30.01.2013 Views

Pelan Strategik ILKAP 2010-2014 - Institut Latihan Kehakiman Dan ...

Pelan Strategik ILKAP 2010-2014 - Institut Latihan Kehakiman Dan ...

Pelan Strategik ILKAP 2010-2014 - Institut Latihan Kehakiman Dan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KANDUNGAN

KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH ILKAP

PENGENALAN

PUNCA KUASA

CARTA ORGANISASI

HALA TUJU STRATEGIK - VISI, MISI DAN MOTO

HALA TUJU STRATEGIK - NILAI-NILAI BERSAMA

PERANAN

STAKEHOLDERS DAN PELANGGAN

ISU STRATEGIK

OBJEKTIF STRATEGIK

PELAN TINDAKAN

MEKANISME PELAKSANAAN

ELEMEN PENENTU KEJAYAAN

THE WAY FORWARD

PENUTUP

2

3

5

6

7

8

9

10

11

12

13

25

26

27

28

2

KATA-KATA ALUAN

KETUA PENGARAH

ILKAP

Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) mempunyai

peranan yang signifikan bagi memperkasakan pembangunan modal insan dalam bidang kehakiman

dan perundangan negara.

Sebagai sebuah institut yang berteraskan sistem penyampaian dan latihan, ILKAP perlu memberi

tumpuan terhadap kehendak pelanggan khususnya dan stakeholders amnya. ILKAP sentiasa

merangka dan menyediakan sistem latihan yang efektif dan teratur bagi menyokong perkembangan

kerjaya pelanggan.

Institusi ini sedar akan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kerajaan untuk memupuk dan

membina modal insan yang akan memberi sumbangan ke arah memangkin dan merealisasikan

keberkesanan pentadbiran keadilan di Malaysia. ILKAP perlu bertindak secara proaktif dalam

perancangan dan pembangunan program latihan bagi memenuhi perkembangan pesat perundangan

semasa. Dalam membangunkan kurikulum kursus, ILKAP akan memastikan setiap program yang

dirangka merangkumi bukan sahaja aspek perundangan bahkan menyentuh aspek Pembentukan

Peribadi dan integriti selaras dengan salah satu (1) Bidang Keberhasilan Utama Nasional (National

Key Result Area) iaitu membanteras rasuah.

ILKAP juga akan mengorak langkah yang lebih inovatif dan progresif dalam transformasi sistem

latihan, dasar dan hala tuju bagi mencapai visi 2015. Perancangan Strategik ini akan menjadi landasan

perubahan yang dinamik dan akan dikaji serta dibangunkan mengikut keperluan stakeholders dan

pelanggan.

Justeru, ILKAP memerlukan input, sokongan dan kerjasama yang padu daripada semua

stakeholders, pelanggan, penceramah, pegawai dan kakitangannya bagi memastikan keberkesanan

setiap langkah yang diambil dalam usaha merealisasikan gagasan 2015.

Terima kasih.

ANNA NG FUI CHOO

KETUA PENGARAH

INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

MALAYSIA

PENGENALAN

Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan

(ILKAP) ditubuhkan susulan keputusan Jemaah Menteri

pada 18 Mac 1992 berdasarkan kajian dan perakuan

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia (MAMPU) untuk memberi latihan formal yang

berterusan kepada pegawai Kehakiman dan Perundangan

serta kakitangan sokongan yang terlibat dalam proses

keadilan.

ILKAP merupakan agensi di bawah Jabatan

Perdana Menteri yang beroperasi secara rasmi pada

23 Disember 1993 dengan menumpang di pejabat

Kementerian Undang-Undang. Pada Julai 1994, ILKAP

kemudiannya telah berpindah ke Wisma Sime Darby.

Mulai September 2003, ILKAP beroperasi sepenuhnya di

kampus tetap di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Hala tuju ILKAP digarap oleh Lembaga Pengurusan ILKAP yang berperanan menggubal

dasar serta menetapkan program latihan ILKAP. Pada masa ini Lembaga Pengurusan ILKAP

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan dianggotai oleh Peguam Negara, Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pendaftar Mahkamah

Persekutuan, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, seorang Peguam Bela dan

Peguam Cara, Dekan Fakulti Undang-

Undang dan Pentadbiran Universiti

Teknologi Mara (UiTM) dan Ketua

Pengarah ILKAP selaku Setiausaha.

Pada peringkat awal penubuhannya,

ILKAP dengan kekuatan seramai 32

orang kakitangan telah berupaya

menjalankan sehingga 62 kursus

setahun. Selepas tujuh (7) tahun

beroperasi, pada tahun 2000, ILKAP

telah melalui proses penyusunan semula organisasi yang menyaksikan ILKAP mempunyai

sebanyak 90 perjawatan. Selaras dengan perjawatan baru tersebut, ILKAP telah mengorak

langkah pembaharuan dalam kursus yang dianjurkan dan pada tahun 2008 dan 2009, ILKAP

telah menjalankan sehingga 195 kursus setahun. Bagi memenuhi hasrat Jemaah Menteri semasa

penubuhan ILKAP agar institusi ini mengambil alih pelaksanaan peperiksaan Certificate of Legal

Practice (CLP), mulai tahun 2010 ILKAP akan menawarkan kursusnya kepada pihak swasta.

3

4

PENGENALAN

Namun begitu, menyedari hakikat bahawa dengan perjawatan yang sedia ada ILKAP tidak akan mampu

untuk melaksanakan CLP, institusi ini sekali lagi telah memohon penstrukturan semula pada tahun 2009.

Sehingga awal tahun 2010, ILKAP mempunyai 103 perjawatan.

Perkembangan pesat program latihan di kampus ILKAP telah menyaksikan penyertaan dan permintaan

yang tinggi dari pihak Jabatan Peguam Negara, Mahkamah dan pelbagai agensi kerajaan. ILKAP dalam

merangka kursusnya telah mengambil kira permintaan dan kehendak jabatan tersebut. Di samping itu,

ILKAP turut menjalankan kursus kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang

untuk melaksanakan kursus khusus bagi

pegawai mereka.

Justeru, Pelan Strategik ini dirangka agar

ILKAP mampu mengorak langkah untuk

menggapai visi dalam menjadi peneraju

kecemerlangan pembangunan modal insan

dalam bidang kehakiman dan perundangan

yang bertaraf dunia menjelang 2015.

PUNCA KUASA

5

6

CARTA ORGANISASI

HALA TUJU STRATEGIK

VISI

MISI

MOTO

PENERAJU KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM

BIDANG KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN YANG BERTARAF DUNIA

MENJELANG 2015

ILKAP merupakan peneraju bagi memperkasakan keperluan sumber manusia dalam

bidang kehakiman dan perundangan melalui latihan. Justeru, ILKAP akan memantapkan

sistem penyampaian dan latihan secara progresif dan inovatif sejajar dengan keperluan

dan kehendak pelanggan. ILKAP akan sentiasa mempertingkat tahap kualiti kursus dengan

penghasilan kurikulum yang relevan dan dinamik. Selain itu, ILKAP juga akan menjana

penyelidikan bagi menyumbang kepada perkembangan dan pembaharuan undang-undang.

MENINGKATKAN KOMPETENSI, KEBERKESANAN DAN

PROFESIONALISME PEGAWAI KEHAKIMAN, PERUNDANGAN DAN

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG MELALUI LATIHAN YANG

SISTEMATIK, RELEVAN DAN PROGRESIF

ILKAP akan sentiasa menjalankan latihan untuk mempertingkatkan keupayaan dan

keberkesanan pegawai kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan dalam melaksanakan

tugas dan tanggungjawab. ILKAP juga akan memantapkan tahap kompetensi pelanggan

dengan kepakaran dan penguasaan pengetahuan bidang dan tugasan kerja masing-masing

menerusi latihan yang sistematik. Selain itu, ILKAP akan mengkaji semula program latihannya

agar ia sentiasa relevan dan progresif, mengikut keperluan dan perkembangan semasa

undang-undang dan kehendak pelanggan.

PENCAPAIAN PUNCAK

(PEAK PERFORMANCE)

Memastikan setiap tugas dan aktiviti yang dilaksanakan mampu memberi outcome yang

paling tinggi, optimum dan berpanjangan kepada stakeholders, pelanggan dan juga seluruh

warga ILKAP.

7

8

HALA TUJU STRATEGIK

NILAI-NILAI

BERSAMA

I

L

K

A

P

ILKAP sentiasa bekerja dalam satu

pasukan untuk melaksanakan misinya.

Warga ILKAP akan berpegang

kepada lima (5) nilai bersama bagi

merealisasikan

ditetapkan.

VISI yang telah

- INTEGRITI

Melaksanakan amanah dan kuasa dengan jujur dan saksama. Berkhidmat dengan penuh

komitmen, tanggungjawab, sempurna dan utuh.

- LEGALISTIK

Menyediakan sistem latihan yang relevan dengan perkembangan perundangan semasa.

Memastikan latihan yang dianjurkan memberi dampak positif. ILKAP akan memastikan

kurikulum kursus mengambil kira peruntukan undang-undang terkini.

- KREDIBILITI

Memperoleh kebolehpercayaan terhadap latihan, hasil kerja dan perkhidmatan yang

ditawarkan.

- AKAUNTABILITI

Mempunyai rasa tanggungjawab dan amanah dalam segala tindakan, kelakuan dan keputusan

serta bersedia memberi penjelasan dan justifikasi.

- PROFESIONAL

Memberi perkhidmatan yang kompeten, cekap dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab

yang diamanahkan.

PERANAN

Merancang dan mengendalikan program latihan,

kolokium, seminar dan bengkel;

Menjalankan kajian yang berkaitan dengan

keperluan latihan dan analisis impak kepada

organisasi dan pegawai perkhidmatan awam,

badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan

yang terlibat dalam bidang kehakiman,

perundangan dan penguatkuasaan undang–

undang;

Sebagai sebuah pusat latihan

Kehakiman dan Perundangan, ILKAP

perlu menjadi pemangkin kepada

transformasi dan perkembangan

sistem keadilan melalui latihan dengan

melaksanakan perkara yang berikut:

Membuka peluang penglibatan pihak swasta dari dalam dan luar negara bagi

memperluaskan perkongsian ilmu, kepakaran dan jaringan kerjasama;

Meningkatkan pengetahuan, kepakaran,

kualiti perkhidmatan, kepimpinan, pengurusan

organisasi pegawai perkhidmatan awam,

badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan

yang terlibat dalam kehakiman, perundangan

dan penguatkuasaan undang-undang;

Menjalankan kajian dan penerbitan berkaitan

dengan perkembangan semasa dalam

bidang kehakiman, perundangan dan

penguatkuasaan undang – undang;

Membangunkan pusat sumber dan maklumat yang bertujuan memberi khidmat sokongan

kepada program latihan dan penyelidikan ILKAP.

9

10

STAKEHOLDERS DAN PELANGGAN

ISU STRATEGIK

1. Keupayaan dan Kapasiti Organisasi

Isu ini adalah selaras dengan keperluan untuk mengukuhkan sistem penyampaian bagi melahirkan

perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti, cekap, cepat dan berkesan. Perkara ini juga mencakupi

keperluan untuk melaksanakan pengurusan sumber manusia yang lebih sistematik dan teratur.

Objektif strategik:

• Memantapkan keupayaan dan kapasiti ILKAP bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian

perkhidmatan

• Memantapkan tadbir urus organisasi bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian

perkhimatan

2. Penyampaian Perkhidmatan Teras

Selaras dengan perkembangan pesat isu-isu global dan perundangan semasa, ia menuntut ILKAP

untuk menganjurkan kursus yang sentiasa relevan, berkualiti dan terkini. Justeru, wujud keperluan

untuk memantap, merangka dan mengemas kini kurikulum latihan, mewujudkan fleksibiliti dalam

pengurusan latihan dan memilih penceramah yang mahir dan komited.

Objektif strategik:

• Memperkasakan pengurusan dan penyampaian latihan bagi meningkatkan keberkesanan

pembelajaran

• Mempertingkatkan penyelidikan berkaitan isu perundangan bagi memantapkan program latihan

3. Perkongsian Sumber

Keperluan untuk membangunkan jaringan kerjasama dengan institut luar bagi tujuan perkongsian

maklumat dan kemahiran

Objektif strategik:

• Meningkatkan kolaborasi untuk memantapkan kemahiran dan kefahaman dalam pembangunan

modal insan

11

12

OBJEKTIF STRATEGIK

Bagi merealisasikan visi dan misi ILKAP ini, lima (5) objektif strategik telah dirangka

untuk ILKAP mengorak strategi dan mengukuhkan sistem latihan.

Memperkasakan pengurusan dan penyampaian latihan

bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran

Meningkatkan kolaborasi untuk memantapkan kemahiran

dan kepakaran dalam pembangunan modal insan

Memantapkan tadbir urus organisasi bagi

meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian

perkhidmatan

Mempertingkatkan penyelidikan bagi menyumbang

kepada perkembangan dan pembaharuan undangundang

Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi

dalam menyediakan sumber manusia bagi

meningkatkan kecekapan sistem penyampaian

perkhidmatan

PELAN TINDAKAN

OBJEKTIF 1:

MEMPERKASAKAN PENGURUSAN DAN PENYAMPAIAN LATIHAN

BAGI MENINGKATKAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN

Pengurusan latihan yang teratur dan efisien merupakan kriteria utama bagi memastikan keberkesanan

proses pembelajaran dalam setiap program yang dianjurkan oleh ILKAP. Justeru, setiap komponen

sistem latihan perlu dikemas kini, ditambah baik dan dipertingkatkan untuk memastikan kehendak

pelanggan tercapai. Antara tindakan yang akan diambil ialah membentuk dan mengemas kini kurikulum

latihan yang dinamik dan relevan seiring dengan perkembangan sistem perundangan negara.

Strategi

• Memantapkan kurikulum latihan

• Memastikan fasiliti dan prasarana dalam keadaan baik

• Memastikan kelancaran program latihan

Pelan Tindakan

• Memastikan analisis keperluan latihan (training needs analysis) dilaksanakan secara

komprehensif

• Merangka kurikulum latihan yang relevan dan dinamik

• Mengkaji dan mengemas kini kurikulum sedia ada

• Memastikan kemudahan yang disediakan mencukupi dan lengkap

• Memantapkan sistem penyelenggaraan aset

• Memantapkan dan melaksanakan pengurusan program latihan

• Mengenal pasti penambahbaikan yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa

13

14

PELAN TINDAKAN

STRATEGI TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

Memantapkan

kurikulum

latihan

Memastikan

fasiliti dan

prasarana

dalam keadaan

baik

Memastikan

kelancaran

program latihan

1. Memastikan analisis

keperluan latihan

(training needs analysis)

dilaksanakan secara

komprehensif

2. Merangka kurikulum

latihan yang relevan

dan dinamik

3. Mengkaji dan

mengemas kini

kurikulum sedia ada

1. Memastikan

kemudahan yang

disediakan mencukupi

dan lengkap

2. Memantapkan sistem

penyelenggaraan aset

1. Memantapkan

pengurusan program

latihan

2. Mengenal pasti

dan melaksanakan

penambahbaikan yang

perlu dilakukan dari

semasa ke semasa

Tahap

kepuasan

peserta

kursus

Tahap

kepuasan

peserta

kursus

Tahap

kepuasan

peserta

kursus

SASARAN/

TAHUN SASARAN

Mencapai minima

skor lima (5) setiap

kursus

Mencapai minima

skor lima (5) bagi

setiap kursus

Mencapai minima

skor lima (5) bagi

setiap kursus

PELAN TINDAKAN

OBJEKTIF 2:

MEMPERTINGKATKAN PENYELIDIKAN BAGI MENYUMBANG

KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMBAHARUAN UNDANG-

UNDANG

ILKAP akan turut menyumbang kepada perkembangan dan pembaharuan undang-undang.

Sehubungan itu, peranan Unit Penyelidikan dan Pembangunan akan diperluaskan bagi penghasilan

penyelidikan dan terbitan yang mengikut perkembangan perundangan semasa. Justeru, kekuatan,

kelengkapan dan prasarana yang diperlukan oleh unit tersebut akan sentiasa dipertingkatkan selaras

dengan keperluan untuk menghasilkan penyelidikan yang dinamik dan inovatif. Di samping itu, komitmen

seluruh warga ILKAP dituntut untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan. Ilmu berbentuk tacit dan explicit

perlu dikumpul dan dikongsi bersama bagi menjana penyelidikan yang berkualiti.

Strategi

• Menghasilkan penyelidikan perundangan yang menyeluruh dan terkini

• Memperkasakan budaya kerja berasaskan pengetahuan

Pelan Tindakan

• Memantapkan Unit Penyelidikan dan Pembangunan

• Meluaskan peranan Unit Penyelidikan dan Pembangunan

• Meningkatkan kualiti penyelidikan dalam pelbagai aspek undang-undang

• Mengoptimumkan penggunaan fasiliti penyelidikan

• Menerbitkan kajian dan penyelidikan yang dilaksanakan

• Memperluaskan perkongsian maklumat melalui pelbagai medium penyampaian

• Meningkatkan kesedaran kepentingan ilmu

• Mengoptimumkan penggunaan sumber ilmu

15

16

PELAN TINDAKAN

STRATEGI TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

Menghasilkan

penyelidikan

perundangan

yang

menyeluruh

dan terkini

Memantapkan

budaya kerja

berasaskan

pengetahuan

1. Memantapkan Unit

Penyelidikan dan

Pembangunan

2. Meluaskan peranan

Unit Penyelidikan dan

Pembangunan

3. Meningkatkan kualiti

penyelidikan dalam

pelbagai aspek

undang-undang

4. Mengoptimumkan

penggunaan fasiliti

penyelidikan

5. Menerbitkan kajian

dan penyelidikan

seperti jurnal, kajian

kes dan kajian buku

1. Memperluaskan

perkongsian maklumat

melalui pelbagai

medium penyampaian

2. Meningkatkan

kesedaran kepentingan

ilmu

3. Memantapkan

penggunaan sumber

ilmu

4. Memantapkan

pengurusan

pengetahuan

dan maklumat

(k-management)

Bilangan

kajian

Bilangan

terbitan

SASARAN/

TAHUN SASARAN

Dua (2) kajian

dalam tempoh

setahun

Satu (1) artikel

setahun bagi

setiap pegawai

undang-undang

ILKAP

Inovasi Menyertai

Anugerah Inovasi

Sektor Awam pada

tahun 2012

Penjanaan

idea yang

inovatif

Pangkalan

data

Tiga (3) idea

setahun

Pangkalan data

diwujudkan dalam

tahun 2011

PELAN TINDAKAN

OBJEKTIF 3:

MENINGKATKAN KOLABORASI UNTUK MEMANTAPKAN

KEMAHIRAN DAN KEPAKARAN DALAM PEMBANGUNAN MODAL

INSAN

Membuka pintu yang lebih luas untuk menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan

sektor swasta berlandaskan akademik, pengurusan atau latihan. Jaringan strategik dan penglibatan

pelbagai pihak akan merealisasikan hasrat institusi ini untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu.

Kolaborasi yang dirancang tidak hanya akan tertumpu kepada kerjasama dengan agensi dalam negeri

malah ILKAP akan sentiasa mencari peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi luar negara

agar organisasi ini mampu mempunyai platfom tersendiri dan menjadi rujukan pelbagai pihak hingga

ke arena antarabangsa.

Strategi

• Memantapkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak

• Memperkukuhkan jalinan dan penyertaan pelanggan dan stakeholders dalam aktiviti dan

program ILKAP

Pelan Tindakan

• Mewujudkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan kolaborasi dengan agensi Kerajaan,

institusi latihan, insitut pengajian tinggi awam dan swasta dan sektor swasta

• Mempertingkat perkongsian sumber, tanggungjawab dan kepakaran dengan institusi latihan

lain

• Mempertingkat penglibatan pelanggan dan stakeholders dalam perancangan dan pelaksanaan

program ILKAP

17

18

PELAN TINDAKAN

STRATEGI TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

Memantapkan

jaringan

kerjasama

dengan

pihak-pihak

berkepentingan

Memperkukuhkan

jalinan dan

penyertaan

pelanggan dan

stakeholders

dalam aktiviti

dan program

ILKAP

1. Mewujudkan

mekanisme

penyelarasan

pelaksanaan

kerajasama dengan

agensi Kerajaan,

institusi latihan, insitut

pengajian tinggi dan

lain-lain

2. Mempertingkat

perkongsian sumber,

tanggungjawab dan

kepakaran dengan

institusi tempatan lain

3. Menjalinkan kerjasama

dengan institut luar

negara

1. Mempertingkatkan

penglibatan pelanggan

dan dalam

perancangan dan

pelaksanaan aktiviti

program ILKAP

2. Mengadakan

persidangan peringkat

kebangsaan

Tahap

kepuasan

pelanggan

Bilangan

kerjasama

strategik

Penyertaan

pelanggan

dan

SASARAN/

TAHUN SASARAN

Tahap kepuasan

pelanggan

melebihi 80%

setiap tahun

Sekurangkurangnya

dua

(2) kerjasama

strategik setiap

tahun

80% penglibatan

pelanggan dan

dalam

perancangan

aktiviti dan

program ILKAP

PELAN TINDAKAN

OBJEKTIF 4:

MEMANTAPKAN KEUPAYAAN DAN KAPASITI ORGANISASI

BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN SISTEM PENYAMPAIAN

PERKHIDMATAN

Memperkasakan pembangunan organisasi dan pengurusan sumber manusia yang mampu

meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan perkhidmatan. Perkara ini merupakan intipati

penting bagi melahirkan kesedaran, kepuasan dan peningkatan kompetensi tenaga kerja organisasi.

Kejayaan sesuatu program latihan adalah berdasarkan keupayaan ILKAP dalam memberikan

perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Strategi

• Memantapkan pembangunan organisasi

• Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif

• Mempertingkat dan memperkasa imej organisasi

Pelan Tindakan

• Memperkukuh struktur dan skim perkhidmatan organisasi

• Memantapkan fungsi dan deskripsi tugas

• Membangunkan Pelan Komprehensif Sumber Manusia

• Memantapkan pengurusan pengetahuan dan maklumat (k-management)

• Mempertingkat budaya inovatif dan kreatif

• Memanfaat dan mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam penyampaian perkhidmatan

• Mempertingkat jalinan hubungan antara pihak Pengurusan dan kakitangan

• Meningkatkan prasarana dan fasiliti pejabat

• Memperkasakan sistem penyelenggaraan aset

• Memantapkan Pelan Pembangunan ILKAP dengan mengoptimumkan penggunaan sumber

atau aset

• Membangunkan Pelan Transformasi ILKAP

• Membangunkan Pelan Media dan Promosi ILKAP

• Mempertingkat dan memudahkan capaian pelanggan kepada ILKAP

• Mempertingkat keberkesanan penguatkuasaan

19

20

PELAN TINDAKAN

STRATEGI TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

Memantapkan

pembangunan

organisasi

Mewujudkan

persekitaran

kerja yang

kondusif

1. Memperkukuh struktur

dan skim perkhidmatan

organisasi

2. Memantapkan fungsi

dan deskripsi tugas

3. Membangunkan Pelan

Komprehensif Sumber

Manusia

1. Memanfaat dan

mengoptimumkan

penggunaan teknologi

dalam penyampaian

perkhidmatan

2. Mempertingkat jalinan

hubungan antara

pihak Pengurusan dan

kakitangan

3. Meningkatkan

prasarana dan fasiliti

pejabat

4. Memperkasakan

sistem

penyelenggaraan aset

5. Memantapkan Pelan

Pembangunan dengan

mengoptimumkan

penggunaan sumber

atau aset

Penarafan

dalam

Star Rating

Tahap

kepuasan

pekerja

SASARAN/

TAHUN SASARAN

Mendapat

penarafan lima (5)

bintang apabila

dinilai oleh

MAMPU

Tahap kepuasan

melebihi 80%

setiap tahun

PELAN TINDAKAN

STRATEGI TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

Mempertingkat

dan

memperkasa

imej organisasi

1. Membangunkan Pelan

Transformasi ILKAP

2. Membangunkan Pelan

Media dan Promosi

ILKAP

3. Mempertingkat dan

memudahkan capaian

pelanggan kepada

ILKAP

Indeks

persepsi

pelanggan

SASARAN/

TAHUN SASARAN

80% pelanggan

berpandangan

positif terhadap

ILKAP dalam

tahun 2010

21

22

PELAN TINDAKAN

OBJEKTIF 5:

MEMANTAPKAN TADBIR URUS ORGANISASI BAGI MENINGKATKAN

KEBERKESANAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan merupakan antara agenda utama perkhidmatan

awam. Bagi mendokong hasrat ini, ILKAP akan memperkasakan tadbir urus organisasi, sistem dan

prosedur kerja serta pengurusan kewangan agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada

pelanggannya.

Strategi

• Memperkasakan tadbir urus organisasi dan pembudayaan nilai-nilai murni ke arah

kecemerlangan organisasi

• Memantapkan sistem dan prosedur kerja

• Memantapkan pengurusan kewangan

Pelan Tindakan

• Mewujudkan kod etika dan amalan terbaik penguatkuasaan

• Melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu

• Memperkasakan tadbir urus

• Meningkatkan kecekapan pengurusan kawalan dalaman

• Mewujudkan Pelan Integriti dan Kod Etika Organisasi

• Mempertingkat penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni

• Menyemak pemakaian dan keberkesanan peraturan atau pekeliling sedia ada

• Merekayasa dan menambah baik sistem dan prosedur kerja

• Mengoptimumkan kos operasi organisasi

• Mengamalkan perbelanjaan berhemah

PELAN TINDAKAN

STRATEGI TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

Memperkasa

tadbir urus

organisasi dan

pembudayaan

nilai-nilai

murni ke arah

kecemerlangan

organisasi

Memantapkan

sistem dan

prosedur kerja

1. Mewujudkan kod

etika organisasi

dan amalan terbaik

penguatkuasaan

2. Mempertingkat

keberkesanan

penguatkuasaan

3. Melaksanakan tindakan

penguatkuasaan

secara bersepadu

4. Memperkasakan tadbir

urus

5. Meningkatkan

kecekapan pengurusan

kawalan dalaman

6. Mempertingkat

penerapan dan

penghayatan nilai-nilai

murni

1. Menyemak pemakaian

dan keberkesanan

peraturan atau

pekeliling sedia ada

2. Merekayasa dan

menambah baik sistem

dan prosedur kerja

Sistem

Star Rating

Bilangan

program

Tahap

kepuasan

pelanggan

SASARAN/

TAHUN SASARAN

Mendapat

penarafan 5

bintang apabila

dinilai oleh

MAMPU

Sekurangkurangnya

empat

(4) program

setahun

Tahap kepuasan

melebihi 80%

setiap tahun

23

24

PELAN TINDAKAN

STRATEGI TINDAKAN/PROGRAM INDIKATOR

Memantapkan

pengurusan

kewangan

1. Mengoptimumkan kos

operasi organisasi

2. Mengamalkan

perbelanjaan berhemah

Prestasi

perbelanjaan

Laporan Audit

SASARAN/

TAHUN SASARAN

Mencapai

perbelanjaan

seimbang antara

peruntukan dan

perbelanjaan

Teguran sifar

MEKANISME PELAKSANAAN

Pelan Strategik 2010 – 2014 menetapkan mekanisme dan garis panduan bagi ILKAP mencapai visi

dan misi yang telah digarap. Pelaksanaan setiap tindakan yang dirancang perlu dipantau dan dikaji

semula secara terperinci. Justeru, pemantauan terhadap pelaksanaannya akan dibuat oleh dua (2)

jawatankuasa seperti berikut:

(a) Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik ILKAP (JPPSI)

(b) Jawatankuasa Pelaksanaan Pelan Strategik (JPP)

JPPSI bertindak sebagai penyelaras utama dalam pemantauan, penilaian dan kajian semula pelan

strategik berdasarkan kepada pengukuran dan pelan tindakan yang ditetapkan. Jawatankuasa ini

dianggotai oleh –

Jawatan Keahlian

Pengerusi Ketua Pengarah

Setiausaha Unit Penyelidikan dan Pembangunan

Ahli Ketua Bahagian

Bagi memastikan setiap Bahagian/Program/Unit memainkan peranan dan tanggungjawab masingmasing

dalam tempoh lima (5) tahun ini, strategi dan pelan tindakan dalam pelan ini akan dipantau dan

dikaji semula berdasarkan jadual berikut:

Bil. Perkara Tarikh Cadangan

1. Mesyuarat Pemantauan Setiap enam (6) bulan

2. Penilaian Pencapaian Setiap dua (2) tahun

3.

Penilaian Keberkesanan dan Kajian

Semula Pelan Strategik

2012

JPP pula bertindak memantau pelaksanaan dan pencapaian di peringkat Bahagian. Ia dipengerusikan

oleh –

(a) Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Latihan)

(b) Pendaftar (Bahagian Pengurusan)

(c) Pengarah (Bahagian Maklumat)

Jawatankuasa ini dianggotai oleh Pengarah Program, Ketua Seksyen dan Ketua Unit. Ia akan

bermesyuarat secara tetap setiap dua (2) bulan dan akan mengemukakan laporan pencapaian

Bahagian berkenaan kepada JPPSI.

25

26

ELEMEN PENENTU KEJAYAAN

Kapasiti organisasi ILKAP perlu dipertingkatkan bagi

merealisasikan matlamat strategik yang ditentukan. Ia disokong

dengan struktur organisasi yang mantap dan pelaksanaan

tugasan ke tahap optimum secara berpasukan.

Pengurusan latihan akan diperkasakan bagi memastikan latihan

dilaksanakan dengan lebih cekap dan sistematik. Pada masa

yang sama, sumber-sumber akan digembleng secara optimum

bagi memastikan sasaran objektif yang ditetapkan tercapai.

ILKAP perlu memberikan keutamaan kepada peningkatan

ilmu dan kepakaran modal insan dalam bidang kritikan dan

strategik. Ia meliputi metodologi penyelidikan, kemudahan ICT

dan perancangan strategik. Program mentoring dan coaching

akan disemai dan dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan

dan kemahiran dalam melaksanakan tugasan. Personel ILKAP

juga akan sentiasa didedahkan dengan program-program

latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi dalam

pelaksanaan kerja.

Pelaksanaan Pelan Strategik ICT ILKAP akan menyokong

pencapaian hala tuju Pelan Strategik ILKAP. ICT merupakan

salah satu komponen penting dalam pengurusan Sistem Latihan.

Kajian Semula Pelan Strategik ILKAP akan dijalankan pada

tahun 2012 untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan teras

strategik dan tahap pencapaian sasaran prestasi yang ditetapkan.

Kajian Semula tersebut akan turut mengambil kira senario baru

perubahan persekitaran dan tumpuan strategik ILKAP.

THE WAY FORWARD

Perancangan strategik yang telah direncanakan ini akan berakhir pada tahun 2014. Institut

ini berharap pada tahun tersebut segala yang telah dirancang akan menjadi realiti. Namun begitu,

memandangkan latihan merupakan salah satu keperluan yang berterusan dan progresif, maka

perancangan strategik untuk tempoh lima (5) tahun ini tidak mencukupi untuk mengukur pencapaian

Institut ini secara holistik. Justeru, ia perlu diteruskan bagi memastikan ILKAP terus relevan kepada

pelanggannya.

Selepas Pelan ini menutup tirainya pada tahun 2014, ILKAP berharap –

• untuk menjalinkan kolaborasi dengan institut antarabangsa dan menerima peserta kursus dari

seluruh dunia;

• memberikan perkhidmatan world class kepada pelanggan;

• memenuhi salah satu objektif penubuhannya iaitu mengambil alih pengendalian peperiksaan

CLP; dan

• mempunyai kapasiti organisasi seperti yang ditetapkan pada awal penubuhannya.

27

28

PENUTUP

Isu perundangan bukan lagi sesuatu yang asing dewasa ini. Rakyat semakin

sedar tentang hak mereka di sisi undang-undang. Perkembangan ini menuntut

setiap pegawai kehakiman dan perundangan dan agensi penguatkuasaan

untuk bertindak dengan adil dan saksama mengikut lunas undang-undang.

Demi memenuhi tuntutan dan harapan rakyat serta masyarakat terhadap

keadilan sistem perundangan negara, maka sistem penyampaian perkhidmatan

awam yang cekap amat diperlukan. Ia perlu bagi menjamin kelancaran dan

keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara. Maka,

ILKAP merupakan wadah terbaik dalam memberikan latihan kehakiman dan

perundangan yang relevan dan bermutu selaras dengan keperluan semasa.

Justeru, Pelan Strategik ILKAP 2010 - 2014 telah menggariskan beberapa

objektif strategik dan pelan tindakan serta program yang perlu dilaksanakan.

Tumpuan akan diberikan kepada usaha penambahbaikan mekanisme

pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian agar program

yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan

serta pencapaiannya dapat diukur berdasarkan indikator yang ditetapkan.

Pelan strategik ini juga akan dijadikan sebagai rangka kerja kepada pihak

pengurusan untuk memantau hala tuju organisasi serta meningkatkan

keupayaan dalamannya bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP)

Jabatan Perdana Menteri

Lot 5, Persiaran Universiti

Seksyen 15,

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan

T (+603) 89243400

F (+603) 89261231

W http://www.ilkap.gov.my

E ilkap@ilkap.gov.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!