24.05.2016 Views

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Simbol ditunjukkan

pada peta

Simbol ditunjukkan

dalam bar laluan

Perihalan

memandu di kawasan kemalangan, kelajuan

semasa anda ditunjukkan dan amaran visual

ditunjukkan pada bar laluan.

Menukar cara anda diberi amaran

Untuk menukar cara anda diberi amaran mengenai kamera kelajuan, pilih butang Bunyi & Amaran

dalam menu Tetapan.

Anda kemudian boleh menetapkan cara anda diberi amaran bagi jenis kamera dan bahaya

keselamatan. Anda boleh menukar tetapan sama ada anda ingin diberi amaran, jangan sekali-kali

diberi amaran atau hanya diberi amaran jika anda sedang memecut.

Contohnya, untuk menukar cara anda diberi amaran apabila anda menghampiri kamera kelajuan

tetap, lakukan perkara yang berikut:

1. Pilih Bunyi & Amaran dalam Menu Tetapan.

2. Pilih Kamera.

3. Pilih Kamera tetap.

4. Pilih salah satu pilihan amaran berikut:

• Sentiasa.

• Hanya apabila melebihi had laju.

• Jangan sekali-kali.

5. Pilih butang kembali.

Petua: Untuk mematikan semua amaran yang boleh didengar, pilih Tetapan, diikuti oleh Bunyi &

Amaran kemudian matikan Amaran kamera kelajuan.

Melaporkan kamera kelajuan baru

Jika anda melepasi kamera kelajuan baru yang anda tidak diberi amaran mengenainya, anda boleh

melaporkannya dengan segera.

Nota: Untuk melaporkan kamera kelajuan, anda hendaklah menyambung kepada perkhidmatan

TomTom dan telah log masuk ke akaun TomTom anda.

Anda boleh melaporkan kamera kelajuan dalam dua cara:

Menggunakan menu pantas untuk melaporkan kamera kelajuan

1. Pilih simbol lokasi semasa atau panel kelajuan dalam pandangan panduan.

2. Pilih Lapor Kamera Kelajuan daripada menu muncul.

Anda nampak mesej mengucapkan terima kasih kepada anda kerana menambah kamera.

Petua: Jika anda membuat kesilapan semasa melaporkan kamera, pilih Batal dalam mesej.

Kamera kelajuan disimpan pada Rider anda secara automatik dan juga dihantar kepada pengguna

lain.

116

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!