07.04.2013 Views

Buku Panduan Operasi RIL - Responsible Asia Forestry and Trade

Buku Panduan Operasi RIL - Responsible Asia Forestry and Trade

Buku Panduan Operasi RIL - Responsible Asia Forestry and Trade

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

pencapaian pembekalan barangan dan perkhidmatan daripada hutan Tropika

secara berkekalan.

1.3.3 Latihan

Program latihan telah dirangka dan dilaksanakan oleh JPS untuk menyediakan

bilangan pekerja mahir yang secukupnya dalam melaksanakan RIL di seluruh

Sabah. Latihan pertama telah diadakan pada tahun 1996, dimana 30 orang jurulatih

RIL telah dilatih. Latihan berikutnya adalah latihan RIL khusus kepada penyelia

dan operator mesin (penebang pokok dan operator traktor). Sehingga 2009, lebih

3000 pekerja telah dilatih dalam berbagai kategori seperti jurulatih, penyelia,

perancang penuaian dan operator mesin.

1.3.4 Sistem dan Prosedur Kerja Pengawalan RIL

Sistem dan Prosedur Kerja Pengawalan RIL telah dirangka pada tahun 1998

yang mana bertujuan untuk menyediakan garispanduan kerja yang sistematik untuk

kakitangan JPS, terutamanya mereka yang bertugas di peringkat penyeliaan dan

pemantauan operasi RIL.

1.3.5 Pelaksanaan

Perlaksanaan RIL telah diuji-pakai dalam skala operasi pada tahun 1995, di

mana teknik RIL pertama telah dijalankan di kompartmen 60 Hutan Simpan

Deramakot. Dalam tahun 1998, satu pemegang Lesen Perjanjian Pengurusan

Hutan Berkekalan, iaitu KTS Plantation Sdn. Bhd., secara sukarela memulakan

perlaksanaan RIL di dalam kawasan mereka. RIL semenjak itu telah dilaksanakan

oleh pemegang SFMLA yang lain.

1.4 PENGAWALAN HASIL KELUARAN

Pengawalan hasil keluaran adalah bahagian paling penting di dalam

perancangan pengurusan hutan. Ia menjawab soalan tentang berapa banyak

produk tertentu boleh dituai setiap tahun. Kadar penuaian untuk mana-mana hasil

hutan hendaklah tidak melebihi kapasiti ekosistem hutan untuk menghasilkannya,

atau memusnahkan potensi pengeluaran pada masa hadapan (contohnya

pertumbuhan semulajadi, kesuburan tanah). Oleh itu, satu gabungan nilai dan

produk yang optima dan berkesan hendaklah dicapai bagi memastikan perolehan

pelbagai faedah alam sekitar, sosial dan ekonomi.

Pelbagai teknik dan kaedah telah dibangunkan untuk menganggar penghasilan

hutan jangka panjang. Dalam membuat anggaran penghasilan hutan dan unjuran

pertumbuhan untuk hutan semulajadi yang sangat heterogenus, adalah lebih sesuai

untuk menggunakan teknologi komputer dan model simulasi.

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!