05.11.2012 Views

SYARAT-SYARAT & PERATURAN ... - Nestlé Malaysia

SYARAT-SYARAT & PERATURAN ... - Nestlé Malaysia

SYARAT-SYARAT & PERATURAN ... - Nestlé Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SYARAT-SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

PENGANJURAN, KELAYAKAN DAN TEMPOH

1. PROGRAM PUJAAN MUZIK NESCAFÉ [“Program”] ini dianjurkan oleh Nestlé Products

Sdn. Bhd. [45229-H] bersama Media Prima Berhad [“pihak Penganjur”].

2. Program ini merupakan program realiti karaoke [“program realiti”] yang akan disiarkan di

TV3.

3. Program realiti ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia berumur 17 tahun dan ke

atas pada 1/1/2012 [“peserta”].

4. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Program ini:

a) Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli

keluarga terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, suami/isteri]; dan/atau

b) Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau

promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli

keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

c) Artis yang sedang/pernah merakamkan album, single dan EP; bernaung dengan manamana

syarikat rakaman; dan/atau sedang/pernah bertanding di mana-mana program

realiti yang utama.

5. Program ini akan dianjurkan dari 23/3/2012 hingga 27/5/2012 [“Tempoh Program”]. Pihak

Penganjur berhak untuk meminda atau menamatkan Tempoh Program pada bila-bila masa

tanpa sebarang notis.

6. Tempoh program di setiap lokasi peringkat Negeri akan bermula dari hari Jumaat hingga

Ahad kecuali bagi lokasi di Kuala Terengganu dan Alor Setar, di mana akan dilangsungkan

dari hari Khamis hingga Sabtu.

KAEDAH PERTANDINGAN

1. Program ini terbahagi kepada EMPAT [4] peringkat.

a) Peringkat 1: Pra-Ujibakat

b) Peringkat 2: Ujibakat

c) Peringkat 3: Peringkat Negeri

d) Peringkat 4: Grand Final

2. Untuk setiap produk NESCAFÉ bernilai RM15.00 yang dibeli dalam satu resit pembelian,

peserta layak untuk menyertai sesi Pra-Ujibakat bagi Program ini.

3. Peserta perlu menyerahkan resit pembelian yang sah sebagai bukti sebelum dibenarkan

menyertai sesi Pra-Ujibakat.

4. Hanya produk NESCAFÉ edaran Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] seperti tertera di

jadual produk NESCAFÉ yang disenaraikan sahaja layak diterima.

5. Program hanya terbuka kepada penyertaan solo sahaja. Peserta duet dan berkumpulan tidak

layak bertanding dalam Program ini.

6. Dalam peringkat PRA-UJIBAKAT, Peserta dikehendaki menyanyikan bahagian korus satu

lagu yang telah dipilih, daripada SEPULUH [10] barisan lagu yang disenaraikan oleh Pihak

Penganjur.

7. Hanya peserta yang berjaya di peringkat PRA-UJIBAKAT akan dipilih untuk ke peringkat

UJI-BAKAT yang akan diadakan pada hari yang sama.

8. Dalam peringkat UJI-BAKAT, hanya SEPULUH [10] peserta terbaik [“pemenang”] akan

bertanding di peringkat Negeri.

9. Peserta akan diadili oleh juri professional [“juri”] yang dilantik oleh pihak Penganjur.

10. Pemenang pertama dari setiap peringkat negeri [“finalis”] akan layak secara automatik

untuk bertanding pada PERINGKAT AKHIR [“Grand Final”] yang akan berlangsung pada

13 Jun 2012, bertempat di Bangunan Seri Pentas 2, Shah Alam.

11. Hanya SATU [1] pemenang kedua pering sahaja akan mengiringi finalis ke “Grand Final”.

PRA-UJIBAKAT

1. Masa pra-ujibakat adalah dari pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang (hari pertama dan

kedua) dan 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari (hari ketiga).

2. Bagi lokasi Kuching dan Kota Kinabalu, sesi pra-ujibakat akan bermula pada pukul 8.00

pagi hingga 5.00 petang (hari pertama dan kedua) dan 8.00 pagi hingga 11.00 pagi (hari

ketiga).

3. Kuota penyertaan bagi sesi pra-ujibakat adalah seperti berikut:

a) Hari pertama: 100 peserta

b) Hari kedua: 140 peserta

c) Hari ketiga: 60 peserta

4. Untuk sesi hari pertama dan kedua, pihak Penganjur akan memilih SEPULUH [10] peserta

untuk bertanding di peringkat Ujibakat pada sebelah malam hari yang sama.

5. Untuk sesi hari ketiga pula, pihak Penganjur akan memilih LIMA [5] peserta untuk

bertanding di peringkat Ujibakat pada sebelah petang hari yang sama.

6. Setiap peserta akan diberikan nombor giliran ketika pendaftaran dibuat. Pihak Penganjur,

tanpa kompromi akan membatalkan penyertaan peserta yang tidak hadir atau lambat ketika

giliran mereka dipanggil.

7. Setiap peserta dikehendaki memilih hanya SATU [1] lagu dari SEPULUH [10] lagu yang

disediakan oleh pihak Penganjur. Masa persembahan tidak lebih dari LIMA [5] minit.

Peserta hanya perlu menyanyikan bahagian korus lagu tersebut sahaja.

8. Keputusan juri adalah muktamad.

UJIBAKAT

1. Masa ujibakat adalah dari pada pukul 8.45 malam hingga 10.30 malam (hari pertama dan

kedua) dan 2.00 petang hingga 3.30 petang (hari ketiga).

2. Bagi lokasi Kuching dan Kota Kinabalu, sesi ujibakat akan bermula pada pukul 8.15 malam

hingga 10.15 malam (hari pertama dan kedua) dan 1.00 tengahari hingga 2.30 petang (hari

ketiga).

3. Untuk sesi hari pertama dan kedua, pihak Penganjur akan memilih EMPAT [4] peserta

terbaik pada peringkat ini untuk bertanding pada peringkat Negeri.

4. Untuk sesi hari ketiga pula, pihak Penganjur akan memilih DUA [2] peserta terbaik pada

peringkat ini untuk bertanding pada peringkat Negeri.

5. Peserta yang layak ke peringkat ini mesti melaporkan diri di kaunter pendaftaran selewatlewatnya

TIGA PULUH [30] minit sebelum masa pertandingan. Peserta yang gagal berbuat

demikian akan dibatalkan penyertaannya.

6. Peserta dikehendaki berpakaian kemas dan sesuai untuk proses ujibakat. Pakaian menjolok

mata, selipar dan seluar pendek adalah dilarang sama sekali.

7. Peserta dikehendaki menyanyikan SATU [1] lagu dari senarai lagu yang disediakan oleh

pihak Penganjur sahaja.

8. Jika terdapat masalah teknikal seperti CD rosak, lagu tidak sama atau/dan sebagainya,

peserta dibenarkan menukar lagu untuk dipertandingkan.

9. Pihak Penganjur akan menentukan giliran setiap peserta.

10. Keputusan juri adalah muktamad.

PERINGKAT NEGERI

1. Jadual bagi peringkat ini adalah dari pukul 4.00 petang hingga 7.00 petang (hari ketiga).

2. Bagi lokasi Kuching dan Kota Kinabalu, sesi ujibakat akan bermula pada pukul 3.00 petang

hingga 6.00 petang (hari ketiga).

3. Pihak Penganjur akan memilih SATU [1] pemenang pada peringkat ini untuk bertanding

pada peringkat “Grand Final”.

4. Hanya SATU [1] pemenang kedua yang terbaik akan dihubungi oleh pihak Penganjur untuk

mengiringi finalis ke “Grand Final”.

5. Peserta yang layak ke peringkat ini mesti melaporkan diri di kaunter pendaftaran selewatlewatnya

TIGA PULUH [30] minit sebelum masa pertandingan. Peserta yang gagal berbuat

demikian akan dibatalkan penyertaannya.

6. Peserta dikehendaki berpakaian kemas dan sesuai untuk proses ujibakat. Pakaian menjolok

mata, selipar dan seluar pendek adalah dilarang sama sekali.

7. Peserta dikehendaki menyanyikan SATU [1] lagu dari senarai lagu yang disediakan oleh

pihak Penganjur sahaja.

8. Jika terdapat masalah teknikal seperti CD rosak, lagu tidak sama atau/dan sebagainya,

peserta dibenarkan menukar lagu untuk dipertandingkan.

9. Pihak Penganjur akan menentukan giliran setiap peserta.

10. Keputusan juri adalah muktamad.

GRAND FINAL

1. Pihak Penganjur akan menghubungi para peserta yang layak ke peringkat “Grand Final”.

2. Peserta yang layak ke peringkat ini mesti melaporkan diri di kaunter pendaftaran selewatlewatnya

TIGA PULUH [30] minit sebelum masa pertandingan. Peserta yang gagal berbuat

demikian akan dibatalkan penyertaannya.

3. Peserta dikehendaki berpakaian kemas dan sesuai. Pakaian menjolok mata, selipar dan

seluar pendek adalah dilarang sama sekali.

4. Peserta dikehendaki menyanyikan SATU [1] lagu dari senarai lagu yang disediakan oleh

pihak Penganjur sahaja.

5. Jika terdapat masalah teknikal seperti CD rosak, lagu tidak sama atau/dan sebagainya,

peserta dibenarkan menukar lagu untuk dipertandingkan.

6. Pihak Penganjur akan menentukan giliran setiap peserta.

7. Keputusan juri adalah muktamad.

8. Peserta mestilah bebas dari sebarang rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah.

9. Peserta mestilah menandatangani akujanji dalam borang penyertaan yang membuktikan

peserta tidak pernah terikat dengan mana-mana kontrak dengan syarikat rakaman

sebelum/semasa ujibakat dan rancangan tanpa kebenaran pihak Penganjur.

10. Peserta yang terpilih harus bersedia meninggalkan sebarang aktiviti harian, pengajian, atau

pekerjaan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan dirasakan perlu bagi pihak Penganjur

bagi menjayakan sebarang bentuk produksi dan promosi. Pihak Penganjur berhak untuk

menukar peserta di “Grand Final” dengan pemenang kedua peringkat Negeri dan/atau

seterusnya, mengikut urutan, jika didapati tidak mengikuti syarat yang ditetapkan.

11. Peserta mestilah bersetuju menyerahkan semua hak penyiaran kepada pihak Penganjur

berhubung rakaman persembahan semasa ujibakat atau rancangan bagi tujuan promosi

secara menyeluruh dalam apa jua media.

HADIAH-HADIAH

1. Hadiah-hadiah bagi program ini dibahagikan kepada DUA [2] kategori:

a) Hadiah peringkat Negeri

b) Hadiah “Grand Final”

2. Kategori 1: Hadiah peringkat negeri

a) Pemenang pertama: RM1,000 + hamper sumbangan NESCAFÉ + layak ke “Grand

Final”.

b) Pemenang kedua: RM 800 + hamper sumbangan NESCAFÉ

c) Pemenang ketiga: RM 500 + hamper sumbangan NESCAFÉ

3. Kategori 2: Hadiah “Grand Final”

a) Pemenang pertama: RM100,000 + hamper sumbangan NESCAFÉ.

TERMA DAN SYARAT

1. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan

dilayan.

2. Dengan menyertai Program ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada syarat

dan peraturan Program ini, serta keputusan pihak Penganjur.

LIABILITI DAN TANGGUNGJAWAB

1. Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang

kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan

[termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Program ini, dan bersetuju

untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Pihak Penganjur terhadap sebarang

liabiliti.

2. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang

berkaitan untuk menyertai Program ini adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.

HAK PENGANJUR

1. Dengan menyertai Program ini segala hak intelek para peserta yang berkaitan dengan

peraduan ini adalah milik sepenuhnya Pihak Penganjur.

2. Pihak Penganjur berhak menggunakan nama, informasi, gambar dan/atau rakaman video

peserta sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti tanpa

sebarang notis kepada peserta dan peserta tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau

mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

3. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan atau menolak sebarang penyertaan jika didapati

melanggar sebarang syarat tanpa sebarang notis.

4. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya meminda sebarang syarat yang

ditetapkan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!