sebanyak lapan program telah dibangunkan pada tahun 2010 untuk

mempertingkatkan kualiti bakat staf, hanya lima program berjaya diimplementasikan

iaitu:

* Pelantikan Post Doctoral Fellow

* Pencarian (Head Hunting) untuk Staf Akademik

* Pelantikan Pensyarah Pelawat

* Pelantikan Panel Penilai

* Memperkenalkan skim saraan baru untuk Profesor Ulung

o Nurturing and Grooming Talents – lima inisiatif baru telah dilaksanakan untuk

memperkasa bakat staf iaitu:

* Melantik ahli bukan akademik ke jawatan Akademik dan

penambahbaikan Cuti Sabatikal.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

* Program Kepimpinan Apex

* Memperkenalkan kriteria pelantikan baru dan insentif untuk Dekan

dan Pengarah Pusat Kecemerlangan

* Menambah baik Pengurusan Pengambilan Pelajar

* Memperkenalkan Sistem Pengurusan Modal Insan (Human Capital

Management System - HCMS)

o Meningkatkan Sumber Kewangan Universiti - USM dapat menjana kewangan

berbanding grant-in-aid sebanyak 22%. Kewangan dijana melalui yuran pengajian,

kerja-kerja perundingan, aktiviti pengkomersilan, projek-projek penyelidikan dan lain-

lain.

o Nurturing and Learning - USM memperkenalkan inisiatif baru dalam tahun 2010 iaitu

penubuhan Parlimen Mahasiswa USM dan Student Entrepreneurial Development

Initiatives Agenda (SEDIA) untuk mendidik dan menggalakkan mahasiswa

berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Dalam melaksanakan program Apex, cabaran untuk terus bergerak pantas agak terbatas kerana proses untuk

mendapatkan autonomi memakan masa kerana ianya melibatkan pemakaian Akta-akta dan Peraturan

yang memerlukan antara lainnya penurunan kuasa, pewujudan sistem akauntabiliti yang kukuh, dan juga

perkara-perkara yang melibatkan skim perkhidmatan.

Tumpuan Fasa 2

Di bawah program Apex, USM diberi tempoh selama lima tahun (2008 – 2013) untuk menunjukkan lonjakan

hasil pencapaiannya berdasarkan pelan transformasinya seperti yang terkandung dalam cadangannya iaitu

Transformasi Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok.

Hasil lonjakan transformasi yang dilaksanakan melalui Apex dijangka mempengaruhi kedudukannya sebagai

sebuah institusi pendidikan tinggi yang relevant, referred and respected dengan memberi penekanan

kepada bidang penyelidikan yang menggalakkan kelestarian (World Class Research university with emphasis

on sustainability).

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

95

Bagi tujuan tersebut, maka fokus dan hala tuju Apex untuk Fasa 2 adalah untuk memperkasa dan

meningkatkan pencapaian Apex dan seterusnya membawa kepada kecemerlangan pengajian tinggi

secara keseluruhannya. Berdasarkan kepada aspirasi tersebut maka penekanan yang diberikan pada Fasa 2

adalah untuk memperhalusi dan memperkukuhkan asas Apex melalui objektif strategik yang digariskan untuk

memperkukuh dan mempergiatkan lagi penyampaian kecemerlangan. Penambahan aktiviti baru yang

mempunyai sasaran dan impak yang lebih berkesan akan mengukuhkan inisiatif dan peningkatan dalam

penyampaian kecemerlangan (delivering excellence).

Pemerkasaan inisiatif akan menghasilkan output terukur dan tidak terukur (Key Performance Indicator- KPI;

dan Key Intangible Performance- KIP) yang selari dengan tujuh teras strategik PSPTN dan Model Baharu

Ekonomi dalam keterangkuman, kelestarian dan masyarakat berkeupayaan tinggi (keberhasilan ini akan

didokumentasikan melalui penerbitan buku Apex USM 2011)

Antara faktor yang kritikal dalam menjayakan Fasa 2 ini adalah:

Pelan Tindakan

96

• tenaga akademik dan pentadbiran berminda inovatif;

• infrastruktur dan prasarana yang “up-to-date”;

• autonomi dan sistem tadbir urus yang cekap yang membolehkan USM bergerak pantas; dan

• kepimpinan pengurusan yang berasaskan transformasi dan pemikiran luar kotak.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Bergerak ke arah universiti

penyelidikan bertaraf dunia

yang menitikberatkan

kelestarian

Rasional:

Wujud keperluan untuk

memperkasakan pasukan

penyelidik dengan konsep

kerja berpasukan baru

yang untuk menghasilkan

output penyelidikan

bertaraf antarabangsa

(a1) Membangunkan inisiatif

penyelidikan transdisiplin yang

menangani dan menyelesaikan

masalah; untuk mengurangkan

ketaksamaan dan meningkatkan

kualiti hidup

(a2) Memperkasakan lagi inisiatif

penyelidikan termaju (Advanced

Research Initiative – ARI). Guna

Kerangka Kecemerlangan

Universiti UK

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan bilangan ARI

Peningkatan bilangan ARI yang

mencapai status tiga Bintang

ke atas

2011-2013

2011-2013

Ke arah universiti lestari

yang terkenal di dunia

Rasional:

Menitikberatkan

kesejahteraan

sosioekonomi golongan

terpinggir berasaskan

prinsip-prinsip

pembangunan lestari

Menjadi pemimpin aktiviti

kemasyarakatan di rantau

asia-pasifik

Rasional:

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Untuk menangani isu-isu

ekonomi, sosiobudaya,

pendidikan, kesihatan

dan persekitaran yang

dialami golongan

terkebawah ( ‘Bottom

Billions’) dan seterusnya

membudayakan idea

kelestarian

(b) Menubuhkan makmalmakmal

yang diakreditasi/

diiktiraf oleh badan-badan

antarabangsa

(c) Meningkatkan kualiti

penerbitan fakulti

(d) Meningkatkan aktiviti

pengkomersilan

(a) Pengantarabangsaan sistem

indikator tentang kelestarian

USM – Alternative University

Appraisal (AUA)

(b) Mengukur kelestarian kampus

(c) Membudayakan program

kelestarian pada peringkat

pusat pengajian / pusat

kecemerlangan

(termasuk penerapan KPI)

(d) Membina jaringan kerjasama

untuk kelestarian

(e) Memperkenalkan kursus wajib

universiti tentang kelestarian

(a) Melaksanakan projek

kemasyarakatan yang bertujuan

ke arah keterangkuman dan

menangani isu-isu yang dihadapi

oleh golongan tertindas dan

terasing, khususnya mereka

dalam masyarakat setempat

(selaras dengan MBE)

(b Membentuk sekretariat

UCEC (University -Community

Engagement Champion)

Peningkatan bilangan makmal

yang diakreditasikan/diiktiraf

Peningkatan peratusan staf

yang mencapai sekurangkurangnya

100 citation

Peningkatan bilangan syarikat

berasaskan pengetahuan yang

ditubuhkan

Satu sistem petunjuk tentang

kelestarian

Peningkatan bilangan PTJ yang

telah diaudit

Peningkatan bilangan program

kelestarian di USM yang

merangkumi pengajaran,

penyelidikan dan penglibatan

masyarakat serta kampus

sejahtera

Peningkatan bilangan program

jaringan

Pengenalan kursus universiti

Peningkatan bilangan projek

komuniti yang unggul dalam

setahun

(i) Satu persidangan

yang dianjurkan berkaitan

Penglibatan Komuniti Universiti

dalam Aktiviti Kemasyarakatan

yang diadakan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

97

98

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Pengurusan perubahan

bagi sumber,

pengubahsuaian

pengurusan sumber, bakat

dan tadbir urus USM

Rasional:

Pengurusan perubahan

sebagai pembudayaan

dalaman yang

merangkumi ekosistem

universiti yang menyokong

objektif strategi yang lain

(c) Menggalakkan penglibatan

industri dalam projek

kemasyarakatan dalam komuniti

setempat, termasuk yang

melibatkan jaringan Alumni

(a) Program Universiti dalam

Tadbir Urus

(b) Program Universiti dalam

Kesejahteraan

(c) Mempertingkat Bakat Pelajar

(d) Memperkenalkan inisiatifinisiatif

baru dalam meningkatkan

kualiti staf

(e) Mencungkil dan memperkasa

bakat – memperkenalkan inisiatif

baru

(f) Meningkatkan sumber

kewangan universiti

(g) Pengasuhan dan

pembelajaran – memperkenalkan

inisiatif baru dalam pengasuhan

dan pembelajaran

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

(ii) Peningkatan bilangan

institusi baru yang sehaluan

dalam penglibatan masyarakat

melalui UCEC

Peningkatan bilangan

syarikat yang menaja projek

kemasyarakatan

Peningkatan bilangan inisiatif

baru dalam universiti

Peningkatan bilangan inisiatif

baru

(i) Peningkatan peratus

penglibatan di kalangan

pelajar prasiswazah sepenuh

masa dalam program

pembangunan pelajar seperti

MyCSD

(ii) Peningkatan peratus

penglibatan di kalangan

pelajar pascasiswazah

sepenuh masa dalam program

pembangunan pelajar seperti

MyCPD

(iii) Peningkatan peratus pelajar

pra dan pasca yang terlibat

dalam aktiviti-aktiviti peringkat

antarabangsa

Peningkatan bilangan inisiatif

baru dalam meningkatkan

kualiti staf

Peningkatan bilangan inisiatif

baru dalam mengekalkan dan

memperkasa bakat-bakat

Peningkatan pendapatan

bersih yang dijana berbanding

geran kerajaan yang diterima

(operasi)

Peningkatan bilangan inisiatif

baru dalam pengasuhan dan

pembelajaran dalam universiti

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

2011 – 2013

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

PROJEK AGENDA KRITIKAL

e-PEMBELAJARAN

Pendahuluan

(h) Mempromosi, memasarkan

dan menentukan kedudukan

utama projek-projek/programprogram

unggul

(i) Peningkatan bilangan projek

unggul yang tidak merangkumi

ARI

(ii) Peningkatan bilangan projek

unggul dengan kedudukan

antarabangsa

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011 – 2013

2011 – 2013

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat membolehkan pembelajaran dan pengajaran

dibuat melalui penggunaan rangkaian yang mampu menghubungkan guru dengan pelajar, pelajar dengan

pelajar dan pelajar dengan bahan web global secara dalam talian. Penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran atau lebih khususnya e-Pembelajaran

menjadikan pelajar lebih aktif dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Konsep pembelajaran

sedemikian yang tertumpukan pelajar melalui teknologi e-Pembelajaran dijangka melahirkan siswazah yang

lebih bertanggungjawab, bebas dan berdikari serta boleh bersaing di persada antarabangsa.

Dalam mengharungi arus transformasi pendidikan ini, salah satu inisiatif awal Projek Agenda Kritikal (CAP)

e-Pembelajaran ialah menggubal Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) untuk menyediakan satu

kerangka e-Pembelajaran berkualiti yang sesuai dengan konsep 1Malaysia dan Model Baharu Ekonomi.

Dasar e-Pembelajaran ini juga mendukung intipati strategik Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan

Agenda Inovasi Malaysia (AIM). Salah satu daripada lima teras strategik yang digariskan dalam RMKe-10

ialah membangun modal insan bertaraf dunia dengan memberi tumpuan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama

Nasional (NKEA) terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta perkhidmatan

pendidikan.

Dasar e-Pembelajaran IPT digubal oleh Pasukan Projek CAP e-Pembelajaran bertujuan untuk menyediakan

pendidikan yang berkualiti pada semua peringkat IPT serta memberi akses yang saksama dan adil kepada

rakyat jelata. Ini adalah selari dengan keperluan bidang kritikal e-pendidikan yang dikemukakan oleh National

99

IT Council (NITC, 2010). Dasar dan kerangka e-Pembelajaran telah juga mengambil perhatian dan keperluan

Program Transformasi Ekonomi (ETP) di mana lebih 60% dari Entry Point Project (EPP) menggunakan teknologi

komunikasi dan maklumat. Keperluan ini lebih ketara akibat proses globalisasi yang dibawa oleh teknologi

komunikasi dan Internet terkini.

e-Pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan dan ini dapat diterjemahkan kepada beberapa objektif

seperti berikut:

Rumusan Fasa 1

100

• Membangunkan satu repositori dan direktori bahan pembelajaran digital yang boleh diguna

pakai oleh semua IPT sekali gus membangunkan budaya berkongsi sumber e-Pembelajaran

dan e-Kandungan;

• Membudayakan e-Pembelajaran di IPT untuk membina komuniti pengamal e-Pembelajaran

dan penjana e-Kandungan tulen;

• Menyediakan infrastruktur yang sesuai dan mesra e-Pembelajaran;

• Menghasilkan pelbagai e-Kandungan bagi mengukuh pembelajaran dan instruksi;

• Meningkatkan kemahiran staf, pelajar dan pihak berkepentingan melalui e-Pembelajaran;

dan

• Menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan dalam pedagogi dan teknologi

e-Pembelajaran.

• Memandangkan fokus PSPTN kepada agenda e-Pembelajaran hanya bermula pada awal

tahun 2010, bidang tumpuan pada Fasa 1 adalah untuk:

o menentukan tahap atau status penggunaan e-Pembelajaran di IPTA, PTS, Politeknik

dan Kolej Komuniti;

o menentukan status infrastruktur untuk menyokong dan memudahkan pelaksanaan

pedagogi dan teknologi e-Pembelajaran dijayakan;

o membentuk kerangka e-Pembelajaran nasional dengan sasaran yang jelas dan

boleh dicapai; dan

o menentukan strategi, pelan tindakan dan KPI untuk e-Pembelajaran bagi jangka

masa 2011-2015 iaitu Fasa 2 PSPTN.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Inisiatif e-Pembelajaran dalam Fasa 1 pada keseluruhannya telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Status penggunaan e-Pembelajaran dan kedudukan prasarana untuk pengajian tinggi juga telah ditentukan.

Dasar e-Pembelajaran telah selesai digubal dan dipersetujui oleh pemegang taruh dan melalui dasar ini, satu

kerangka dan sasaran mengikut fasa telah dibangunkan untuk tempoh 2011-2015.

Tumpuan Fasa 2

Dalam Fasa 2, Pasukan Projek CAP e-Pembelajaran menumpukan kepada pelaksanaan Dasar e-Pembelajaran

dan penetapan sasaran dalam Fasa Permulaan (2011-2012), Fasa Pengisian (2013-2014) dan Fasa Optimum

(2015) e-Pembelajaran. Selain itu, Fasa 2 juga memfokuskan kepada penerapan e-Kandungan dalam

Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) di samping pembangunan dan perkongsian repositori dan direktori

bahan pembelajaran digital untuk kegunaan dan rujukan. Bagi merealisasikan hasrat ini, Dasar e-Pembelajaran

Negara (DePAN)telah dilancarkan oleh YB. Menteri Pengajian Tinggi pada 16 April 2011.

Keberhasilan e-Pembelajaran dalam Fasa Optimum (2015) dibahagikan kepada lima tonggak seperti berikut:

• Infrastruktur: IPT mempunyai jalur lebar berkelajuan tinggi; menubuhkan unit helpdesk/khidmat

sokongan atau koordinator dan menyediakan pelantar e-Pembelajaran dan peralatan ICT.

• Struktur organisasi: IPT mempunyai visi dan misi untuk mengintegrasikan e-Pembelajaran dalam

pembelajaran dan pengajaran; menubuhkan satu pasukan e-Pembelajaran; membina polisi

e-Pembelajaran dan menubuhkan unit e-Pembelajaran serta menyelaraskan aktiviti

e-Pembelajaran dengan kerjasama Pusat ICT.

• Perkembangan Profesional: Staf dan pelajar mempunyai pengetahuan dalam pedagogi serta

mengamalkan e-Pembelajaran; kemahiran dalam teknologi dan literasi maklumat telah

dikuasai oleh staf dan pelajar IPT; dan staf, pelajar dan stakeholders IPT mempunyai sikap

yang positif terhadap e-Pembelajaran.

• Kurikulum dan e-Kandungan: Mempunyai kurikulum kursus dalam mod blended; 50%

e-Kandungan asli dapat dibangunkan; melaksanakan aktiviti e-Penaksiran; dan pewujudan

standard atau piawai e-Pembelajaran boleh diguna pakai di semua IPT.

• Pembudayaan: Staf dan pelajar menggunakan e-Pembelajaran secara meluas; IPT menyebar

dan berkongsi amalan terbaik dalam e-Pembelajaran serta memberi pengiktirafan nasional.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

101

Dasar e-Pembelajaran dan kerangka yang telah disediakan hanya akan dapat tercapai dengan wujudnya

faktor-faktor kejayaan kritikal seperti berikut:

Pelan Tindakan

102

• Sokongan padu dari Ketua Institusi dan pengurusan atasan sangat penting.

• Penerimaan oleh masyarakat akademik bahawa e-Pembelajaran akan menambah baik

proses pembelajaran dan pengajaran sangat penting, kerana hanya dengan buy-in

pemegang taruh golongan ini, e-Pembelajaran dapat disemarakkan.

• Semua staf yang terlibat dalam pembelajaran dan pengajaran mesti dilatih untuk benar-

benar memahami kelebihan e-Pembelajaran serta mempunyai cukup kemahiran untuk

membangun dan menggunakan e-Kandungan dalam pedagogi.

• e-Kandungan telah dibangunkan secara sistematik dan menepati piawai yang ditentukan

memandangkan hal ini penting dalam menjamin kualiti e-Pembelajaran.

• Prasarana yang membolehkan penggunaan e-Kandungan serta mesra pelajar dan ahli

akademik.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Mengukuh strategi

e-Pembelajaran dalam

proses Pembelajaran &

Pengajaran

Meningkatkan infrastruktur

e-Pembelajaran

Menentukan struktur organisasi

e-Pembelajaran

Menyediakan program latihan

untuk perkembangan profesional

Menentukan kurikulum dan

e-Kandungan

Membudayakan e-Pembelajaran

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Dasar e-Pembelajaran Negara

(DePaN) disediakan dan

dilancarkan

Dasar dan pelan tindakan

e-Pembelajaran disediakan

pada peringkat IPT

Peningkatan bilangan peserta

yang menghadiri kursus

Peningkatan bilangan kurikulum

kursus dalam mod blended dan

e-Kandungan yang disediakan

dan dimuat turun dalam

Learning Management System

(LMS)

Peningkatan penggunaan

e-Pembelajaran

Perwujudan instrumen

pemberian insentif dan

pengiktirafan ke atas

penggunaan e-Pembelajaran

2011

2011

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

SISTEM PENYAMPAIAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)

Pengenalan

CAP Sistem Penyampaian KPT diwujudkan untuk merancang strategi dan melaksanakan inisiatif di bawah

Teras Ke-7 PSPTN untuk KPT bertindak sebagai pemudah cara ke arah memperkasakan pengajian tinggi

negara dan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa menjelang

tahun 2020.

Justeru, untuk merealisasikan matlamat tersebut, Sistem Penyampaian KPT perlu bersifat proaktif dan responsif

dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap, berkesan dan efisien serta memenuhi kehendak

pelanggan dan stakeholders melalui aspek tadbir urus terbaik, budaya kerja cemerlang, sumber kewangan

yang mencukupi, sumber manusia yang kompeten dan infrastruktur yang lengkap.

Rumusan Status Fasa 1

Secara keseluruhannya bagi Fasa 1- Peletakan Asas (2007-2010) Sistem Penyampaian KPT telah melalui proses

transformasi dengan peningkatan dan penambahbaikan mutu perkhidmatan. Antara pencapaian CAP

pada Fasa 1 adalah seperti berikut:

Tadbir Urus

• Pada tahun 2010, KPT telah memperoleh penarafan Lima Bintang dalam Penilaian Sistem Star

Rating (SSR) MAMPU dengan prestasi cemerlang berbanding dengan tahun 2007 (penarafan

Empat Bintang) dan tahun 2008 (penarafan Tiga Bintang) dan berada di tangga ketiga

daripada 27 Kementerian yang dinilai pada tahun berkenaan.

• Bagi tempoh 2007-2010, Indeks Kualiti Perkhidmatan (Quality Service Index) Kementerian telah

meningkat ke tahap cemerlang dengan pencapaian 90% pada tahun 2008, 94% pada tahun

2009 dan 99.8 % pada tahun 2010.

• KPT telah memperolehi pengiktirafan Pensijilan Semula MS ISO 9001: 2008 pada tahun 2010.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

103

104

Budaya

• Budaya Kerja Cemerlang sentiasa diterapkan melalui program-program Islam Hadhari, aktiviti

sosial dan kebajikan, Amalan 5S dan pematuhan kepada Pelan Integriti KPT yang dibangunkan

di samping Kod Etika Kerja dan Lima Nilai Teras Budaya Korporat KPT yang diperteguhkan

dari semasa ke semasa seperti professionalisme, bekerja sebagai satu pasukan, berintegriti,

berorientasikan pelanggan dan warga.

• Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) yang mengukur keberkesanan program pembaharuan

Kewangan

perkhidmatan awam dari aspek pengamalan nilai-nilai murni di bawah KPT menunjukkan

tahap Indeks Komposit KPT bagi tahun 2010 iaitu 73.9 yang memerlukan penambahbaikan

melalui program yang lebih mantap dan pemantauan yang berterusan.

• Indeks Akauntabiliti (IA) yang dinilai oleh Jabatan Audit Negara melalui pengukuran

pematuhan kepada peraturan dan prosedur kewangan, KPT mencapai tahap Tiga Bintang

dengan tahap tertinggi Empat Bintang pada tahun 2008 dan 2009. Sasaran pada tahun 2010

ialah tahap tertinggi iaitu Empat Bintang.

• Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan Sektor Awam (AKPK) yang disertai buat pertama kali

oleh KPT telah mendapat tempat kedua pada tahun 2008. Anugerah tersebut tidak diadakan

pada tahun 2009.

• Sistem e-SPKB dan ePerolehan telah dilaksanakan secara meluas sehingga mencapai

matlamat sekurang-kurangnya 70% jumlah perolehan dan dilaksanakan di hampir

keseluruhan PTJ yang bernaung di bawah KPT. Pelaksanaan yang aktif KPT dalam ePerolehan

telah menerima penghargaan dan sijil oleh Commerce Dot Com pada tahun 2011 sebagai

pengguna paling aktif.

Sumber Manusia

• Sumber manusia yang kompeten dan memenuhi kriteria serta ciri kepimpinan dibangunkan

melalui Pelan Operasi Latihan KPT dan Program-program Sahsiah yang berterusan.

• Penganugerahan Pekerja Contoh dan Tokoh Pekerja KPT yang diperkenalkan pada tahun

2010 memberi suntikan semangat kepada pekerja dan warga untuk berkhidmat dengan

penuh dedikasi.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

• Penurunan kuasa kepada IPTA untuk melantik tenaga pengajar dan pensyarah luar secara

kontrak telah mempermudah dan mempercepatkan urusan pengisian jawatan pensyarah di

IPTA.

Infrastruktur

• Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), 2006-2010, KPT melaksanakan

sebanyak 669 projek iaitu 511 projek fizikal dan 158 projek bukan fizikal (terdiri daripada

perolehan peralatan, tanah, pembelian bangunan, ICT, Latihan Penyelidikan (SLAI), Geran

Penyelidikan Fundamental (FRGS), Pembangunan Kokurikulum dan Sumber Manusia untuk

Politeknik dan Kolej Komuniti.

• Dari segi prestasi perbelanjaan pembangunan di bawah RMKe-9, KPT telah membelanjakan

98.87% daripada jumlah peruntukan yang dikeluarkan.

• Mengoptimumkan penggunaan ICT – Dalam Fasa 1, sebanyak 17 aplikasi dibangunkan

di bawah projek ISP. Antara cabaran yang dihadapi termasuklah penggunaan Technology

Platform yang kurang stabil, kelemahan pengurusan projek oleh pihak vendor, masalah

kepakaran teknikal dan perubahan keperluan pengguna.

• 60 sistem atas talian yang dibangunkan oleh KPT dan penggunaan sistem e-Government

telah banyak membantu mempercepatkan urusan dengan pelanggan seperti Sistem UPU

(Kemasukan Pelajar), MyMohes (Sistem Maklumat IPTA), Tracer Study (Sistem Pengesanan

Graduan), Sistem Pengurusan Biasiswa/ Pinjaman, Sistem Profil Akademik, Sistem Pengurusan

Dokumen Jemaah Menteri, Sistem Aduan (ICMS), e-SISDOK (Sistem Dokumen), SPPII (Sistem

Pemantauan Projek) dan lain-lain termasuk HRMIS telah digunakan sepenuhnya di KPT.

Sebagai rumusan, pada Fasa 1 PSPTN, sistem penyampaian KPT mencapai kedudukan dan taraf cemerlang.

Peningkatan imej tersebut telah menjadikan KPT sebagai rujukan umum oleh agensi-agensi Kerajaan yang

lain.

Tumpuan Fasa 2

Dalam Fasa 2, bagi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan KPT, usaha-usaha strategik akan

terus digembleng untuk memastikan peranan pemudahcaraan KPT berterusan dan menjadi lebih berkesan

ke arah pelaksanaan projek-projek dan inisiatif dalam PSPTN demi meningkatkan ketertampakan (visibility)

dan imej korporat KPT secara keseluruhannya. Pelan tindakan yang dibangunkan memberi fokus kepada

membangunkan feel good factor dalam kalangan pemegang taruh dengan pelaksanaan strategi-strategi

berikut:

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

105

106

• Peningkatan amalan tadbir urus terbaik pada semua peringkat pengurusan.

KPT menyasarkan untuk menjadi Kementerian yang berwibawa, berwawasan dan

dihormati oleh rakyat. Antara usaha yang akan terus dilaksanakan adalah usaha-

usaha perkongsian pintar, mengaplikasikan amalan-amalan terbaik dalam sistem pengurusan

KPT serta penambahbaikan kepada sistem pemantauan prestasi KPT.

Antara jangkaan pencapaian utama menjelang Fasa 2 PSPTN bagi sistem penyampaian

dilihat dari segi pemantapan struktur tadbir urus, amalan budaya kerja cemerlang,

pembudayaan inovasi dan kreativiti, pewujudan persekitaran kerja kondusif kepada usaha-

usaha kecemerlangan KPT, meningkatkan hubungan harmoni antara warga KPT, pemegang

taruh dan pelanggan, pengurusan sumber yang cekap, pembangunan kompetensi

melalui kepimpinan, peningkatan kualiti kerja, penyediaan infrastruktur dan infostruktur yang

mapan dan meningkatkan semangat keserakanan antara institusi-institusi di bawah KPT.

• Menambah nilai dan membina upaya kapasiti sumber manusia melalui pengayaan ilmu dan

pengalaman.

Usaha peningkatan dan pemerkasaan kapasiti sumber manusia akan dilaksanakan

berdasarkan enam strategi iaitu:

o memperkukuh dan memperkasakan organisasi;

o meningkatkan kompetensi sumber manusia dari aspek sikap, pengetahuan dan

kemahiran (Attitude, Skill and Knowledge (ASK);

o memperkukuh kepimpinan organisasi pada semua peringkat;

o memperluaskan program pengiktirafan dan penghargaan;

o meningkatkan kesedaran warga mengenai peraturan dan prosedur mengenai aspek

pengurusan sumber manusia; dan

o serta mengoptimumkan penggunaan sistem HRMIS.

• Penerapan nilai integriti dan pembudayaan inovasi di kalangan warga.

Pembentukan tenaga kerja yang berintegriti dan mempunyai keutuhan peribadi yang tinggi

akan menjadikan KPT sebagai sebuah organisasi yang dihormati dan disegani. Justeru,

program-program intervensi pengukuhan integriti yang lebih menyeluruh dan memberi impak

dirancang untuk dilaksanakan bagi memastikan nilai-nilai integriti diamalkan dan diterapkan

dalam diri setiap warga ke arah peningkatan ketelusan, integriti dan akauntabiliti dalam

sistem penyampaian Kementerian.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Dalam Fasa 2 juga, tumpuan ke arah membudayakan inovasi dalam sistem penyampaian

Kementerian akan dilaksanakan dengan menggalakkan perekayasaan proses kerja (Business

Process Reengineering; BPR), penggunaan secara meluas teknologi maklumat dan komunikasi,

penyediaan Pelan Tindakan Inovasi dan Kreativiti yang merangkumi aktiviti-aktiviti

pembudayaan inovasi secara terancang dan melaksanakan usaha bagi meningkatkan

kesedaran tentang perlunya pendekatan inovasi dan kreativiti dalam penyampaian

perkhidmatan. Usaha juga akan diambil untuk mempromosi hasil inovasi dan kreativiti yang

dilaksanakan dengan jayanya kepada warga organisasi, pelanggan dan pemegang taruh,

serta menambah baik saluran yang sedia ada, bagi membolehkan pelanggan

mengemukakan cadangan inovasi dan kreativiti untuk meningkatkan penyampaian

perkhidmatan.

• Peningkatan penggunaan ICT secara meluas dengan penambahbaikan terhadap akses dan

kualiti infrastruktur dan infostruktur.

Pembangunan dan pelaksanaan ICT di KPT adalah berdasarkan strategi pemantapan info

dan infra ICT yang sedia ada. Usaha untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam sistem

pengurusan akan dilaksanakan bagi menyokong sistem penyampaian KPT. Bagi Fasa 2,

tumpuan Pelan Strategik ICT adalah untuk penambahbaikan sistem penyampaian dan

penambahbaikan akses dan kualiti ICT KPT.

• Pelaksanaan projek pembangunan yang lebih menjurus kepada infrastruktur bukan fizikal

berbanding fizikal dengan tumpuan dan penekanan kepada keberhasilan (outcome).

Peruntukan berjumlah RM4.70 bilion telah diluluskan kepada KPT bagi tempoh 2011-2012. Ini

melibatkan RM2.82 bilion untuk projek-projek sambungan RMKe-9 yang sebahagian besarnya

dapat disiapkan dalam tahun 2011 manakala RM1.88 bilion adalah bagi projek-projek baru

dalam RMKe-10. Sepanjang tempoh tersebut, KPT akan melaksanakan 240 projek yang mana

210 merupakan projek sambungan RMKe-9 manakala 30 lagi merupakan projek baru.

Daripada 240 projek tersebut, 204 merupakan projek fizikal dan 36 adalah projek bukan fizikal.

Fokus RMKe-10 bukan hanya kepada pembinaan bangunan, makmal dan prasarana

semata-mata. Tumpuan adalah lebih menjurus kepada pembangunan infrastruktur bukan

fizikal berbanding fizikal. Tumpuan fokus sebegini ini selaras dengan penekanan kepada

keberhasilan (outcome), misalnya mengalihkan tumpuan daripada membina bangunan

akademik kepada meningkatkan kemahiran tenaga pengajar untuk pencapaian pelajar

yang cemerlang.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

107

108

• Penambahbaikan terhadap keberkesanan pengurusan sumber kewangan secara optimum

dan seimbang.

Dalam tempoh 2011 hingga 2015, prestasi pengurusan kewangan akan terus ditingkatkan

dengan menerapkan konsep nilai untuk wang (value for money). Pelaksanaan Outcome

Base Budgeting (OBB) dapat mengukur impak pelaksanaan program dan aktiviti dari segi nilai

untuk wang bagi setiap Ringgit Malaysia yang dibelanjakan. Pelaksanaan akan dibuat

secara berperingkat dengan mengintegrasikan kos per output bagi setiap program dan

aktiviti. Ukuran kecemerlangan pengurusan kewangan akan dilihat melalui pencapaian

indeks akauntabiliti pada tahap Empat Bintang.

Kecekapan pengurusan aset dan stor terus ditingkatkan dengan pelaksanaan Sistem

Pengurusan Aset (SPA) secara atas talian dengan semua 86 PTJ. SPA akan dilaksanakan

secara berperingkat mulai 2011 hingga 2015. Usaha-usaha pemantauan dilaksanakan melalui

penubuhan Pasukan Inspektorat Dalaman untuk memastikan penambahbaikan dan

pematuhan terhadap peraturan dan prosedur kewangan serta mengurangkan teguran

audit yang bersifat major non compliance.

KPT juga akan bertindak sebagai pemudah cara kepada proses pemberian taraf autonomi

dalam pengurusan kewangan di IPTA dengan menyediakan garis panduan yang dapat

diterima pakai dalam memastikan tahap akauntabiliti dan integriti yang tinggi.

Pengurusan kewangan juga akan diperkemas lagi dengan pelaksanaan Indeks Pematuhan

Perakuan yang merupakan satu kaedah transformasi kepada strategi pengurusan kepada

objektif bersifat operasi. Pemakaian Indeks ini adalah berasaskan kepada satu senarai semak

yang mempunyai kriteria dan skop tertentu. Pemakaian indeks tersebut membolehkan pihak

pengurusan PTJ mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pengurusan perakaunan di PTJ

dan seterusnya meningkatkan tahap prestasi pengurusan kewangan secara keseluruhan.

• Penekanan kepuasan pelanggan dengan meningkatkan respons terhadap keperluan

pelanggan.

Kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan KPT dalam Fasa 2. Keutamaan kepada

kepuasan pelanggan dalaman dan luaran akan mengambil kira perkara-perkara berikut:

o Kesegeraan dalam memberi maklum balas kepada pelanggan(Responsiveness).

o Tahap kekerapan dan keberkesanan proses engagement dilakukan dengan

stakeholders dan pihak awam.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelan Tindakan

o Dikenali sebagai sebuah kementerian yang hebat.

o Meningkatkan usaha Delighting Customers (Feel Good Factor).

o Memberikan perkhidmatan yang cepat dan cekap lagi tersusun (Fast Delivery).

o Mempamerkan satu bentuk budaya korporat yang menjadi rujukan awam.

• Merasionalisasikan saiz anggota perkhidmatan MOHE dengan mengoptimumkan keupayaan

dan kepakaran sumber.

Sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), YAB. Perdana Menteri dalam

ucapannya di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA XII) telah menarik

perhatian ke arah mewujudkan sebuah Perkhidmatan Awam Malaysia yang cekap dan

mantap, dengan merasionalisasikan saiz anggota perkhidmatannya supaya menepati

keperluan sebenar, mengurangkan pembaziran sumber, mempercepatkan proses dan

prosedur kerja, dan menjimatkan perbelanjaan pengurusan Kerajaan. Ke arah ini, Kementerian

akan menilai semula fungsi dan peranan Bahagian/Jabatan serta keperluan sumber manusia

masing-masing.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Memperkukuh dan

memperkasa organisasi

Memperkukuh kompetensi

sumber manusia dari aspek

sikap, kemahiran dan

pengetahuan (ASK)

Struktur & Perjawatan:

Mengkaji semula fungsi bahagian

/ jabatan

Menambah baik skim-skim

perkhidmatan (PPPT, Akademik

dan bukan-Akademik di IPTA)

Sikap, kemahiran dan

pengetahuan:

Memupuk sikap dan nilai positif,

meningkat tahap integriti dan

akauntabiliti serta mempertingkat

pengetahuan dan tahap

kemahiran kerja/ bidang tugas

dalam kalangan warga

Menyediakan program latihan

strategik berimpak tinggi kepada

kelompok sasaran

Kertas cadangan penyusunan

semula struktur dan fungsi

bahagian/ jabatan

Kertas cadangan

penambahbaikan skim kepada

agensi pusat

Peningkatan indeks nilai dan

integriti warga

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011

2012-2015

109

110

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Mengukuh kepimpinan

organisasi pada semua

peringkat

Memperluaskan programprogram

pengiktirafan dan

penghargaan

Meningkatkan keterlihatan

dan imej korporat KPT

Peningkatan imej korporat

KPT

Meningkatkan kepuasan

pelanggan

Meningkatkan kualiti

kepimpinan

Menyediakan pemimpin pelapis

Penempatan bakat terbaik

daripada sektor pengajian tinggi

secara optimum pada jawatanjawatan

strategik

Memperluaskan pemilihan tokoh

pekerja contoh tahunan KPT

Pemilihan jabatan/IPT terbaik

dalam sistem penyampaian

Memperkenalkan kategori

pengiktirafan/ penghargaan

yang sesuai dari semasa ke

semasa (Pingat Ketua Jabatan;

pingat pekerja lama, pingat

pekerja berintegriti, pingat

pekerja setia dan lain-lain)

Pencalonan Darjah/ Pingat/

Bintang Kebesaran Persekutuan/

Negeri bagi pegawai yang

cemerlang dan berjasa kepada

KPT

Menghantar pegawai yang

menunjukkan prestasi cemerlang

berkursus di luar negara

Membangunkan feel good factor

dalam kalangan pemegang

taruh dengan melaksanakan

tindakan seperti Responsiveness,

Engagement, Positive Image,

Delighting Customers, Fast

Delivery, Image and Branding,

Corporate Culture

Merancang dan menguruskan

pakej promosi/ pengurusan majlis

bagi semua inisiatif agenda

kritikal PSPTN

Indeks Kepuasan Pelanggan KPT

di kaunter khidmat pelanggan

(CSS) (skala 1-5)

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Indeks kepimpinan sekurangkurangnya

pada skala 4

Kepimpinan ke arah

transformasi dan pemikiran luar

kotak

Indeks kepuasan terhadap

pelaksanaan program

pengiktirafan dan

penghargaan sekurangkurangnya

pada skala 4

5% daripada pegawai

memperoleh markah prestasi

90% dan ke atas

Pengukuran imej

Kefahaman dan penerimaan

stakeholder dan awam

terhadap inisiatif berkaitan

Skala 4

2011&2015

2011- 2015

2011- 2015

2011-2015

2011 -2015

2011-2015

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Memantapkan lagi

informasi dan infrastruktur

ICT

Meningkatkan prestasi

perbelanjaan dan

pelaksanaan projek-projek

di bawah RMKe-10

Memastikan pengurusan

organisasi yang strategik

dan sistematik

Pelaksanaan program

dan aktiviti yang dapat

memberi lebih impak dan

value for money kepada

KPT

Memudah cara IPTA

melaksana autonomi

kewangan bagi

menguruskan kewangan

sendiri dengan penuh

berakauntabiliti dan

berintegriti

Membangun dan menambah

baik aplikasi ICT seperti CRM

– Customer Relationship

Management, CLMS – Cloud

Learning Management System,

PMS – Project Management

System, HDAP – Human

Development, Appraisal and

Profiling, SALAMS – Scholarship

and Loan Management System

Mengurus dan mengawal

peruntukan pembangunan

secara mapan agar peruntukan

dapat dibelanjakan sepertimana

dirancang

Memantau pelaksanaan projekprojek

pembangunan agar

dapat disiapkan dalam tempoh

yang telah ditetapkan

Memastikan pematuhan

terhadap kriteria penilaian Sistem

Star Rating (SSR) oleh semua

bahagian di KPT

Melaksanakan cadangan

penambahbaikan yang

disyorkan oleh MAMPU

Melaksanakan pemantauan

terhadap pematuhan kriteria

SSR melalui Audit Dalam SSR dan

Mesyuarat Jawatankuasa Task

Force SSR

Melaksanakan Sistem Outcome

Base Budget (OBB) di semua

Pusat Tanggungjawab(PTJ)

Menyediakan Standard

Operating Procedures (SOP)

(IPTA)

Meneliti SOP IPTA berkenaan

sama ada memenuhi keperluan

Perbendaharaan

Mendapatkan kelulusan

Perbendaharaan

Peningkatan dalam sistem

penyampaian KPT

95% peruntukan dapat

dibelanjakan

100% projek siap

Prestasi sistem pengurusan

kementerian yang cemerlang,

peningkatan budaya kerja

yang berkualiti dan berprestasi

tinggi serta pewujudan

persekitaran kerja yang kondusif

Mengintegrasikan keberhasilan

PSPTN yang melibatkan belanja

mengurus tahunan (sebanyak

sekurang-kurangnya 50%)

Bilangan IPTA yang layak

mendapat autonomi dalam

kewangan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011 -2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

111

112

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Pengurusan kewangan

yang berakauntabiliti dan

berintegriti

Meningkatkan lagi program

pembudayaan inovasi dan

kreativiti KPT

Memperteguhkan budaya

integriti di kalangan warga

KPT

Mewujudkan persekitaran

kerja yang lebih kondusif

Memastikan semua prosedur

kewangan seperti pengurusan

bajet, perolehan, sewaan,

bayaran, aset, stor, akaun dan

hasil dipatuhi

Pelan Inovasi KPT akan

dibangunkan di semua peringkat

dan Bahagian

Pelan Integriti KPT telah

dibangunkan dan akan

dikuatkuasakan secara

menyeluruh

Bangunan baru KPT yang lebih

selesa, program-program Win

Heart and Minds dan Corporate

Social Responsibility (CSR)

ditingkatkan

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pengenalan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Mendapat Empat Bintang

dalam Indeks Akauntabiliti

Jabatan Audit Negara

Mendapat Anugerah Inovasi

peringkat kebangsaan dan

antarabangsa

Warga yang berintegriti dan

bermaruah

Warga yang produktif, komited

dan sayangkan organisasi

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

Fenomena globalisasi akan terus memberi impak dan cabaran kepada semua negara di dunia khususnya

di negara membangun seperti Malaysia. Untuk mengatasi cabaran globalisasi, Malaysia perlu mengatur

strategi serta mengambil langkah proaktif untuk mengupayakan dirinya berdaya saing dan terus maju melalui

pencapaian modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi

seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah,

sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya pengajian tinggi. Malah PSH merupakan tonggak ketiga

dalam pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada pendidikan

asas dan pendidikan tertiari negara.

Program PSH adalah agenda utama negara dalam pembangunan modal insan. Berdasarkan Pelan Induk

PSH untuk Malaysia 2011-2020, fokus diberi kepada kumpulan peserta yang berumur antara 15 hingga 64

tahun memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih aktif dan produktif bagi

memaju dan membangunkan ekonomi negara.

Dalam konteks keperluan negara, PSH ditakrifkan sebagai semua pembelajaran yang dilalui oleh seseorang

individu dalam lingkungan umur 15 tahun ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah

golongan pelajar yang menyertai pendidikan sepenuh masa sama ada di sekolah, kolej, institusi latihan

ataupun universiti dengan matlamat akan memasuki pasaran kerja buat pertama kali bagi individu tersebut.

Unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta orang menjelang tahun 2020 dan golongan pekerja yang

berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah sebanyak 26.2 juta orang. Maka potensi

dan permintaan untuk program PSH disalurkan kepada rakyat jelata adalah jelas bagi tujuan peningkatan

kemahiran dan pengetahuan yang seterusnya dapat menyumbangkan nilai dan pembangunan ekonomi

negara. Sasaran Pelan Induk Pembudayaan PSH untuk Malaysia adalah 50% daripada penduduk berumur 15

hingga 64 tahun akan berpeluang menyertai program peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020. Usaha ini

akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 13.1 juta orang penduduk.

PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel,

pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior learning) dan penawaran kursus pendek bagi

peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri.

Asas penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah

bagi membudayakan PSH dan memperkasakan program dan aktiviti PSH melalui:

• peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH;

• pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta memberi

pengiktirafan dan akreditasi PSH;

• penyelarasan program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT agar tiada pertindihan

program dan aktiviti;

• penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH;

• sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya; dan

• pemantauan program aktiviti PSH secara berkala;

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

113

Rumusan Status Fasa 1

Bidang tumpuan Fasa 1 PSH adalah:

114

• Penubuhan sebuah Jawatankuasa Kebangsaan PSH (JKPSH).

• Penggubalan hala tuju PSH Nasional.

Membudayakan PSH berdasarkan objektif-objektif teras berikut:

• memastikan PSH menjadi satu gaya hidup masyarakat Malaysia bagi melengkapkan diri

dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat; dan

• menjadikan PSH sebagai pemangkin kepada pembentukan organisasi pembelajaran di

setiap organisasi.

Satu draf Blueprint Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2020 telah digubal

dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan (JKMPMI).

Beberapa isu pelaksanaan CAP telah dikenal pasti seperti:

Tumpuan Fasa 2

• Penyelarasan aktiviti-aktiviti oleh institusi/agensi pelaksana PSH di bawah KPT.

• Penyelarasan promosi PSH.

• Kekurangan prasarana dan kemudahan.

• Kekurangan sumber tenaga pengajar dan tenaga pengajar mahir.

CAP PSH Fasa 2 bagi tempoh 2011-2015 mengesyorkan agar setiap institusi/agensi di bawah KPT berperanan

melaksanakan program PSH di mana berkenaan seperti berikut:

• Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

o untuk mengadakan aktiviti-aktiviti promosi PSH;

o mewujudkan dan menyelaras Pangkalan Data PSH yang berpusat;

o mewujudkan sub-centre untuk kawalan mutu dan pengiktirafan PSH; dan

o menggalakkan mobiliti pelajar melalui Sistem Bank Kredit

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

• Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)/ Politeknik/ Kolej

Komuniti

o meluaskan penggunaan ICT dan teknologi lain dalam penyampaian pembelajaran

dan pengajaran PSH;

o menawarkan program/kursus PSH yang dapat memenuhi keperluan komuniti;

o menggalakkan perkongsian sumber dalam melaksanakan program PSH;

o menawarkan lebih banyak kursus/program PSH secara maya;

o meneruskan peranan menyediakan peluang PSH kepada komuniti setempat;

o melaksanakan peranan sebagai penyedia latihan bertauliah yang diiktiraf oleh

Kementerian Sumber Manusia (KSM);

o memperkukuhkan program PSH sedia ada;

o menawarkan program berdasarkan keperluan komuniti setempat; dan

o membangunkan pangkalan data bagi mengumpul maklumat berkenaan

pelaksanaan kursus berasaskan komuniti.

Antara faktor kejayaan kritikal CAP PSH ini termasuklah:

• Setiap institusi atau agensi di bawah KPT yang melaksanakan PSH perlu mempunyai sistem

tadbir urus yang mantap dan mempunyai ciri-ciri berikut:

o Ketelusan; Tanggungjawab; Integriti.

o Autonomi dan Akauntabiliti.

o Profesional Academic Integrity.

• Meningkatkan kesedaran dan penyertaan kumpulan sasaran seperti golongan

berpendapatan rendah, under-privilege, orang kelainan upaya, warga emas dan pesara. Ini

bagi melahirkan modal insan negara yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.

• Menyediakan mekanisme, sumber dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta

memberi pengiktirafan seperti:

o kemudahan fizikal;

o perolehan dan penyelenggaraan;

o perisian komputer dan ICT;

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

115

Pelan Tindakan

116

o sumber kewangan yang sewajarnya; dan

o sumber manusia yang mahir, berkualiti dan komited.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkatkan akses dan

ekuiti dalam peluang PSH

Memastikan

kesinambungan dan

keprihatinan terhadap PSH

Meningkatkan kesedaran

dalam PSH

Memperluaskan penggunaan

teknologi (ICT)

Memperkukuhkan kursus PSH

selari dengan keperluan komuniti.

Menjadi penyedia latihan

bertauliah yang diiktiraf oleh KSM

Mewujudkan sub-centre untuk

kawalan mutu dan pengiktirafan

PSH

Meningkatkan mobiliti pelajar

melalui Sistem Bank Kredit (Credit

Bank System-CBS)

Menjalankan aktiviti promosi

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan enrolmen dalam

PSH

Peningkatan bilangan kursus/

program PSH yang ditawarkan

Peningkatan bilangan kursus

yang ditawarkan:

• Kursus modular

• Kursus jangka

pendek

Peningkatan Jumlah

penyertaan PSH dalam :

• Kursus modular

• Kursus jangka

pendek

Peningkatan bilangan Kursus

PSH yang ditawarkan:

• Kursus jangka

pendek

• Kursus terlanggan

Peningkatan jumlah

penyertaan dalam PSH :

• Kursus jangka

pendek

• Kursus terlanggan

Pewujudan Pusat APEL

Pewujudan CBS

Peningkatan bilangan aktiviti

promosi.

2011 - 2015

2011 - 2015

2011 - 2015

2011 - 2015

2011 - 2015

2011 - 2015

2015

2012

2011

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Membangunkan sistem

pemantauan dan

pengawasan bagi aktiviti

PSH

PROJEK AGENDA KRITIKAL

TOP BUSINESS SCHOOL (TBS)

Pengenalan

Mewujud dan menyelaras

Pangkalan Data PSH yang

berpusat

Peningkatan peratus

penyiapan Pangkalan Data

PSH mengikut piawai

Dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau dan

Antarabangsa, KPT telah merancang untuk memartabatkan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan/Pengurusan

(PPSP) sebagai Top Business School (TBS). Dengan itu, penilaian telah dibuat ke atas 11 PPSP IPTA di mana

perakuan telah dibuat supaya dua PPSP diiktiraf sebagai TBS bertaraf antarabangsa setelah memenuhi lapan

kriteria TBS berikut:

• kuantiti dan kualiti staf akademik (30%);

• kuantiti dan kualiti penyelidikan dan pembelajaran (22%);

• kuantiti pascasiswazah (15%);

• kualiti pascasiswazah (15%);

• inovasi (5%);

• khidmat profesional dan hadiah (3%);

• rangkaian dan pautan (5%); dan

• kemudahan sokongan (5%).

Pada tahun 2007, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa UKM-GSB (Universiti Kebangsaan Malaysia-

Graduate School of Business) dan UPM-GSM (Universiti Putra Malaysia-Graduate School of Management) diiktiraf

sebagai TBS yang menawarkan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) setanding dengan program

MBA yang ditawarkan oleh universiti-universiti terkemuka dunia.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2012

117

Rumusan Status Fasa 1

CAP TBS pada hakikatnya masih belum dimuktamadkan. Namun demikian, penilaian pencapaian TBS dan

PPSP dibuat melalui instrumen TBS pada setiap tahun. TBS juga dinilai semula pencapaiannya selepas diiktiraf.

Ini bagi memastikan terdapatnya peningkatan terhadap lapan kriteria TBS.

Berdasarkan pencapaian TBS dan PSPP pada tahun 2008 dan 2009 serta bagi meningkatkan kualiti TBS dan PSPP

ke arah negara berpendapatan tinggi, lima pelan tindakan telah dirangka bagi melonjakkan pencapaian TBS

dan PPSP menjelang tahun 2015 iaitu:

Tumpuan Fasa 2

118

• mengiktiraf PPSP sebagai TBS;

• meningkatkan bilangan Penyelidik Utama di TBS dan PPSP;

• meningkatkan jumlah pendapatan yang dijana oleh TBS dan PPSP;

• meningkatkan peratusan enrolmen pelajar pascasiswazah antarabangsa di TBS dan PPSP;

dan

• memberikan autonomi kepada TBS.

Penumpuan terhadap NKEA akan memastikan projek berimpak tinggi bersama sokongan polisi dan insentif

daripada kerajaan akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan. Perkhidmatan

perniagaan dan pengurusan kewangan merupakan antara 12 NKEA yang akan mentransformasikan Malaysia

ke arah mencapai taraf ekonomi yang berpendapatan tinggi dengan pendapatan per kapita daripada

USD6,700(RM23,700 kepada USD15,000(RM48,000) pada tahun 2020.

Selain itu, IPT terutamanya TBS dan PPSP digalakkan untuk meningkatkan pendapatan masing-masing melalui

yuran pengajian,latihan/kursus/bengkel, persidangan, seminar, perundingan, penjanaan daripada hasil R&D

dan endowmen.

Bagi mencapai hasil penjanaan yang tinggi, TBS dan PPSP perlu menawarkan program pengajian yang

bertaraf antarabangsa dan mempunyai tenaga akademik yang berprestasi tinggi dan peratusan Penyelidik

Utama yang tinggi.

Keberhasilan CAP TBS yang disasarkan menjelang 2015 adalah seperti berikut:

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelan Tindakan

• Empat buah PPSP diiktiraf sebagai TBS

• 60 % bilangan Penyelidik Utama didaftarkan di TBS dan 50% di PPSP

• RM40 juta dijanakan oleh TBS dan RM45 juta oleh PPSP

• 30 % pelajar pascasiswazah antarabangsa didaftarkan di TBS dan 20% pelajar pascasiswazah

antarabangsa di PPSP

• Empat TBS diberikan autonomi

• Penglibatan IPTS dalam usaha memperkasa TBS.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Mengiktiraf Pusat Pengajian

Siswazah Perniagaan/

Pengurusan (PPSP) sebagai

TBS

Meningkatkan Bilangan

Penyelidik Utama di TBS

dan PPSP

Meningkatkan bilangan

penerbitan

Meningkatkan kualiti jurnal

tempatan

Meningkatkan penjanaan

pendapatan

Meningkatkan peratus

pelajar pascasiswazah

antarabangsa di TBS dan

PPSP

Memberi autonomi kepada

TBS

Memantapkan TBS dan PPSP

bagi memenuhi keperluan

agenda nasional. Penekanan

kepada bidang perbankan

dan kewangan islam akan

diutamakan.

Mempertingkatkan kuantiti dan

kualiti penyelidik

Mempertingkatkan kuantiti dan

kualiti penyelidik

Mempertingkatkan kuantiti dan

kualiti penyelidik

Mengurangkan kebergantungan

kepada kerajaan dan

meningkatkan autonomi

Mempertingkatkan pengambilan

pelajar pascasiswazah

antarabangsa

Memberi autonomi kepada TBS

yang telah diiktiraf dalam aspek

pengurusan kewangan dan

sumber manusia

Peningkatan bilangan PPSP

yang diiktiraf sebagai TBS

setelah mencapai tahap Lima

Bintang

Pertambahan bilangan

kepakaran (pensyarah yang

menjadi Penyelidik Utama)

melalui geran

Peningkatan jumlah penerbitan

dalam Scopus dan setaraf

Peningkatan bilangan jurnal

tempatan yang terindeks

Pertambahan jumlah

pendapatan (yuran

pengajian/ perundingan/hasil

penyelidikan) yang dijana

sendiri oleh TBS dan PPSP

Peningkatan bilangan dan

peratus enrolmen pelajar

pascasiswazah antarabangsa

berbanding pelajar

pascasiswazah tempatan

Pertambahan bilangan

TBS yang telah mendapat

autonomi

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011 – 2015

2011 – 2015

2011 – 2015

2011 – 2015

2011 – 2015

119

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PUSAT KECEMERLANGAN (CoE)

Pengenalan

Penubuhan Pusat Kecemerlangan (CoE) bertujuan untuk memacu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa

berdaya saing dalam pelbagai bidang penyelidikan, kepakaran dan perkhidmatan sama ada pada peringkat

kebangsaan mahupun antarabangsa. Kepelbagaian CoE yang ditubuhkan juga merupakan antara usaha

yang dijalankan untuk membudayakan dan meningkatkan kualiti penyelidikan dan pembangunan (R&D)

serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh IPT secara amnya.

Teras ketiga PSPTN iaitu untuk Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi telah mensasarkan ke arah mewujudkan

20 CoE bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2020. Selaras dengan aspirasi tersebut, Kementerian telah

mengambil inisiatif dengan melaksanakan penarafan CoE di IPT menjadi Pusat Kecemerlangan Pengajian

Tinggi (Higher Institution Centre of Excellence, HICoE). Seterusnya HICoE akan dipupuk dan dilonjakkan ke arah

mencapai taraf antarabangsa.

Rumusan Status Fasa 1

Sehingga 31 Disember 2010, KPT telah menaik taraf enam Pusat Kecemerlangan (CoE) menjadi Pusat

Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE). HICoE yang diiktiraf akan seterusnya dipupuk dan dipandu arah

melalui pemberian dana suntikan dan pemantauan berterusan untuk dilonjakkan pencapaiannya dalam

bidang tumpuan masing-masing ke peringkat serantau dan antarabangsa yang senantiasa kompetitif.

HICoE yang telah diiktiraf bersama dengan bidang tumpuan masing-masing adalah seperti berikut :-

BIL HICoE IPT BIDANG TUMPUAN

1.

2.

3.

120

UM Centre of Research for Power

Electronics, Drives, Automation &

Control (UMPEDAC)

UKM Medical Molecular Biology

Institute (UMBI)

Institute for Research in Molecular

Medicine (INFORMM)

Universiti Malaya (UM)

Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Renewable Energy

Cancer Biomarkers

Diagnostics Platforms

BIL HICoE IPT BIDANG TUMPUAN

4.

5.

6.

Antara isu-isu yang dikenal pasti bagi pelaksanaan penarafan HICoE dalam tempoh Fasa 1 adalah seperti:

Tumpuan Fasa 2

• mengenal pasti satu mekanisme pemantauan yang konsisten dalam memacu arah tuju

HICoE ke arah pengantarabangsaan; dan

• mengenal pasti strategi untuk menggalakkan penggemblengan kepakaran dan perkongsian

sumber secara optimum merentas disiplin (multi-disciplinary) dan institusi (multi-institutional).

Dalam tempoh pelaksanaan RMKe-10, tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk terus memupuk dan

memantau pelaksanaan HICoE sedia ada agar dapat mencapai pengiktirafan serantau dan antarabangsa.

Pengiktirafan tersebut akan diukur melalui petunjuk pencapaian prestasi HICoE daripada aspek enrolmen

pascasiswazah, jaringan dan kolaborasi, penyelidikan dan penerbitan serta penerimaan dan pengiktirafan

serantau dan antarabangsa kepada jenama HICoE yang telah diiktiraf.

Di samping itu, Kementerian turut mengambil inisiatif berterusan untuk menaik taraf CoE berpotensi sebagai

HICoE ke arah memacu kelestarian aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan.

Fokus dan hala tuju Fasa 2 adalah untuk memperkasa HICoE yang telah diiktiraf sebagai pusat penjanaan

pengetahuan di ambang ufuk (frontier knowledge) dan berimpak tinggi sebagai pemangkin teknologi

terkehadapan. Selaras dengan peranan tersebut, HICoE diberikan keistimewaan kebebasan dengan

pemberian autonomi kewangan dan sumber manusia termasuk mengawal selia, menjana dana, aktiviti

pengkomersilan dan pengurusan harta intelek. Institusi hos HICoE dipertanggungjawab untuk memberikan

dana setimpal (matching grant) untuk memastikan perjalanan operasi dan infrastruktur yang bersesuaian

dengan taraf HICoE.

Institute of Bioscience (IBS)

Centre for Drug Research (CDR)

Accounting Research Institute

(ARI)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Animal Vaccines and Therapeutic

Behavioral Research in Addiction

Islamic Finance Criminology

121

Keberhasilan CAP CoE yang disasarkan adalah menerusi pertambahan bilangan HICoE di peringkat nasional,

serantau dan antarabangsa. HICoE akan menghasilkan impak sebagai 2 nd tier kepada Universiti Penyelidikan

yang menyumbang kepada pertambahan bilangan modal insan, penerbitan jurnal yang berimpak tinggi,

peluasan jaringan dan rangkaian serta membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Seterusnya, faktor kejayaan kritikal yang dikenal pasti dalam menjayakan pelaksanaan CAP CoE ini adalah

seperti berikut:

Pelan Tindakan

122

• Aspek kewangan dan janaan pendapatan kendiri untuk pelestarian operasi HICoE.

• Governan dan tadbir urus dalam pelaksanaan HICoE.

• Infrastruktur dan kemudahan fizikal yang terhad dari skop penyelenggaraan

(maintenance), kerelevanan dengan keadaan semasa dan kecanggihan peralatan untuk

tujuan analisis kritikal.

• Bilangan sumber manusia yang mahir dan separa mahir.

• Jaringan dan rangkaian kolaborasi bersama pihak yang menjadi tanda aras (benchmark)

untuk tujuan rujukan (coaching/mentoring) dan perkongsian pengetahuan mahupun

teknologi.

• Penglibatan institusi pengajian tinggi swasta IPTS dalam memperkasakan HiCoE.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Mengiktiraf CoE sebagai

HICoE

Memupuk HICoE ke tahap

serantau

Memupuk HICoE ke tahap

antarabangsa

Memberi autonomi

kewangan dan sumber

manusia kepada HICoE

Melaksanakan penilaian untuk

menaik taraf CoE di IPT menjadi

HICoE

Membangunkan kriteria penilaian

HICoE yang bertaraf serantau

Membangunkan kriteria

penilaian HICoE yang bertaraf

antarabangsa

Merangka strategi dan pelan

tindakan ke arah memberi

autonomi kepada HICoE

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pertambahan bilangan HICoE

yang diiktiraf di peringkat

nasional

Pertambahan bilangan HICoE

yang diiktiraf di peringkat

serantau

Pertambahan bilangan HICoE

yang diiktiraf di peringkat

antarabangsa

Pembangunan roadmap

autonomi HICoE

2011-2015

2013-2015

2013-2015

2011 –

Disember 2013

PROJEK AGENDA KRITIKAL

KEUSAHAWANAN

Pengenalan

Aktiviti keusahawanan adalah merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan bina upaya

kepada usaha meningkatkan inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Transformasi Malaysia

daripada ekonomi berasaskan pengetahuan kepada ekonomi berpaksikan inovasi dalam mencapai aspirasi

untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 memerlukan sokongan modal

insan yang berkualiti dan kompetitif.

Dalam konteks ini, KPT berpandangan adalah signifikan bagi pelajar Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti

untuk diberikan pendedahan dan diterapkan dengan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang

merangkumi aspek kepimpinan, inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari, mengambil

risiko terkira (calculated risk) dan kebolehan untuk mengenal pasti dan membuka peluang (opportunity

identification and creation).

Menyedari akan kepentingan perkara di atas, KPT telah melancarkan Dasar Pembangunan Keusahawanan

Institusi PengajianTinggi pada 13 April 2010 yangbertujuan untuk menggalakkanpendidikan danpembangunan

keusahawanan yang lebih terancang dan holistik dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi. Pelaksanaan

inisiatif berpandukan dasar tersebut diharap dapat melahirkan siswazah/lepasan IPT yang mempunyai

nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan; meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan siswazah/

lulusan IPT iaitu mereka yang benar-benar berkecimpung dalam bidang perniagaan sebagai pemangkin

kepada pencapaian transformasi ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada

ekonomi berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai,

kemahiran, pemikiran dan atribut keusahawanan (entrepreneurial academics).

Pendidikan keusahawanan adalah juga merupakan komponen penting dalam menjana masyarakat

Malaysia yang kreatif dan berinovasi seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Modal Insan

Inovasi. Di samping itu, agenda CAP Keusahawanan adalah signifikan dalam membantu untuk meningkatkan

kebolehpasaran siswazah/lulusan IPT.

Manakala daripada aspek sosial pula, perkembangan positif aktiviti keusahawanan akan mampu menjayakan

aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan dan keupayaan golongan besar masyarakat serta

mengurangkan jurang antara masyarakat miskin dan kaya serta masyarakat bandar dan luar bandar.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

123

Rumusan Status Fasa 1

Pendidikan dan pembangunan keusahawanan telah diwujudkan sebagai salah satu Projek Agenda Kritikal

PSPTN pada 25 Mei 2010. Oleh yang demikian bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk dijadikan sebagai

base line data dan untuk mengetahui sejauh mana program dan aktiviti keusahawanan dilaksanakan pada

peringkat IPT, taklimat dan sesi dialog dengan wakil IPT telah diadakan bagi mendapatkan input tersebut.

Setelah itu strategik objektif dibangunkan dan ujilari juga dijalankan untuk melihat tahap program dan aktiviti

keusahawanan dijalankan di IPTA dengan mengambil kira penyediaan ekosistem dan sistem sokongan yang

wujud di IPT, program-program yang ditawarkan, kompetensi tenaga pengajar dari segi kepakaran dan

pengalaman serta peruntukan kewangan yang disalurkan untuk program dan aktiviti keusahawanan. Selain

itu maklumat juga mengenai isu pelaksanaan dan cadangan pengukuran juga dibincangkan.

Tumpuan Fasa 2

Antara keberhasilan CAP Keusahawanan yang disasarkan menjelang 2015 ialah untuk menyumbang dalam

menyediakan modal insan dengan minda kelas pertama yang berkualiti, berinovasi dan berdaya saing.

Modal insan tersebut akan menjadi pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi

berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi dan membantu membangunkan dan melestarikan masyarakat

perdagangan dan industri melalui penghasilan berikut:

124

• peratus siswazah/lulusan yang menjadi usahawan selepas enam bulan bergraduasi meningkat

daripada 1.6% kepada 5% (peningkatan sebanyak 313%);

• pelajar yang diberi pendedahan keusahawanan meningkat 100%;

• staf IPT diberikan latihan dalam pendidikan keusahawanan; dan meningkatkan kepada 80%;

dan

• sistem penyampaian IPT yang enterprising.

Bagi melaksanakan CAP Keusahawanan, faktor-faktor kejayaan kritikal yang akan menyumbang kepada

kejayaan adalah seperti:-

• penubuhan dan pemantapan Pusat Keusahawanan IPT;

• peruntukan kewangan;

• dasar/peraturan yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan;

• kefahaman, kesedaran dan komitmen pihak pengurusan atasan IPT;

• tenaga pendidik yang kompeten dalam IPT;

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelan Tindakan

• sistem pemantauan dan pangkalan data siswazah usahawan dan aktiviti keusahawanan;

• sistem penyampaian/ekosistem yang menggalakkan inisiatif berkaitan; dan

• jaringan strategik dengan pihak usahawan/industri/agensi-agensi dalam dan luar negara

yang berkaitan.

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Menyediakan ekosistem

yang kondusif merangkumi

suasana, infrastruktur

dan sistem sokongan

pendidikan keusahawanan

yang holistik

Melahirkan usahawan

dalam kalangan siswazah/

lulusan IPT melalui programprogram

yang inovatif dan

berimpak tinggi

Menilai semula kurikulum

keusahawanan

Mengambil kira kredit setara

bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum

keusahawanan

Memperkukuh dan

memperluaskan sistem

pembelajaran dan pengajaran

keusahawanan

Meningkatkan penawaran

kursus-kursus elektif dalam bidang

keusahawanan

Meningkatkan dan meluaskan

aktiviti kesedaran, pendedahan

dan pembudayaan

keusahawanan termasuklah

aktiviti keusahawanan sosial

Meningkatkan dan meluaskan

aktiviti pertandingan

keusahawanan

Menyediakan peruntukan khusus

untuk aktiviti keusahawanan

dalam bajet tahunan universiti

Menyediakan peruntukan

pembangunan khusus untuk

keusahawanan

Mempertingkatkan kerjasama

dengan industri dalam aktiviti

perniagaan

Mempergiatkan business start up

Kelompok kursus

keusahawanan yang

ditawarkan kepada pelajar

jelas dan pengiraan kredit

setara kursus keusahawanan

dapat dibuatperatus pelajar

menjalankan

Peningkatan bilangan dan

peratusan pelajar yang

diberikan pendedahan/

pembudayaan keusahawanan

Peratus peruntukan yang

dikhususkan untuk aktiviti-aktiviti

pembangunan keusahawanan

diberi perhatian dalam bajet

tahunan

Pertambahan bilangan dan

peratus siswazah/lulusan

IPT yang menjadi usahawan

selepas bergraduasi

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

125

126

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkatkan kompetensi

tenaga pengajar

keusahawanan

Meningkatkan ruang niaga di

universiti

Meningkatkan bilangan aktiviti

keusahawanan berstruktur yang

ditawarkan kepada pelajar

Menggalakkan pelajar

menjalankan aktiviti perniagaan

Meningkatkan ruang dan

peluang niaga dan sistem

sokongan perniagaan kepada

pelajar

Meningkatkan dana perniagaan

kepada pelajar

Meningkatkan latihan-latihan

yang dapat memantapkan

kaedah pengajaran dalam

bidang keusahawanan

Menyedia ruang dan peluang

pembelajaran yang dapat

meningkatkan kemahiran

keusahawanan kepada tenaga

pengajar

Meningkatkan bilangan

kerjasama dan input daripada

pihak usahawan dan industri

PROJEK AGENDA KRITIKAL

TRANSFORMASI KOLEJ KOMUNITI

Pengenalan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pertambahan bilangan dan

peratus pelajar menjalankan

perniagaan dalam kampus

Peningkatan bilangan dan

peratus tenaga pengajar/

pembimbing dan kepakaran

dalam bidang keusahawanan

2011-2015

2011-2015

Kolej Komuniti memainkan peranan utama dalam pembangunan modal insan masyarakat setempat dengan

menyalurkan pengetahuan dan kemahiran serta menyemai nilai dan etika positif melalui pendidikan,

latihan dan program pembelajaran sepanjang hayat. CAP Transformasi Kolej Komuniti diwujudkan bagi

memperkukuhkan lagi peranan Kolej Komuniti sebagai institusi latihan kemahiran dan hab pembelajaran

sepanjang hayat kepada komuniti setempat yang berlandaskan objektif berikut:

Rumusan Fasa 1

• Meningkatkan dan memperluaskan akses latihan kemahiran dan laluan pengajian tinggi

kepada lepasan menengah dan golongan yang memerlukannya.

• Menyediakan pelbagai program latihan kemahiran yang progresif bagi meningkatkan taraf

hidup masyarakat setempat.

• Mewujud dan memupuk budaya keusahawanan bagi menyokong pembangunan

sosioekonomi masyarakat setempat.

• Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat bagi memperkayakan ilmu untuk

meningkatkan kesejahteraan hidup.

• Meningkat dan memperluaskan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi, industri dan

pelbagai agensi bagi pembangunan kualiti hidup masyarakat setempat.

Pelaksanaan CAP Transformasi Kolej Komuniti telah bermula pada pertengahan tahun 2010 dengan

penetapan tujuh objektif strategik dan 13 Petunjuk Prestasi Utama. Pelaksanaan Fasa 1 CAP Transformasi Kolej

Komuniti telah berjaya mendatangkan hasil seperti berikut:

• Pertambahan bilangan Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) yang ditawarkan.

• Pertambahan bilangan agensi yang terlibat dalam kolaborasi penasihatan keusahawanan.

• Peningkatan bilangan IPT yang mengiktiraf lulusan Kolej Komuniti.

• Pertambahan bilangan Kolej Komuniti.

• Pertambahan bilangan program yang berjaya dilaksanakan bersama IPT, industri dan agensi

di Kolej Komuniti.

• Peningkatan peratus tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan profesional/kemahiran.

Isu-isu yang telah dikenal pasti semasa pelaksanaan Fasa 1 CAP Transformasi Kolej Komuniti adalah seperti

berikut:

• pembinaan Kurikulum Sijil Modular Kebangsaan masih dalam peringkat penggubalan;

• faktor ruang pembelajaran dan infrastruktur yang masih tidak mencukupi; dan

• kekurangan kepakaran sumber manusia dalam bidang kemahiran.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

127

Tumpuan Fasa 2

Dalam pelaksanaan Fasa 2, CAP Transformasi Kolej Komuniti akan memberi tumpuan kepada agenda

pengukuhan Kolej Komuniti yang merangkumi pelan-pelan tindakan seperti berikut:

128

• Memperbanyakkan program berorientasikan kemahiran bagi memenuhi keperluan industri

untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

• Melatih semula (reskilling) pekerja-pekerja yang telah memasuki alam pekerjaan tanpa asas

kemahiran.

• Meningkatkan kemahiran (upskilling) tenaga pengajar selaras dengan penubuhan pusat

pentauliahan di Kolej Komuniti.

• Mempergiatkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam pelaksanaan

kurikulum dan pemindahan ilmu dan teknologi secara perantisan.

• Memperkukuh dan memantapkan PSH untuk menjadikannya sebagai teras ketiga pendidikan

selepas pendidikan sekolah dan tertiari dalam sistem pendidikan negara.

• Mempergiatkan program keusahawanan dan kebolehpasaran siswazah.

• Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan

berkualiti kepada komuniti setempat.

Dengan terlaksananya program dan inisiatif bagi Transformasi Kolej Komuniti, adalah diharapkan hasil seperti

berikut akan dicapai menjelang akhir tahun 2015:

• 120,000 peserta mengikuti program Sijil Modular Kebangsaan (SMK);

• Kolej Komuniti menyumbangkan 35% tenaga mahir negara;

• memberi impak maksima kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat yang berasas

pengetahuan kemahiran, kreativiti dan inovasi; dan

• Kolej Komuniti menjadi institusi pilihan bagi golongan yang ingin mempertingkatkan kemahiran

dan pengetahuan.

Bagi meningkatkan keterlihatan Kolej Komuniti pada peringkat antarabangsa, kerjasama bantuan latihan

oleh tenaga pengajar dalam bidang kemahiran tertentu terutamanya kepada negara Cambodia, Laos,

Myammar dan Vietnam (CLMV) akan ditingkatkan.

Kejayaan dalam mencapai hasil yang diharapkan bergantung pada faktor-faktor kritikal seperti tadbir urus

yang berkesan, penglibatan tenaga kerja industri sebagai sumber manusia, infrastruktur sokongan dan

peruntukan yang mencukupi.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelan Tindakan

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Meningkatkan kualiti

program latihan kemahiran

Meningkatkan kapasiti Kolej

Komuniti untuk meluaskan

akses

Meningkatkan lebih banyak

laluan ke institusi pengajian

tinggi untuk pelajar lulusan

Kolej Komuniti

Meningkatkan penyertaan

program jangka pendek

mengikut keperluan dan

kehendak komuniti

Menyemak semula kurikulum

sedia ada (pelaksanaan dari

sistem semester kepada sistem

modular)

Membangunkan kurikulum yang

memenuhi keperluan industri

Mewujudkan mekanisme dan

penetapan instrumen penarafan

Kolej Komuniti

Menganugerahkan sijil berganda

(multiple certification)

Melaksanakan pengambilan

empat kali setahun (Jan, April,

Julai, Oktober)

Penyediaan kemudahan fizikal

dan bukan fizikal Kolej Komuniti

yang mencukupi

Menyediakan kerangka artikulasi

Membangunkan kriteria

perpindahan kredit/

pengecualian kredit

Mengadakan kolaborasi dengan

institusi pengajian tinggi

Memperkasakan kursus selari

dengan keperluan komuniti untuk

mempertingkatkan kemahiran

dan pengetahuan dengan cara

mewujudkan kursus-kursus bersifat

nilai tambah atau persijilan

berganda

Peningkatan penawaran

bilangan kursus Sijil Modular

Kebangsaan (SMK)

Peningkatan program yang

mendapat pengiktirafan

industri/badan profesional

Pelaksanaan sistem penarafan

Kolej Komuniti

Peningkatan tenaga pengajar

yang mempunyai kelayakan

profesional/kemahiran

Peningkatan bilangan pelajar

lepasan menengah dan

masyarakat setempat yang

mendapat latihan di Kolej

Komuniti

Pertambahan bilangan Kolej

Komuniti melalui pembangunan

projek fizikal di lebih banyak

daerah.

Peningkatan bilangan IPT yang

bersetuju menerima lulusan

Kolej Komuniti

Peningkatan penawaran

bilangan kursus pendek

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

129

130

Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun

Memupuk budaya

keusahawanan kepada

peserta dan komuniti

setempat

Membudayakan inovasi

dan kreativiti dalam

kalangan pensyarah

Menjalinkan kerjasama

dengan IPT, industri

dan pelbagai agensi

untuk menyalurkan ilmu

dan teknologi kepada

masyarakat setempa

Meningkatkan keterlihatan

di peringkat antarabangsa

Memperbanyakkan bilangan

program keusahawanan di Kolej

Komuniti

Menggalakkan kolaborasi

penasihatan keusahawanan

dengan agensi luar

Mengadakan pertandingan

berkaitan inovasi dan kreativiti

Meningkat dan mengukuh

kompetensi pensyarah dalam

pengajaran dan pembelajaran

melalui latihan, kursus , bengkel

dan seminar

Mengadakan program untuk

mengenal pasti produk,

perkhidmatan, ilmu dan teknologi

yang sesuai daripada IPT dan

industri untuk dipadankan

dengan masyarakat setempat

Menghantar tenaga pengajar

dalam bidang kemahiran

tertentu ke negara-negara

CLMV

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PROGRAM PEMINDAHAN PENGETAHUAN (KTP)

Pengenalan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan bilangan peserta

Kolej Komuniti yang menjadi

usahawan

Peningkatan bilangan agensi

yang terlibat dalam kolaborasi

penasihatan keusahawanan

Peningkatan bilangan

penyertaan dalam

pertandingan berkaitan inovasi

dan kreativiti

Peningkatan bilangan

pensyarah yang kompeten

dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam bidang

inovasi dan kreativiti

Peningkatan bilangan program

yang berjaya dilaksanakan

bersama IPT, industri dan agensi

di Kolej Komuniti

Pengiktirafan dan sumbangan

di peringkat antarabangsa

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

2011-2015

Berdasarkan senario semasa ekonomi serta perkembangan pengajian tinggi global masa kini, serta

berlatarbelakangkan hasrat negara untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun

2020, Kementerian Pengajian Tinggi telah memutuskan bahawa terdapat keperluan untuk mewujudkan

CAP Program Pemindahan Pengetahuan (Knowledge Transfer Programme; KTP). Keperluan ini berasaskan

persoalan bagaimana Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dapat membantu memindahkan ilmu yang telah

dijana kepada golongan sasaran untuk memperluaskan dan memperkukuhkan ilmu masyarakat awam.

Penubuhan KTP adalah berdasarkan Pelan Pengukuhan Hubungan Kerjasama Universiti-Industri/ Komuniti yang

digubal untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama erat antara pihak akademia dan pihak industri/

komuniti. Salah satu pelan pengukuhan yang telah digariskan adalah Program Pemindahan Pengetahuan

Kepada Komuniti dan Industri (Knowledge Transfer Program for Community and Industry).

Kepentingan CAP KTP

Perlaksanaan KTP adalah amat penting bagi tujuan pengukuhan ilmu terhadap komuniti dan industri di

Malaysia dan secara langsung akan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan bagi sesuatu komuniti dan

industri. Ini adalah sejajar dengan perkembangan pengajian tinggi global dan hasrat negara menjadi negara

berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, maka Dasar KTP akan merangka matlamat,

skop, bidang, hala tuju dan garis panduan perlaksanaan program KTP.

Tumpuan Fasa 2

Fokus utama KTP adalah untuk memahami permasalahan sasaran komuniti dan industri bagi meningkatkan

pemindahan dan perkongsian ilmu melalui pertukaran idea-idea kreatif dan inovatif, penemuan kajian,

pengalaman dan kemahiran antara IPT, organisasi penyelidikan, industri, institusi pemerintah dan masyarakat

luas.

Pada masa yang sama, pembangunan dan peningkatan kualiti produk, perkhidmatan dan dasar akan

dikongsi untuk manfaat bersama bagi pemegang taruh yang dikenal pasti iaitu akademia, industri, masyarakat

dan lulusan siswazah.

Rasional Dasar KTP

Rasional dasar KTP yang telah dikenal pasti adalah untuk menggalakkan dan mengakui penglibatan antara

komuniti/industri dan ahli akademik dalam rangka menyokong pelaksanaan MBE negara dalam mencipta

sebuah bangsa berpengetahuan mantap dan berpendapatan tinggi. Walau bagaimanapun, keperluan

untuk menyediakan platform yang sesuai dan menjadi perantara untuk penukaran yang memudahkan

pengenalan dan pemadanan (matching) kepakaran yang tepat di IPT amat diperlukan bagi memenuhi

keperluan dan permasalahan komuniti dan industri.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

131

Antara rasional dasar KTP lain adalah untuk mengoptimumkan potensi keahlian IPT melalui interaksi yang

diselaraskan oleh pemegang taruh yang telah dikenal pasti. Ini juga bertujuan untuk memelihara interaksi

antara pemegang taruh dan IPT bagi mewujudkan kerjasama yang berterusan dan produktif.

Teras Strategik KTP

Dalam dasar KTP yang sedang dimurnikan, tumpuan diberikan bagi memperkayakan kualiti modal insan di

Institusi Pengajian Tinggi, komuniti dan industri melalui program pemindahan ilmu merangkumi pengajaran,

pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Oleh yang demikian, pengukuhan dari segi akses pemindahan ilmu dari IPT dapat diwujudkan untuk memacu

pembangunan masyarakat dan kualiti hidup termasuk pertumbuhan industri.

Dua objektif strategik KTP telah dikenal pasti bagi IPT untuk mencapai hasrat pelaksanaan KTP iaitu:

132

• Meningkatkan dan memperkayakan pemindahan ilmu semasa di IPT:

o mengenal pasti dan melaksanakan projek yang berpotensi;

o menguatkan kurikulum dan ko-kurikulum di IPT berasaskan komuniti dan industri;

o membina kapasiti akademik dan siswa di IPT;

o mengintegrasikan inisiatif KTP IPT ke dalam program akademik dari institusi pengajian

yang lain; dan

o membuat perubahan kepada projek komuniti semasa yang berorientasikan

perkhidmatan kepada berorientasikan pembelajaran dengan keberhasilan

kepada kumpulan sasaran.

• KTP sebagai pemangkin kepada perkembangan komuniti dan industri:

o Melaksanakan projek-projek yang bererti dengan industri atau masyarakat yang

berterusan dan mempunyai hasil yang boleh diukur.

o Memberikan kuasa (empowerment) dan peningkatan kapasiti industri penerima atau

kumpulan.

o Strategik bekerjasama dengan para stakeholder.

o Persetujuan saling memberi dan menerima kepada inisiatif pemindahan ilmu antara

para stakeholder.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Perlaksanaan projek-projek KTP akan dijalankan oleh IPTA yang mempunyai pengalaman dan kepakaran

dalam menjalankan kerja penglibatan universiti-komuniti/ industri sebelum ini. Ini merujuk kepada track record

pusat-pusat dan jabatan-jabatan di IPTA yang mempunyai kerjasama komuniti dan industri.

SOKONGAN PELAKSANAAN

Struktur Governan Pelaksanaan PSPTN

Sebagaimana yang dilaksanakan dalam Fasa 1, struktur governan yang sama diguna pakai bagi memastikan

terdapat keselarasan antara setiap CAP dan inisiatif serta aktiviti yang dilaksanakan agar menjurus kepada

hasrat dan objektif utama PSPTN (Rujuk dokumen Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun

2020). Mekanisme ini juga membantu KPT menilai, secara kolegial, aspek-aspek pembangunan setiap CAP,

serta menangani cabaran dan isu yang timbul, agar pelaksanaan menjadi lebih lancar dan teratur, yang

akan membawa kepada kejayaan PSPTN.

Struktur governan pelaksanaan PSPTN adalah seperti rajah di bawah:

PASUKAN CAP

(Pengerusi, Ketua Sekretariat,

team members)

Jawatankuasa Pemandu

Pengerusi : YB Menteri Pengajian Tinggi

Jawatankuasa Teknikal

Pengerusi : KSU KPT

PMO

Bahagian

Perancangan &

Penyelidikan (P&P)

PASUKAN iPMO

(IPTA, Politeknik, KK)

STRUKTUR GOVERNAN PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

133

Jawatankuasa Pemandu PSPTN

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (MSC)PSPTN dianggotai oleh pihak berkepentingan peringkat Kementerian

Pengajian Tinggi. Dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, ia merupakan satu forum

yang bersidang sekali setiap bulan bagi membincangkan isu-isu pelaksanaan, sumber, tempoh pelaksanaan

dan hala tuju pelan tindakan. Jawatankuasa ini juga membuat keputusan dan memberi persetujuan ke atas

mekanisme tadbir urus dan inisiatif berkaitan setiap projek (CAP).

Jawatankuasa Teknikal PSPTN

Jawatankuasa Teknikal (TSC) PSPTN juga bermesyuarat sekali setiap bulan, sebelum setiap Mesyuarat

Jawatankuasa Pemandu (MSC) PSPTN. Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi,

ia berperanan untuk memantau kemajuan pelaksanaan projek melalui perincian kepada aspek teknikal yang

berkaitan, penyelesaian isu dan risiko yang berbangkit, membuat pelarasan, menilai impak program dan

aktiviti ke arah pencapaian projek (CAP). Sekiranya isu dan risiko tidak dapat diselesaikan pada peringkat

TSC, perkara tersebut akan dirujuk kepada MSC untuk diselesaikan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BP&P) adalah Bahagian yang melaksanakan perancangan makro

Pengajian Tinggi berdasarkan kepada penyelidikan ke arah melahirkan modal insan kelas pertama yang

kreatif dan inovatif bagi memenuhi agenda pembangunan negara. Ia menjadi nadi utama Kementerian

dalam aspek pembangunan modal insan Sektor Pengajian Tinggi Negara dan memastikan kelestarian PSPTN

sebagai agenda utama Sektor Pengajian Tinggi.

BP&P menangani isu-isu utama yang timbul berikutan pelaksanaan projek-projek kritikal yang memerlukan

keputusan dasar melalui kajian strategik. Selain itu, ia berperanan melaksanakan kajian dasar dan hala tuju

berasaskan data dan fakta dalam memastikan kejayaan PSPTN. Penyelarasan dasar antara kementerian juga

akan diusahakan oleh BP&P, di mana relevan dan berkeperluan.

Pejabat Pengurusan Program

Sebagai entiti yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan PSPTN, Pejabat Pengurusan

Program (PMO) bertanggungjawab untuk memacu perubahan secara holistik melalui pendekatan

134

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

pengurusan projek dan juga berperanan sebagai urus setia bagi pelaksanaan PSPTN. PMO melandaskan

operasi pengurusan projeknya kepada empat unit:

• Unit Perancangan - bertindak membantu merancang penggubalan objektif strategik dan

pelan tindakan bersama dengan Sekretariat CAP; membantu unit-unit lain di PMO dalam

melaksanakan pemantauan pelaksanaan CAP; menyelaras dengan mana-mana agensi

dan jabatan tentang perkara-perkara berkaitan perancangan CAP; mengurus mesyuarat

Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal PSPTN, serta menyediakan laporan

pencapaian status pelaksanaan PSPTN secara keseluruhan melalui kerjasama dengan Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan, KPT.

• Unit Pemantauan - Melaksanakan pemantauan ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada

peringkat pusat dan di agensi pelaksanaan berkaitan, agar pelaksanaan projek agenda kritikal

adalah mengikut jadual; menyelaras laporan pelaksanaan dari peringkat pusat dan

agensi pelaksanaan secara bulanan; menyediakan laporan-laporan pemantauan untuk

pembentangan di mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal PSPTN;

mengurus risiko dan isu yang dibangkitkan oleh agensi pelaksana dalam melaksanakan CAP.

• Unit Penilaian - Melaksanakan penilaian ke atas prestasi pelaksanaan CAP menerusi kaedah-

kaedah yang dipersetujui, mencadangkan tindakan intervensi; memberikan maklum

balas laporan penilaian untuk tindakan semula sekretariat CAP bagi tujuan penambahbaikan;

merangka metodologi penilaian bagi menilai pelaksanaan PSPTN berdasarkan perancangan

dan objektif projek agenda kritikal; menyediakan laporan-laporan penilaian untuk

pembentangan di mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal PSPTN.

• Unit Komunikasi dan Latihan - Merancang pelan komunikasi untuk melancarkan pelaksanaan

PSPTN pada peringkat pusat dan agensi pelaksana; menjadi focal point dalam penyaluran

maklumat mengenai status pelaksanaan PSPTN; merancang dan melaksanakan kajian impak

terhadap keberkesanan sistem pemantauan PSPTN; mengurus penerbitan rujukan berkaitan

pelaksanaan CAP; memberikan latihan dan panduan kepada pemilik projek dan agensi

pelaksana dalam melaksanakan CAP secara berterusan.

PMO berurus secara terus dengan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi,

dalam menyalurkan maklumat berkaitan pencapaian PSPTN berdasarkan setiap CAP dan mencadangkan

tindakan-tindakan dasar yang perlu diambil oleh Bahagian tersebut.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

135

Pasukan Projek CAP

Setiap pasukan projek CAP, diterajui oleh seorang Pengerusi, dibantu secara operasi oleh Ketua Sekretariat,

kumpulan sekretariat dan kumpulan penasihat yang terdiri daripada wakil akademia, industri (di mana

relevan) dan pemegang taruh yang lain. Pengerusi pasukan ini dipertanggungjawabkan untuk menetapkan

hala tuju CAP tersebut berpandukan hala tuju PSPTN (Rujuk dokumen Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

Melangkaui Tahun 2020) dan rundingan serta perbincangan dan persetujuan dengan pemegang taruh bagi

agenda CAP tersebut. Sekretariat CAP, yang diketuai oleh seorang Ketua Sekretariat, dipertanggungjawabkan

untuk merancang dan merangka program bagi tujuan mencapai sasaran bagi KPI yang ditetapkan,

serta memberikan panduan pelaksanaan kepada pihak pelaksana di IPT. Ketua Sekretariat CAP juga

bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan memaklumkan apa-apa kekangan dan cabaran pelaksanaan,

supaya proses ‘unlocking’ dan pemudah cara dapat dilaksanakan dalam memastikan sasaran KPI dapat

dicapai. Dalam hal ini, hubungan yang kuat perlu diwujudkan antara Pasukan Projek CAP dengan Pasukan

iPMO di setiap IPT.

iPMO – Pasukan PMO di IPT

Setiap IPT (IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti) telah menubuhkan Pejabat Pengurusan Projek masing-masing

sewaktu tempoh pelaksanaan Fasa 1 PSPTN, yang secara operasinya dikenali sebagai iPMO (Institutional

PMO) dan diketuai oleh seorang ketua yang dilantik oleh pihak IPT. Peranan yang dimainkan oleh iPMO amat

penting, dalam usaha merancang dan melaksanakan pelan tindakan pada peringkat institusi masing-masing,

selari dengan objektif strategik bagi setiap CAP yang ditetapkan oleh Pasukan Projek CAP, antara lain melalui

rundingan dengan pasukan PMO di IPT.

KESIMPULAN

Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN ialah kesinambungan terjemahan hala tuju Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara Melangkaui Tahun 2020, yang bermula dengan Pelan Tindakan Fasa 1 PSPTN. Cadangan dan pelan

pelaksanaan yang dikemukakan oleh Pasukan Projek bagi kesemua 23 CAP dalam Fasa 2 ialah hasil daripada

penggemblengan pemikiran, usaha dan kemahuan (will) semua pihak berkepentingan, demi memastikan

bahawa hasrat negara memberi kemakmuran kepada rakyatnya dapat direalisasikan.

Tumpuan yang diletakkan oleh semua Pasukan Projek CAP kepada peningkatan dan pemerkasaan modal

insan negara, melalui pelbagai inisiatif dan model pelaksanaan, bukan berlaku secara kebetulan. Fokus

tersebut adalah berpandukan harapan yang telah diperincikan secara jelas dalam Rancangan Malaysia

136

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Kesepuluh (RMKe-10), di mana “pembangunan modal insan merupakan asas utama bagi menjayakan

transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi” dan maka dengan itu “pendekatan holistik akan diambil

untuk memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang” (Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-

2015 Ringkasan Eksekutif, muka surat 3). Dalam dokumen Model Baharu Ekonomi Untuk Malaysia (Bahagian

1), Pembangunan Tenaga Kerja Berkualiti dikhususkan sebagai Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) 2, di

mana modal insan dilihat sebagai elemen yang amat penting memandangkan “pendapatan tinggi datang

daripada insan mahir yang menggunakan bakat mereka untuk mendepani cabaran ekonomi yang dihadapi

oleh masyarakat dengan cemerlang” (muka surat 130).

PSPTN telah meletakkan kepentingan perkembangan modal insan sejak awal penggubalan Pelan lagi

(2007). Justeru, pengukuhan kualiti modal insan akan terus giat diusahakan, dengan berpaksikan keperluan

ekonomi dan sosial negara, dalam usaha melaksanakan misi ke arah Malaysia menjadi negara maju dan

berpendapatan tinggi.

DAFTAR SINGKATAN

ABC Activity Based Costing

AIM Agenda Inovasi Malaysia

AKePT Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi

AKPK Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan

AKPK(PTPTN) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

APA Audit Prestasi Akademik

APEL Accreditation of Prior Experiental Learning

Apex Program Pemacuan Kecemerlangan

ARI Accounting Research Institute

ARI Advanced Research Initiative

ASK Attitude, Skill and Knowledge

BHEPP Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

BP&P Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

BPR Business Process Reengineering

CA Constructive Alignment

CAC Commercialization Approval Committee

CAP Projek Agenda Kritikal (Critical Agenda Project)

CBS Credit Bank System

CCRIS(PTPTN) Centre Credit References Information System

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

137

CDR Centre for Drug Research

CLMS Cloud Learning Management System

CoE Pusat Kecemerlangan

COPPA Code of Practice for Programme Accreditation

COT Centre Of Technology

CRM Customer Relationship Management

CPD Continous Professional Development

CSD Continous Student Development

CUGG Code of University Good Governance

DePAN Dasar e-Pembelajaran Negara

D-SETARA Discipline-based Rating System

ELMAS Education Loan Management System

EPP Entry Point Project

ERGS Skim Geran Penyelidikan Eksploratori

ETP Program Transformasi Ekonomi

FA Full Accreditation

FG Functional Graduate

FGI Functioning graduate index

FRGS Skim Geran Penyelidikan Fundamental (Fundamental Research Grant Scheme)

G2G Government to Government

GOT Graduate on Time

GSA Generic Student Attributes

GSB Graduate School of Business

GSM Graduate School of Management

GTP Program Transformasi Kerajaan

GTP Government Transformational Programme

HDAP Human Development, Appraisal and Profiling

HICoE Higher Institution Centre of Excellence

HSD Pembangunan Holistik Pelajar (Holistic Student Development)

IA Indeks Akauntabiliti

IBS Institute of Bioscience

ICT Information and Communication Technology

INFORMM Institute for Research in Molecular Medicine

IP Intellectual Property

iPMO Institutional PMO

138

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

IPT Institusi Pengajian Tinggi

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat

JKMPMI Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan

JKPSH Jawatankuasa Kebangsaan PSH

JPA Jabatan Perkhidmatan Awam

JPT Jabatan Pengajian Tinggi

KIP Key Intangible Performance

KPI Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator)

KPT Kementerian Pengajian Tinggi

KTP Program Pemindahan Pengetahuan (Knowledge Transfer Programme)

KU Kolej Universiti

LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri

LMS Learning Management Systems

LOKI Learning Outcome Kemahiran Insaniah

LPU Lembaga Pengarah Universiti

LRGS Skim Penyelidikan Jangka Panjang

MARA Majlis Amanah Rakyat

MBA Sarjana Pentadbiran Perniagaan

MBE Model Baharu Ekonomi

MJM Memorandum Jemaah Menteri

MoA Memorandum of Arrangement

MQA Malaysian Qualifications Agency

MQF Malaysian Qualifications Framework

MQR Malaysian Qualifications Register

MSD Malaysian Students Department

MTUN Malaysian Technical University Network

My3S Malaysian Soft Skills Scale

MyCSD Continuous Student Development

MyQuest Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges

(Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta)

MyRA Research Assessment Instrument

NEM New Economic Model

NITC National IT Council

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

139

NJM Nota Jemaah Menteri

NKEA Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area)

NKRA National Key Result Area

OBB Outcome Base Budgeting

OBE Outcome Based Learning

OKU Orang Kurang Upaya

OS Objektif Strategik

P&P Pembelajaran dan Pengajaran

PhD Doktor Falsafah

PJJ Pendidikan Jarak Jauh

PMO Pejabat Pengurusan Program

PMS Project Management System

PPP Public Private Participation

PPSP Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan/Pengurusan

PPT Pemberi Pendidikan Tinggi

PRGS Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip

PSH Pembelajaran Sepanjang Hayat

PSPTN Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

PTJ Pusat Tanggungjawab

PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

R&D Penyelidikan Dan Pembangunan

RMC Research Management Centre

RMKe-10 Rancangan Malaysia Kesepuluh

RMKe-9 Rancangan Malaysia Kesembilan

RSE Penyelidik, saintis dan jurutera (Researchers, scientists, engineers)

SALAMS Scholarship And Loan Management System

SCL Student Centred Learning

SEDIA Student Entrepreneurial Development Initiatives Agenda

SETARA Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi

SKPG Sistem Kajian Pengesanan Graduan

SLAB Skim Latihan Akademik Bumiputra

SLAI Skim Latihan Akademik Institusi

SMK Sijil Modular Kebangsaan

SOP Standard Operating Procedures

SPA Sistem Pengurusan Aset

140

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

SPAN Sistem Pengurusan Audit Nilai

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SRI Stanford Research Institute

SRI Inisiatif Pembaharuan Strategik

SSPN Skim Simpanan Pendidikan Nasional

SSR Sistem Star Rating

TBS Top Business School

TE Traditional Education

TOT Training of Trainers

TEVT Technical Education and Vocational Training

UCEC University-Community Engagement Champion

UGGI University Good Governance Index

UKM-GSB Universiti Kebangsaan Malaysia-Graduate School of Business

UMBI UKM Medical Molecular Biology Institute

UMPEDAC UM Centre of Research for Power Electronics, Drives, Automation & Control

UP Universiti Penyelidikan (Research University)

UPM-GSM Universiti Putra Malaysia-Graduate School of Management

WIP Wibawa, Integriti dan Profesionalisme

YTAR Yayasan Tunku Abdul Rahman

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

141

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!