07.04.2013 Views

Buku Panduan Operasi RIL - Responsible Asia Forestry and Trade

Buku Panduan Operasi RIL - Responsible Asia Forestry and Trade

Buku Panduan Operasi RIL - Responsible Asia Forestry and Trade

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pembantu operator kemudiannya hendaklah mengarahkan operator

logfisher untuk menarik perlahan-lahan kabel sehingga kencang;

Seterusnya, pembantu operator hendaklah mengarahkan operator logfihser

untuk memperlahankan penarikan balak tersebut dan berhenti jika ada

halangan. Pembantu operator kemudian hendaklah memindahkan

kedudukan kabel sling dan memasang semula cangkuk kabel untuk

meneruskan penarikan sehingga melepasi halangan. Apabila semua

halangan telah dilepasi, pembantu operator kemudian mengarahkan

operator menarik balak sehingga selesai;

Selepas kayu ditarik keluar daripada hutan, cangkuk pada kabel logfisher

hendaklah dilepaskan daripada sling dan balak hendaklah diletakkan di atas

bahu jalan penarikan/lorong fisher/lorong penarikan utama; dan

Sekiranya perlu, traktor hendaklah menyambung operasi penarikan dengan

menarik balak-balak tersebut ke panggung.

2.2.10 Halangan Cuaca ke atas Operasi Penuaian

Tanggungjawab untuk menentukan bila keadaan cuaca menghalang operasi

penuaian terletak di tangan pengurus atau penyelia lapangan. Bagaimanapun, jika

mereka gagal mematuhi prosedur sedia ada, pegawai JPS akan mengambil tindakan

sewajarnya.

Penebangan hendaklah dihentikan apabila:-

Kekuatan angin menghalang ketepatan dan keselamatan tebangan berarah;

Keadaan tanah terlalu licin dan menghalang penebang balak dari bergerak

pantas menjauhi pokok yang ditebang dengan selamat.

Penarikan dan pembinaan jalan patut dihentikan apabila:

Tanah menjadi tepu dengan air lumpur atau lumpur mula mengalir ke

bawah melalui lorong penarikan sehingga jarak melebihi 10 meter;

Penggunaan pisau traktor untuk membuang lumpur terpaksa dilakukan

bagi membolehkan operasi diteruskan (bahagian lorong penarikan yang

terlibat tidak boleh di pintas dengan membuka lorong penarikan baru);

Tanah terhakis sehingga kedalaman melebihi 30 cm di bawah paras asal

dan mencapai jarak sehingga 10 meter atau lebih;

Air bertakung di atas permukaan panggung di mana-mana kedudukan

dalam kawasan kerja;

47

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!