24.05.2016 Views

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

TomTom Rider 400 / 40 - PDF mode d'emploi - Malay

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Laluan Saya

Perihal Laluan Saya

Laluan memberikan cara yang mudah untuk menyimpan dan mengambil laluan dan trek.

Anda boleh menggunakan Laluan Saya dalam satu atau lebih keadaan berikut:

• Semasa bekerja - Tugas anda melibatkan pemanduan beberapa laluan dengan berbilang hentian

pada setiap hari. Laluan anda boleh bertukar dan anda perlu fleksibel dan dapat menukar

susunan hentian anda atau menukar laluan terancang.

• Semasa bercuti - Anda pergi bercuti dan ingin merancang perjalanan dan menjimatkan kos.

Laluan anda termasuk jalan raya yang indah, hentian di pelbagai hotel dan tempat lain seperti

tempat tarikan pelancong.

• Semasa lawatan - Anda ingin mengikuti lawatan yang anda muat turun dari Internet atau

memandu mengikuti laluan yang dikongsi dengan anda oleh pengguna lain.

• Semasa berulang-alik ke tempat kerja - Anda ingin menambahkan satu atau dua hentian tetap

di antara rumah dengan tempat kerja. Laluan anda balik ke rumah pada waktu senja adalah

berlawanan dengan laluan anda pergi ke tempat kerja pada waktu pagi.

Laluan boleh dicipta dan disimpan pada Rider anda atau di MyDrive. Anda juga boleh menggunakan

alat seperti Tyre Pro untuk mencipta dan mengedit laluan dan trek.

Perihal laluan dan trek

Istilah "laluan" merangkumi dua jenis laluan dari satu tempat ke tempat yang lain:

• Laluan mempunyai titik permulaan serta destinasi dan mungkin juga beberapa hentian. Peranti

anda mengira jenis laluan keutamaan anda di antara semua tempat ini, contohnya, yang paling

cepat atau paling berhemat. Anda boleh mengedit laluan dengan, contohnya, menambahkan

hentian atau menggerakkan titik permulaan. Laluan boleh diimport tetapi tidak boleh dieksport

dari peranti anda.

• Trek juga mempunyai titik permulaan dan destinasi tetapi tiada hentian. Laluan anda mengikuti

trek dengan setepat mungkin, mengabaikan jenis laluan keutamaan anda dan keadaan lalu

lintas. Anda hanya boleh mengedit trek menggunakan alat seperti Tyre Pro. Trek boleh diimport

dan dieksport daripada peranti anda.

Petua: Trek mempunyai anak panah bertitik!

Perihal fail GPX dan ITN

Fail GPX (format pertukaran GPS)

Fail GPX mengandungi rakaman yang sangat terperinci tentang tempat anda telah lalui pada trek

anda, termasuk sebarang lokasi yang jalannya tidak rata. Fail GPX menjadi trek selepas import.

96

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!