07.04.2013 Views

Buku Panduan Operasi RIL - Responsible Asia Forestry and Trade

Buku Panduan Operasi RIL - Responsible Asia Forestry and Trade

Buku Panduan Operasi RIL - Responsible Asia Forestry and Trade

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

1.9.6 Kawasan Penyimpanan Sisi Jalan

“Kawasan Penyimpanan Sisi Jalan” ialah tempat penyimpanan

sementara kayu balak di atas bahu jalan, sepertimana yang dinyatakan

dalam spesifikasi dan rekabentuk struktur jalan.

1.9.7 Lorong Penarikan Minor

“Lorong Penarikan Minor” ialah jejari lorong penarikan yang tidak

perlu ditanda di atas peta CHP tetapi perlu ditanda di atas tanah,

digunakan untuk tujuan penarikan balak tersendiri ke lorong penarikan

utama. Jarak maksimum Lorong Penarikan Minor ialah 20 meter.

1.9.8 Kawasan Tidak Boleh Dikerjabalak

“Kawasan Tidak Boleh Dikerjabalak” ialah kawasan-kawasan tertentu

di dalam kup atau kompartmen pembalakan yang diluluskan oleh JPS yang

dikenalpasti untuk dikeluarkan daripada kawasan penghasilan. Kawasankawasan

ini dikeluarkan kerana mempunyai kecuraman melebihi 25 0

dengan keluasan yang melebihi 2 hektar, atau kawasan berbatu, ataupun

mempunyai dirian pokok komersial yang terlalu sedikit. Bagi kawasan yang

mempunyai kecerunan melebihi 25 0 , penebangan pokok komersial

dibenarkan hanya apabila penarikan balak boleh dilakukan tanpa

pembinaan lorong penarikan di dalam kawasan berkenaan.

1.9.9 Pokok Tanpa Arah Tebangan

“Pokok Tanpa Arah Tebangan” ialah pokok-pokok yang tidak

mempunyai arah tebangan yang selamat. Sekiranya ditebang juga maka

akan mengakibatkan samada kerosakan pokok itu sendiri, membahayakan

tukang tumbang, hakisan tanah, menutup anak sungai atau merosakkan

pokok simpanan. Pokok tersebut haruslah ditinggalkan.

1.9.10 RIL Enclaves

“RIL Enclaves” ialah kawasan-kawasan yang mempunyai kecuraman

kurang dari 25 0 yang dikelilingi oleh kawasan curam melebihi 25 0 di mana

penuian boleh dilakukan dengan syarat mendapat hak melintas. Walau

bagaimanapun, hak ini hanya boleh digunakan sekiranya faktor-faktor

risiko seperti tanah, cuaca dan sebagainya pada tahap yang selamat.

Sekiranya Pegawai Perhutanan membuat keputusan untuk membenarkan

penggunaan hak tersebut, maka pengawasan ketat haruslah dilakukan.

Penggunaan jentera penarik kabel panjang seperti Logfisher adalah

digalakkan.

10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!