Cahaya 1 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

islam.gov.my

Cahaya 1 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Cahaya 1


Dapatkan Cahaya secara

langganan (percuma)

Cahaya@islam.gov.my

Jika anda ingin melanggan majalah Cahaya sila hantarkan

kepada kami:

1. Sampul surat beralamat sendiri.

2. Sampul surat berukuran 23cm x 32cm.

3. Lekatkan setem RM1.00 bagi setiap sampul surat.

4. Tuliskan perkataan CAHAYA di bahagian atas sebelah kiri

sampul berkenaan.

5. Satu sampul surat hanya untuk satu naskhah sahaja.

Hantarkan sampul surat anda kepada:

Pengarah Majalah Cahaya

Bahagian Penerbitan,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Aras 4, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62519 Putrajaya.

Borang Sumbangan

Majalah Cahaya mengalu-alukan sumbangan

daripada pembaca. Ganjaran berpatutan.

Sila yang mana berkenaan.

FOKUS

SEMASA

RENCANA

KERJAYA

TOKOH

CAHAYA IT

SIHAT DIRI

NILAI MURNI

CERPEN

SIRAH

LAIN-LAIN,

NYATAKAN

………..

Nama:

Nama Samaran (Jika Ada):

Poskod:

No. K/P:

Tahap Pendidikan:

No. Akaun:

Bank:

Cawangan:

Tarikh:

Negeri:

No. Tel:

Perhatian: Borang ini boleh difotostat.

Alamatkan sumbangan anda kepada: Pengarang Majalah Cahaya

Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Aras 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62519 Putrajaya.

Adakah Anda Seorang Penulis

Mungkin dari sini anda akan menjadi penulis terkenal.

• Atau ingin cuba menulis.

• Atau berhasrat memberi sumbangan dalam Majalah Cahaya.

• Anda boleh menulis dari sekarang

• Hantar sumbangan anda segera!!

• Bayaran akan dibuat setelah artikel anda terpilih dan disiarkan.

2 Cahaya


Sidang

Redaksi

Dari Meja Pengarang

Penaung

Dato’ Hj. Othman bin Mustapha

Ketua Pengarah Jakim

Penasihat

Tn. Hj. Razali bin Shahabudin

Timbalan Ketua Pengarah

(Pembangunan Insan Jakim)

Ketua Pengarang

Fatimah bt Hj. Saad

Pengarang

Fadhilah bt Ahmad

Penyunting

Norhashimah bt Embong

Mohd Yusof bin Sham

Nor Simah bt Khalim

Pembantu Pengarang

Abdul Halim bin Ismail

Rekabentuk & Percetakan

Reka Cetak Sdn. Bhd.

Pengurus Edaran

Nurul Hafizah bt Muhammad

Mokhtar

Pembantu Edaran

Mohd Suhaimi bin Abas

Mohd Fauzi bin Hosni

© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian

artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa

jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada

secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau

cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua

Pengarah Jakim.

Majalah CAHAYA diterbitkan secara dwibulanan oleh

Jakim mulai tahun 1989/1410H. Sidang pengarang

berhak melakukan perubahan ke atas karya yang dikirim

selagi tidak mengubah isi kandungannya. Karya yang

disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat

dan pendirian Jakim. Segala sumbangan yang dikirim

tidak akan dikembalikan, sama ada disiarkan ataupun

tidak. Sidang pengarang juga tidak bertanggungjawab

atas kehilangan tulisan atau karya yang dikirim melalui

pos dan e-mel.

HIBURAN DAN REMAJA

Remaja dan hiburan tidak dapat dipisahkan. Dunia remaja merupakan masa

keseronokan bagi mereka. Keseronokan yang lahir dari perasaan terhibur

yang dialami oleh mereka yang sememangnya remaja mempunyai jiwa yang

segar. Jiwa remaja hidup mesti gembira dan seronok,nilai-nilai murni dan

agama dalam hiburan tidak diutamakan, yang penting seronok. Namun di

sebalik keseronokan, remaja perlu ingat dosa dan pahala, baik dan buruk,

berlandaskan syariat Islam dan tidak mempunyai unsur khurafat dan

tahyul.

Islam tidak menghalang umatnya berhibur, tetapi ada batasnya dan

dipandu oleh nilai-nilai murni yang dibawa oleh Islam. Hadith daripada Khalid

bin Zakwan RA bahawa Al-Rubai’ binti Mua’wiz menceritakan Rasulullah SAW

telah mengunjungiku di hari perkahwinanku, Baginda mengambil tempat

duduk di atas hamparanku, seperti mana kamu berada dihadapanku sekarang.

Ketika itu sekumpulan hamba perempuan sedang memukul gendang sambil

menyanyi dan memuji pejuang-pejuang yang terkorban di kalangan bapa-bapa

kami di dalam peperangan Badar. Salah seorang penyanyi tersebut menyebut:

“Bersama kami Nabi Allah yang mengetahui apa yang akan berlaku esok

hari.” Mendengar lirik terakhir itu Rasulullah SAW menegurnya: Tinggalkan

kata-kata itu dan teruskan dengan apa telah kamu nyanyikan sebelumnya”.

(Riwayat al-Bukhari)

Islam tidak menghalang mendengar muzik dan lagu untuk menghiburkan

hati. Asalkan tidak melalaikan. Islam menggalakkan hiburan yang benar-benar

memberi makna kepada diri dan kehidupan. Pertimbangan dan pedoman

mesti dimiliki oleh setiap remaja supaya tahu memilih, tahu akibat dan dosa

pahalanya.

Fiman Allah SWT maksudnya:

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan

hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang

melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari

agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan

ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan;

merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.”

(Luqman : 6)

Hiburan dalam Islam adalah suatu yang menenangkan dan mendidik jiwa.

Bahkan melakukannya bukan hanya semata-mata untuk mencari keseronokan

dan memenuhi runtunan nafsu tanpa batasan. Jakim telah pun mengeluarkan

buku Garis Panduan Hiburan Dalam Islam. Oleh itu diharap para remaja dapat

membaca dan memahaminya agar hiburan yang kita amati itu selaras dengan

tuntutan syarak . Remaja perlu sedar dan memahami apa yang Islam inginkan

dalam berhibur dan pastikan memilih hiburan yang berlandaskan syariat bagi

menjamin kejayaan di dunia dan kebahagian di akhirat.

Wassalam.

Cahaya 1


Kandungan

1 Dari meja Pengarang

Hiburan dan Remaja

3 Jati Diri

Membantu Jiran

4 Fokus

Unsur Khurafat

Sebagai Hiburan

7 Semasa

250 Pelajar Bertuah

Masuk Darul Quran

8 Rencana

Dadah Pemusnah

Tamadun Ummah

11 Zon Gajet

12 Tinta Kreatif

Wasiat Terakhir Ayah

19 Kenali Kerjaya

TV Presenters:

The Arts Of Public

Speaking

21 Sihat Diri

Mengenali SLE

22 Info Sisi

10 Wasiat Imam

Syahid Al-Banna

23 Nilai Murni

Makan dan Minum

Biar Beradab

25 Cahaya IT

Cara-cara Format

Hard Disk Setup/

Install Windows 7

28 Novel Bersiri

Dia Khairunnisa’ siri 17

32 Santai Minda

Mat Selamat

33 Lembaran Sirah

Abu Dzar:

Perginya Keseorangan

35 Kemusykilan Agama

38 Sesuatu Tentang Kita

Semut Hitam di

Malam Kelam

40 Fikir Zikir

Dusta

41 Sajak

Andai Esok

Bermula Tanpaku

2 Cahaya


JATI DIri

Membantu

Jiran

Oleh Panel Penulis Jakim

Pendahuluan

Sebagai agama yang menekankan

perpaduan, Islam menuntut

umatnya saling tolong-menolong

dan berbuat baik sesama insan.

Sikap tolong-menolong sesama

jiran adalah antara tanggungjawab

yang wajib dititikberatkan bagi

melahirkan suasana masyarakat

yang harmoni.

Tuntutan Islam

Islam menyarankan umatnya

berbuat baik seperti mana hadith

berikut: Maksudnya: “Sesiapa

yang beriman kepada Allah dan

hari akhirat maka hendaklah dia

berbuat baik kepada jirannya.”

(Riwayat Muslim)

Islam juga melarang umatnya

menyakiti jiran sebagaimana hadith

riwayat Bukhari dan Muslim.

Bantuan dan

Pertolongan

Sifat tolong-menolong atau

membantu adalah sifat yang mulia

yang perlu digalakkan adalah

pertolongan ke arah kebaikan

sebagaimana firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: “Tolong menolonglah

kamu dalam perkara kebaikan dan

ketakwaan, dan janganlah sekali-kali

kamu memberi pertolongan ke arah

perlakuan dosa dan permusuhan.”

(Surahal-Ma’idah5:2)

Sifat suka membantu dan

menolong akan melahirkan rasa

kegembiraan pada jiwa seseorang.

Hulurkanlah bantuan dengan segera

apabila diperlukan.

Amalan ziarah seharusnya

dijadikan budaya terutama ketika

jiran ditimpa musibah atau sakit.

Ucapkanlah takziah sebagai cetusan

rasa simpati dan tidak kedekut

untuk mengucapkan tahniah

atas kejayaan atau nikmat yang

diterima.

Dalam sebuah hadith Rasulullah

SAW telah bersabda: Maksudnya:

“Tidak sempurna iman seseorang itu

sehingga ia mengasihi saudaranya

seperti mana dia mengasihi dirinya

sendiri.” (Riwayat al-Bukhari dan

Muslim)

Jadikan Jiran

Sebagai Sahabat

Ini jelas menunjukkan kita dilarang

sama sekali menyakiti apatah lagi

memutuskan hubungan silaturahim

sesama kita termasuklah jiran. Jadi

sudah sewajarnya kita sentiasa

bersikap baik dan memberi haknya

sebagai jiran sama ada mereka itu

Islam atau bukan Islam.

Perbuatan memberi salam

akan membuahkan kasih sayang

dan kemesraan sesama insan.

Perhubungan yang telah terjalin,

eloklah dipereratkan dengan

menegur sapa jiran didahului

dengan salam. Jadikanlah ia satu

amalan dalam hidup kita.

Firman Allah S.W.T.: Maksudnya:

“Dan orang-orang yang menahan

daripada kemarahan serta memberi

kemaafan kepada orang lain,

sesungguhnya Allah amat kasih

terhadap orang yang berbuat baik.”

(Surah ali-Imran 3 : 134)

Dalam sebuah hadith yang

diriwayatkan oleh al-Tabarani:

Maksudnya: “Wahai Rasulullah,

tunjukkan aku satu amalan yang

boleh memasukkan aku ke syurga

Jawab Baginda, “Jangan kamu

marah, balasan bagimu adalah

syurga.” (Riwayat al-Tabarani)

Sebagai muslim, pergaulan

mesti wujud berlandaskan

kesabaran. Dengan sifat ini,

akan mudahlah bagi kita untuk

memaafkan kesalahan orang lain

dan mengelakkan diri daripada

sifat mazmumah. Ketiadaan sifat

mazmumah dalam diri akan diganti

dengan sifat-sifat mulia.

Individu yang bersikap

demikian akan merasa gembira dan

berlapang dada dengan kejayaan

yang dikecapi orang lain.

Cahaya 3


Fokus

Unsur

Oleh Ruzain Syukur B Mansor

B.A. (Hons) Pengajian Ilmu Wahyu Univ Islam Antarabangsa Malaysia

Calon M.A. Usuluddin (Dakwah & Pembangunan Insan) Universiti Malaya

Akhbar Berita Harian melalui

kolum nasionalnya pada 10

Januari 2011 telah menyiarkan

sebuah berita bertajuk “Ustaz bukan

penghalau hantu : Tanggungjawab

sebenar pendakwah dalam filem

seram perlu diperbetul.”

Jika dilihat trend semasa, seolaholah

menunjukkan ada unsur hiburan

terbaru dalam kalangan masyarakat

kita. Remaja terutamanya terkesan

dengan pengaruh ‘hiburan’ baru

ini. Selain unsur K-Pop, mistik dan

elemen misteri ini menarik minat

golongan muda ke pawagam.

Apa yang ditakuti, unsur seram

dan ganas dalam filem menyebabkan

orang ramai, khususnya remaja lebih

takut kepada watak hantu daripada

Allah SWT. Ia tidak sewajarnya

berlaku kerana melemahkan minda

umat Islam. Sudahlah hiburan itu

melalaikan, malah menjauhkan diri

mereka dengan Allah SWT.

Namun, pandangan ini

disanggah oleh Presiden Pengeluar

Filem Filem Malaysia (PFM), Ahmad

Puad Onah melalui berita yang

disiarkan oleh akhbar Berita Harian

pada 11 Januari 2011. Beliau

dilaporkan berkata “penerbit filem

menerbitkan filem yang memang

genre ditetapkan adalah seram

dan ia bukan filem mengenai kisah

hidup ahli agama. Watak ustaz

diwujudkan bagi memberikan moral

atau nasihat kepada penonton yang

menonton filem berkenaan”.

Pada pendapat penulis, isu

ini telah menimbulkan polemik

berikut:

Pandangan pendakwah:

• Pendakwah melihat usaha

menonjolkan ustaz sebagai

watak penghalau hantu akan

menyempitkan bidang tugas

mereka di bidang agama.

• Pendakwah juga melihat

watak ustaz yang dilakonkan

membaca doa, ayat al-Qur’an

yang bercampur baur dengan

jampi serapah serta unsur lawak

sebagai suatu penonjolan yang

boleh merosakkan akidah.

• Pendakwah melihat kepada

usaha sesetengah penerbit filem

dan drama tidak menjalankan

kajian mendalam terhadap

keperluan mengenengahkan

watak ustaz ketika menjalankan

pengubatan.

• Unsur seram dan tahyul serta

khurafat yang keterlaluan akan

menyebabkan rasa ketakutan

yang mendalam terhadap

4 Cahaya


Sebagai Hiburan

hantu berbanding Allah SWT.

• Lakonan ustaz mula dijadikan

modal gurauan dan gelak tawa

seolah merendah-rendahkan

peranan mereka.

Pandangan penerbit filem dan

drama:

• Watak ustaz yang ditonjolkan

sebagai bomoh sebagai

usaha menonjolkan peranan

pendakwah di tengah-tengah

masyarakat.

• Peranan ustaz diselitkan

untuk memberikan unsur nilai,

kesedaran dan pengajaran

yang baik.

• Orang agama telah dirujuk

ketika mahu menonjolkan

watak ustaz di dalam filem

dan drama.

Pandangan masyarakat.

• Seolah-olah wujudnya

perlumbaan daripada penerbit

filem dan drama untuk

menerbitkan filem berunsur

seram, khurafat dan seumpama

dengannya.

• Para pendakwah dimomokkan

dengan peranan menghalau jin

dan hantu serta mempunyai

kuasa dalaman yang

menakjubkan (melihat perkara

ghaib).

• Pandangan yang tidak selari

antara pendakwah dan

pengarah filem tentang watak

dan peranan ustaz yang ingin

ditonjolkan dalam filem.

Jika mahu melihat fenomena ini

sebagai suatu perlumbaan, Rahim

Aziz dalam artikelnya di dalam

Dewan Ekonomi Januari 2011

bertajuk Filem sebagai Perniagaan

menyatakan bahawa jumlah kutipan

tiket global mencecah paras AS 29.9

bilion (RM92.69 bilion) pada tahun

2009. Beliau menambah, 10 buah

filem genre terbaik berdasarkan data

tersebut adalah bergenre fantasi

dan pengembaraan. Di peringkat

global ianya suatu industri. Malah

mungkin juga suatu industri hiburan

yang luas pasarannya.

Tetapi adakah filem hantu

dan seram ini suatu industri di

Malaysia Siti Hadijah Umor

melaporkan di dalam Dewan

Ekonomi edisi yang sama, filem

Jangan Pandang Belakang Congkak

terbitan Metrowealth International

Group (MIG) mencatat kutipan

jualan tiket RM 6.5 juta. Manakala

filem Ngangkung terbitan syarikat

Cahaya 5


yang sama mengutip kutipan tiket

sebanyak RM8 juta .

Di saat guru-guru di sekolah

menekankan aspek kepercayaan

kepada Allah SWT yang Esa kepada

anak-anak ini, golongan penerbit filem

dan drama pula sibuk menyogokkan

amalan khurafat dan unsur

menakutkan terhadap jin dan hantu.

Tambahan, usaha ini mengelirukan

kanak-kanak antara mempercayai

perkara ghaib dengan persepsi

mempercayai kehebatan syaitan dan

jin. Di manakah keselarian antara

pendidik dan masyarakat terhadap

usaha menanamkan pendidikan

akidah kepada kanak-kanak Malah

ia dilihat sebagai suatu usaha yang

kontra antara satu sama lain.

Dr. Danial Zainal Abidin di dalam

bukunya Bahan Berdakwah Untuk

Remaja Moden berpendapat bahawa

khurafat dan tahyul serta amalan

yang tidak bersandarkan al-Qur’an

dan sunnah adalah sebahagian

daripada jahiliah yang sesat. Beliau

menambah khurafat dan tahyul

membawa seseorang itu kepada

syirik. Nyata, lakonan mengenai

mistik bukanlah suatu hiburan tetapi

ada hubungkaitnya dengan ancaman

akidah jika tidak dikawal.

Manakala al-Baydawi dalam

kitabnya bertajuk Anwar al-Tanzil

wa Asrar al-Ta’wil, mentakrifkan sihir

sebagai sesuatu yang dihasilkan

dengan cara mendekati syaitan. Maka,

mendekati amalan sihir ini walaupun

melalui lakonan ditakuti menyebabkan

para penonton mempercayai kuasa

bomoh dan mistik secara keterlaluan.

Ini mungkin boleh menjejaskan

akidah jika tidak ditangani dengan

baik. Malah mempercayai kuasa

syaitan memgetahui perkara ghaib

juga dikhuatiri membahayakan

akidah. Tidak sesiapapun yang lebih

memahami perkara ghaib ini kecuali

Allah SWT. Ini melalui firman Allah

SWT di dalam al-Qur’an:

Maksudnya:“Katakanlah wahai

(Muhammad) sesiapapun, baik di

langit mahupun di bumi tidak ada

yang mengetahui perkara ghaib

kecuali Allah, bahkan mereka

tidak mengetahui bila mereka akan

dibangkitkan (kiamat)”

(Surah al-Naml : 65)

Aspek kebertanggungjawaban

penulis skrip dan penerbit filem dan

drama yang diterbitkan haruslah

diletakkan di tempat utama. Aspek

komersial tidak harus mengenepikan

aspek pegangan akidah. Unsur mistik

bukanlah suatu hiburan. Diakui, filem

dan drama boleh menjadi medium

yang membawa mesej dan nilai murni

jika digarap dengan baik. Maka di

sinilah para ilmuan Islam perlu dirujuk

oleh para pemain industri filem dan

drama. Moga apa yang kabur dapat

dijernihkan.

Kepada golongan muda,

carilah ruang hiburan Islami yang

mendidik jiwa. Dengarlah radio yang

memperdengarkan alunan ketuhanan

dan nasyid sebagai halwa telinga

untuk keteguhan iman. Saksikan pula

siri rancangan agama kontemporari

untuk pembentukkan peribadi muslim

sejati seperti Imam Muda, Solehah,

Akademi Nasyid dan sebagainya.

Tontonlah filem dan drama yang tidak

membawa kepada budaya negatif.

Saringlah minda dan jiwa agar iman

teguh di dada.

Hiburan keterlaluan atau disebut

hedonisme adakalanya membawa

kepada kelalaian. Maka, tepuk dada

tanyalah iman. Mari kembali kepada

cara Nabi SAW mengajar kita. Berhatihati

dalam memilih hiburan, agar

akidah terpelihara iman utuh di

dada.

6 Cahaya


SEMASA

250 Pelajar Bertuah

Masuk Darul Quran

Seramai 250 orang telah berjaya ditawarkan

untuk program Diploma Tahfiz al-Quran di Darul

Quran (DQ) pada tahun 2012 daripada 2,300

calon yang telah memohon. 23 orang daripada

jumlah tersebut merupakan pelajar dari negara

jiran iaitu Brunei, Kemboja, Singapura, Thailand

dan Indonesia. Dalam ucapan alu-aluan pada Majlis

Sambutan Pelajar-pelajar Baru Program Diploma

Tahfiz al-Quran Sesi 2012/2012 pada 7 Mei 2012

di Dewan Muktamar DQ, Pengarah DQ, Tuan Haji

Paimuzi menyeru semua pelajar baru supaya dapat

mengambil manfaat daripada peluang yang telah

diberikan kepada mereka untuk mempelajari bidang

al-Quran. Dalam masa yang sama, satu ceramah

motivasi telah disampaikan oleh Imam Besar Masjid

Negara, Tan Sri Syaikh Haji Ismail Muhammad yang

merupakan generasi pertama DQ.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan)

Jakim, Tuan Haji Razali Shahabudin dalam ucapan

perasmiannya merakamkan ucapan tahniah dan syabas

kepada para ibu bapa kerana berjaya mendidik anakanak

sehingga dapat meneruskan pendidikan di DQ dan

berharap semua pelajar baru dapat menjadi hafiz.

Beliau berpesan kepada pelajar-pelajar baru supaya

menghadapi cabaran yang bakal dihadapi. Menurut

beliau, untuk menghafal sesuatu itu mudah, namun

untuk mengekalkan hafalan, ia agak sukar. Beliau juga

menyeru para pelajar agar bijak membahagikan masa

sama ada untuk menghafaz, akademik, berpersatuan

dan sebagainya, di samping mempunyai tekad azam

yang jitu serta digarab dengan sikap kesungguhan.

Pada akhir ucapannya, Tuan Haji Razali menyentuh

kelebihan orang yang menghafaz al-Quran, iaitu

antaranya dapat memberi syafaat kepada ahli

keluarganya.

Cahaya 7


Rencana

Pemusnah

Tamadun

Ummah

Oleh Dr Aminudin Mansor

Ancaman dadah dalam

kehidupan bukan lagi perkara

baru. Remaja yang liar akibat

pergaulan mungkin mudah terjebak

dalam perangkap dadah yang

memusnahkan pembangunan

ummah. Justeru, bagi membimbing

anak-anak remaja pelbagai kaedah

perlu dilakukan membabitkan

kaedah Islam, psikologi dan

pendekatan kasih sayang.

Kini ancaman dadah semakin

berbahaya kepada negara. Setiap

kali tangkapan dilakukan terhadap

“keldai dadah” pelbagai jenis dadah

di bawa masuk ke negara ini. Di

samping itu, tidak kurang daripada

30 pengedar dadah dari negara ini

meringkuk dalam penjara di negara

jiran iaitu Indonesia.

Penyalahgunaan dadah telah

lama wujud dalam tamadun manusia

sejak dahulu lagi. Bagaimanapun

sehingga kini belum dapat dipastikan

sejak bila manusia menggunakan

dan menyalahgunakan dadah.

Apa yang pasti penggunaan dadah

bukan satu fenomena baharu dalam

sejarah dan tamadun manusia.

Kajian menunjukkan manusia

menggunakan dadah sejak

5000 tahun dahulu. Candu telah

digunakan oleh rakyat Iraq sejak

5000 tahun dahulu yang dikenali

sebagai khemar. Dadah juga

ditemui dalam masyarakat lain

sejak zaman dahulu lagi. Penduduk

Andes di benua Afrika Selatan

menggunakan jenis coca. Penduduk

8 Cahaya


Amazon menggunakan caopi, orang Asli

Australia menggunakan pituri, manakala

orang Ethophia menggunakan pokok

khat (Catha Edulis).

Dadah adalah bahan kimia asli dan

tiruan yang dimasukkan ke dalam tubuh

yang boleh mengubah keadaan badan,

perasaan dan kelakuan pengguna.

Perubahan mencakupi aspek fizikal

dan emosi yang lebih menjurus ke arah

keburukan. Kemasukan bahan kimia

boleh dilakukan melalui suntikan, hidu,

ditelan atau dengan apa-apa cara

tanpa mempunyai sebab yang kukuh.

Pengambilan dadah yang berlebihan

boleh menyebabkan seseorang itu

menemui maut.

Dadah adalah bahan psikoaktif

yang boleh mendatangkan kesan

terhadap kesihatan tubuh badan. Dadah

berupaya memberi kesan buruk kepada

sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf

tunjang seseorang. Penggunaan dadah

selain daripada perubatan adalah

dilarang. Oleh sebab itu, para penagih

terpaksa memperoleh dadah secara

haram daripada pengedarpengedar

dadah.

500,000 orang. Menurut Statistik

Kementerian Dalam Negeri (KDN),

jumlah penagih dadah dikesan tahun

2005 hingga 2009 iaitu penagih

baru dan berulang membabitkan

32,808 orang tahun (2005), 22,811

orang tahun (2006), 14,489 orang

tahun (2007), 12,352 orang tahun

(2008) dan 15,736 orang tahun

(2009).

Kebanyakan mereka yang terlibat

dengan penyalahgunaan dadah di

negara ini berusia antara 15 hingga

29 tahun. Mereka adalah golongan

remaja yang terdiri daripada pelajar

sekolah menengah, universiti dan juga

yang sudah bekerja yang merupakan

aset penting dalam

pembangunan

negara.

Penyalahgunaan

dadah dianggap

sebagai satu masalah

sosial yang mengancam

kestabilan negara.

Penyalahgunaan

dadah bukan hanya

melibatkan individu

yang menagih

dadah sahaja tetapi

turut membawa

kesan negatif

kepada keluarga,

masyarakat dan

negara

Penyalahgunaan dadah

di Malaysia terus meningkat setiap

hari. Pada tahun 1970 dianggarkan

hanya seramai 71100 penagih yang

dilaporkan. Walau bagaimanapun

bancian yang dilakukan pada tahun

1990 didapati 178000 orang terlibat

dalam penagihan dadah. Bilangan ini

tidak termasuk golongan yang tidak

berdaftar yang dianggarkan lebih

Penyalahgunaan

dadah bukan hanya

melibatkan individu yang menagih

dadah sahaja tetapi turut membawa

kesan negatif kepada keluarga,

masyarakat dan negara. Nabi SAW

bersabda yang bermaksud: “Barang

siapa melakukan amal perbuatan

yang bukan atas perintah kami maka

ia tertolak.” (Riwayat Muslim).

Cahaya 9


Pengambilan dadah yang

berlebihan boleh menjurus seseorang

itu kepada aktiviti negatif dan

akhirnya membawa maut. Berikutan

pertambahan kadar penyalahgunaan

dadah yang drastik, kerajaan telah

mengisytiharkan dadah sebagai

suatu ancaman kepada negara pada

tahun 1983. Ini adalah ketetapan

dengan kehendak kerajaan yang

ingin melahirkan generasi yang sihat

dalam segala aspek.

Faktor-faktor yang

mempengaruhi penagih dadah

dikatakan berpunca daripada

perasaan ingin mencuba dalam

kalangan remaja dan belia yang

sering terdedah kepada konflik emosi

dan psikologi. Golongan remaja dan

awal dewasa sentiasa terdedah

dan berhadapan dengan masalah

ketegangan di samping proses

pembesaran dan kematangan.

Keluarga yang porak-peranda

dan perceraian juga mempengaruhi

kepada remaja terjebak dalam

penggunaan najis dadah. Remaja

berasa jiwa mereka tertekan dan

untuk mengatasi masalah ini

pengambilan dadah dirasakan cara

yang terbaik dan akhirnya mereka

terjebak dalam ketagihan dadah.

Justeru, ibu bapa kaum keluarga

terdekat harus meluangkan masa

untuk berkongsi pendapat dengan

anak-anak di samping sering

berkomunikasi dengan mereka

apabila timbul masalah dalam diri

mereka dan juga masalah dalam

keluarga. Ibu bapa sewajarnya

memberikan perhatian dan kasih

sayang dan memantapkan iman

kepada anak-anak walaupun

mereka sudah meningkat remaja.

Kemantapan iman dan menjadi

benteng kepada ancaman gejala

dadah. Nabi s.a.w. bersabda yang

bermaksud: “ Allah tidak menerima

iman tanpa amal perbuatan,

dan tidak pula menerima amal

perbuatan tanpa iman.” (Riwayat

At Thabrani).

Pengisian masa cuti hujung

minggu dan cuti penggal

persekolahan adalah sangat penting

kepada setiap remaja. Hubungan

rapat dengan ahli keluarga,

masyarakat dan jiran tetangga dapat

mengelakkan mereka terjebak

dalam penyalahgunaan dadah.

Beberapa cara dan langkah

mengatasinya mestilah dilakukan

oleh pihak tertentu dan juga

ahli masyarakat. Antaranya

penguatkuasaan undangundang,

kempen antidadah di

peringkat sekolah, dalam komuniti

kemasyarakatan, yang boleh

dilakukan adalah melalui kerjasama

Persatuan Mencegah Dadah

Malaysia (PEMADAM) dan Pasukan

Petugas Antidadah Malaysia yang

bertanggungjawab untuk mengatasi

masalah penagihan dadah di

Malaysia dengan mengadakan

program pendidikan dalam kalangan

masyarakat terutamanya kepada

pelajar, remaja dan belia di segenap

peringkat.

Sesungguhnya, dadah

musuh utama negara dan boleh

memusnahkan kekuatan ummah.

Semua pihak mestilah berusaha

menjauhinya dengan memastikan

setiap ahli keluarga tidak terlibat

dengan penyalahgunaan dadah.

Kerajaan sedang berusaha

keras untuk menangani masalah

penyalahgunaan dadah, dan ia

seharusnya dibantu oleh setiap ahli

masyarakat di negara ini dengan

mengamalkan gaya hidup yang

sihat.

10 Cahaya


Zon Gadjet

Zon Gadget Oleh Nur Hidayah Musa

SAMSUNG GALAXY SIII DI ILHAMKAN SECARA SEMULAJADI

Telefon pintar terbaru keluaran Samsung Electronics Co. Ltd iaitu Samsung

Galaxy SIII membawa kepada perubahan era baru. Mempunyai ciri-ciri yang

lebih mesra pengguna. Dilengkapi chipset berteknologi tinggi Exynos 4212

Quad serta pemproses berkelajuan tinggi Quad-core 1.4Ghz A9 Cortex

memberi impak yang besar kepada penggemar telefon pintar. Ciri-ciri

terbaru yang diperkenalkan kepada pengguna seperti Smart Stay, S-beam,

S-voice, Direct Call memudahkan pengguna dalam urusan seharian yang kian

sibuk. Menggunakan OS Android 4.0 Ice-cream Sandwich melengkapkan

teknologi telefon pintar ini. Lensa kamera 8 megapiksel dengan ciri-ciri

Best Shot memberi pilihan gambar yang terbaik kepada pengguna. Harga

pasaran RM2,199.

OLYMPUS 0M-D E-M5 GAYA RETRO

Peningkatan spesifikasi kamera ini dibina dengan teliti sekeliling

sensor 16MP yang memberikan penstabilan imej terkini lima

paksi, yang mampu bertindak ke atas kedua-dua situasi, pegun

dan filem. Pengguna akan berpuas hati dengan keupayaan

rakaman filem 1080i dalam format MOV H.264 (mampatan).

Selain itu, ia hadir dengan warna eksklusif hitam dan perak yang

menarik tumpuan gaya retro serta reka bentuk kedap udara

dan tahan lasak merangkumi aloi magnesium 1.44M dot EVF.

Harga pasaran RM3,799.

SONY SMARTWATCH PENCETUS IDEA

Sony Sdn. Bhd. tidak ketinggalan dalam menjana teknologi

setaraf peredaran zaman di mana teleh mencipta jam pintar

digelar SmartWatch. Dilengkapi skrin pelbagai sentuh

OLED 1.3 inci membolehkan anda mengakses fungsi

telefon pintar seperti buku telefon, sms, muzik dan tidak

ketinggalan laman social seperti Facebook dan Twitter.

Menggunakan sistem operasi (OS) Android 3.0 Honeycomb

membolehkan anda memuat turun aplikasi melalui Play

Store. Dengan adanya fungsi Bluetooth 3.0, membolehkan

ia di akses ke mana-mana telefon pintar Android dan tidak

tertakluk kepada telefon pintar Sony sahaja.

Cahaya 11


Tinta Kreatif

Oleh Ayiemah Zarah

Terakhir

Menitis airmata Saniah melihat ayahnya

terbaring lesu di tengah-tengah rumah

pusaka arwah datuknya. Tubuh yang

kurus dibaluti kulit yang sudah berkedut itu

sudah dua tahun terlantar lemah tanpa sesiapa

pun tahu puncanya. Ibu dan abang Rizmi

telah puas menghantar ayah berubat secara

tradisional, malah beberapa orang doktor juga

telah dibawa ke rumah untuk mengubati ayah

tetapi tidak berhasil. Ibu semakin buntu apabila

doktor mengatakan bahawa ayah tidak sakit,

tekanan darah ayah normal, sampel darah ayah

juga sudah diambil dan diuji, tetapi ternyata

ayah amat sihat. Tetapi mengapa ayah semakin

tidak bertenaga sehingga hendak bangun dari

perbaringan juga seakan dikerahnya seluruh

tenaga yang ada.

Masih Saniah ingat pada malam Jumaat itu,

ibunya berteriak meminta tolong mengangkat

ayah yang tiba-tiba jatuh dibilik air ketika

hendak mengambil wuduk. Malam itu juga

Saniah dan abang Rizmi telah menghantar

ayah ke hospital. Selama dua minggu ayah

dirawat di Hospital Sultanah Fatimah, Muar

12 Cahaya


sehingga doktor mengarahkan

abang Rizmi untuk membawa ayah

pulang kerana dikatakan ayah tidak

mengidap apa-apa penyakit malah

doktor mengatakan bahawa ayah

sangat sihat sebenarnya.

Ibu pula mengambil usaha

lain memanggil dukun Mail, dukun

Mak Itam, bomoh Piyai dari Negeri

Sembilan malah ibu mengusahakan

agar bomoh orang asli dapat datang

ke rumah untuk mengubati ayah,

tetapi kesihatan ayah tidak juga

berubah, malah ayah semakin

kurang berselera untuk makan

dan bercakap pula. Hari demi hari

keadaan ayah amat menyedihkan,

mata yang besar dahulunya yang

menjadi kegilaan anak-anak dara

semasa dia muda semakin cengkung

terpelosok ke dalam. Ayah semakin

kurus sehingga menampakkan

tulang anggota badannya yang

dibaluti dengan kulit hitamnya yang

nipis itu. Kelopak matanya seakan

berat untuk dibuka, suaranya

kedengaran jauh ke dalam dan

jarang sekali dia berkata-kata.

Dalam sehari hanya sepatah dua

perkataan sahaja yang keluar dari

mulut ayah yang didengari oleh

Saniah.

Tok...tok..tok... bunyi ketukan di

pintu mematikan lamunan Saniah.

Sambil menjeling ke arah jam

dinding di ruang tamu, dengan

pantas Saniah bangun lalu membuka

pintu. Saniah tahu, dalam waktu

sebegini abang Rizmi sudah pulang

dari sekolah tempat di mana dia

bekerja sebagai guru. Abang Rizmi

orangnya pendiam seperti ibu

tetapi baik hatinya. Belum pernah

sekali dia membantah arahan orang

tuanya malah sangat bertanggung

jawab terhadap keluarga. Saniah

amat menghormati abangnya

itu. Abang Rizmi jugalah yang

menanggung pembelajarannya di

Universiti Teknologi MARA dalam

jurusan senibina selama ini. Abang

Rizmi banyak membantu Saniah

dan adiknya Amer yang masih

menuntut di tingkatan 6 di SMK

Tinggi Muar.

Kebiasaannya abang Rizmi akan

sampai ke rumah bila hampir maghrib

memandangkan jarak sekolahnya

agak jauh dan dia hanya mampu

bermotosikal sahaja. Nasib baiklah

Saniah masih lagi dalam percutian

semester. Sekurang-kurangnya

dapatlah dia meringankan kerjakerja

ibu menjaga ayah. Adiknya

Amer memang tidak boleh diharap.

Perangainya sangat mementingkan

diri sendiri. Semua kehendaknya

perlu dipenuhi, tidak menghiraukan

kepayahan keluarga pada saat ini.

Makan dan pakaiannya semua

perlu sempurna malah dia akan

membentak sekira permintaannya

tidak dipenuhi oleh ibu atau Saniah.

Hanya abang Rizmi sahaja yang

ditakutinya di rumah ini. Perkara

sebeginilah yang selalu menjadi

perbalahan antara Saniah dan

Amer.

Amer pula akan menghabiskan

masanya sehari suntuk di dalam

kamar sekira Saniah berada di

rumah. Sekembali dari sekolah, dia

hanya akan ke dapur untuk makan

tengahari dan masa selebihnya

dihabiskan di dalam kamar. Selepas

solat maghrib, dia akan keluar

bersama-sama rakannya di luar

dan akan kembali ke rumah pada

lewat malam. Kadang-kadang

dia bermalam di rumah rakannya

tanpa memberitahu ibu. Ini yang

amat dikesali oleh Saniah kerana

dia dan abang Rizmi akan menjadi

mangsa mencari Amer di rumah

rakan-rakannya. Walaupun Amer

telah dimarahi oleh ibu dan abang

Rizmi sendiri telah memberi amaran

keras kepadanya, Amer masih

tidak berubah malah perangainya

menjadi-jadi pula.

Saniah membiarkan abang

Rizmi melayan perasaan di bendul

pintu. Ditinggalkan abangnya lalu

berjalan menuruni anak-anak tangga

kayu menuju ke dapur. Saniah tahu

rutinnya pada setiap petang.

Dijengahkan kepalanya ke luar

tingkap kayu, sambil memandang

keliling belakang rumahnya.

Perhatiannya terhenti apabila

dilihat ibu sedang menghalau

ayam-ayam ternakannya masuk

ke reban. Sedih hatinya melihat

ibu yang terpaksa mengharungi

saat-saat duka bersama ayah

yang semakin uzur. Namun begitu

Saniah tetap bersyukur kerana

sekurang-kurangnya ibu masih

mempunyai abang Rizmi yang

boleh membantunya sekiranya

Saniah sudah pulang ke universiti.

Dimasukkan semula kepalanya dan

mula menghala ke singki sambil

menadah air paip ke dalam besin

kecil. Dicampurkan sedikit air panas

ke dalam bekas air lalu dicapainya

tuala “good morning” yang tersidai

di muka tingkap dapur rumah.

Langkahnya disusun rapi

menaiki anak tangga sambil

diletakkan besen berisi air mandian

ayah di sebelahnya. Saniah duduk

bersimpuh di sebelah ayah,

tangannya memegang bahu ayah

lalu digerakkn perlahan-lahan

dengan diikuti suaranya yang

lembut, “Ayah....ayah...bangun”

serentak itu juga ayah memalingkan

muka ke arahnya sambil tersenyum.

Hibanya hati Saniah melihat tubuh

yang kurus itu cuba memberikan

senyuman walaupun Saniah tahu

senyuman itu tidak memberi makna

apa-apa pada ayah. Hanya sekadar

Cahaya 13


senyuman untuk memberitahu

Saniah bahawa ayah membenarkan

dia membersihkan badannya pada

ketika itu. Seperti biasa ayah telah

tahu apa yang Saniah akan lakukan

padanya. Disebabkan kulitnya

yang sangat tipis itu menyebabkan

Saniah begitu berhati-hati agar

tidak menyakiti ayahnya. Setelah

selesai, Saniah mengambilkan air

wuduk agar ayah dapat menunaikan

solat maghrib.

Air mandian ayah diangkatnya

lalu menuruni tangga ke dapur.

Abang Rizmi masih lagi duduk

di bendul pintu masuk sambil

termenung. Entah apalah agaknya

yang difikirkannya itu. Hati Saniah

terdetik untuk bertanya tetapi

fikirannya memikirkan Amer yang

masih lagi belum bangun walaupun

sudah hampir waktu maghrib.

Saniah cuba mengawal

dirinya agar tidak hilang kawalan

terhadap Amer kali ini. Saniah cuba

memperlahankan suara supaya

tidak mencetuskan pergaduhan

lagi. “Amer......bangun dah masuk

maghrib. Abang Rizmi pun dah balik

ni” , Saniah tersenyum sendirian

apabila dia mula terfikir untuk

menggunakan nama abang Rizmi

sebagai helah supaya Amer akan

bangun. Tekaannya tepat, dalam

masa sepuluh saat Saniah terdengar

selak pintu kamar dibuka dan

terjenguk sesusuk tubuh sambil

terhoyong-hayang menuju ke bilik

air.

Selepas maghrib, ibu membawa

sepinggan nasi dan lauk untuk

menyuap ayah. Seperti biasa,

Saniah melipat kain-kain basuhannya

pagi tadi sambil matanya sesekali

menjeling televisyen di hadapannya.

Cerita drama bersiri “Nora Elena” itu

menjadi kegilaannya setiap hari.

Untuk mengelakkan dirinya dari

dimarahi ibu kerana terlalu minat

dan taksub terhadap pelakon

watak “Seth” itu, terpaksalah

Saniah berpura-pura melipat kain

agar tidak terlalu ketara sangat

perbuatannya itu.

“Yah....” namanya dipanggil

abang Rizmi secara tibatiba.

Dilihatnya abang Rizmi

menghulurkan sekeping dokumen

yang dirasanya pernah dilihat

sebelum ini. Dia melabuhkan

punggungnya di sebelah Saniah.

Dicapainya kertas itu dengan

seribu persoalan dibenaknya.

Muka Abang Rizmi dipandangnya

dengan harapan Abang Rizmi akan

memberi penjelasan kepadanya.

“Esok Mak Ngah Kiah dan

anaknya Udin nak datang sini.”

abang Rizmi mula membuka

mulutnya seakan telah diketahuinya

apa yang bermain di fikiran

Saniah.

“Apa kena mengena dengan

geran tanah ni pulak” Saniah

bertanya dengan nada yang kuat.

Sepantas kilat abang Rizmi menutup

bibirnya dengan jari telunjuk

memberi isyarat kepada Saniah

supaya bercakap perlahan.

“Shhhhh.....cakap perlahan

sikit, nanti ayah dengar.” bisik

abang Rizmi.

“Pagi tadi Udin telepon abang

di sekolah memaklumkan bahawa

Mak Ngah Kiah ingin sangat nak

bertemu dengan ayah. Lebih-lebih

lagi dia dah tahu keadaan ayah

sekarang ini.” sambung abang

Rizmi sambil menjeling ke arah

geran tanah yang masih dalam

genggaman Saniah.

“Kata Azmi, Mak Ngah nak

selesaikan hal geran tanah ini

secepat mungkin.” abang Rizmi

menerangkan tentang keinginan

Mak Ngah Kiah yang tinggal di

Petaling Jaya sekarang ini.

Saniah masih kurang faham

tentang perkara ini sebenarnya

kerana Saniah tidak berapa ingat

dengan Mak Ngah Kiah. Apa yang

didengari Saniah, Mak Ngah Kiah

telah menghilangkan diri bersamasama

keluarganya lebih kurang

dua puluh tahun yang lalu tanpa

memberitahu apa-apa maklumat

tentang diri dan keluaraganya

selepas itu. Pada masa itu usia

Saniah baru tiga tahun dan abang

Rizmi pula berusia lapan tahun iaitu

seusia dengan anak Mak Ngah Kiah,

Udin. Cuma baru-baru ini, ayah

kerap memanggil nama adiknya

itu berkali-kali. Apabila ditanya

mengapa, ayah hanya berdiam diri

tanpa memberi penjelasan. Saniah

cuba bertanya ibu, tetapi ibu juga

hanya berdiam sahaja. Mungkin

ibu juga buntu, di mana hendak

dia mencari Mak Ngah Kiah dan

keluarganya.

“Abang cuba cari Udin di laman

sosial dan berjaya mengenalpasti

keluarga Mak Ngah melalui

anaknya,” abang Rizmi seakan

bangga menerangkan bagaimana

dia boleh menjejaki satu-satunya

keluarga ayah yang telah lama

terpisah.

“Geran tanah ni” Saniah tidak

sabar-sabar lagi ingin tahu perkara

sebenar. Abang Rizmi menundukkan

kepalanya. Ibu seperti mengesyaki

sesuatu, tiba-tiba datang lalu duduk

di sebelah Abang Rizmi. Mungkin

dilihatnya Saniah dan Abang Rizmi

sedang berbincang sesuatu perkara

yang mustahak. Dipandangnya

muka abang Rizmi seperti meminta

penjelasan. Saniah melihat ayahnya

sudah tidur setelah diberi ubat oleh

ibu tadi.

Perlahan-lahan Abang Rizmi

memaklumkan kepada ibu tentang

14 Cahaya


kehadiran Mak Ngah Kiah pada hari

esok. Ibu seakan risau, air mukanya

mula berubah. Direnungnya muka

Abang Rizmi tanpa sepatah kata.

Abang Rizmi hanya menundukkan

kepalanya menguis-nguis tikar

mengkuang yang sedang mereka

duduk di atasnya. Lagaknya seperti

orang bersalah. Saniah semakin

gelisah kerana tidak memahami

duduk perkara yang sebenarnya.

Tidak sabar rasa hatinya ingin

mengetahui dari mulut Abang Rizmi

atau dari mulut ibunya sendiri.

“Kak...., nak kunci motor, aku

nak jumpa kawan kejap,” suara

Amer mematikan lamunan Saniah

buat seketika. Dipandang adiknya

itu seakan bayi yang tidak tahu

susah payah orang lain. Rasa

hatinya nak ditelan saja budak ini.

Saniah sendiri tidak tahu kenapa

dia terlalu cepat marah apabila

berhadapan dengan Amer. Mungkin

kerana jarak umur mereka yang

tidak terlalu jauh menyebabkan

keadaan ini berlaku. Begitu juga

dengan Amer, Saniah selalu menjadi

alat perkelahiannya sekira Saniah

berada di kampung.

“Nak ke mana...malammalam

begini. Duduk di rumah

baca buku tak boleh ke” lembut

suara Abang Rizmi menyoal Amer

sambil kepalanya didongakkan

memandang adiknya itu.

“Jumpa kawan,” ringkas saja

jawapan Amer tanpa membentakbentak.

Saniah mematikan dirinya

tanpa berkata-kata.

“Kak...kunci,” pinta Amer lagi.

“Jangan keluar malam ni. Duduk

sini kita berbincang hal keluarga.

Amer pun kena tahu juga pasal

hal ini. Abang tidak mahu satu

hari nanti perkara ini berlaku pula

kepada kita tiga beradik. Abang

terpaksa ambil tanggungjawab ini

demi ayah.” Abang Rizmi memberi

arahan kepada Amer. Saniah

tersenyum puas bila dilihatnya

Amer memuncungkan bibirnya

seakan tidak bersetuju dengan

Abang Rizmi tetapi tidak berani

membantah kerana takut dan

hormat dengan abang sulungnya

itu. Dalam diam Saniah juga memuji

sikap Amer itu, walaupun dia keras

kepala tetapi dia masih ada lagi rasa

hormat terhadap abang Rizmi.

“Duduk sini, kita berbincang

sekeluarga’” perlahan sahaja katakata

Abang Rizmi. Amer mengambil

tempat di sebelah ibu dan cuba

mengelak dari duduk berdekatan

Saniah mahupun Abang Rizmi. Ibu

nampaknya sugul, tidak banyak

berkata-kata seakan menyesali

sesuatu.

“Ibu..., mula-mula Rizmi mohon

ampun sekiranya perbuatan Rizmi

ini tidak menyenangkan hati ibu.

Tetapi, Rizmi lakukan kerana ayah.

Rizmi dah bertanya dengan ustaz

dan beberapa orang rakan di

sekolah tentang penyakit ayah ni.

Nampaknya seperti ada sesuatu

yang tidak dapat ayah selesaikan

dulu yang masih lagi tergantung

sehingga kini. Rizmi terpaksa

memaklumkan perkara ini kepada

Mak Ngah Kiah agar kita samasama

dapat menyelesaikannya

secara baik sementara ayah

masih ada lagi.” tenang sahaja

nada suara Abang Rizmi seperti

sudah diatur oleh skripnya. Amer

mula menunjukkan minat ingin

mengetahui dengan lebih lanjut lagi

tetapi tidak berani menyampuk.

“Perlu ke Mak Ngah Kiah ke

mari,” akhirnya ibu membuka

mulut.

“Ya...dia perlu ke mari dan

melihat keadaan ayah sekarang

dan harap dia boleh menyelesaikan

masalah kita sekarang ini,” sambung

Abang Rizmi memandang ibu

dengan hiba sekali. Raut muka ibu

pada masa itu membuatkan Abang

Rizmi sedih sehingga dia hampir

menitiskan airmata.

“Macam ini lah....” terputus

kata-kata Abang Rizmi seakan

tersekat perkataan yang hendak

diluahkan itu dari mulutnya.

“Selepas hari esok kita

terima apa-apa sahaja yang akan

diputuskan oleh Mak Ngah Kiah,

dan kita bersedia untuk beralah

atau......berpindah sahaja dari

tanah pusaka ini.” kata-kata akhir

Abang Rizmi itu membuatkan mulut

Amer terlopong dan Saniah sendiri

hampir pengsan. Air mata ibu mula

mengalir laju, sambil menundukkan

mukanya, ibu mengesat air mata

dengan lengan baju kurung yang

dipakainya. Saniah mula terfikir,

ke mana pula dia sekeluarga akan

tinggal sekiranya mereka diarahkan

untuk berpindah Apa sebenarnya

yang telah terjadi

“Kenapa....cuba ceritakan

perkara sebenar kepada kami.

Mungkin masa itu saya dan Amer

kecil lagi, tapi kami juga perlu

tahu perkara yang sebenar. Apa

kaitannya dengan tanah pusaka ini.

Kita dah tinggal di sini lebih dari

dua puluh tahun. Mana mungkin

sesenang itu kita nak serahkan

kepada orang lain pula. Lihat pada

geran ini....” Saniah membuka

gran tanah dan mula menundingnunding

jari telunjuknya ke atas

dokumen tersebut. Lagaknya

seperti seorang pahlawan yang

sedang kemarahan.

“Inikan nama ayah...memang

sahlah tanah ini keluarga kita

yang punya” tegas suara Saniah

menerangkan tentang geran tanah

pusaka yang mereka sekeluarga

Cahaya 15


duduki selama ini. Abang Rizmi

tenang. Diambilnya geran tanah itu

dari tangan Saniah lalu digulungnya

semula.

“Gran tanah pusaka ini

mempunyai ceritanya sendiri. Abang

masih ingat lagi hari kejadian yang

menyebabkan pergaduhan antara

ayah dan suami Mak Ngah Kiah.

Masa itu kamu masih kecil lagi.,”

Abang Rizmi seakan begitu berat

untuk bercerita. Dengan tersekatsekat

digagahi juga suaranya itu.

“Sememangnya, tanah

pusaka ini pada asalnya adalah

kepunyaan ayah,...arwah datuk

telah mewasiatkan kepada anak

sulungnya iaitu ayah kita. Tanah yang

lebih kurang satu setengah ekar itu

menjadi milik ayah manakala tanah

di sebelah darat Parit Perupuk yang

luasnya lebih kurang satu ekar itu

diberikan kepada Mak Ngah Kiah,”

sambung Abang Rizmi. Amer dan

Saniah menunggu cerita seterusnya

tanpa menyoal lagi. Dibiarkan

abangnya bercerita sendiri. Ibu

masih lagi menangis mengenangkan

nasib mereka sekeluarga.

“Selang beberapa bulan selepas

datuk meninggal dunia, ayah telah

menjualkan tanah ini kepada suami

Mak Ngah Kiah dengan alasan

akan berpindah ke Felda Bukit

Ramun, Kulai. Sejumlah wang

telah diberikan kepada ayah oleh

mereka, tetapi selang beberapa

bulan ayah membatalkan niat untuk

berpindah dengan alasan tanah

rancangan itu terlalu jauh dan agak

sukar bagi kaum keluarganya untuk

menziarahinya sekeluarga di sana.”

cerita Abang Rizmi.

“Pak Ngah Amat berasa tidak

berpuas hati lalu meminta wang

mereka di kembalikan tetapi ayah

bertangguh sehinggalah berlakunya

pergaduhan besar antara ayah dan

Pak Ngah Amat. Pada ketika itu

ayah selalu meminjam wang dari

ahli keluarganya yang lain kerana

ayah terlalu suka berjudi,” Abang

Rizmi berhenti sebentar sambil

menghela nafas panjang seperti

menyesali sikap ayah ketika itu.

“Ya....memang benar ayah

suka berjudi dahulu sehingga habis

barang-barang kemas, tanah-tanah

pusaka ibu dan barang-barang

di rumah juga telah ayah jual

semata-mata membayar hutang

perjudiannya. Tetapi tidak satu

sen pun wang yang didapatinya itu

diberikan kepada Pak Ngah Amat

sebagai bayaran balik wang jualan

tanah yang tidak jadi dijual itu.” kata

Abang Rizmi.

Ibu yang sejak tadi berdiam

diri mula mengangkat muka sambil

berkata, “Silapnya Pak Ngah dulu

tu tidak terus tukar nama di geran

tanah itu kerana percayakan ayah.

Mungkin dia ingat perjanjian antara

adik-beradik tidak akan berlaku

penipuan. Rupa-rupanya tidak.” Ibu

terdiam, Abang Rizmi memandang

ibu tanpa sepatah kata, Amer

juga diam memikirkan sesuatu.

Mungkin dia memikirkan selama

ini betapa mudahnya dia memintaminta

dari ayah dan ibu untuk

memenuhi permintaannya, tetapi

dia terlupa dari mana datangnya

sumber-sumber kewangan tersebut.

Memang sepatutnya Amer perlu

tahu tentang perkara ini sekurangkurangnya

dia akan berasa insaf

16 Cahaya


terhadap perbuatannya ini terhadap

ibu, ayah dan ahli keluarganya yang

lain. Saniah memandang Amer

dengan pandangan kosong.

Saniah mula mengimbas

kembali peristiwa di mana semasa

dia berada di tingkatan dua.

Walaupun peristiwa itu sudah

lama berlaku, Saniah masih ingat

apabila ayahnya hampir-hampir

mati dipukul oleh orang kampung

kerana tidak puas hati terhadapnya

yang terlalu suka berjudi dan

meminjam wang tanpa membayar

balik. Selepas peristiwa itu, ayah

mula berubah dan membantu ibu

membuat dan menjual kuih. Waktu

pagi ibu dan Abang Rizmi akan

menoreh getah berhampiran rumah

mereka manakala Saniah yang

akan mengutip susu-susu getah

dan seterusnya menjadikannya

kepingan-kepingan getah. Waktu

itu Saniah bersekolah di sesi petang

dan dapatlah Saniah membantu

ibunya.

Sememangnya Saniah sedia

maklum bahawa ayah tidak rajin

berkerja malah suka berjudi

berlebih-lebihan dan sering

menjadi pergaduhan dengan ibu

disebabkan perkara ini. Selepas

menoreh getah ibu akan balik ke

rumah untuk menyiapkan kuihkuih

untuk dijualnya di gerai Kak

Sinah di Simpang Jeram, Bakri.

Saniah sendiri hampir tidak percaya

dengan apa yang didengarinya dari

Abang Rizmi tadi.

“Jadi....kalau nak diikutkan, kita

ni tinggal di atas tanah Mak Ngah

dan keluarganya la ye, tiba-tiba

Amer bersuara meminta kepastian.

Tiada siapa pun yang menjawab

pertanyaannya itu. Masing-masing

tidak berani untuk mengiyakan

ataupun menidakkannya. Saniah

mula terfikir keadaan ayahnya

sekarang ini. Adakah perkara ini

ada kena mengena dengan penyakit

ayah sekarang Ibu bangun menuju

ke dapur, Amer mula mengalihkan

perhatiannya ke arah televisyen

manakala Abang Rizmi membelekbelek

geran tanah yang masih

dalam genggamannya itu.

Kepala Saniah mula memikirkan

keadaan mereka sekeluarga pada

keesokan hari. Adakah Mak Ngah

Kiah akan menuntut tanah pusaka

yang telah mereka diami selama ini

Sekiranya ya, di mana akan ibu dan

ayah akan tinggal Mereka tidak

lagi mempunyai tanah seperti dulu

kerana telah habis dijual oleh ayah.

Apa yang tinggal hanyalah tanah

dan rumah pusaka peninggalan

arwah datuknya ini. Hatinya susah

tetapi demi ayah seperti kata Abang

Rizmi, adalah lebih baik mereka

mendapatkan kepastian daripada

Mak Ngah Kiah terlebih dahulu.

Saniah pasrah, menunggu Mak

Ngah Kiah pada hari itu seperti satu

penyiksaan baginya. Dia seperti

takut untuk mendengar daripada

mulut ibu saudaranya itu walaupun

dia sendiri tahu tanah yang diduduki

itu bukan hak sebenar keluarga

mereka. Apa-apa keputusan akan

ditentukan oleh Mak Ngah dan

keluarganya.

Tepat jam tiga petang sebuah

kereta Honda memasuki perkarangan

halaman rumah pusaka arwah datuk

Saniah. Seorang perempuan dalam

lingkungan tujuh puluhan keluar

dari kereta dengan dipimpin oleh

seorang lelaki pertengahan umur

dalam lingkungan empat puluhan.

Tanpa menunggu lagi, ibu keluar

sambil menuju ke arah perempuan

itu. Dipeluk erat perempuan itu

sambil menangis hiba. Abang

Rizmi menyusul di belakang sambil

menghulur tangan lalu bersalam dan

seterusnya memeluk perempuan itu

juga. Saniah mempersilakan Mak

Ngah Kiah naik ke rumah diikuti

oleh anaknya, Udin.

Selepas bertanya khabar, Mak

Ngah dengan digagahi kudrat tenaga

yang ada menyusun tapak menaiki

anak tangga rumah pusaka itu

satu demi satu. Udin mengikutinya

dengan sabar sambil memegang

rapi tangan ibunya. Mak Ngah Kiah

nampaknya tidak sabar-sabar ingin

melihat dan berjumpa dengan ayah.

Air mukanya yang lembut tanpa

sedikit dendam mententeramkan

hati Saniah buat seketika. Mak

Ngah Kiah juga telah memaklumkan

kepada ibu tadi bahawa Pak Ngah

Amat telah meninggal dunia lima

tahun yang lalu kerana sakit kencing

manis dan Mak Ngah Kiah menetap

di Petaling Jaya bersama-sama Udin

iaitu anak tunggalnya itu.

Suasana sayu dan hiba

menguasai keadaan pada masa

itu apabila ayah mula menyedari

kehadiran Mak Ngah Kiah. Tanpa

berkata apa-apa dirangkulnya

badan kurus ayah lalu dikucup

perlahan dahi ayah dengan tenang.

Tangisan mereka dua beradik

sambil mengingati peristiwa lama

menyebabkan kehadiran mereka

yang berada disekeliling tidak

disedari oleh mereka berdua.

Setelah sepuluh minit mereka

melayani perasaan masing-masing,

ayah dengan suara perlahan

memberi isyarat kepada Mak

Ngah Kiah untuk mendekatkan

telinganya ke mulut ayah. Dituruti

arahan abangnya itu dengan patuh.

Mungkin Mak Ngah Kiah juga

berasa sedih melihatkan keadaan

ayah yang semakin lemah itu. Abang

Rizmi, Saniah, Amer, ibu dan Udin

hanya melihat adengan mereka

berdua beradik itu. Entah apalah

Cahaya 17


agaknya yang diperkatakan oleh

ayah kepada Mak Ngah Kiah yang

hanya mengangguk-nganggukkan

kepalanya sambil menangis.

Saniah ke dapur membuat

air diikuti oleh ibu. Saniah cuba

mengingatkan ibu tentang tanah

pusaka itu tetapi ibu hanya

menggeleng-gelengkan kepalanya

seakan menyerahkan perkara

itu kepada Abang Rizmi. Saniah

menghidangkan air minuman

kepada tetamu mereka di ruang

tamu. Abang Rizmi dan Udin

duduk bersama bercerita tentang

perkhabaran terbaru mereka.

Amer hanya duduk termenung

memandang Mak Ngah Kiah dan

ayah yang sedang berbual kisah

mereka.

Lebih kurang jam lima petang,

Mak Ngah Kiah mula meminta

diri untuk pulang dengan alasan

Udin akan bekerja pada keesokan

hari. Udin hanya mengangguknganggukkan

kepala tanda

mengiyakan kata-kata ibunya.

Tiba-tiba ibu memegang tangan

Mak Ngah Kiah sambil berbisik

ke telinganya. Mak Ngah Kiah

memandang ibu sambil tersenyum

seakan terpaksa. “Dah...la Long,

perkara yang lepas tu kita lupakan

saja. Wang dan harta ni tidak akan

bawa kita ke akhirat pun. Aku dah

maafkan Abang Long dunia akhirat.

Aku harap-harap dan doakan agar

janganlah ada antara anak cucu

kita yang berperangai seperti dia

dulu. Mudah-mudahan Abang Long

sihat dan dipermudahkan segalasegalanya,

insyaAllah,” kata-kata

Mak Ngah Kiah itu menunjukkan

betapa luhur dan sucinya hati

perempuan ini. Bukan calangcalang

orang yang boleh memaafkan

seseorang yang telah menipu

keluarganya dengan sejumlah wang

yang banyak. Tetapi tidak kepada

perempuan ini.

“Mak Ngah......,” Abang Rizmi

bersuara. “Saya dan keluarga

sudah pun berbincang tentang

perkara tanah ini dan saya berjanji

di hadapan ibu dan Mak Ngah

pada ketika ini bahawa saya akan

melangsaikan hutang-piutang

ayah kepada keluarga Mak Ngah

yang sebanyak dua puluh ribu

ringgit seberapa segera. Tetapi

saya mohon diberi masa supaya

saya dapat membayarnya secara

ansuran.” kata-kata Abang Rizmi

membuatkan Saniah ternganga

tentang jumlah wang yang akan

dibayarnya kepada Mak Ngah Kiah.

Mak Ngah Kiah hanya mengangguknganggukkan

kepalanya tanpa

berkata-kata. Mak Ngah Kiah hanya

tersenyum memandang Abang

Rizmi lalu menepuk-nepuk bahu

Abang Rizmi seolah-olah bersetuju

dengan apa yang didengarinya.

“Kau duduklah di sini sekeluarga,

bila-bila ada duit kau bayar la,” kata

Mak Ngah Kiah. Saniah berasa

lega dan bersyukur teramat sangat

apabila mendengar kata-kata Mak

Ngah Kiah. Ya Allah betapa baiknya

hati perempuan ini. Dia seorang

yang pemaaf dan tidak mahu

membesar-besarkan perkara yang

telah lalu dan patutlah dia kelihatan

sihat seperti dalam lingkungan enam

puluhan. Mungkin dia seorang yang

positif dan tidak suka berdendam,

terdetik hati Saniah memikirkan

tentang Mak Ngah Kiah.

Setelah meminta diri untuk

pulang dari ayah dan ibu, Mak

Ngah Kiah dan Udin bertolak

balik ke Petaling Jaya pada jam

enam petang. Selesai menghantar

Mak Ngah Kiah dan Udin pulang,

seperti biasa Saniah menjalankan

tugas mengelap tubuh ayah

sejurus selepas mengemas pinggan

mangkuk di dapur. Dipegang tubuh

ayahnya dengan perlahan. Disapa

ayah seperti biasa, tetapi kali ini

ayah tidak memberi sebarang

tindakbalas. Mungkin ayah tidak

dengar agaknya, fikir Saniah lalu

memanggil ayahnya sekali lagi.

“Ayah....ayah,” tiada jawapan

atau senyuman yang diberikan

kepada Saniah oleh ayah.

Digoncang badan ayahnya dengan

lebih kuat. Saniah mula rasa

runsing bila dilihat muka ayah

pucat dan badannya sejuk. Saniah

menjerit memanggil Abang Rizmi

sambil menangis. Ibu, Abang Rizmi

dan Amer berlari mendapatkan

Saniah lalu ibu terduduk melihat

keadaan ayah yang sudah tidak

bernafas lagi. Saniah tahu ayah

sudah tiada lagi setelah hampir dua

tahun ayah bertarung nyawa tanpa

dapat dikenalpasti penyakitnya.

Tetapi setelah berjumpa dengan

adiknya iaitu Mak Ngah Kiah hari

ini, keadaan telah bertukar menjadi

lebih hiba. Ayah seakan mendapat

keizinan untuk pergi dengan tenang

setelah berjumpa dengan Mak

Ngah Kiah.

Menitis airmata Saniah melihat

ayahnya pergi dengan tenang

setelah bertarung nyawa selama

hampir dua tahun melaluinya.

Walau bagaimana pun Saniah

bersyukur kerana Mak Ngah Kiah

telah pun memaafkan perbuatan

ayah dan Abang Rizmi juga telah

berjanji untuk membayar balik wang

keluarganya itu. Itulah agaknya yang

ditunggu-tunggu oleh ayah selama

ini tetapi dia tidak berkesempatan

untuk memberitahu anak-anaknya.

Syukurlah Abang Rizmi telah

menyempurnakan kehendak ayah

walaupun tidak dinyatakannya

kepada anak-anaknya sebelum

ini. Dan harapan Saniah mudahmudahan

dosa-dosa ayah diampuni

dan ditempatkan di kalangan orangorang

yang beriman. Amin....

18 Cahaya


Kenali Kerjaya

TV Presenters:

The Arts of

Public Speaking

Oleh Zemirah Lutfi

Have you ever imagined yourself on TV Some of us would just

nod and some would shake their heads. All of you must have

noticed that nowadays, the recent reality programmes in Malaysia

are mostly in search of those who want to be TV presenters. Such

programmes like On Air, Imam Muda and many more are designed

to get new hosts to replace the former ones. How good it is to be

a presenter and how interesting this job is still be a question, but

those who are really interested to be one may have to discover

ways to make their dreams a real.

You must be wondering who they are, don’t you For your

information, A television presenter is a person who introduces or

hosts television programmes. Nowadays it is common for minor

celebrities in other fields to take on this role. In Malaysia, for

instance, the limitation of this job prospect may open up chances

for celebrities to take upon the role. Look at Sarimah Ibrahim, a

singer and actress and now becoming one of the best presenters

in our country. Not to mention Aznil Haji Nawawi who started off

singing and later be the most popular presenter at the age of

40. Many more celebrities are following suits. There are also a

number of people who have made their name solely within the

field of presenting, particularly within children’s television series to

become a television personality. Some politicians, motivators who

have expertise in their own fields are now taking up challenges to

become presenters on TV. However, ordinary people like us also

will get a chance to be like them as long as you manage to develop

your abilities to present something in front of the audience.

Being a presenter is all about personality. Presenters must learn

a few simple technical skills. They need to have certain charisma to

attract the audience to watch their show on TV. The best presenters

can ensure that the audience would be ‘glued’ on TV.

Obviously some presenting roles have specific requirements.

For example, a news reader must be able to read an autocue

without mistakes, a football presenter must have good game

knowledge, a children’s presenter must be able to relate well

to kids, etc. They are not born to be presenters but they polish

themselves through lessons and training.

Cahaya 19


There is no special qualification

of being presenters but as presenters

they are expected to have the

following skills:

• Basic knowledge of television

terminology and operating

procedures.

• A clear voice.

• Self-confidence.

• Interpersonal skills.

• Improvisation skills.

• The ability to work calmly

under stress.

• In most cases, some knowledge

of the program topic (e.g.

sports, etc).

Even though, there are no

degree courses in ‘how to become

a TV presenter.’ there is no ‘normal’

route into presenting. Media Studies

courses, mass communication and

journalism degrees are certainly

worth doing and do help but don’t

expect to qualify and bag your

dream job straight away. You can

find more information about these

courses as many local or abroad

universities offer these courses and

find out information on this career’s

pathline.

You may need to go for several

steps of auditions and search

opportunities to become one. I

urge you to take upon small scale

job in related field before going

into becoming a real TV presenter.

Why not you try to become an

emcee or MC (master of ceremony)

in any small events like wedding,

corporate functions etc Once you

gain experiences and confidence

to be on TV, you can start going for

auditions and start the career.

What are the common routines

of presenters As usual, during a

typical production the presenter

may need to work closely with the

director, floor manager, camera

operators and sound operators.

As the television presenter is

the front-person for a program,

their job includes:

• Presenting information and/or

opinions.

• Introducing people and

elements of the show.

• Interviewing guests.

• Linking between segments of

the show.

• Taking part in onscreen

activities.

Actually, before taking up the

challenges to be presenters, it is

increasingly important to be multi

skilled. So as well chasing your

presenting dreams, find other

routes into TV, such as being a

runner, and get an overview of the

whole industry whilst working your

way up. You are likely to be offered

in-house training in production and

you will be able keep your ear out

for presenting opportunities for

‘newbies’.

I always advise my public

speaking students who dream to be

a presenter to be knowledgeable.

Good looks maybe a bonus, but

people would want to see more

for a confident, humorous plus an

entertaining presenter. Therefore,

I encourage them to do lots of

research about certain topics

and polish their skills to be an

entertainer.

For those out there who really

want to be TV presenters, be ready

to learn all the skills to improve

yourselves. Starting from now,

grab chances to attend public

speaking courses, analyzing and

observing people who have become

professional in this field. Definitely,

soon or later, you can see yourselves

on the TV screen, delivering new

messages and inputs to the whole

society who benefited from it.

Beyond doubt, you worth a gold!!

20 Cahaya


Sihat Diri

Mengenali SLE

Systemic Lupus Erythematosus

(SLE) ialah sejenis penyakit kronik

yang berlaku akibat kecelaruan

sistem ketahanan tubuh atau

rangkaian sel dan organ yang

bertindak melindungi tubuh

daripada serangan benda asing.

Sistem ketahanan tubuh akan

menghasilkan antibodi apabila

ianya mengesan organisma yang

memasuki tubuh dan antibodi

ini bertindak mempertahankan

tubuh daripada serangan jangkitan

organisma itu. Bagi pesakit SLE,

antibodi yang terhasil menyerang

sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana

organ di dalam tubuh pesakit

boleh mendapat serangan dengan

menunjukkan gejala yang berbezabeza.

Punca sebenar penyakit ini

belum dapat dipastikan tetapi

kemungkinan besar mempunyai

kaitan rapat dengan gabungan

pelbagai faktor seperti genetik,

hormon, sistem imun badan dan

persekitaran seperti virus Ebstein

Barr.

Simpton SLE ialah :

• Sakit sendi atau bengkak sendi/

arthritis.

• Rasa lesu 50 peratus.

• Demam yang tidak tentu.

• Pecah-pecah mulut

• Masalah kulit

• Buah pinggang.

• Sistem saraf

• Gugur rambut.

• Tompok-tompok merah atau

ruam merah berbentuk kupukupu

pada bahagian muka.

• Kiraan darah putih yang

rendah

• Kiraan platelet rendah

• Sawan

• Gangguan urat saraf.

Kaedah Rawatan Penyakit SLE

ialah :

Menentukan keaktifan

penyakit SLE dan penglibatan

organ-organ

Keaktifan penyakit merujuk kepada

keradangan organ-organ yang

terlibat dan darjah kerosakan

organ pula merujuk kepada indeks

kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit diukur melalui

sejarah klinikal, pemeriksaan

pesakit secara teliti, ujian spesifik

organ-organ dan serologi.

Pengubahsuaian gaya hidup

Diet yang sesuai bergantung kepada

ciri-ciri SLE yang dialami pesakit.

Mereka yang mempunyai SLE aktif

memerlukan kalori yang bertambah.

Rawatan steroid menambahkan

selera makan pesakit SLE. Justeru,

kebanyakan pesakit mempunyai

berat badan yang berlebihan.

Sementara itu peningkatan paras

lemak berlaku pada pesakit yang

mempunyai hefrotik atau yang

diberi rawatan steroid. Oleh itu,

mereka perlu mengawal pemakanan

melalui pengambilan diet rendah

lemak. Rawatan menggunakan ubat

statin boleh diberikan jika paras

kolesterol masih tinggi selepas

pengawalan diet. Pesakit SLE

tidak perlu mengambil vitamin

kecuali jika mereka kurang selera

makan. Kebanyakan pesakit SLE

juga mempunyai paras vitamin D

aktif rendah manakala pesakit yang

menerima steroid perlu diberikan

kalsium, vitamin D dan bisfosfonats

untuk meminimumkan kehilangan

tulang.

Senaman

Kekurangan aktiviti badan semasa

berlakunya peringkat aktif

menyebabkan kehilangan otot-otot

badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu, seseorang pesakit

digalakkan menjalani senaman

secara berperingkat-peringkat.

Jauhi Merokok

Merokok boleh meningkatkan risiko

SLE. Perokok juga mempunyai

keaktifan SLE yang tinggi.

Elakkan tekanan

Kerana ianya boleh menyebabkan

SLE menjadi aktif. Perlu sentiasa

berfikiran positif.

Perlindungan kulit

Menggunakan perlindungan

matahari SPF. Pesakit digalakkan

memakai payung, topi atau baju

lengan panjang dan juga memakai

kaca mata hitam.

Sumber: www.infosihat.gov.my.

Cahaya 21


Info Sisi

10 Wasiat

Imam Syahid

Al-Banna

Membaca,

Mengkaji dan

Beramal dengan

Al-Quran

Menyegerakan

Solat apabila

Kedengaran

Azan

Berusaha

Mempelajari

Bahasa Arab

Jangan

Terlalu

Banyak

Bergurau

Jangan

Banyak

Ketawa

Membataskan

Perdebatan

yang Sia-sia

Jangan

Meninggikan

Suara Tanpa

Keperluan

Jangan

Mengumpat

dan Menghina

Seseorang

Berkenalan

Antara Sesama

Saudara

Seagama

Mempergunakan

Waktu yang

Ada Dengan

Bijaksana

22 Cahaya


Nilai Murni

Oleh Fadhilah Ahmad

Makan dan Minum

Biar Beradab

Bismillahirrahmanirrahim..

itulah ungkapan bagi seorang muslim

sejati tatkala memulakan makan

dan minum. Dalam kehidupan

muslim, tatacara dalam soal makan

dan minum merupakan satu perkara

penting dan amalan seharian yang

ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Nabi SAW bersabda:

….sebutlah nama Allah, dan

makanlah dengan tangan kananmu

dan makanlah apa-apa yang ada

didekatmu (maksudnya jika makan

dalam berjemaah)

(Muttafaq alaih)

Jangan sesekali lupa ucapan

basmalah apabila berhadapan

dengan makanan yang dimakan.

Syaitan mudah mengganggu sesiapa

saja yang berada dalam keadaan

yang tidak mengingati Allah SWT.

Oleh itu, Rasulullah SAW sangat

menekankan perlunya mengucap

Basmalah ketika hendak makan

atau minum sebagai tanda syukur

kepada nikmat Allah,sekali gus

menolak gangguan syaitan dari apa

yang dimakannya.

Dari Khuzaifah RA katanya,

“Apabila kami makan bersama

Rasulullah SAW, kami belum

menghulurkan tangan (mengambil

makanan yang dihidangkan)

sebelum Baginda memulainya. Pada

suatu hari kami makan bersama

Baginda, tiba-tiba datang seorang

gadis kecil, seperti didorong gadis

itu menjangkau makanan dengan

tangannya, tetapi Rasulullah

segera menangkap tangannya.

Kemudian datang pula seorang

Badwi, dia seperti di dorong untuk

menghulurkan tangannya akan

mengambil makanan, lalu tangannya

ditangkap pula oleh Nabi. Lalu Nabi

bersabda, “Hanya syaitan yang

menghalalkan makanan tanpa

menyebut nama Allah (sebelum

memulainya). Dia (syaitan) datang

bersama gadis kecil dan Badwi

tersebut hendak ikut makan

bersama mereka. Demi Allah, yang

Cahaya 23


jiwaku ada di dalam kuasanya,

sesungguhnya tangan syaitan itu

ada di kedua tangan orang Badwi

dan gadis kecil itu”

(Riwayat Muslim)

Seorang muslim yang

beradab,ketika makan pasti

menggunakan tangan kanan

dan tidak akan pernah makan

dengan tangan kiri. Ini kerana

Rasulullah SAW juga menganjurkan

makan dengan tangan kanan dan

melarang menggunakan tangan

kiri sebagaimana sabdanya yang

bermaksud:

“Jika seorang di antara kamu

makan, maka makanlah dengan

tangan kanan, dan jika minum,

minumlah dengan tangan kanan,

dan sesungguhnya syaitan itu

makan dan minum dengan tangan

kiri”

(Riwayat Muslim)

Cara yang beradab dalam Islam

iaitu mengutamakan menggunakan

tangan kanan adalah mengikut

sunnah Rasulullah SAW, walaupun

mungkin setengah yang mengatakan

makan beradab yang dianjurkan

Islam dikira sebagai tidak moden

atau tidak profesional dalam etika

cara makan mengikut adab yang

diperkenalkan oleh golongangolongan

barat(kafir). Oleh itu,

walaupun kita berada di mana sekali

pun jangan sesekali mengikut cara

yang bertentangan dengan ajaran

Islam, janganlah membelakangkan

adab Islam demi menuruti adab dari

orang-orang barat.

Ketika berhadapan dengan

hidangan yang telah tersedia,

Islam juga mendidik penganutnya

agar mempunyai perasaan halus

supaya tidak akan terdengar “bunyi”

dari mulutnya dan tidak besar

suapannya agar tidak menganggu

orang lain yang ada bersamanya.

Setelah selesai makan ucaplah

Hamdalah(Alhamdulillah) dengan

suara yang perlahan sebagai tanda

syukur atas nikmat yang telah

diberikannya dengan mengharapkan

pahala orang yang selalu memuji

dan bersyukur kepadaNya. Islam

juga mendidik penganutnya

tidak mencela makanan walau

bagaimanapun keadaan makanan

tersebut sebagaimana yang

telah dilakukan oleh Rasulullah

SAW, dari Abu Hurairah,katanya,

“Rasulullah tidak pernah sekalipun

mencela makanan. Jika beliau

menyukai sesuatu makanan, maka

akan dimakannya, dan jika tidak

menyukainya dibiarkannya saja”.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Adab Islam merupakan yang

terbaik bagi kita untuk diamalkan

sepanjang masa. Justeru itu,

amalkan gaya hidup Islam dalam

setiap perbuatan dan pergaulan

kita. Dalam soal makan dan minum

bukan sahaja halal dan haram

dititikberatkan, soal adab apabila

berhadapan dengan makanan juga

perlu dijaga dan diamalkan oleh

seorang Muslim sejati. Beradablah

apabila makan dan minum supaya

diri dipandang mulia di sisi Islam.

24 Cahaya


Cahaya IT

Cara-cara Format Hard Disk

Setup/ Install Windows 7

Sambungan dari Cahaya IT di Isu 2.

Jika kita mempunyai lebih dari satu hardisk, ia akan

dipaparkan untuk kita membuat pilihan hardisk mana

yang kita ingin install.

untuk memudahkan kerja backup jika terjadi apa-apa

masalah dimana partition C lebih sesuai untuk fail

sistem dan program fail.manakala partition D (jika ada)

lebih sesuai untuk data-data peribadi samada gambar,

video, fail word dan lain-lain. Ini bagi mengelakkan jika

berlakunya sistem pengoperasian corrupt atau crash,

data peribadi kita akan selamat. Dalam demo ini, saya

hanya menunjukkan satu partition.

Jika ingin membuat apa-apa perubahan pada hard

disk, tekan butang Drive options.

Jika tidak, anda boleh menekan butang Next

Skrin di atas menunjukkan installasi Windows 7

Masa diambil lebih kurang 15-20 minit, bergantung

kepada tahap spesifikasi perkakasan komputer anda.

Pada masa ini komputer juga akan auto restart beberapa

kali sehingga skrin di bawah dipaparkan.

Dalam Drive options (advanced)

Disini kita mempunyai pilihan untuk delete

partition, format hard disk atau partition. Jika sebarang

perubahan telah selesai, anda perlu menekan butang

Next untuk memulakan proses installation. Pada

kebiasaannya, saya akan buat dua partition minimum

Anda perlu mengisi nama (apa-apa nama samada

formal atau tidak) kemudian tekan Next

Cahaya 25


Taip password jika perlu. Pilihan ini adalah optional.

Jika password tidak diperlukan, terus tekan butang

Next.

Set time zone mengikut negara kita serta tarikh

dan waktu

Taip product key Windows 7 anda dan tekan Next.

Buat Pilihan anda mengikut kesesuaian lokasi

komputer anda

Pilih pilihan Windows update anda dan tekan Next

Windows akan restart dan finalizing.

26 Cahaya


Kini komputer anda siap dengan sistem

pengoperasian baru.

Kemudian klik pada Device Manager

Langkah 4: Install Device Driver

Buka device manager, dan periksa device yang tiada

driver. Gunakan cd-cd atau driver yang kita dapat

semasa kita membeli hardware, laptop atau komputer

untuk install driver-driver tersebut.

Inilah Device Manager

Untuk buka Device Manager, pergi pada Start

Menu > Computer dan klik kanan mouse > klik

Properties

Di sini kita boleh periksa perkakasan (hardware)

yang belum di ‘install’ (kerana tiada driver atau

mungkin bermasalah). Perkakasan yang belum

di ‘install’ bertanda segitiga bewarna kuning dan

mempunyai tanda seru (!) di dalam segitiga kuning

tersebut. Jadi, cubalah install satu-satu driver yang

telah dibekalkan.

Kesimpulan

Installasi Windows 7 ni adalah satu kerja yang sebenarnya sangat mudah. Sedikit panduan di sini diharap

dapat sedikit sebanyak membantu anda membuat installasi sistem pengoperasian Windows 7 dan secara

tidak langsung dapat menjimatkan masa dan wang anda.

Cahaya 27


Novel Bersiri

Siri 17

Oleh Salina Ibrahim

REHANNA OH REHANNA!

RESAH semalaman Khairunnisa’ dibuatnya.

Ketika berbaring, wajah Rehanna datang

melayang mengetuk mindanya. Cuba

memanggil rasa kantuk, muka Rehanna yang

tersenyum-senyum itu datang membuatkan

matanya kembali tercelik luas. Cuba pejamkan

mata, senyuman sinis Rehanna juga yang

datang mengusik.

Apakah bahana ini Mengapa asyik-asyik

muka si Rehanna itu yang datang, datang dan

terus datang mengacau Khairunnisa’ Jika

begini berterusan, nampaknya dia tidak akan

dapat tidur sehingga pagi. Lalu, esok tentu

sahaja dia akan mengantuk di dalam kelas. Oh,

azabnya!

Dia cuba melupakan Rehanna tetapi ruparupanya

tidak mudah melupakan gadis itu

selepas melihat dan mendengar sendiri apa

yang telah diperkatakan Rehanna mengenainya.

Memanglah antara dia dengan Rehanna pernah

ada sejarah. Tetapi sejarah itu rasa-rasanya

bukanlah sesuatu yang terlalu luka untuk

menjadikan Rehanna berdendam dengannya.

Cerita Rehanna dengannya berakhir sebelum

segala-galanya bermula. Terlalu singkat

dan tidak pernah meninggalkan

bekas langsung dalam hatinya.

Dan selama

itu juga,

cerita

Rehanna hanya tertinggal tersimpan dalam

saku ingatannya yang paling bawah. Tidak

pernah dia gali semula. Tidak pernah dia

beritahu sesiapapun bahawa Si Rehanna itu

pernah menghulurkan salam persahabatan

buatnya tetapi dia tidak menerima huluran

persahabatan itu atas sebab-sebab tertentu.

Dia tidak akan berbangga dengan cerita

itu semua. Lagipun jika itu akan memalukan

Rehanna, dia tidak akan bercerita apa-apa.

Tiada apa yang membanggakan dia pun. Dia

selalu ingat pesanan mama, aib orang eloklah

disimpan, esok-esok aib kita sendiri akan

disimpan orang lain pula.

Khairunnisa’ mendengus. Selama ini

dia menyimpan aib Rehanna tetapi adakah

Rehanna menyimpan aibnya Rehanna

membuka aibnya di hadapan orang lain.

Rehanna mendedahkan aibnya di hadapan Ai

Ling.

Bagaimana Rehanna

boleh tahu dia menerima

kiriman kad


daripada pelajar lelaki sekolah sebelah

Bagaimana Rehanna boleh tahu bahawa

kartu itu akhirnya terjatuh ke tangan guru

disiplin Bagaimanan Rehanna boleh tahu

bahawa pembabitannya dalam pasukan

muralist sekolah adalah sebahagian daripada

hukuman yang diterima daripada guru

disiplin

Argh! Khairunnisa’ masih buntang

matanya dalam tengah pekat bukat malam.

Dia masih terkebil-kecil cuba mencantumkan

kisah yang seakan-akan puzzle ini! Bagaimana

Rehanna boleh tahu semua itu Hanya satu

jawapannya! Rehanna adalah orang yang

bertanggungjawab menyebabkan kad yang

tidak diundang itu terjatuh ke tangan Cikgu

Surihana! Oh, adakah Khairunnisa’ sudah

menuduh Tetapi begitulah hatinya kuat

mengesahkan. Begitulah kuatnya hati kecil

dia mengatakan bahawa Rehanna adalah

dalang di sebalik segala yang berlaku.

Ada lolongan anjing sayup-sayup

mencecah telinganya. Oh, tahulah dia malam

sudah larut sebenarnya. Sudah amat larut…

dan dia masih terkebil-kebil dalam gelap

melayan mata yang tidak mahu lelap ini!

Tidurlah Nisa’. Tidurlah. Jangan diingatingatkan

lagi Si Rehanna yang menyakitkan

hati itu! Hati Khairunnisa’ berbisik sendiri.

Dia berusaha memujuk hati sendiri. Tetapi

dia juga tahu pujukan itu belum tentu

berkesan buat diri sendiri.

“Jangan bebankan diri sendiri dengan

perasaan marah. Itu semua sampah-sarap

yang buat hidup kita hilang seronok.” Suara

siapa itu Suara mama. Ya, suara mama.

Mama pernah mengucapkan padanya akan

kalimah itu tidak lama dahulu.

“Sebelum tidur, maafkan semua orang.

Halalkan semua perkara. Insya-Allah, kita

akan beroleh tidur yang paling nyenyak dan

paling nikmat.” Lagi suara mama, datang

bertandang di tengah bukat dan sepi tengah

malam. Suara mama yang lembut itu

semacam suatu amanat yang maha penting

yang tidak boleh diabaikan.

“Tapi kalau kesalahan itu terlalu besar,

tak mungkin dimaafkan, bagaimana Hutang

contohnya, bukan mudah kita nak halalkan

begitu saja. Betul tak” Khairunnisa’ ingat,

dia lancar sekali melontarkan soalan itu.

Soalan yang kerap mengetuk mindanya

apabila mama bercakap soal kemaafan dan

menghalalkan.

“Sebesar manalah kesalahan tu Takkan

sebesar kesalahan menyekutukan Allah…”

ada senyuman di bibir mama.

“Taklah sampai begitu sekali. Tapi

biasalah, kadangkala kita marah orang

sampai rasa tak mudah mahu maafkan

dia….”

“Okey, mama faham. Kalau begitu, kita

maafkan dia malam ni saja. Yang penting

malam ini, kita tidur dengan hati lapang

tenang,” suara mama tenang sahaja. Masih

ada senyuman di bibirnya.

“Boleh begitu Esok kita bangun tidur,

kita kembali tarik balik kemaafan itu”

“Itu lebih baik daripada tidur malam

dengan sampah-sarap yang boleh jadikan

kita kanser!”

“Kanser!” Buntang biji mata

Khairunnisa’.

Arggh! Khairunnisa’ pejam mata

bersungguh-sungguh. Cukuplah buat malam

ini. Dia mahu lupakan perihal Rehanna itu.

Andai dia perlu maafkan Rehanna malam ini,

ya, dia akan maafkan kerana dia memang

amat memerlukan tidur yang nyenyak

malam ini.

Dan mujurlah Khairunnisa’ akhirnya

berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti

mulai awal pagi itu. Dia tidur nyenyak tanpa

terganggu langsung. Dan esok paginya, dia

Cahaya 29


mencelikkan mata dengan segaris senyuman

di bibir. Ada ketenangan yang meresap

masuk ke hati. Sesekali bertandang juga

wajah Rehanna ke ruang mata tetapi entah

mengapa rasa marahnya pada Rehanna

tidak sehangat malam tadi.

Dia ke sekolah dengan hati tenang

lagi lapang dihantar oleh Abah Khairi. Laju

langkah kakinya masuk ke dalam kelas. Dia

melihat sahabatnya Nur Schakyra Addina

a.k.a Cha merenungnya tanpa berkelip

mata.

“Wah, berseri-seri pagi ni...!” Cha

merenungnya.

“Berseri-seri Aku rasa aku tak cukup

tidur malam tadi. Rasanya seri itu dah hilang

sedikit.” Khairunnisa’ membalas dengan

sengih selamba.

Begnya disangkutkan di kerusi. Fail

yang dibimbit, disumbatkan ke dalam laci

meja. Berhati-hati dia memastikan supaya

apa-apa kertas nota tidak terjuntai keluar

atau terjatuh. Cukuplah kecuaian lalunya

menyebabkan dia terpaksa menghadap guru

disiplin.

Khairunnisa’ menjeling-jeling ke belakang,

mencari kelibat Rehanna. Dia nampak

tempat Rehanna masih kosong. Hanya Ai

Ling seorang diri. Aneh juga. Selalunya

Rehanna antara pelajar paling awal tiba di

sekolah. Setiap hari dia ke sekolah dihantar

oleh ibu atau bapanya dan dia tidak pernah

lewat masuk ke kelas.

Gadis itu muncul beberapa minit sebelum

masa pertama bermula. Langkahnya seperti

kelam-kabut. Wajahnya sedikit cemas

barangkali kerana merasakan dirinya sudah

terlewat. Memang dia terlewat pun tetapi

tidak ada sesiapa pun yang menyedari

kerana Cikgu Sylvia guru Matematik belum

masuk.

30 Cahaya


“Aku berdebar-debar pula....”

Luahan hati Cha menarik kepala

Khairunnisa’.

“Mengapa”

“Cikgu Sylvia tentu beri

keputusan ujian Matematik. Risau

pula aku. Tempoh hari aku cincai

sahaja semasa jawab soalan….”

Suara Cha berinti kesal.

Khairunnisa’ sama-sama

terdiam. Ya, kertas Matematik Cikgu

Slyvia selalunya paling digeruni oleh

semua pelajar. Kalau berjaya dapat

markah lulus, mereka sudah cukup

bersyukur. Dan selalunya hanya ada

seorang pelajar yang benar-benar

suka setiap kali berdepan ujian

Matematik Cikgu Sylvia.

Rehanna!

Hanya Rehanna yang tidak

pernah tidak cemerlang dalam

ujian Matematik Cikgu Sylvia.

Dan pastinya kali ini, tentu sahaja

Rehanna akan mengungguli ujian itu

seperti sebelum ini.

Cikgu Sylvia masuk ke kelas

agak terlewat beberapa minit.

Di tangannya ada sebeban

buku latihan para pelajar, selain

sebeban kertas dalam sampul surat

besar. Khairunnisa’ terasa Cha

mencuit lututnya. Cha pastinya

memaksudkan sebeban kertas di

dalam sampul surat besar itu. Itu

adalah kertas ujian Matematik

mereka minggu lalu!

Cikgu Sylvia tidak memulakan

sesi pengajaran dengan

mendedahkan keputusan ujian

itu. Guru berpengalaman itu terus

masuk kepada topik baharu.

Seperti biasa, selepas beberapa kali

penerangan, selepas para pelajar

mula menguasai dan memahami

topik yang dibincangkan, dia akan

memberikan beberapa tugasan

sebagai menambah kefahaman

para pelajar. Dan seperti biasa, esok

mereka perlu menghantar tugasan

10 soalan itu.

Cikgu Sylvia rupa-rupanya

membiarkan 10 minit terakhir

sebagai debaran buat mereka.

Ketika dia mengeluarkan kertas

ujian Matematik, terasa kelas

bagaikan dibius sepi. Hatta Zaidah

dan Arbaayah dua teman yang

suka buat lawak itu pun tiba-tiba

jadi manusia bisu apabila melihat

Cikgu Sylvia mengeluarkan kertas

ujian berkenaan.

“Ada antara kamu yang

menunjukkan peningkatan

dalam ujian kali ini…,” kata

pendahuluan Cikgu Sylvia bagaikan

menghantar sesuatu yang amat

membahagiakan.

“Tapi ada juga kalangan kamu

yang jatuh merosot….” Oh, ayat

yang kedua itu buat jantung

sebahagian pelajar bagaikan jatuh

gugur satu per satu ke lantai!

Dan Cikgu Sylvia terus

memanggil seorang demi seorang

nama pelajar.

“Syabas, Khairunnisa’. Ada

peningkatan berbanding bulan

lepas…,” debaran yang kuat

menghentak jantung Khairunnisa;

akhirnya normal kembali.

Saat kertas itu bertukar tangan dan

saat melihat wajah Cikgu Sylvia

cerah memandangnya, dia tahu,

dia tahu dia tidak mengecewakan

gurunya kali ini. Paling penting

dia tidak mengecewakan dirinya

sendiri.

“Terima kasih cikgu…” dan

terima kasih itu bukan sekadar

sebuah lafaz yang biasa-biasa,

tetapi ada azam tersemai sama

bahawa, “Saya akan buat lebih baik

pada masa depan, cikgu!”

Khairunnisa’ terasa Cha

menyigung lengannya. Dia menoleh

dan dapat melihat wajah Cha yang

sedikit cemburu.

“Aku cemburu dengan kau!”

suara Cha perlahan tetapi tetap

ketara jelas di telinganya.

“Nur Schakyra, lain kali fokus

dalam kelas. Cuba lagi!” Cha

tersentak apabila kertas ujian

Matematiknya terpelepap di atas

meja di hadapannya. Tersipu-sipu

teman itu seketika sambil menarik

kertasnya.

“Seterusnya… Rehanna!” suara

lantang Cikgu Sylvia terjeda di situ.

Khairunnisa’ menunggununggu

kata-kata pujian yang bakal

terlantun dari mulut Cikgu Sylvia.

Oh, bukankah Rehanna itu pelajar

kegemaran Cikgu Sylvia kerana

selalu mendapat markah tertinggi

dalam ujian guru itu Tentu sahaja

kali ini, dia masih mengekalkan

prestasi cemerlangnya.

“Kenapa dengan awak

Rehanna” Tiba-tiba itu yang

terlantun dari mulut Cikgu Sylvia.

Ada mendung dalam wajah guru itu.

Ada kesal dalam suaranya.

Diam. Satu kelas diam tibatiba.

“Rehanna, datang jumpa saya

waktu rehat nanti. Saya tunggu

awak di bilik guru!” itu suara tegas

Cikgu Sylvia.

Satu kelas masih terbius sepi.

Bersambung….

Cahaya 31


Mat Selamat

DUNIA HARI INI MAKIN

MENUJU KEHANCURAN...

DALAM SURAT KHABAR TERPAMPAR

BERBAGAI-BAGAI PERISTIWA..

RASUAH, PENIPUAN... ROMPAKAN

PEMBUNUHAN...

PEMBUNUHAN MAKIN

BERTAMBAH... MASYARAKAT

HIDUP DALAM KETA-

KUTAN!!

YE...

LA

ITULAH SILAPNYA HIDUP TANPA

BERLANDASKAN AL-QURAN DAN

SUNNAH!

32 Cahaya


Lembaran Sirah

Perginya

Keseorangan

Oleh Hashim bin Ahmad

Abu Dzar Al Ghifari atau nama

sebenarnya Jundub bin

Janadah adalah salah seorang tokoh

Arab yang pertama beriman kepada

Rasulullah SAW. Dikatakan beliau

adalah orang Islam yang keempat

memeluk Islam. Ketika itu Rasulullah

SAW masih menyampaikan seruan

Islam secara sulit. Beliau berasal

dari suku Ghifar, iaitu suatu kota

kecil yang terletak antara Mekah

dan Sham.

Pengislaman Abu Dzar

Ketika di Kota Mekah Abu Dzar

telah menyamar seolah-olah beliau

hendak melakukan tawaf keliling

berhala-berhala besar di Ka’abah

atau sebagai seorang musafir yang

sesat dalam perjalanan. Ini kerana,

sekiranya orang-orang Mekah

mengetahui bahawa kedatangannya

itu untuk menemui Nabi Muhammad

SAW dan mendengar keterangannya,

pasti mereka akan membunuhnya.

Di Kota Mekah Abu Dzar

terus melangkah sambil

mendekati, memasang telinga dan

mendengar cerita tentang orang yang

memperkatakan tentang Muhammad

SAW. Dalam pada itu, Ali bin Abi Talib

telah mengintip gerak geri Abu Dzar

selama tiga hari berturut-turut, Ali

bin Abi Talib berkata dalam hatinya:

`Apakah belum waktunya untuk kita

ketahui di mana tempat tinggal orang

ini ’ . Pada hari berikutnya Ali bin

Abi Talib membangunkan Abu Dzar

yang waktu itu masih tidur di Masjidil

Haram dan berkata kepadanya:

`Apakah saudara keberatan untuk

menceritakan kepada saya mengenai

latar belakang yang menyebabkan

saudara datang ke tempat ini ’.

Setelah menceritakan kepada Ali

maksud kedatangannya, Abu Dzar

kemudian dibawa oleh Ali untuk

menemui Rasulullah SAW. Setelah

mendengar keterangan dari Rasulullah

SAW, pada ketika itu juga Abu Dzar

memeluk Islam.

Apabila keluar dari rumah

Rasulullah SAW dan ketika berada di

Masjidil Haram, Abu Dzar yang berjiwa

radikal dan revolusioner itu terus

mengisytiharkan kebenaran Islam

dengan meneriakkan: Dua kalimah

Syahadah mengaku bahawa:

Tidak ada Tuhan melainkan Allah,

dan bahawa Muhammad adalah

Utusan Allah. Pengisytiharan ini

menyebabkan Abu Dzar dipukul

oleh kaum Quraisy.

Peribadi dan Kisah

Abu Dzar

Abu Dzar terkenal sebagai seorang

sahabat yang wara`, taqwa dan

zuhud yang menolak kehidupan

duniawi secara berlebih-lebihan.

Beliau juga tergolong dari salah

seorang Ahli Suffah (yang tidak

mempunyai apa-apa).

Abu Dzar juga termasuk

salah seorang tokoh besar

sahabat Rasulullah SAW yang

penting kedudukkannya dan

terkenal dalam soal agama, serta

banyak meriwayatkan hadith

Rasulullah SAW dan memiliki ilmu

pengetahuan yang kebanyakan

orang lain tidak memilikinya.

Dalam peperangan Badar

dan Uhud, beliau tidak ikut

serta tetapi beliau tidak pernah

ketinggalan dalam setiap

Cahaya 33


peperangan yang lain sama ada

pada masa khalifah Abu Bakar As

Siddiq mahu pun khalifah Omar Al

Khattab. Dalam perjalanan pasukan

Islam menuju Perang Tabuk, unta

yang dinaiki Abu Dzar mendapat

kecelakaan hingga ia menjadi

terlambat. Abu Dzar terpaksa

berjalan kaki dengan membawa alat

kelengkapan menyusul rombongan

yang telah berjalan di depan.

Ketika rombongan Rasulullah SAW

berhenti rehat, dari jarak jauh

mereka melihat bayangan seorang

lelaki yang berjalan di lereng bukit

seorang diri. Melihat itu Rasulullah

SAW bersabda: `Barangkali orang

yang berjalan sendirian itu Abu

Dzar. Semoga rahmat Allah tetap

dilimpahkan kepada Abu Dzar. Ia

berjalan kaki seorang diri. Ia juga

akan meninggal dunia seorang diri.

Dan ia akan dibangkitkan pada Hari

Akhirat seorang diri.’

Sabda Rasulullah ini

benar-benar terbukti. Semasa

pemerintahan Khalifah Othman

bin Affan, baginda mempunyai

perbezaan pendapat dengan Abu

Dzar. Abu Dzar diperintah agar

meninggalkan Kota Madinah akibat

kritikannya secara terbuka kepada

pemerintahan khalifah Othman.

Beliau dibenar bermukim di

Zabdah, yang terletak tidak jauh

dari Kota Madinah. Abu Dzar

menjauhkan diri dan meninggalkan

Khalifah Othman bin Affan. Dalam

tempat pembuangan di Zabdah,

Abu Dzar hanya ditemani oleh

isteri dan anaknya. Dalam wasiat

kepada isteri dan anaknya, Abu

Dzar meminta agar keduanya

memandi dan mengkafaninya kalau

ia meninggal. Kemudian katanya

lagi: `Letakkanlah aku di pinggir

jalan dan katakanlah kepada orang

pertama yang melewatiku bahawa

ini adalah Abu Dzar, sahabat

Rasulullah SAW. Tolonglah kami

untuk menguburkannya.”

Apabila Abu Dzar meninggal

dunia pada tahun 32 hijrah, isteri

dan anaknya pun melakukan

apa yang diwasiatkannya, lalu

meletakkan beliau di pinggir

jalan. Pada ketika itu, Abdulah

bin Mas’ud dan rombongan dari

penduduk Iraq melalui jalan

tersebut untuk melakukan umrah.

Di perjalanan tersebut Abdullah

dan rombongannya menemui

jenazah Abu Dzar di pinggir

jalan yang di sampingnya ada

seekor unta dan seorang anak

yang sedang berdiri dan berkata:

`Ini adalah Abu Dzar sahabat

Rasulullah SAW, maka tolonglah

kami untuk menguburkannya’.

Melihat keadaan ini, Abdullah bin

Mas’ud pun menangis dan berkata:

Benar sungguh kata-kata Rasulullah

SAW. Baginda bersabda bahawa

Abu Dzar berjalan pergi sendirian,

meninggalpun dalam sendirian,

dan akan dibangkitkan dalam

sendirian “. Kemudian Ibn Mas’ud

dan para sahabatnya pun turun dari

kendaraannya untuk menyelesaikan

pengkebumian jenazah Abu Dzar.

Sesungguhnya Abu Dzar adalah

salah seorang sahabat yang telah

menjauhkan diri dari kemegahan

dunia, baik berupa harta mahupun

pangkat. Hidupnya memadai dengan

merasa kecintaannya kepada Allah

dan Rasul Nya.

34 Cahaya


Kemusykilan Agama

NIAT SEBELUM MANDI WAJIB

Soalan

Assalamualaikum

Adakah sah jika sesorang itu mandi wajib apabila dia sudah niat sebelum mandi,tidak ketika dia

menjirus air di kepala.

Jawapan

Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

Pelaksanaan mandi tersebut tidak menepati kaedah mandi wajib

yang dianjurkan oleh Syara’. Sebagaimana yang diketahui, melakukan

mandi wajib memerlukan niat, dan niat mandi wajib perlu dibuat

semasa mula air sampai ke badan dan bukannya dibuat sebelum itu

lagi. Ini bermakna, jika terlambat niat, anggota yang telah dibasuh

sebelum berniat perlu dibasuh semula. Oleh yang demikian, jika niat

mandi tersebut telah dibuat sebelum air sampai ke badan, maka

mandi yang dilakukan adalah tidak sah dan perlu dilakukan semula.

Wallahu ‘alam.

SOLAT BERJEMAAH

Soalan

Assalamualaikum

Manakah yang lebih afdal solat berjemaah di rumah atau di masjid/surau

Jawapan

Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dalam membincangkan persoalan solat berjema’ah ini, bagi kaum lelaki yang paling afdal bagi mereka

adalah mengerjakan solat berjema’ah di masjid ataupun di surau. Malah ada sebahagian daripada fuqaha’

menghukumkannya wajib ke atas mereka untuk berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, bagi kaum wanita mereka tidak digalakkan untuk mengerjakan solat berjema’ah

di masjid ataupun di surau. Malah mereka lebih afdal bersolat di rumah masing-masing. Hal ini adalah bagi

mengelakkan daripada timbulnya fitnah dan bagi menjaga keselamatan diri mereka. Wallahu ‘alam.

Cahaya 35


CARA-CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Soalan

Assalamualaikum...

Saya keliru dengan cara mandi wajib yang betul. Bolehkah ustaz memberitahu secara terperinci, cara -

cara mandi wajib yang betul dan apakah perbezaan cara mandi wajib dengan cara mandi sunat jumaat

atau sunat- sunat yang lain

Jawapan

Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

Berikut adalah ringkasan cara mandi wajib yang

pernah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi

Wassalam:

1. Niat ketika air sampai ke tubuh.

2. Membaca “Bismillah”.

3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5. Membersihkan (menyucikan) tangan kiri dengan

sabun.

6. Berwuduk.

Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa (untuk

solat) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas

selesai mandi.

7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut

secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air.

Ini berdasarkan hadith dari Aisyah di dalam Sahih

al-Bukhari, maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya

ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya,

kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua

tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai

dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian

kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini

berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) maksudnya:

“Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian

kanan, kemudian bahagian kiri”.

Bagi wanita yang mandi untuk haid/junub, perlu

melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini berdasarkan

hadith Aisyah (R.A) di dalam sahih al-Bukhari di

mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan

haji. Lalu Baginda SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan

rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”.

8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW

suka mendahulukan bahagian kanan pada semua

urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat

dan ketika bersuci”.

(Sahih Muslim)

9. Meratakan air ke seluruh tubuh.

10. Berwudhu’ jika hendak mengerjakan solat fardhu.

Perbezaan di antara mandi wajib dengan mandi

sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara dan

kaedah mandi adalah sama. Wallahu ‘alam.

36 Cahaya


HUKUM BERMAIN GITAR

Soalan

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya, apakah hukum bermain gitar seperti di forum-forum yang banyak dilakukan sekarang,

ada yang mengatakan bahawa alat bertali itu haram dan ada pendapat yang menghalalkan.

Jawapan

Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Sebenarnya mengenai hukum bermain alat muzik yang

bertali atau bertip seperti gitar dan lainnya tidak ada

sebarang nas atau dalil yang jelas menyebut mengenai

hukum memainkannya. Dan atas sebab itulah para

ulama’ berbeza pendapat mengenainya (hukum main

gitar).

Ada di antara mereka yang mengharamkannya sama

sekali samada menyebabkan lalai ataupun tidak. Dan

ada sebahagian yang lain pula yang mengharuskannya

dengan syarat tidak memberi sebarang kemudaratan.

Selain itu, ada juga yang mengharuskan bermain

alat muzik ini dengan syarat yang lebih terperinci:

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara-perkara yang

diharamkan seperti penagihan dadah, percampuran

di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram

atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak menjadi lalai daripada melaksanakan segala

kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi

lalai.

Ringkasnya, jika anda ingin bermain alat muzik

tersebut, maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk

anda ambil. Namun begitu, janganlah kerana terlalu

asyik memainkannya sehingga menyebabkan anda

lalai dan leka dengan hiburan tersebut sehingga terlupa

segala kewajipan agama ataupun kewajipan-kewajipan

yang lain. Malahan sudah tidak sempat untuk hadirkan

diri ke surau dan masjid untuk menghadiri kuliah agama

ataupun untuk bersolat jemaah.

Pesanan dari Panel, hiburan memang diharuskan di

dalam Islam, tetapi ia hanyalah untuk menghilangkan

rasa jemu atau bosan dan bukannya dijadikan sebagai

perkara yang penting dalam kehidupan seharian. Oleh

yang demikian, jika hanya berhibur tetapi tidak pernah

hadir ke masjid dan surau untuk solat berjemaah dan

menghadiri kuliah untuk belajar agama, maka inilah

hiburan yang diharamkan oleh Islam. Wallahu ‘alam.

Cahaya 37


Sesuatu Tentang Kita

di Malam Kelam

Oleh Suzana binti Haji Mohamed Ali

Ikhlaskah Kita

“Saya ikhlas. Percayalah!”

Ayat ikhlas ini acapkali menerjah telinga kita. Dan barangkali sama ada sedar atau tidak,

kita juga sering menuturkannya. Ya. Kita mungkin ikhlas dengan apa yang kita maksudkan.

Tetapi mengapa keikhlasan kita itu diragui Itulah yang selalu melemaskan minda kita.

Lazimnya, apabila keikhlasan kita diragui, kita cenderung untuk menukar

sikap. Dari pemurah kepada kikir. Dari ramah kepada marah. Dari tenang

kepada berang. Dari syukur kepada kufur. Hanya kerana ikhlas kita diragui

manusia.

Aduhai, bukankah ikhlas itu duduknya dalam nilaian Allah Jadi untuk

apa rasa resah

Apabila kita benar-benar ikhlas melakukan sesuatu, biarlah dipertikai

sekalipun, ia tidak merubah apa-apa dari kita. Itu tandanya kita benar-benar

ikhlas. Tetapi, apabila kita hanya melaungkan ikhlas, tetapi masih dilanda

gundah, pasti ada yang tidak kena pada keikhlasan itu.

Bak Semut Hitam di Malam Kelam

Keikhlasan itu menjadikan kita fakir dari mengingati bakti sendiri. Keikhlasan

itu umpama semut hitam merayap di batu hitam pada malam yang kelam.

Ia sulit ditentukan oleh sesiapa. Ia adalah antara diri kita dengan Allah SWT

sahaja. Malaikat di kiri dan kanan kita sendiri pun tidak tahu-menahu hal

hati kita, ikhlas atau tidak.

38 Cahaya


Ya. Sifir ikhlas ini sungguh

mudah.

Apabila melakukan sesuatu

kebaktian sama ada untuk diri

sendiri atau orang lain, kita diamdiam

sahaja. Tangan kiri seakanakan

buta apabila si kembarnya,

tangan kanan melakukan kebaikan.

Itu ikhlas.

Juga apabila kita melakukan

sesuatu yang baik, tetapi disalahtafsirkan

oleh orang lain, riak wajah

dan gerak tubuh kita tidak terusik.

Hati tidak pula rasa tercalar. Itu juga

tanda ikhlas.

Ikhlaslah yang senang

dituturkan. Tetapi hanya hati kita

dan Allah sahaja yang tahu benar

atau tidak ikhlas yang terlafaz itu.

Ikhlas juga hanya bersatu

dengan hal-hal yang indah

dan elok. Ikhlas tidak bersatu

dengan kekejian. Mana mungkin

si perompak boleh mendabik

dada mengatakan keikhlasannya

merompak!

Demi Allah yang menciptakan

siang dan malam serta peredarannya,

ikhlaslah dalam segenap usaha baik

kita, di setiap helaan nafas kita.

Kerana, sebesar manapun jasa

dan bakti, jika tidak beriringan

dengan ikhlas, setakat itulah sahaja

gunanya. Setakat zahir. Setakat di

alam fana ini sahaja. Sedangkan

yang kita sangat idam-idamkan

ialah kekayaan di sana nanti. Di

sisi Allah yang Maha Adil dalam

penilaian-Nya.

Tanpa ikhlas, segalanya adalah

sifar! Seolah-olah selama hayat

kita di dunia ini kita tidak berbuat

apa-apa. Hidup sahaja-sahaja tanpa

makna.

Keikhlasan Membawa

Ketenangan

“Asyik merungut saja. Tak ikhlaslah

tu.”

Merungut itu, ini dah lali dalam

kehidupan kita sehari-hari. Ada

sahaja yang kita tak suka, tak

puas hati, tak cukup, dan senarai

rungutan kita semakin panjang.

Apakah dengan merungut

begitu, kita akan makin ikhlas

Kita merungut mengenai

keluarga. Kita rungutkan kawankawan.

Kita tak senang dengan

pengajian dan kerjaya kita. Kita

merungut berbagai-bagai hal dalam

hidup kita tentang semalam, hari

dan esok. Lalu, apakah yang kita

ikhlaskan

Kita ini cuma hamba. Setiap

detik kehambaan kita diuji dan

teruji. Hanya dengan keikhlasan

sahaja, segalanya dapat kita lalui

dengan hati yang tenang, seperti

yang Allah gelarkan dalam Kalam-

Nya yang suci yang bermaksud:

“Setelah menerangkan

akibat orang-orang yang tidak

menghiraukan akhirat, Tuhan

menyatakan bahawa orang-orang

yang beriman dan beramal soleh

akan disambut dengan kata-kata):

“Wahai orang yang mempunyai

jiwa yang sentiasa tenang tetap

dengan kepercayaan dan bawaan

baiknya!. Kembalilah kepada

Tuhanmu dengan keadaan engkau

berpuas hati (dengan segala nikmat

yang diberikan), lagi yang diredhai

(di sisi Tuhanmu)!

(Surah al-Fajr: 27-28)

Itulah kemuncak yang hendak

dicapai. Namun sulit amat. Sesulit

mencari semut hitam di batuan

hitam pada malam yang kelam!

Cahaya 39


Fikir Zikir

Kenyang

Oleh Mohd Solehuddin Abdul Aziz

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman makanlah daripada bendabenda

yang baik yang telah kami berikan”.

(Al-Baqarah : 172)

Hikayat

Sesungguhnya telah diriwayatkan daripada Nabi Yahya a.s bahawa Iblis

telah muncul kepadanya dan bersamanya alat-alat menyangkut. Maka

berkata Nabi Yahya kepadanya. “Apa ini” Maka jawab Iblis: “ Inilah

keinginan nafsu syahwat yang aku sangkutkan kepada anak Adam”.

Berkata Nabi Yahya kepada Iblis: “Adakah kamu dapati bagiku sesuatu

yang boleh kamu sangkutkan ke dalam penyangkutmu”. Iblis menjawab:

“Tidak. Hanya di suatu malam sesungguhnya kamu telah kenyang, maka

kami telah memberatkan kamu daripada bersolat.”

Berkata Nabi Yahya a.s “Tidak dapat tidak aku tidak mahu kenyang

lagi selepas ini buat selama-lamanya”. Berkata Iblis pula “Tidak dapat tidak

aku tidak akan lagi menasihati seseorang pun selepas ini selamanya.”

40 Cahaya


Sajak

Muhamad Fairuz Ali

Andai esok bermula tanpaku

Ingatlah mentari itu masih menyinar

Merah itu lambang kegagahan

Harungi ranjau berduri dengan satu harapan

Jadikan hari esok permulaan yang baru

Andai esok bermula tanpaku

Lupakan semalam yang penuh kepahitan

Hari ini kau dalam ruang yang berbeza

Dalam peluang yang lebih terbuka

Optimis dan fikirkan yang terbaik

Demi masa depan yang lebih gemilang

Andai esok bermula tanpaku

Tataplah wajah rakan taulan yang ceria

Mereka yang berkongsi gembira dan air mata

Menukar gelita menjadi cerah

Menguntum senyum ketika amarah

Dalam derita mereka hulurkan tangan

Andai esok bermula tanpaku

Berjanjilah kau akan terus tersenyum

Buanglah segala yang mengganggu fikiran

sama bersemangat seperti insan lain

berbicara tentang kebahagiaan dan kenyataan

kepada setiap mereka yang kau temui

Cahaya 41


Dapatkan Buku Terbitan Jakim

Unggulnya

Seorang Alim Quraish…

Abu ‘Abdullah Muhammad

bin Idris al-Muttalibi al-Shafi’I

(150H. – 204H.)

Penulis DR. MAT SAAD BIN ABD RAHMAN

Tentu Anda ingin Tahu…

• Lakaran kehidupan seorang pendiri Mazhab;

• Siri penjelajahannya dalam mencari ilmu;

• Kader yang terdiri daripada para sahabat dan murid-muridnya;

• Analisis terhadap karya tulisan dan keintelektualan dalam pelbagai bidang;

dan

• Pendangan Ulama’ terhadap dirinya

Khusus kepada anda, keunggulan ulama’ ini dari sudut keilmuannya dan

keperibadiannya dapat dijadikan contoh. Manakala mutiara kata yang

ditinggalkannya dalam bentuk nasihat dapat dijadikan pedoman dalam

kehidupan.

Hubungi kami dan dapatkan naskhah anda di :

Aras 1, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya

Tel: 03-88864575 • Faks: 03-88892046

42 Cahaya

www.islam.gov.my

More magazines by this user
Similar magazines