05.04.2013 Views

Model Penyata Kewangan PERS - AXP Solutions

Model Penyata Kewangan PERS - AXP Solutions

Model Penyata Kewangan PERS - AXP Solutions

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Ruj. PERS

1.46(a) KUMPULAN MODEL SDN. BHD. (No. Syarikat 12345678-A)

(Diperbadankan di Malaysia)

DAN ANAK-ANAK SYARIKATNYA

1.8(e)

1.46(b),(c)

29.138

29.145

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Manfaat Pemberhentian

Kumpulan dan Syarikat mengiktiraf manfaat pemberhentian bila ianya komited samada

menamatkan pekerjaan pekerja-pekerja yang sedia ada berdasarkan pelan rasmi terperinci tanpa

adanya kemungkinan pengguguran atau menyediakan faedah-faedah pemberhentian akibat dari

tawaran yang dibuat untuk menggalakkan pemisahan sukarela.

Dalam kes tawaran yang dibuat untuk menggalakkan pemberhentian sukarela, penilaian manfaat

pemberhentian adalah berasaskan bilangan kakitangan yang dijangka menerima tawaran.

Kos Pinjaman

27.29(a) Kos pinjaman yang berkaitan secara langsung dengan pengambilalihan, pembinaan atau

pengeluaran aset yang layak dipermodalkan sebagai sebahagian daripada kos aset sehingga

apabila sebahagian besar semua aktiviti yang perlu untuk menyediakan aset untuk kegunaan atau

penjualannya diselesaikan, yang mana selepas itu perbelanjaan tersebut dicaj kepada penyata

pendapatan. Aset yang layak adalah aset yang memerlukan masa yang lama untuk sedia

digunakan atau dijual. Permodalan kos pinjaman digantung semasa tempoh lanjutan di mana

pembangunan aktif tergendala.

Semua kos pinjaman lain diiktiraf dalam penyata pendapatan sebagai perbelanjaan pada tempoh

ia ditanggung.

Cukai Pendapatan

25 Perbelanjaan cukai mengandungi cukai semasa dan tertunda.

Perbelanjaan cukai semasa dan tertunda diiktiraf dalam penyata pendapatan kecuali ia berkaitan

dengan perkara yang diiktiraf secara langsung dalam ekuiti, dalam kes mana ia diiktiraf dalam

ekuiti.

Liabiliti cukai semasa adalah jangkaan cukai boleh dibayar ke atas pendapatan yang boleh

dikenakan cukai untuk tahun kewangan berkenaan, menggunakan kadar cukai yang digubal atau

digubal sebahagiannya pada tarikh kunci kira-kira dan sebarang pelarasan pada cukai yang boleh

dibayar bagi tahun-tahun sebelumnya.

Cukai tertunda diiktiraf menggunakan kaedah liabiliti yang menyediakan perbezaan sementara

antara jumlah aset dan liabiliti dibawa untuk tujuan laporan serta jumlah digunakan untuk tujuan

pencukaian pada tarikh kunci kira-kira. Liabiliti cukai tertunda diiktiraf untuk semua perbezaan

sementara yang boleh dikenakan cukai. Cukai tertunda tidak diiktiraf untuk perbezaan sementara

berikut: pengiktirafan awal muhibah, pengiktirafan awal aset atau liabiliti dalam urusniaga yang

bukannya kombinasi perniagaan dan tidak menjejaskan sama ada urusniaga atau keuntungan

yang boleh dikenakan cukai (kerugian cukai). Cukai tertunda dikira pada kadar cukai yang

dijangka akan digunakan pada perbezaan sementara apabila ia ditimbal balik berdasarkan

undang-undang yang telah digubal atau digubal sebahagiannya menerusi tarikh kunci kira-kira.

Aset cukai tertunda diiktiraf apabila terdapat kemungkinan bahawa keuntungan masa hadapan

yang dikenakan cukai boleh didapati daripada perbezaan sementara yang boleh digunakan. Aset

cukai tertunda disemak pada setiap tarikh laporan dan dikurangkan hingga tiada kemungkinan

faedah cukai berkaitan akan dicapai.

26

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!