Model Penyata Kewangan PERS - AXP Solutions
Model Penyata Kewangan PERS - AXP Solutions
Model Penyata Kewangan PERS - AXP Solutions
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
Ruj. PERS

1.46(a) KUMPULAN MODEL SDN. BHD. (No. Syarikat 12345678-A)

(Diperbadankan di Malaysia)

DAN ANAK-ANAK SYARIKATNYA

1.8(e)

1.46(b),(c)

4.30(a)

4.30(b),(c)

12.3

12.6

12.22

12.31

16.3

16.50

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Harta Tidak Ketara Lain

Kos aktiviti penyelidikan diiktiraf pada penyata pendapatan di dalam tahun kewangan ianya

terjadi.

Harta tidak ketara lain dinyatakan pada kos tolak pelunasan terkumpul dan kerugian penurunan

nilai terkumpul, jika ada. Harta tidak ketara lain dilunaskan mengikut asas garis lurus bagi

menghapus-kira kos aset ke atas tempoh anggaran hayat, diringkaskan seperti berikut :

Kos pembangunan perisian 5 tahun

Paten dan tanda niaga 10 tahun

Pelaburan dalam Syarikat-syarikat Bersekutu

Syarikat bersekutu adalah entiti di mana Kumpulan mempunyai pengaruh penting, dan bukan

merupakan anak syarikat atau kepentingan di dalam entiti yang dikawal bersama. Pengaruh

penting adalah kuasa untuk mengambil bahagian dalam dasar kewangan dan operasi syarikat

yang dilaburkan tetapi tidak mempunyai kawalan atau kawalan bersama ke atas dasar-dasar

tersebut.

Pelaburan di dalam syarikat bersekutu dinyatakan dalam penyata kewangan Syarikat pada kos

ditolak kerugian penurunan nilai, jika ada.

Pelaburan di dalam syarikat bersekutu diambilkira dalam penyata kewangan yang disatukan

menggunakan kaedah perakaunan ekuiti berasaskan kepada penyata kewangan terkini syarikat

bersekutu berkenaan, dari tarikh pengaruh penting bermula sehingga ke tarikh pengaruh penting

ke atas syarikat bersekutu tersebut tamat.

Pelaburan di dalam syarikat bersekutu di dalam kunci kira-kira yang disatukan pada mulanya

diiktiraf pada kos dan selepas itu dilaraskan dengan perubahan bahagian Kumpulan dalam aset

bersih pelaburan tersebut selepas pengambilalihan. Apabila bahagian kerugian Kumpulan

melebihi kepentingannya dalam syarikat bersekutu, jumlah dibawa kepentingan tersebut

dikurangkan kepada sifar dan Kumpulan tidak mengiktiraf kerugian selanjutnya kecuali jika ia

menanggung obligasi perundangan atau konstruktif atau membuat bayaran bagi pihaknya.

Keuntungan belum direalisi yang wujud daripada urusniaga di antara Kumpulan dan syarikat

bersekutu yang termasuk di dalam nilai aset dan tanggungan berkaitan yang dibawa,

sebahagiannya adalah dihapuskan mengikut kadar kepentingan Kumpulan dalam bersekutu

tersebut. Kerugian belum direalisasi daripada urusniaga sedemikian juga dihapuskan

sebahagiannya kecuali apabila kos tidak boleh diperolehi semula.

Pelaburan dalam Entiti-entiti Dikawal Bersama

Entiti-entiti dikawal bersama merupakan entiti-entiti yang mana terdapat persetujuan secara

kontrak antara Kumpulan dengan satu pihak atau lebih untuk mengawal bersama di mana

keputusan kewangan dan operasi strategik berkaitan dengan entiti berkenaan memerlukan

persetujuan sebulat suara oleh pihak-pihak yang berkongsi kawalan.

Pelaburan di dalam entiti-entiti dikawal bersama diambilkira dalam penyata kewangan yang

disatukan menggunakan kaedah perakaunan ekuiti berasaskan kepada penyata kewangan terkini

entiti-entiti dikawal bersama berkenaan, dari tarikh kawalan bersama bermula sehingga ke tarikh

kawalan bersama ke atas entiti tersebut tamat.

20