24.05.2016 Views

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4. Butang pandangan.

Seluruh peta

Pilih pilihan ini untuk mencari seluruh peta semasa anda dengan tiada

had lingkungan carian. Lokasi semasa anda ialah pusat carian.

Keputusan diletakkan mengikut padanan tepat.

Berhampiran saya

Pilih pilihan ini untuk membuat carian dengan lokasi GPS semasa anda

sebagai pusat carian. Keputusan diletakkan mengikut jarak.

Di pekan atau bandar

Pilih pilihan ini untuk menggunakan pekan atau bandar sebagai pusat

carian anda. Anda perlu memasukkan nama pekan atau nama bandar

menggunakan papan kekunci. Apabila anda telah memilih pekan atau

bandar daripada senarai keputusan, anda boleh mencari alamat atau

POI di bandar tersebut.

Di sepanjang laluan

Apabila laluan telah dirancang, anda boleh memilih pilihan ini untuk

membuat carian di sepanjang laluan anda bagi jenis lokasi yang

tertentu, contohnya, stesen minyak. Apabila digesa, masukkan jenis

lokasi kemudian pilihnya dalam lajur sebelah kanan untuk

melaksanakan carian.

Berhampiran destinasi

Apabila laluan telah dirancang, anda boleh memilih pilihan ini untuk

menggunakan destinasi anda sebagai pusat carian anda.

Latitud Longitud

Pilih pilihan ini untuk memasukkan sepasang koordinat latitud

longitud.

Pilih butang ini untuk kembali ke pandangan peta atau pandangan panduan.

5. Butang 123?!.

Pilih butang ini untuk menggunakan nombor dan simbol pada papan kekunci anda. Pilih butang

=\< untuk menogol antara nombor dengan simbol lain. Pilih butang ABC untuk kembali ke papan

kekunci umum.

6. Butang susun atur papan kekunci.

Pilih butang ini untuk mengubah susun atur papan kekunci anda kepada bahasa lain. Anda boleh

memilih sebanyak empat susun atur daripada senarai. Jika anda mempunyai lebih daripada satu

susun atur yang dipilih, pemilihan butang susun atur papan kekunci membuka menu muncul agar

anda boleh menyilih antara susun atur papan kekunci yang anda pilih. Tekan dan tahan butang

ini untuk pergi terus ke senarai semua susun atur.

7. Butang senarai/peta.

Pilih butang ini untuk bertukar antara tunjukkan keputusan dalam senarai atau tunjukkan

keputusan pada peta.

8. Tunjukkan/sembunyikan papan kekunci.

Pilih butang ini untuk menunjukkan atau menyembunyikan papan kekunci.

Petua: Pilih kekunci Shift sekali untuk menjadikan huruf seterusnya yang anda taipkan berhuruf

besar. Dwiketik kekunci Shift untuk menggunakan Caps-Lock, iaitu semua huruf yang anda

taipkan adalah huruf besar. Pilih kekunci Shift sekali untuk keluar dari Caps-Lock.

Petua: Untuk membatalkan carian, pilih butang pandangan peta/panduan di sudut atas kanan

skrin.

63

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!