24.05.2016 Views

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Melihat lalu lintas pada peta

Insiden lalu lintas ditunjukkan pada peta. Jika beberapa insiden lalu lintas bertindih, insiden

keutamaan tertinggi ditunjukkan - contohnya, penutupan jalan mempunyai keutamaan yang lebih

tinggi daripada pembaikan jalan atau lorong ditutup.

Petua: Pilih insiden pada peta untuk melihat maklumat yang lebih terperinci.

1. Insiden lalu lintas yang mempengaruhi laluan anda dalam arah perjalanan anda.

Simbol atau nombor pada permulaan insiden menunjukkan jenis insiden atau kelewatan dalam

minit, contohnya 5 minit.

Warna insiden menunjukkan kelajuan lalu lintas relatif kepada kelajuan maksimum yang

dibenarkan di lokasi tersebut, dengan warna merah paling perlahan. Jalur pada kesesakan lalu

lintas juga dianimasikan untuk menunjukkan kelajuan lalu lintas, jika berkenaan.

Untuk senarai lengkap jenis insiden, lihat Insiden lalu lintas.

Petua: Anda melihat simbol cuaca pada peta jika cuaca buruk seperti hujan lebat atau salji.

2. Insiden lalu lintas pada laluan anda tetapi berlawanan arah perjalanan.

3. Insiden lalu lintas di jalan raya yang tidak dapat dilihat pada tahap zum semasa anda.

Melihat lalu lintas pada laluan anda

Maklumat tentang insiden lalu lintas pada laluan anda ditunjukkan dalam bar laluan pada bahagian

sebelah kanan peta.

Bar laluan memberitahu anda mengenai kelewatan lalu lintas semasa anda sedang memandu,

menggunakan simbol untuk menunjukkan lokasi setiap insiden lalu lintas pada laluan anda.

Nota: Jika Rider anda tidak menerima sebarang maklumat lalu lintas, simbol menunjukkan lalu

lintas dengan tanda palang muncul di bawah panel maklumat ketibaan.

Nota: Untuk membuatkan bar laluan lebih mudah dibaca, sesetengah insiden mungkin tidak

ditunjukkan. Insiden-insiden ini tidak berapa penting dan hanya menyebabkan sedikit kelewatan.

47

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!