16.09.2013 Views

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204) - Lembaga Hasil Dalam ...

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204) - Lembaga Hasil Dalam ...

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204) - Lembaga Hasil Dalam ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian Syarikat

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204)

S1 : Anggaran yang telah dibuat oleh syarikat adalah RM100,000. Apabila syarikat

mengemukakan Borang C, cukai yang disifatkan adalah RM300,000 dan ia adalah

melebihi 30% daripada anggaran . Walau bagaimanapun, syarikat telah membuat

pembayaran ansuran melebihi daripada anggaran seperti dalam CP204 dengan

tambahan sebanyak RM150,000 dimana jumlah bayaran adalah sebanyak RM

250,000 sebelum Borang C dihantar. Adakah penalti 30% akan diambilkira?

J1 : Denda dibawah seksyen 107C(10) tetap akan dikenakan walaupun bayaran telah

dibuat sebelum Borang C dihantar. Ini adalah kerana sistem akan membuat

perbandingan 30% di antara anggaran CP204 dengan cukai yang disifatkan.

S2 : Adakah alasan perlu dikemukakan bagi anggaran yang dikurangkan pada

bulan ke-6 atau ke-9?

J2 : Ia tidak perlu kerana pindaan anggaran yang ke-6 atau ke-9 adalah secara

automatik.

S3 : Bagi kes anggaran cukai kurang daripada RM600, perlukah CP204 dihantar?

J3: CP204 masih perlu dihantar walaupun kurang daripada RM600 ataupun tiada

anggaran pendapatan. Walau bagaimanapun, syarikat ada kelonggaran samada

memilih bayaran secara ansuran atau sekaligus .Tiada denda akan dikenakan bagi kes-

kes kurang daripada RM600.

S4 : Bolehkah salinan fotostat CP204 atau pun CP204B digunakan untuk

dikemukakan kepada LHDN?

J4 : Salinan fotostat borang kosong boleh digunakan, tetapi salinan fotostat borang

yang telah lengkap diisi dan ditandatangani sebelumnya adalah tidak diterima.

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian Syarikat

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204)

S5. Syarikat telah menukar tempoh perakaunan dan mengakibatkan tempoh asas

syarikat dipanjangkan kepada 18 bulan. Bolehkah syarikat menghantar satu

pindaan lagi selepas bulan ke-9 tempoh asas?

J5. Pindaan otomatik tetap pada bulan ke-6 dan ke-9 tempoh asas walaupun tempoh

asas dipanjangkan kepada 18 bulan. Walaubagaimana pun, sekiranya syarikat ingin

membuat pindaan anggaran lagi selepas bulan ke-9 tempoh asas, ia boleh

mengemukakan surat rayuan dengan alasan yang kukuh disertai dokumen sokongan

yang berkaitan.

S6: Syarikat lewat/ gagal mengemukakan CP 204, kemudian syarikat menghantar

pindaan bulan ke-6 atau bulan ke-9. Adakah syarikat masih boleh membuat

pindaan?

J6 : Syarikat yang lewat mengemukakan CP204 masih boleh membuat pindaan tanpa

perlu mendapatkan kelulusan pada bulan ke-6 atau ke-9.

Syarikat yang gagal mengemukakan CP204 boleh membuat pindaan dengan

mengemukakan CP204A pada bulan ke-6 atau ke-9 sekiranya LHDNM telah

mengeluarkan anggaran cukai melalui CP205. Sekiranya CP205 belum dikeluarkan

syarikat hendaklah mengemukakan anggaran asal dengan CP204.

S7 : Syarikat ingin mengemukakan pindaan anggaran cukai dalam bulan ke-12

tempoh asas dengan amaun yang agak tinggi. Ini adalah kerana syarikat telah

mendapat kontrak baru di akhir tahun kewangan. Bolehkah LHDN

mempertimbangkan bayaran ansuran dipanjangkan?

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian Syarikat

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204)

J7: Syarikat boleh mengemukakan rayuan ke Pusat Pemprosesan untuk

mempertimbangkan ansuran tersebut walaupun di luar tempoh ansuran tetapi ansuran

tersebut tidak boleh melangkaui tarikh pengemukaan Borang C.

S8:Syarikat mempunyai masalah kewangan di pertengahan tempoh ansuran,

syarikat memohon penjadualan semula dibuat. Walau bagaimanapun pembayaran

ansuran ini masih mengikut bilangan bulan dalam tempoh asas. Bolehkah

syarikat memohon penjadualan semula ini

J8: LHDN boleh mempertimbangkan penjadualan semula ansuran ini, tetapi sekiranya

permohonan tersebut dipersetujui, tiada ansuran diberi lagi selepas ansuran terakhir.

S9: Syarikat mempunyai baki kredit dalam akaun di LHDN, boleh atau tidak

jumlah ini digunakan bagi bayaran ansuran yang sedang dikenakan dibawah

seksyen 107C?

J9 : Tidak boleh,jumlah baki kredit ini akan dikembalikan setelah kesemua taksiran

sehingga tahun taksiran terkini diselesaikan dan didebitkan dalam lejer berkenaan.

S10: Apakah asas anggaran cukai ?

J10: Seksyen 107C(3) menghendaki anggaran cukai yang dikemukakan hendaklah

tidak kurang daripada anggaran cukai terkini iaitu sekurang-kurangnya 85% daripada

anggaran cukai dipinda atau 85% daripada anggaran cukai jika tiada anggaran cukai

dipinda bagi tahun taksiran sebelumnya.

S11: Permohonan syarikat untuk pindaan anggaran cukai yang lebih rendah

untuk Tahun Taksiran 2012 telah diluluskan oleh Pusat Pemprosesan. Syarikat

telah membuat bayaran yang lebih, bolehkah syarikat mendapatkan pulangan

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian Syarikat

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204)

bayaran kredit tersebut ataupun menggunakan kredit tersebut untuk "offset"

anggaran cukai untuk Tahun Taksiran 2013?

J11: Tidak. Bayaran ansuran yang dibuat untuk T/T 2012 tidak boleh digunakan untuk

"off-set" dengan apa-apa bayaran cukai yang lain setakat ini. Permintaan bayaran balik

kredit cukai tersebut hanya boleh dilakukan selepas Borang C T/T 2012 dikemukakan

dan jumlah cukai yang dikenakan didebitkan dalam akaun pembayar cukai.

S12: Syarikat baru akan mengemukakan anggaran cukai dalam masa 3 bulan

selepas operasi perniagaan dimulakan dan ansuran pertama bermula pada bulan

ke-6. Bagaimana dengan anggaran pindaan?

J12: Pindaan bulan ke enam untuk syarikat baru, Seksyen 107C(7) masih terpakai. Ini

bermakna anggaran pindaan adalah pada bulan ke-6 dan ke-9 tempoh asas.

S13: Perlukah syarikat yang baru beroperasi mengemukakan anggaran cukai

sekiranya tempoh asas kurang dari 6 bulan?

J13: Menurut Seksyen 107C(4), mulai TT2011 syarikat tidak perlu mengemukakan

anggaran cukai CP204. Namun bagi sebuah syarikat SME anggaran cukai CP 204

masih perlu dikemukakan, tetapi biarkan kosong pada ruangan 2 dan 6 borang

tersebut.

S14: Syarikat telah mengemukakan anggaran cukai sebanyak RM200. Akaun

syarikat ditutup pada 31 disember. Semasa syarikat membuat pengiraan cukai

dalam bulan Febuari tahun berikutnya didapati cukai kena dibayar adalah

RM10,000. Syarikat telah membuat bayaran baki cukai sebanyak RM9,800 dengan

segera sebelum tarikh akhir bayaran baki cukai. Adakah syarikat akan dikenakan

taksiran tambahan di bawah S107C(10) akibat dari terkurang anggar walaupun ia

telah membayar baki cukainya sebelum pengemukaan Borang C? Atau pun

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian Syarikat

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204)

bolehkah syarikat membuat rayuan untuk mengurangkan tambahan taksiran

tersebut?

J14: Syarikat akan dikenakan tambahan dalam taksiran di bawah S107C(10) akibat

daripada anggaran cukai yang kurang. Perbandingan akan dibuat di antara anggaran

cukai yang dipinda, ataupun dengan anggaran cukai yang asal sekiranya tiada

anggaran cukai pindaan dikemukakan, dan BUKAN dengan amaun cukai yang dibayar.

Fakta bahawa syarikat hanya membayar lebihan cukai tersebut selepas tarikh tutup

akaun sebenarnya tidak memberi impak positif yang banyak ke atas rayuan nanti.

Walau bagaimanapun, sekiranya syarikat dapat mengetahui peningkatan cukainya

sebelum tarikh tutup akaun dan mengemukakan rayuan dan diikuti dengan bayaran

dengan serta merta pada ketika itu, maka ia akan menjadikan asas yang baik untuk

syarikat membuat rayuan nanti apabila S107C(10) dikenakan.

S15: Sebuah syarikat baru memulakan perniagaan pada 15 Mei 2011 dan menutup

tempoh perakaunan pertamanya pada 31 Mac 2012 dan pada 31 Mac tiap-tiap

tahun selepas itu. Syarikat ingin melaporkan cukai pendapatannya serta

memulakan bayaran ansuran bulanannya. Sila berikan nasihat bagaimana

pendapatan anggaran perlu dilaporkan?

J15:. Untuk sebuah syarikat yang baru memulakan perniagaan, ia hendaklah mematuhi

perkara-perkara berikut bagi maksud pematuhan cukai di bawah STS:

i. Mendaftarkan Nombor Rujukan Cukai Pendapatan

ii. Menentukan Tempoh Asas Mengikut Ketetapan Umum 7/2001

Mengikut Ketetapan Umum 7/2001, tempoh-tempoh asas syarikat di atas adalah

ditentukan seperti berikut:

Tahun Taksiran 2011 ---- 15/05/2011 - 31/12/2011

Tahun Taksiran 2012 ---- 01/01/2012 - 31/12/2012

Tahun Taksiran 2013 ---- 01/04/2012 - 31/03/2013

Penentuan tempoh asas untuk syarikat baru adalah penting demi pematuhan Seksyen

107C.

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian Syarikat

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204)

iii. Pematuhan Seksyen 107C - Anggaran Cukai Dibayar dan Bayaran Ansuran Oleh

Syarikat.

Tahun Taksiran 2011

Tarikh akhir pengemukaan CP 204 : dalam tempoh 3 bulan selepas perniagaan

dimulakan (15 Ogos 2011)

Jumlah ansuran : 8 Ansuran

Bayaran ansuran yang pertama bermula pada bulan ke 6 dalam tempoh asas :

10 Oktober 2011

Tarikh akhir pengemukaan CP 204A : pindaan Anggaran cukai dalam bulan ke 6

tempoh asas (31 Oktober 2011)

Tarikh akhir pengemukaan Borang C & R : 30 Oktober 2012 (7 bulan selepas

tutup akaun 31/03/2012)

Tarikh bayaran baki cukai yang kena dibayar dan hutang kepada kerajaan :

30 Oktober 2012

Tahun Taksiran 2012

Tarikh akhir pengemukaan CP 204 : 30 hari sebelum Bermulanya tempoh asas

(1 Disember 2011)

Jumlah ansuran : 12 Ansuran

Bayaran ansuran yang pertama bermula pada bulan ke 2 dalam tempoh asas :

10 Februari 2012

Tarikh akhir pengemukaan CP 204A :

- pindaan Anggaran cukai dalam bulan ke 6 tempoh asas : 30 Jun 2012

- pindaan Anggaran cukai dalam bulan ke 9 tempoh asas : 30 September

2012

Tarikh akhir pengemukaan Borang C & R : 31 Oktober 2013 (7 bulan selepas

tutup akaun 31/03/2013)

Tarikh bayaran baki cukai yang kena dibayar dan hutang kepada kerajaan :

31 Oktober 2013

Tahun Taksiran 2013

Tarikh akhir pengemukaan CP 204 : 30 hari sebelum Bermulanya tempoh asas :

1 Mac 2012

Jumlah ansuran : 12 Ansuran

Bayaran ansuran yang pertama bermula pada bulan ke 2 dalam tempoh asas :

10 Mei 2012

Tarikh akhir pengemukaan CP 204A :

- pindaan anggaran cukai dalam bulan ke 6 tempoh asas : 30 September

2012

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian Syarikat

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204)

- pindaan Anggaran cukai dalam bulan ke 9 tempoh asas : 31 Disember

2012

Tarikh akhir pengemukaan Borang C & R : 31 Oktober 2013 (7 bulan selepas

tutup akaun 31/03/2013)

Tarikh bayaran baki cukai yang kena dibayar dan hutang kepada kerajaan : 31

Oktober 2013

Syarat Untuk Pengemukaan CP 204 (Anggaran Cukai)

A) Hendaklah dikemukakan sebelum tempoh yang ditetapkan, iaitu 30 hari sebelum

bermulanya tempoh asas tahun taksiran yang berkenaan.

B) Amaun anggaran cukai tidak boleh kurang daripada 85% anggaran cukai pindaan

untuk tahun taksiran yang sebelumnya, sekiranya tiada anggaran cukai pindaan

dikemukakan, maka anggaran cukai tidak boleh kurang daripada 85% anggaran cukai

asal yang dikemukakan.

S16: Syarikat baru memulakan perniagaan pada 1/4/2012. Tempoh perakaunannya

ialah dari 1/4/2012 hingga 31/3/2013. Bolehkah syarikat mengemukakan Borang

CP 204 tanpa nombor rujukan cukai?

J16: Syarikat perlu mendaftar nombor rujukan cukai terlebih dahulu.

S17:Syarikat adalah di bawah pembubaran. Tempoh perakaunan sebelum

pembubaran adalah ialah 01/04/2010 hingga 31/3/2011.Tarikh pembubaran adalah

pada 1/4/2011. Memandangkan syarikat adalah dibawah pembubaran, tiada akaun

disediakan, tetapi syarikat masih menerima pendapatan faedah dan dividen.

Bagaimanakah CP 204 patut diisi?

J17:Sebaik sahaja syarikat mula dibubarkan, pembubar (liquidator) akan menyediakan

penyata pendapatan dan perbelanjaan (Borang 75) setiap 6 bulan seperti berikut:

1/4/2011 - 30/9/2011

1/10/2011 - 31/3/2012

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian Syarikat

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204)

Dalam kes ini, tempoh asas tahun taksiran 2012 ialah 1/4/2011 - 31/3/2012 dan CP 204

hendaklah dikemukakan 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas untuk T/T 2012,

iaitu sebelum 1/3/2011 , anggaran cukai hendaklah berasaskan pendapatan yang

dijangka akan diterima dalam tempoh tersebut.

S18: Sebuah syarikat tidak bermastautin yang membayar cukai pegangan

dibawah seksyen 107(A) telah menerima CP205 untuk Tahun Taksiran 2012,

bolehkah syarikat tersebut mengenepikan CP205 tersebut?

J18:Tidak boleh. Syarikat tidak boleh mengenepikan CP205 tersebut. Sekiranya

syarikat tidak bersetuju dengan jadual yang ditunjukkan di dalam CP205 tersebut,

syarikat perlulah mengemukakan surat rayuan pindaan anggaran baru dengan

mengemukakan bukti kukuh. Sekiranya dipersetujui, barulah jadual bayaran akan

dipinda mengikut anggaran baru tersebut. Surat rayuan tersebut mestilah diproses

sebelum bayaran ansuran pertama bermula, ini adalah untuk mengelakkan kenaikan

dibawah seksyen 107C (9) ACP 1967.

S19:Syarikat telah mengemukakan surat rayuan ke Cawangan Pungutan

berkenaan CP205 yang diterima dan belum mendapat sebarang balasan sehingga

kini. Kenapa demikian?

J19: Segala rayuan ke atas CP204 dan CP205 hendaklah dikemukakan ke Pusat

Pemprosesan. Surat rayuan tersebut akan diproses oleh Pusat Pemprosesan dan

CP205 pindaan ataupun surat jawapan akan dikeluarkan.

S20:Pada awalnya syarikat mempunyai anggaran cukai kosong, kemudian pada

bulan ke-6 syarikat mengemukakan CP204A dengan jumlah anggaran RM20,000.

Slip ansuran CP207 yang mana patut digunakan , ansuran no. 1 atau no. 6?

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian Syarikat

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204)

J20: Syarikat boleh menggunakan mana-mana bilangan ansuran di slip pembayaran

CP207 kerana sistem boleh menerimanya. Walaubagaimanapun syarikat digalakkan

menggunakan slip yang ke 5 atau ke 6 mengikut keadaan.

S21:Jumlah Ansuran Yang Dipendekkan

Bolehkah syarikat membayar anggaran cukai yang kena dibayar di bawah

seksyen 107C dengan 6 ansuran dan bukan 12 ansuran seperti mana yang

diberikan? syarikat ingin menjelaskan kesemua bayaran ansurannya dalam

tempoh 6 bulan yang pertama.

J21:Untuk syarikat yang telah mengemukakan CP204 dalam tempoh yang telah

ditetapkan, sistem akan mewujudkan suatu jadual bayaran 12 ansuran. Sekiranya

syarikat ingin mendapatkan 6 ansuran, ia boleh membuat peraturan sendiri dan

membayar lebih selagi syarikat boleh memastikan ia telah membuat bayaran yang

mencukupi dalam akaunnya pada atau sebelum tarikh akhir pembayaran ansuran.

S22:Tarikh Akhir Pengemukaan CP204B

Bilakah tarikh akhir untuk syarikat mengemukakan Borang CP 204B jika

berlakunya pertukaran tempoh perakaunan?

J22:Syarikat dikehendaki mengemukakan CP204B dengan serta merta sebaik sahaja

pertukaran tempoh perakaunan disahkan.

S23:Bayaran Kenaikan Cukai di Bawah Seksyen 107C (10)

Syarikat telah membuat anggaran cukai yang terkurang dan dikenakan kenaikan

cukai di bawah Seksyen 107C (10), bilakah tarikh akhir untuk membuat bayaran

untuk kenaikan cukai tersebut?

Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian Syarikat

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204)

J23:Peruntukan Seksyen 107C(10) tidak menghendaki LHDN menghantar notis

tuntutan. Kenaikan cukai ini hanya boleh ditentukan apabila cukai sebenar diketahui.

Bagi Borang C yang diterima dalam tempoh ditetapkan tarikh taksiran ialah tarikh

Borang tersebut dihantar kepada Ketua Pengarah. Oleh itu, kenaikan cukai akan

dikenakan apabila Borang C dihantar kepada LHDN dan tarikh akhir membuat

bayaran tersebut ialah pada tarikh tersebut. Oleh itu, syarikat hendaklah mengira

sendiri kenaikan cukai dan membuat bayaran kepada LHDN.

S24:Bayaran Kenaikan Cukai Di Bawah Seksyen 107C(9)

Syarikat telah lewat membuat pembayaran ansuran S107C seperti yang

dijadualkan dalam CP204/ 205, adakah kenaikan cukai dikenakan di bawah

Seksyen 107C(9) dan bilakah tarikh akhir untuk pembayaran kenaikan cukai

tersebut?

J24:Amaun kenaikan cukai akan dikenakan ialah 10% dari amaun yang tidak

dibayar/kurang dibayar pada tarikh ditetapkan. Syarikat hendaklah mengira sendiri

kenaikan cukai tersebut dan membuat bayaran kepada LHDN sebaik sahaja tamat

tempoh ditetapkan bagi bayaran ansuran. Walau bagaimana pun LHDN akan

mengeluarkan notis permintaan kenaikan cukai tersebut. Jika bayaran telah dibuat,

syarikat boleh mengabaikan tuntutan tersebut.

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Pengemaskinian Soalan Lazim dan Pangkalan Ilmu Bagi Syarikat

Pusat Khidmat Pelanggan Kuala Lumpur

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

2012

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!