24.05.2016 Views

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Zon Bahaya

Perihal zon bahaya dan zon berisiko

Perkhidmatan Zon Bahaya memberi anda amaran tentang zon bahaya dan zon berisiko pada laluan

anda semasa anda di Perancis.

Sejak 3 Januari 2012, adalah menyalahi undang-undang untuk menerima amaran mengenai

kedudukan kamera kelajuan tetap atau mudah alih apabila anda memandu di Perancis. Sebagai

mematuhi perubahan dalam undang-undang Perancis ini, lokasi kamera kelajuan tidak lagi

dilaporkan tetapi sebaliknya, kawasan bahaya dinyatakan sebagai zon bahaya dan zon berisiko.

Penting: Di luar Perancis, anda menerima amaran mengenai kamera kelajuan. Di dalam Perancis,

anda menerima amaran mengenai zon bahaya dan zon berisiko. Apabila anda merentasi sempadan,

jenis amaran yang anda terima berubah.

Zon bahaya ialah zon yang ditentukan oleh undang-undang Perancis. Zon berisiko ialah zon bahaya

sementara yang dilaporkan oleh pengguna. Perkhidmatan Zon Bahaya memberi anda amaran

mengenai kedua-dua zon bahaya dan zon berisiko dengan cara yang sama.

Zon bahaya dan zon berisiko mungkin atau mungkin tidak mengandungi satu atau lebih kamera

kelajuan atau rangkaian bahaya pemanduan lain:

• Lokasi khusus tidak tersedia dan ikon zon bahaya ditunjukkan apabila anda menghampiri zon

tersebut.

• Panjang minimum zon bergantung pada jenis jalan dan 300 m untuk jalan-jalan di kawasan

terbina, 2000 m (2 km) untuk jalan kecil dan 4000 m (4 km) bagi lebuh raya.

• Lokasi satu atau lebih kamera kelajuan, jika ada, mungkin berada di mana-mana tempat di

dalam zon tersebut.

• Jika dua zon bahaya berhampiran antara satu sama lain, amaran boleh digabungkan dalam zon

tunggal yang lebih panjang.

Maklumat mengenai lokasi zon dikemas kini secara berterusan oleh TomTom dan pengguna lain dan

kerap dihantar ke Rider anda agar anda sentiasa mempunyai maklumat terkini. Anda juga boleh

memberikan sumbangan dengan melaporkan lokasi zon berisiko baru.

Untuk mendapatkan perkhidmatan TomTom pada Rider anda, anda mesti disambungkan kepada

perkhidmatan TomTom dan dilog masuk ke akaun TomTom.

Nota: Anda tidak boleh mengalih keluar zon bahaya atau zon berisiko.

Nota: Perkhidmatan TomTom tidak tersedia pada semua peranti Rider.

Nota: Beberapa perkhidmatan TomTom mungkin tidak tersedia di lokasi semasa anda.

Memasuki kawasan atau negara lain

Apabila anda memandu ke kawasan atau negara yang tidak membenarkan amaran kamera kelajuan,

Rider anda akan mematikan perkhidmatan kamera kelajuan. Anda tidak akan menerima amaran

kamera kelajuan di kawasan atau negara tersebut.

Beberapa kawasan atau negara membenarkan amaran kamera kelajuan yang terhad, contohnya,

hanya amaran untuk kamera tetap atau amaran untuk zon risiko. Rider anda bertukar untuk

memberikan amaran yang terhad secara automatik apabila anda memasuki kawasan atau negara

tersebut.

118

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!