Model Penyata Kewangan PERS - AXP Solutions
Model Penyata Kewangan PERS - AXP Solutions
Model Penyata Kewangan PERS - AXP Solutions
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
Ruj. PERS

1.46(a) KUMPULAN MODEL SDN. BHD. (No. Syarikat 12345678-A)

(Diperbadankan di Malaysia)

DAN ANAK-ANAK SYARIKATNYA

LAPORAN PARA PENGARAH

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Ruj. AS

169(6)(e) SAHAM DAN DEBENTUR

Pada tahun kewangan, modal saham dibenarkan telah dinaikkan kepada 50,000,000 saham biasa

dengan penubuhan 10,000,000 saham biasa berharga RM1 sesaham.

Pada tahun kewangan, Syarikat telah menerbitkan saham biasa seperti berikut:

Tarikh Jumlah saham Harga Tujuan

6 Mac 2010 20,000 RM2.70 Meningkatkan modal kerja

1 Jun 2010 250,000 RM4.00 Membiayai pengambilalihan anak syarikat

Saham yang baru diterbitkan di atas bertaraf pari passu mengenai pembayaran dividen dan

pembayaran balik modal dengan saham terbitan yang sedia ada pada ketika itu.

Syarikat tidak menerbitkan debentur pada tahun kewangan.

Jikalau Syarikat tidak menerbit saham biasa baru atau debentur:

Syarikat tidak menerbitkan saham biasa baru atau debentur pada tahun kewangan.

169(11), (12) OPSYEN SAHAM

Tiada sebarang opsyen yang diberikan kepada sesiapa untuk mengambil saham Syarikat belum

diterbitkan sepanjang tahun kewangan.

Tiada saham telah diterbitkan pada tahun kewangan dengan mengambil kira opsyen yang

dilaksanakan untuk menerbit saham yang belum diterbitkan. Pada akhir tahun kewangan, tiada

saham yang belum diterbitkan di bawah opsyen.

169(6)(a) PARA PENGARAH

Para Pengarah yang telah memegang jawatan sejak tarikh laporan lepas adalah seperti berikut:

Ser L. T.

Lian K. K.

Mohd. bin R. Z.

Gi J. Q.

Ran H. P.

Hija bin B. T.

Yan D. V.

Wen M. X.

The L. P. (Dilantik pada 1 Julai 2010)

2