29.01.2015 Views

ebodohan - Jakim

ebodohan - Jakim

ebodohan - Jakim

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

www.islam.gov.my

Tahun 25* Bil. 106

Isu 2 / 2012

Membina Generasi Berhemah Tinggi

ADAB ISLAMIAH:

Senaman yang Diberkati

BELAJAR TAUHID:

Al-wadud: Allah Maha Mengasih

Terus Berjihad

DARI MEJA PENGARANG

Senyum Cergaskan Otak

Semoga adik-adik sentiasa dalam limpahan rahmat

kasih sayang dan kebahagiaan dari Allah SWT.

Walau apa jua ujian yang datang, harapnya adikadik

sentiasa tersenyum menghadapinya dengan

hati yang tenang. Sesungguhnya, ujian adalah

tarbiah dari Allah SWT dan manusia yang memiliki

kecantikan dalaman adalah manusia yang sentiasa

tersenyum.

Sepertimana kekasih Allah SWT, iaitu Baginda

Rasulullah SAW yang kita sanjungi. Setiap hari

Baginda akan sentiasa tersenyum dalam menjalani

kehidupan. Diriwayatkan dari Abdullah bin al-Harith

bin Juza’ berkata,

“Aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak

senyum melainkan nabi”.

Hadith riwayat Muslim.

Menyedari hakikat kebaikan dan kelebihan

senyuman dalam kehidupan, Rasulullah menyifatkan

senyuman sebagai salah satu kebaikan yang

akan dikurniakan pahala oleh Allah SWT. Oleh

itu, Baginda sentiasa menggalakkan kita untuk

menjadikan senyuman sebagai salah satu sedekah.

Percayalah, jika adik-adik ingin berjaya dalam

pelajaran, contohilah Baginda dari aspek senyuman

ini. Dikatakan, senyuman atau ketawa yang tidak

keterlaluan adalah antara senaman yang baik

kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem

pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa dapat ‘mengurut’ organ dalam abdomen

dan menguatkan otot abdomen, merangsang

kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan

untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan

tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka

serta bersedia menerima maklumat baru.

Adik-adik, Allah menganugerahkan kita mulut

untuk bercakap dan tersenyum. Walaupun ada

sesetengah hamba-Nya, Allah berikan mulut

tetapi tidak boleh bercakap. Allah jadikan mereka

bisu. Tapi, walaupun begitu, mereka tetap masih

menghadiahkan senyuman manis kepada orang lain.

Jadi adik-adik, kita seharusnya menjadi hamba Allah

yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan-Nya.

SIDANG REDAKSI

Ketua Pengarang

Fatimah bt Hj. Saad

Pembantu Pengarang

Abdul Halim bin Ismail

Penaung

Dato’ Hj. Othman bin Mustapha

Ketua Pengarah Jakim

Penasihat

Tn. Hj. Razali bin Shahabudin

Timbalan Ketua Pengarah

(Pembangunan Insan Jakim)

Pengarang

Nor Simah bt Khalim

Majidah bt Mat Jusoh

Penyunting

Norhashimah bt Embong

Mohd Yusof bin Sham

Majidah bt Mat Jusoh

Rekabentuk & Percetakan

Reka Cetak Sdn. Bhd

Pengurus Edaran

Nurul Hafizah bt Muhammad Mokhtar

Pembantu Edaran

Mohd Suhaimi bin Abas

Mohd Fauzi bin Hosni

K

A

N D U N

G A

N

MUTIARA HADITH 2

- Menguap dalam Islam

FARDU AIN/KIFAYAH

- BELAJAR TAUHID: Al-Wadud: Allah Maha Mengasih

ADAB ISLAMIAH: Senaman yang Diberkati

TAFHIMUL QURAN: Rahsia-rahsia di Sebalik Tidur

ULUL ALBAB

- ANATOMI/PERUBATAN:

Jagalah Gigi

- SAINS TEKNOLOGI & ALAM SEKITAR:

Uniknya Hidupan Laut

- DOA: Menghilangkan Keluh Resah

TAHUKAH ADIK-ADIK

- Bumi Berasal daripada Apa

KHYRA & KHYRI

- Terima Kasih

KISAH NABI

- Terus Berjihad

SOAL JAWAB AGAMA

NOVEL BERSIRI

- Lebai Cilik

MOTIVASI & INSPIRASI

- Saya Mahu Jadi Pemenang (Bahagian 4)

TIP ADIK HEBAT

- Sahabat yang Hebat Dunia dan Akhirat

4-7

8-12

13-14

15-17

18-19

20

21-23

24

25

BERSAMA KAK KUSYI

- Tip Elak Marah

CINTA RASUL

- Sunnah Rasulullah Mengawal Kemarahan

PEDOMAN

- Peraduan SMS: Antara Untung atau Rugi

FABEL

- Lari dari Rumah

SAYA SUKA BACA JAWI

- Bersama Pak Syarif

BELAJAR BAHASA MANDARIN

- Tema: Nama tempat di Malaysia

IKLAN/KEPUTUSAN TEKA SILANGKATA

- Iklan Langganan Pendidik

SOAL SELIDIK

- Borang Kaji Selidik Pembaca Pendidik

TEKA SILANG KATA

PERMAINAN UJI IQ

- Dua Permainan Uji IQ

PERADUAN MEWARNA

- TEMA: Percutian

26

27

28

29-30

31-33

34-35

36

37

38

39-40

41

Mutiara Hadith

Menguap dalam Islam

Oleh: Nor Simah Khalim

2

Pendidik

3

Pendidik

Fardhu Ain/Kifayah

Al-Wadud: Allah yang Maha Mengasih

Oleh: Ustazah Nizatul Shasha Danian

Isy... kenapa kamu sepak

kucing itu, tak baik ...!

Sudah biarkan

kucing itu, tak baik begitu, berdosa... bukankah

kita diseru untuk mengasihi haiwan Apatah

lagi kepada kucing ..

Saje je cikgu ... sebab

ia kotor sangat

Geli lah cikgu

Kasih kepada

haiwan

Iye ... kasih

kepada semua haiwan

merupakan salah-satu sifat

yang amat mulia dan dituntut.

Nabi kita berpesan, sesiapa

yang tidak mengasihi, dia

tidak akan dikasihi.

ingat tu !

Kenapa kucing

je

Kucing adalah binatang kesayangan

Nabi. ada seorang sahabat Nabi sangat

sayangkan kucing hingga Nabi gelar dia Abu

Hurairah atau ’bapa kucing’

4

Pendidik

Suka ... saya ada bela 3

ekor kucing

Ooo... ye ke ...

cikgu suka kucing Kami gelar cikgu ...

‘cikgu kucing’ la ...

Jadi, kamu semua kena

ada sifat itu. Kalau manusia tiada sifat

mengasihi, bagaimana Allah nak kasih

pada kita

Tapi, kami dah buat dosa tadi tu

cikgu ...bagaimana

Istighfar banyak-banyak

kerana Allah itu Maha Mengasihi

terhadap hamba-Nya ...

5

Pendidik

6

Pendidik

Fardhu Ain/Kifayah

Tafhimul Quran

Rahsia-Rahsia di Sebalik Tidur

Oleh : Ustazah Nor Simah Khalim

Dalam ayat al-Quran Allah SWT berfirman : “ Dan bukankah Kami jadikan tidur kamu satu kerehatan”.. Allah

SWT berfirman lagi yang bermaksud : “ Dan bukankah Kami jadikan malam sebagai kain tabir” (Surah an-Naba’:

9 dan 10).

Adik-adik, setiap kejadian makhluk Allah SWT yang bernyawa di muka bumi ini mesti merasai nikmat tidur,

tidak kiralah tidur pada waktu malam atau siang tetapi yang pasti tidur itu adalah untuk merehatkan badan dari

segala kegiatan berfikir dan bekerja. Ia akan menjadikan dalam satu keadaan tidak mati dan tidak hidup, yang

merehatkan tubuh badan dan saraf-saraf kita dan memulihkan semula tenaga yang telah kita curahkan semasa jaga

dan semasa sibuk dengan urusan-urusan kehidupan.

Dalam ayat al-Quran telah dinyatakan begitu banyak sebenarnya rahsia-rahsia tidur antaranya ialah:

1. Dapat merehatkan roh dan jasmani setelah penat bekerja di waktu siang hari.

2. Merehatkan otak yang penat berfikir sepanjang hari.

3. Memperbaiki urat saraf dan sel-sel dalam tubuh kita agar tubuh kita akan menjadi lebih tenang.

4. Mengembalikan semula tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

Begitulah adik-adik indahnya Islam yang Allah SWT kurniakan kepada umatnya dapat merasai nikmat tidur berbanding

dengan makhluk-makhluk lain. Oleh itu gunakanlah sebaik mungkin kurniaan Allah SWT terhadap kita.

7

Pendidik

Ulul Albab

Anatomi/Perubatan

Jagalah Gigi

Oleh : Dr. Samhani Ismail

Assalamualaikum adik-adik..

Semasa mengambil gambar, semua orang akan berkata, “Senyum!” Lalu semua orang senyum menampakkan gigi

masing-masing. Ada gigi yang putih berseri seperti mutiara, ada gigi yang sedikit kekuningan, ada yang mempunyai

gigi yang besar dan ada yang mempunyai gigi yang kecil-kecil.

Tidak kira bagaimana bentuk gigi masing-masing, senyuman yang paling berseri datang dari mereka yang mempunyai

gigi yang putih. Gigi putih dan bersih terhasil daripada amalan menjaga gigi yang baik bermula dari usia kanak-kanak

lagi. Justeru, adik-adik perlu menjaga gigi supaya sentiasa bersih dan sihat.

Cuba adik-adik bilang berapa batang gigikah yang adik-adik ada Gigi adalah anugerah Allah yang sangat besar

untuk kita. Tanpa gigi, kita tidak dapat memakan makanan dengan baik.

Ini sebab, apabila menyuap makanan ke mulut, gigi kacip yang berada di depan akan memotong makanan yang

kita ambil. Bentuknya yang runcing dan tajam membolehkan ia menyiat makanan kepada cebisan yang lebih kecil.

Seterusnya makanan akan ditolak oleh lidah ke gigi-gigi geraham untuk dikisar. Di sini, gigi geraham yang mempunyai

permukaan mendatar akan mengisar makanan tersebut sehingga hancur, dengan bantuan enzim liur yang dikeluarkan

oleh kelenjar liur di bawah lidah.

Ada dua jenis gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu merupakan gigi yang mula-mula sekali

tumbuh iaitu semasa di peringkat bayi.

Bayi-bayi dilahirkan dengan semua gigi di gusi. Namun gigi-gigi ini terselindung di dalam gusi

dan kita tidak dapat melihatnya. Gigi bayi akan mula keluar sekitar umurnya enam bulan dan

gigi-gigi ini dipanggil gigi susu. Walaupun gigi masih belum kelihatan, menjaga gusi dengan

baik adalah penting, lantaran gigi yang sihat terhasil daripada gusi yang sihat.

Apabila usia adik-adik sudah menjangkau, gigi-gigi kekal mula tumbuh

bagi menggantikan gigi susu. Gigi kekal ada 16 pasang semuanya,

menjadikan jumlah kesemuanya 32 batang gigi. Gigi kekal lebih kuat,

malah gigi merupakan struktur yang lebih kuat daripada tulang.

Walau bagaimanapun jika adik-adik tidak menjaga gigi, gigi

boleh rosak. Jadi jagalah gigi dengan memberusnya selalu.

8

Pendidik

Bagaimana gigi boleh rosak

Gigi boleh rosak disebabkan oleh tindakan bakteria. Selepas kita makan, bekteria dalam mulut

akan mengerumuni gula yang terdapat pada gigi, seperti semut-semut yang sedang berkelah sambil

menikmati hidangan yang lazat. Bakteria memecahkan gula tersebut kepada asid. Asid yang terkumpul

di permukaan gigi boleh mereputkan gigi dan menghasilkan lubang yang dikenali sebagai kaviti gigi.

Bagaimana menjaga gigi agar sentiasa bersih

Adik-adik perlu sentiasa memastikan gigi dan mulut bersih terpelihara. Kebersihan mulut

melambangkan kebersihan dan perwatakan menarik seseorang individu. Gigi yang sihat membantu

kita hidup dengan sihat, malah gigi yang sentiasa bersih juga mencerdaskan fikiran.

Rasulullah SAW menekankan penjagaan gigi sehingga Baginda pernah mengingatkan umatnya agar sentiasa memberus

gigi setiap kali mahu solat’.

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW telah bersabda :

“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku, akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika

berwuduk “.

( Riwayat Ahmad )

Gigi perlu diberus sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Berus di waktu pagi, selepas makan tengah hari dan

sebelum tidur.

Jika adik-adik tidak sempat memberus gigi selepas makan, jangan lupa berkumur untuk membuang sisa-sisa

makanan yang melekat. Sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi amat digemari oleh bakteria. Bakteria

akan datang dan menghasilkan asid yang berbahaya pada gigi.

Gunakan berus gigi yang baik dan sesuai untuk gigi adik-adik. Sebaik-baiknya berus gigi ditukar 3 hingga 4 bulan

sekali bagi memastikan kesannya optimum.

Adik-adik harus selalu berjumpa dengan doktor gigi bagi memeriksa dan mendapatkan rawatan jika memerlukan.

Pilih makanan yang baik untuk gigi seperti makanan berkalsium. Kalsium banyak terdapat di dalam susu, keju

dan ikan bilis. Elakkan mengambil minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk bagi mengelakkan gigi menjadi

sensitif.

Banyakkan meminum air kosong untuk membersihkan gigi di samping mengambil sayur-sayuran untuk membantu

menyihatkan gigi dan anggota tubuh yang lain.

Ingat ya adik-adik, gigi yang rosak atau patah tidak dapat tumbuh balik. Justeru jagalah gigi adik-adik dengan baik.

Selamat beramal!

9

Pendidik

Ulul Albab

Sains dan Teknologi

Uniknya Hidupan Laut

Oleh: Nurul Hayu Raikan

Adik-adik, Islam mewajibkan kita untuk mempertahankan diri dari serangan bahaya musuh. Begitu juga

dengan Haiwan, jadi mari kita kenal bagaimana hidupan laut mempertahankan dirinya daripada musuh.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Menguasai sekalian alam yang menganugerahkan

hidupan-hidupan laut sebagai satu mekanisme untuk mepertahankan dirinya daripada serangan. Di mana

sebahagian hidupan laut mempunyai teknik yang berbeza ketika menghadapi bahaya. Mari kita lihat

kenali hidupan tersebut.

Ikan buntal

Ikan ini bukanlah perenang yang baik. Oleh sebab itu, ia tidak boleh

melarikan diri dengan cepat apabila pemangsanya mengejarnya.

Walau bagaimanapun, ia memiliki sistem pertahanan yang

sempurna. Apabila pemangsa menyerang, ia akan mengembangkan

badannya lalu pemangsa akan meninggalkannya kerana saiznya

terlalu besar. Ia akan menjadi seperti bola yang berduri.

10

Pendidik

Ikan Kala Jengking

Ikan ini dikenali juga sebagai ikan scorpion. Ia akan

menggunakan teknik penyamaran bagi melindungi diri.

Disebabkan teknik ini, musuh tidak dapat lihat mereka

kerana badan mereka menyamai warna dan bentuk

persekitaran mengikut kesesuaian.

Udang mentadak

Udang mentadak ini kelihatan menarik, ia akan

berlindung di bawah pasir. Sekiranya sotong kurita

itu pemangsa maka udang ini akan memandang

tepat ke arah matanya dan menganggap ia sebagai

suatu amaran untuk tidak mengganggunya.

11

Pendidik

Ulul Albab

Doa Menghilangkan

Keluh Resah

Maksudnya:

“ Ya Allah Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU daripada keluh resah dan dukacita,

aku berlindung kepada-MU dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-MU daripada sifat

penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-MU daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia”

12

Pendidik

Tahukah Adik-adik

Bumi Berasal daripada Apa

Oleh : Nurul Hayu Raikan

Tahukah adik-adik bumi kita berasal daripada apa Oleh itu mari kita kenal bumi kita. Sesungguhnya

Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana kerana setiap kejadian yang diciptakan oleh Allah SWT pasti

ada hikmahnya. Kita harus jaga bumi kita dari tercemar dan musnah oleh perbuatan-perbuatan manusia.

Bumi merupakan sebiji bebola batu besar yang bergerak dalam ruang angkasa dengan kelajuan

hampir 3000 meter sesaat. Berat bumi ialah melebihi 6000 juta tan. Dua per tiga daripada permukaan

bumi yang berbatu-batan diliputi air yang menjadi lautan. Permukaan yang tidak diliputi air menjadi

daratan. Persekitaran bumi dikelilingi oleh lapisan gas yang dikenali sebagai atmosfera (udara). Atmosfera

terletak kira-kira 700 kilometer dari permukaan bumi – selepas atmosfera ialah ruang angkasa.

1.Bumi berasal daripada gumpalan awan dalam angkasa.

Ahli sains berpendapat bahawa bumi berbentuk daripada segumpalan besar awan yang berisi gas

dan debu, kira-kira 4500 juta tahun yang lalu. Bintang yang berhampiran dengan awan itu meletup

dan menyebabkan awan itu berputar. Semasa awan itu berputar, gas berkumpul di tengah awan

dan membentuk matahari. Debu berpusar di sekeliling matahari dan bergabung untuk membentuk

ketulan batu. Pada masa yang sama, ketulan batu itu berlanggar antara satu sama lain dan

membentuk planet-planet. Bumi merupakan salah satu daripada planet-planet tersebut.

Gumpalan awan yang berisi gas

dan debu terhasil daripada sisa-sisa

bintang lama yang sudah meletup

ataupun sudah tidak bersinar lagi.

Bintang yang baru dan planet

terbentuk di sini

1. Gumpalan awan mula berputar

2. Debu bergabung menjadi ketulan batu

yang membentuk planet kecil.

3. Bumi mulai sejuk

dan lapisan kulit

keras terbentuk.

4. Gunung berapi meletus,

membebaskan gas dan

membantu pembentukan

atmosfera pertama.

5. Bumi terdiri daripada satu

daratan yang luas kini

terbahagi kepada tujuh

bahagian yang dikenali

sebagai benua.

13

Pendidik

2. Pada awalnya bumi sangat panas.

Apabila batuan berlanggar, keadaan itu memanaskan antara satu sama lain. Semasa bumi

terbentuk, batuan didalamnya mencair. Bumi baru merupakan sebiji bebola yang berisi batuan

cair dengan lapisan kulit nipis yang keras.

3.Berjuta-juta batuan besar yang dikenali sebagai meteorit jatuh terhempas

ke bumi.

Meteorit menyebabkan terjadinya lekuk pada permukaan bumi. Lekuk ini dikenali sebagai

kawah. Pada masa yang sama, bulan juga dihentam batuan besar. Jika bulan dilihat

dengan menggunakan binocular, kamu dapat melihat kawah pada permukaan bulan

yang telah terbentuk berjuta-juta tahun dahulu.

4.Lautan dan laut terbentuk apabila bumi mulai sejuk.

Gunung berapi yang meletup, membebaskan wap, gas dan batuan dari dalam bumi. Apabila

bumi mulai sejuk, wap berubah menjadi titisan air dan membentuk awan. Semasa bumi

menjadi sejuk, hujan turun dari awan tersebut. Hujan turun selama berjuta-juta tahun untuk

menjadi dan lautan.

Sumber:

100 perkara kamu

patut tahu tentang

Bumi, Institut

Terjemahan

Negara Malaysia.

14

Pendidik

Kyra & Kyri

Terima Kasih

Oleh: Mohamad Baharuddin Mohamad Bekri

Ambillah

Apa ini

Wah... seronoknya

ada biji berangan. Ini

memang kegemaran

saya.

Lihatlah dulu

Itu untuk awak

sebab tolong abang

basuh basikal.

15

Pendidik

Khyra sekiranya kita

menerima sesuatu daripada

apa orang lain, apa yang

kita perlu kita buat

Kita ajak dia makan

sekali.

Abang, makanlah biji

berangan ini. Sedap.

Khyra, bukan itu yang

ibu maksudkan.

Sekiranya kita menerima sesuatu

daripada orang lain, kita perlu mengucapkan terima kasih.

Tidak kiralah sama ada ia hadiah, upah ataupun sedekah. Tidak

kira jugalah siapa yang memberi, sama ada ahli keluarga kita,

jiran kita, kawan kita, orang kaya ataupun orang miskin, kita tetap

perlu mengucapkan terima kasih. Ia tanda kita bersyukur,

dan tanda kita ini orang beradab.

16

Pendidik

Terima kasih, abang.

Kita bukan sahaja perlu

berterima kasih kepada

manusia. Paling utama, kita

juga perlu berterima kasih

kepada Allah kepada setiap

pemberian-Nya.

Sama-sama.

Apa pemberian

Allah kepada kita

Pahala

Terima kasih Allah.

Allah memberikan kita semuanya, bukan sekadar pahala. Allah

memberikan kita nyawa, memberikan kita mata bagi melihat, udara bagi

bagi bernafas, Allah memberi otak bagi kita berfikir, lidah bagi bercakap.

Semuanyalah Allah yang beri. Jadi kita perlu selalu dan sentiasa

berterima kasih kepada Allah atas pemberian-Nya.

Terima kasih ibu.

Cara kamu itu tidak salah

tetapi ada cara yang lebih tepat.

Iaitu kita ucapkan Alhamdulillah, yang bermaksud segala

pujian adalah untuk Allah. Tanda terima kasih kita juga

ialah dengan tidak melanggar larangan Allah dan patuhi

suruhan-Nya. Itulah cara bagi berterima

kasih kepada Allah.

17

Pendidik

Kisah Nabi

Terus Berjihad

Pada saat yang kritikal dan tegang itu

yang seakan masing-masing dilanda rasa

malu, rendah diri, disebabkan kata-kata

hinaan dan cabaran yang datang dari mulut

si Jalut yang berteriak-teriak mencabar

pihak lawan supaya keluar berlawan

dengannya, maka tiba-tiba muncullah

seorang lelaki remaja, bermuka tampan,

berbadan tegap dengan sinar mata yang

memancarkan keberanian dan ketangkasan.

Dia meminta izin dari Raja Thalut untuk

keluar menyahut cabaran Jalut untuk

berlawan dengannya. Sementara orangorang

dari pasukannya sendiri yang sudah

cekap berperang seorang pun tidak ada

yang berganjak dan berani untuk menyahut

seruan Jalut.

Raja Thalut dengan cermat

memperhatikan perawakan pemuda tadi,

timbul perasaan ragu-ragu dan bimbang

di hatinya untuk memberi keizinan kepada

pemuda tersebut untuk turun ke gelanggang

melawan Jalut. Tidak dapat dibayangkan

olehnya dalam usia semuda itu dengan

ketiadaan pengalaman berperang yang

cukup teringin pula keluar bertarung

dengan Jalut. Ini benar-benar bukan

tandingan yang sepadan, kata hati Thalut,

bahkan akan menjadi satu dosa jika dia

melepaskan pemuda itu menjadi korban

dan makanan kepada pedang Jalut yang

tidak mengenal erti kasihan kepada lawanlawannya.

Manakala pemuda itu tadi dengan

melihatkan kesangsian yang terpampang

pada raut wajah raja Thalut, terlintas

dalam fikirannya bahawa raja itu pastinya

merasa ragu terhadap dirinya untuk

bertarung dengan Jalut. Lalu berkatalah

beliau kepada raja Thalut :”janganlah

engkau terpengaruh oleh usia mudaku

dan keadaan fizikalku yang membuatkan

dirimu merasa ragu-ragu dan khuatir

untuk melepaskan aku melawan Jalut

kerana yang menentukan kalah menang

dalam pertarungan bukanlah terbatas

pada kekuatan fizikal dan besarnya

tubuh badan seseorang, malah apa yang

lebih penting ialah keteguhan hati dan

kemahiran bertempur serta keimanan

dan kepercayaan kepada Allah yang

menentukan hidup matinya seorang hamba

Allah itu.”

“Beberapa hari yang lalu aku telah

berjaya menangkap seekor singa dan

membunuhnya tatkala ia hendak menerkam

18

Pendidik

Oleh: Umi Na

ke arahku dan sebelum itu pun telah

terjadi pula aku menjadi penghadang

seekor beruang yang ganas dan aku

berjaya membunuhnya setelah bergelut

bermati-matian. Justeru bukanlah usia

atau kekuatan tubuh yang menjadi

faktor penentu kepada kekalahan atau

kemenangan dalam sesuatu peperangan

tetapi keberanian dan keteguhan hati

serta kepantasan dan ketangkasan dalam

bertindak disertai dengan perhitungan

yang tepat itulah yang menjadi senjata yang

lebih ampuh dalam setiap pertarungan.”

Mendengar kata-kata pemuda tersebut

yang penuh semangat yang keluar dari

hati yang ikhlas dan jujur, maka sedarlah

Thalut bahawa pemuda itu sebenarnya

sangat ingin berlawan dengan Jalut. Ia

yakin dengan keupayaan dirinya sendiri

bahawa dia akan dapat mengalahkan Jalut.

Justeru, tanpa menunggu lama, ia terus

membenarkan dan merestui hajat pemuda

itu diiringi doa semoga Allah melindunginya

dan mengurniakannya kemenangan seperti

yang diharap-harapkan oleh semua ahli

pasukan perangnya.

Lalu dibekalkanlah untuknya pedang,

topi besi dan baju besi sebagai perisai

dan persediaan seperti yang sepatutnya.

Namun apa yang berlaku pemuda tersebut

enggan menerimanya mahupun mengenakan

pakaian perang iaitu baju besi yang berat

itu dengan alasan bahawa ia belum biasa

menggunakan senjata dan pakaian seperti

itu. Apa yang mahu dibawanya hanyalah

sebatang tongkat, beberapa batu kerikil

dan sebuah karung untuk melemparkan

batu-batu itu.

Berkatalah Thalut kepadanya:

”Bagaimana engkau dapat bertarung

dengan hanya bersenjatakan tongkat,

karung dan batu-batu untuk melawan Jalut

yang bersenjatakan pedang, panah dan

berpakaian lengkap”

Pemuda itu menjawab:”Tuhan yang

telah melindungiku dari taring singa

dan kuku beruang semestinya juga akan

melindungiku dari pedang dan panah Jalut

yang derhaka itu.”

Lalu berbekalkan senjata yang sangat

sederhana itu, keluarlah pemuda itu dari

tengah-tengah barisan pasukan Bani

Israel menuju ke gelanggang tempat

Jalut menunggu-nunggu lawannya sambil

ia sendiri menghayunkan pedangnya seraya

berteriak mengejek dan menyombongkan

diri. Apa yang berlaku adik-adik Ikuti

sambungannya dalam siri akan datang..

19

Pendidik

Soal Jawab Agama

BERSAMA: USTAZAH NOR SIMAH BINTI KHALIM

Ustazah, apakah hukum beristinja’dan apakah benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinja’.

Adik, Istinja’ ialah menghilangkan najis atau mengurangkannya daripada tempat

keluar air kecil atau air besar. Hukum beristinja’ adalah wajib, ini berdasarkan

kepada sabda Rasulullah SAW Maksudnya: “Rasulullah SAW masuk ke tandas, dan

aku bersama-sama seorang budak sebayaku membawa sebekas air dan sebatang

besi. Lalu Baginda SAW beristinja’ dengan air itu.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Harus beristinja’ dengan air mutlak kerana ia merupakan cara asal besuci daripada

najis begitu juga harus beristinja’ dengan menggunakan semua pepejal yang kesat

dan boleh menghilangkan najis seperti batu, daun dan seumpamanya.

Assalamualaikum ustazah apakah perkara-perkara yang boleh membatalkan solat

Waalaikumussalam, solat seseorang akan batal apabila melakukan satu daripada

perkara berikut:

• Berkata-kata dengan senjaga. Kata-kata yang dimaksudkan ialah kata-kata

yang lain selain daripada al-Quran, zikir dan doa.

• Melakukan perbuatan yang banyak. Apa yang dimaksudkan ialah pergerakan

yang banyak dan berturut-turut selain daripada perbuatan solat.

• Tekena najis pada pakaian atan badan.

• Terbuka aurat walaupun dengan sedikit. Sekiranya terbuka aurat dengan

sengaja maka terbatal solatnya namun begitu jika terbuka tanpa disengajakan

maka tidak batal sekiranya ditutup dengan segera.

Assalamualaikum Ustazah, apakah makna qurban dan hukum

berqurban

Waalaikumussalam adik yang dikasih oleh Allah. Qurban ialah

sembelihan binatang iaitu unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Qurban ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT

dan dilakukan pada Hari Raya Qurban. Hukum Qurban ialah sunat

Muakkad.

20

Pendidik

Lebai Cilik

Siri : Lebai Cilik

Oleh: Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

http://artikelashadizain.blogspot.com/

BAB 2 : SIRI 4

Misteri Ayam Beracun

Mulut Nusaibah ternyata masin apabila

tidak sampai berapa lama kemudian, Rezan

memanggil Alif dari jauh, “Alif!”

Rezan berlari pantas dan kemudian

menghentikan langkahnya di hadapan Alif dan

Nusaibah. Dia tercungap-cungap.

“Eh, Mengapa awak ini, Rezan” Alif berasa

hairan.

“Nasib baik saya berlari laju,” kata Rezan.

“Apa yang terjadi, Rezan” tanya Alif lagi.

“Tunggu sebentar,” kata Rezan.

Rezan kemudiannya mengambil nafas

panjang-panjang bagi mengumpulkan kembali

kekuatan setelah berlari bak pelari pecut

negara.

Apabila nafasnya sudah reda sedikit,

Rezan memandang ke arah Alif dan Nusaibah

silih berganti.

Rezan kemudiannya berkata, “Saya

dikejar tadi.”

“Dikejar apa, Rezan” rasa pelik di hati

Alif masih menyala.

“Dikejar anjing,” jawab Rezan.

“Ya Allah. Kasihannya awak!” Alif bersimpati

dengan apa yang menimpa kawannya itu.

“Di mana” Alif bertanya.

Rezan menjawab, “Selepas saya turun

dari bas tadi, saya berjalan seperti biasa.

Tiba-tiba, saya berasa seperti saya sedang

diperhatikan.”

“Kemudian” Alif menyoal lagi.

Dia tidak sabar-sabar untuk mengetahui

butiran selanjutnya pengalaman kawan nya itu.

Cerita yang sedang disampaikan oleh Rezan

umpama kisah seram yang membuatkan bulu

roma Alif dan Nusaibah meremang.

“Kemudian, saya memandang ke kiri, saya

ternampak anjing sebesar gajah!” kata Rezan

dengan wajah yang serius.

“Yalah itu, Rezan. Mana ada anjing sebesar

gajah,” Alif ketawa kecil.

Nusaibah juga geli hati kerana per nyataan

Rezan itu bersalahan dengan logik akal. Maka,

daripada rasa takut, rasa geli hati memenuhi

jiwa Alif dan adiknya itu.

“Memanglah tidak sampai sebesar itu.

Tetapi memang besar, Alif,” Rezan tidak puas

hati kerana Alif tidak ‘melayan’ imaginasinya

21

Pendidik

yang terlebih aktif pada pagi itu.

“Kemudian, apa yang awak buat” soal Alif.

“Hendak buat apa lagi, Alif Tidak mungkin

saya hendak ajak anjing itu main badminton”

kata Rezan.

Alif ketawa mendengar kata-kata sindiran

Rezan itu. Pada masa yang sama, Rezan masih

dengan wajah seriusnya.

Rezan meneruskan ceritanya, “Saya terus

lari! Saya lari sampai ke sini.”

Alif menyoal, “Semasa awak lihat anjing

itu, ia kelihatan seperti hendak menyerang

awakkah”

“Mmm... tidak. Nampak biasa sahaja,” balas

Rezan.

“Entah-entah anjing itu hendak bermanja

dengan awak,” Alif berseloroh.

“Ah, macam-macamlah awak ini, Alif,”

Rezan mencebik.

Rezan menyambung, “Jika ya pun ia hendak

bermanja dengan saya, tidak mungkin saya

hendak pegang ia Haram.”

“Yalah... yalah. Saya bergurau sahaja,” Alif

tersenyum kecil.

“Ah, sudahlah. Mari kita ke gerai pakcik

saya. Nanti lambat,” kata Rezan.

“Mmm... baiklah,” Alif bersetuju dengan

ajakan Rezan itu.

Maka, mereka bertiga pun mulai berjalan

ke gerai pakcik Rezan yang terletak beberapa

ratus meter dari sekolah berkenaan. Semasa

mereka berjalan, Rezan tidak berhenti melihat

ke kiri dan kanan. Dia mahu memastikan anjing

yang dilihatnya tadi tidak mengekorinya.

Alif dan Nusaibah hanya tersenyum melihat

gelagatnya.

Di gerai pakcik Rezan...

“Assalamualaikum, Pakcik Jo,” Rezan

memberi salam.

“Wa’alaikumusalam,” seorang lelaki dalam

lingkungan umur 30an menjawab salam Rezan.

Rezan, Alif dan Nusaibah lantas menyalami

tangan lelaki itu.

Lelaki itu memandang ke arah Rezan, lalu

menyoalnya, “Mengapa ada dua orang, Rezan

Pakcik hanya perlukan seorang.”

Tanpa menjawab soalan pakciknya itu,

Rezan berkata kepada Alif, “Itulah, bukahkah

saya sudah beritahu semalam Pakcik saya

hanya memerlukan seorang pekerja. Jadi, adik

awak terpaksa pulang.”

Dalam pada itu, Alif dan Nusaibah hanya

mendiamkan diri. Selepas beberapa ketika,

Alif mahu berkata sesuatu.

Namun demikian, pakcik Rezan terlebih

dahulu berkata, “Siapa nama awak berdua”

“Nama saya Alif, pakcik. Ini adik saya,

Nusaibah,” balas Alif bagi pihaknya dan

Nusaibah.

“Mmm... nama pakcik Johari. Tetapi awak

berdua boleh panggil pakcik dengan panggilan

‘Pakcik Jo’,” ujar Pakcik Johari.

“Baik, Pakcik Jo,” Alif membalas.

Alif kemudiannya berkata, “Maafkan kami

kerana lambat, pakcik.”

“Lambat” Pakcik Johari memandang jam

tangannya.

Pakcik Johari kemudiannya berkata, “Mana

22

Pendidik

ada lambat, Alif. Awak semua tiba tepat pada

masanya. Sebenarnya, pakcik yang datang

awal.”

Nusaibah kemudiannya mengerling ke arah

abangnya.

Apabila dia melihat jelingan adiknya, Alif

bertanya dengan baik, “Pakcik, boleh adik saya

kerja sekali”

“Mmm... sebenarnya, selain Rezan, pakcik

hanya perlukan seorang pekerja,” jawab

Pakcik Johari dengan benar.

Pakcik Johari menyambung, “Pakcik dan

Rezan melayan pelanggan yang datang untuk

beli nasi lemak bungkus. Tugas awak adalah

melayan pelanggan yang mahu makan di sini.”

Nusaibah terus berkata, “Jika begitu, saya

boleh tolong cuci pinggan.”

Pakcik Johari tersenyum, lalu menjawab,

“Sebenarnya, itu tugas Alif. Selain

menghidangkan makanan untuk pelanggan,

dia juga perlu kemas meja selepas pelanggan

pulang, termasuklah cuci pinggan.”

Nusaibah mencuba lagi, “Mungkin semasa

waktu ramai pelanggan, abang saya tidak

cukup tangan untuk basuh pinggan dan layan

pelanggan pada masa yang sama.”

“Mmm... pandai awak berhujah, ya,” Pakcik

Johari sedikit terhibur dengan keletah

Nusaibah. Dalam mindanya, dia memikirkan

mengenai kata-kata Nusaibah itu.

“Sebenarnya, seorang sahaja sudah cukup.

Jika budak perempuan ini tidak kerja di sini

pun, tidak apa,” bisik hati kecil Pakcik Johari.

Namun begitu, Pakcik Johari berasa

kasihan apabila Nusaibah kelihatan beria-ia

benar mahu bekerja di gerainya.

23

Pendidik

Motivasi & Inspirasi

Motivasi Hebat bersama Abang Ashadi

Oleh: Ashadi Zain

Emel: ashadizain@gmail.com

Facebook: Ashadi Zain Penulis

Saya Mahu jadi Pemenang!

Bahagian 4

Abang Ashadi, perlukah kita

memiliki keyakinan

Ya, itu sudah tentu. Keyakinan

adalah antara kekuatan utama

seorang pemenang

Kenapa pula, abang

Abang Ashadi, bagaimana

pula dengan orang yang kalah

dalam hidup

Ini kerana dengan adanya

keyakinan, segala tindakan yang

dilakukan lebih mudah mencapai

kejayaan. Selain itu, kita juga

perlu sentiasa ingat bahawa setiap

yang berlaku itu adalah dengan

keizinan Allah SWT.

Mereka tidak yakin dan bersikap

pesimis dalam menghadapi

kehidupan

Pesimis Apa tu, Abang Ashadi

Saya tak nak jadi macam tu,

Abang Ashadi

Sikap pesimis adalah sikap yang

mana seseorang itu mudah putus

asa dan juga kecewa. Dengan

sikap seperti itu, segalanya dilihat

negatif dan serba tak kena. Sikap

sedemikian menyebabkannya tewas

dalam hidup.

Ya, marilah kita sama-sama

berusaha menjadi insan yang

berkeyakinan.

24

Pendidik

Tip Adik Hebat

Sahabat yang Hebat Dunia dan Akhirat

Oleh: Ustazah Nor Simah Khalim

Assalamualaikum adik-adik yang dikasihi Allah SWT. Dalam Islam amat dititikberatkan hubungan baik

antara kawan-kawan. Sahabat yang baik adalah sahabat yang menjadi sahabat dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW sendiri mengajak kita untuk memilih sahabat yang baik sebagaimana yang diriwayatkan

dari Abu Musa r.a dari Nabi SAW sabdanya: ”Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan

dengan orang jahat, tak ubahnya seperti berkawan dengan penjual minyak harum atau dengan tukang

tiup api di bengkel tukang besi. Jika berkawan dengan penjual minyak harum, adakalanya engkau diolesi

minyak harum atau engkau membeli kepadanya atau setidak-tidaknya engkau dapat tercium bau harum.

Dan jika berkawan dengan peniup api di bengkel tukang besi, adakalanya pakaianmu bisa terbakar atau

setidak-tidaknya engkau tercium bau busuk.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Di antara tip-tip untuk menjadi sahabat yang hebat ialah:-

• Menghormati rakan kita dengan tidak mencaci mereka

• Memanggil rakan kita dengan nama yang dia sukai tidak kiralah depan atau di belakangnya.

• Seelok-eloknya memanggil nama yang mempunyai makna yang baik kerana nama yang baik itu akan

mendoakannya.

• Menjadi pendengar yang setia. Ini bermakna apabila rakan bercakap hendaklah memberi tumpuan

dengan tidak memotong percakapannya.

• Memaafkan kesalahan antara satu sama lain. Hendaklah

sentiasa memaafkan rakan kita kerana sedangkan Nabi

memaafkan umatnya, inikan kita sebagai manusia

biasa.

• Mengucapkan perkataan terima kasih

apabila membantu kita.

Oleh itu adik-adik marilah sama-sama

kita menyemai hubungan yang erat

antara rakan kita semoga kita

dapat hidup dengan tenang dan

bahagia selalu. Moga menjadi

sahabat yang hebat di dunia

dan di akhirat.

25

Pendidik

Bersama Kak Kusyi

kusyihirdan@gmail.com

Tip Elak Jadi Pemarah

Assalamualaikum.

Adik ada kenangan

pahitkah

Tentulah ada, ya!

Kenangan pahit ialah rencah

kehidupan setiap manusia di

dunia ini.

Apabila melalui peristiwa

pahit, kita janganlah cepat marah,

panas baran dan menyumpah

seranah.

Sekiranya adik-adik seorang

yang pemarah, ubahlah sikap

itu, ya!

Seeloknya kita ambil

wuduk dan solat. Berdoalah

kepada Allah supaya urusan kita

dipermudahkan.

Kita sejukkan hati, ya,

adik-adik. Istighfar banyakbanyak

dan elakkan

bercakap banyak.

26

Pendidik

Cinta Rasul

Sunnah Rasulullah

Mengawal Kemarahan

Oleh : Ustazah Nor Simah Binti Khalim

Pernahkah adik-adik merasa marah Marah adalah salah satu sifat yang

dibenci Allah dan Rasul. Marah ini merupakan satu sifat mazmumah(tercela).

Kesan daripada marah ini akan menimbulkan sifat-sifat keji yang lain seperti

dengki, dendam, sombong dan angkuh. Jika sifat marah ini tidak dibendung lama

kelamaan akan memakan diri sendiri. Seperti penyakit, jika tidak diubati ia akan

menjadi lebih teruk. Kesan daripada marah ini juga, akan membawa padah kepada

orang yang kita sayangi dan hormati terutamanya kepada ibu bapa, kawan dan

orang sekeliling kita. Segala perkara yang ingin dilaksanakan pasti akan tergendala

apabila sifat marah itu hadir dalam sanubari kita.

Oleh itu, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya jangan marah sebagaimana

yang telah diriwayatkan Rasulullah dalam sabdanya.” Diriwayatkan daripada

Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan

kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa

kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!”

(Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu Rasulullah SAW mengajar kepada kita cara untuk mengawal kemarahan

itu antaranya ialah :-

1. Apabila kita marah hendaklah segera mengambil wuduk kerana air yang disapu

pada anggota wuduk akan dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan

syaitan.

2. Perbanyakkan zikir kepada Allah kerana dengan zikir dapat menghapus dan

memadamkan api kemarahan tersebut.

3. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.

4. Menahan kemarahan agar tidak menjadi bertambah teruk. Jika kita marah

dalam keadaan berdiri, hendaklah duduk, jika marah dalam keadaan duduk

hendaklah berbaring, nescaya marah akan turun.

5. Melakukan perkara-perkara yang berfaedah agar kemarahan itu tidak timbul

dalam hati.

Jom kawal Marah!

27

Pendidik

Pedoman

Peraduan SMS:

Antara Untung atau Rugi

Oleh : Ustazah Taqwa Zabidi

Adik-adik yang dikasihi, teima kasih kerana terus mengikuti ruangan pedoman ini. Kali ini, kita akan berkongsi

cerita mengenai khidmat pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai Short Messaging Service (SMS). Adik-adik pun

sudah semestinya biasa menggunakan khidmat ini, bukan Lazimnya, khidmat ini digunakan untuk berhubung dan

bertanya khabar dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan lain-lain.

Apa yang menarik, fungsi SMS telah diperluaskan sebagai salah satu cara untuk menyertai peraduan tertentu.

Peraduan seumpama ini biasanya dianjurkan oleh syarikat-syarikat tertentu untuk menarik minat pelanggan terhadap

produk atau perkhidmatannya selain meningkatkan prestasi kewangan serta populariti di kalangan masyarakat.

Untuk itu, banyak hadiah hebat yang ditawarkan untuk dimenangi.

Namun begitu, keghairahan sesetengah daripada kita untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan

menyebabkan mereka menanggung kerugian besar. Antara punca utamanya ialah peserta tidak meneliti dengan

baik atau tidak memahami terma dan syarat pertandingan. Selain itu, terdapat keadaan di mana penganjur tidak

memberi penjelasan yang telus mengenai pertandingan yang dianjurkan. Punca seumpama ini menyebabkan peserta

sering merasa tertindas apabila gagal memenangi pertandingan yang dianjurkan.

Kesannya, mereka bukan sahaja gagal memenangi hadiah yang ditawarkan, bahkan telah banyak duit yang

dibazirkan. Ia juga boleh menimbulkan pertelingkahan di kalangan ahli keluarga akibat tekanan masalah kewangan

yang dihadapi.

Untuk mengatasi masalah ini, sebelum menyertai apa-apa peraduan melalui SMS ini, adik-adik hendaklah memastikan

bahawa:

• Keizinan untuk menyertai pertandingan tersebut telah diperoleh daripada ibu bapa atau penjaga;

• Umur adik-adik layak menyertai pertandingan tersebut;

• Peraduan yang dianjurkan memberi manfaat kepada adik-adik seperti menambah pengetahuan dan kemahiran;

• Tiada caj tambahan yang dikenakan melainkan caj SMS yang biasa;

• Tiada unsur pertaruhan seperti dikenakan bayaran tertentu sebelum menyertainya;

• Kaedah penentuan pemenang juga bukan berdasarkan nasib, contohnya adikadik

telah menjawab dengan tepat tetapi tiada jaminan untuk dipilih sebagai

pemenang;

• Tiada unsur pembaziran, contohnya adik-adik terpaksa membeli sesuatu

produk yang tidak diperlukan dalam kuantiti yang banyak;

• Peraduan tersebut tidak melalaikan sehingga meninggalkan perkaraperkara

yang wajib; dan

• Hadiah yang ditawarkan adalah hadiah yang boleh adik-adik

manfaatkan sebaik mungkin.

Untuk makluman adik-adik, perkara-perkara di atas adalah selari dengan

Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah yang telah diperakukan

oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84 pada 15 Disember 2008 yang lalu.

28

Pendidik

Fabel

Lari dari Rumah

Oleh: Mohamad Baharuddin Mohamad Bekri

Kucing,

mengapa mundar-mandir.

Singgah dahulu.

Ya, mengapa

mundar-mandir.

Awak ada masalah

Anak-anak saya hilang.

Itu yang saya risau sampaikan

saya mundar-mandir. Penat saya

mencari mereka sampai

ke air terjun sana.

Anak mana yang hilang Si Tompok

Si Belang Si Putih Si Ani

Patutlah lama saya tidak

melihat awak di sini.

29

Pendidik

Si Tompok

yang hilang. Sudah dua

hari tidak balik rumah.

Tidak sangka, anak kucing pun boleh lari

dari rumah. Ingatkan anak manusia sahaja yang lari

dari rumah kerana ikut teman lelaki.

Saya fikir,

anak awak lari dari

rumah.

Itulah, saya pun hairan dengan

anak-anak manusia sekarang. Suka betul lari dari

rumah ikut teman lelaki. Mereka tidak fikirkan betapa

risaunya ibu ayah mereka Kalau mahu lari pun,

masuklah pertandingan lumba lari.

Saya fikir, anak awak itu mesti

lari ikut teman jantannya. Jangan

risau sangatlah. Binatang bukan

ada peraturan mewajibkan

nikah pun.

Itulah, saya pun hairan. Sedangkan ibu kucing

pun risau anaknya hilang,apatah lagi ibu dan ayah manusia.

Lebihlah mereka risau. Anak-anak manusia ini rasanya perlu didikan agama

yang lebih kuat supaya mereka tidak mudah mengikuti hawa nafsu mereka. Ini

semua mesti sebab bisikan hawa nafsu yang tidak

dikawal oleh agama.

Tetapi, Si Tompok itu

bukan betina, tetapi

kucing jantan. Takkanlah ia

ikut kucing jantan juga.

Lagilah awak tidak

perlu risau. Kucing jantan

memang perangainya suka

mengembara. Lagipun dia

kan binatang, mana perlu

minta izin.

Betul juga. Mengapalah saya risau sangat. Mungkin inilah

akibatnya terlalu banyak menonton televisyen manusia sehingga saya

terpengaruh dengan kisah anak manusia yang hilang.

30

Pendidik

Belajar Jawi

BERSAMA PAK SYARIF

31

Pendidik

32

Pendidik

33

Pendidik

Belajar Bahasa Mandarin

Oleh: Hajah Maryam Abdullah @ Mah Lee

Nama Tempat di Malaysia

Zai Malaxiya De Di Fang Ming Zi

a

34

Pendidik

Nama dan Arah Tempat

Di Fang De Ming Zi He Fang Xiang

35

Pendidik

Ingin Melanggan Majalah Pendidik

Adik-adik yang berminat untuk melanggan majalah

PENDIDIK boleh menghantar:

1. Sampul surat beralamat sendiri.

2. Ukuran sampul surat adalah 32cm x 23cm (saiz A4)

3. Lekatkan setem RM1.00 bagi setiap sampul.

4. Tuliskan perkataan PENDIDIK di bahagian atas sebelah

kiri sampul surat berkenaan.

5. Satu sampul surat hanya untuk satu keluaran sahaja

(2 naskah)

32 cm

Sila hantarkan sampul surat adik-adik kepada:

Pengarang Majalah Pendidik

Bahagian Penerbitan Jakim,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Aras 4, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62519 Putrajaya.

Tel: 03-8886 4000

Faks: 03-8889 2046

32 cm

PENDIDIK

Kepada:

Nurul Hayati bt Mohd Zain

1086, Jalan Ehsan, Kepong

52100 Kuala Lumpur.

Setem

Adik-adik ingin menambah kenalan Adik-adik dapat berkenalan

dan berhubung antara satu sama lain serta bertukar-tukar fikiran

tentang pelajaran, memberi pendapat, nasihat dan sebagainya

melalui ruangan ini. Adik-adik boleh menyertainya dengan mengisi

borang dan sertakan sekeping gambar berukuran pasport.

Hantarkan penyertaan adik-adik kepada:

Pengarang,

Majalah Pendidik,

Bahagian Penerbitan Jakim,

Aras 4, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62519 Putrajaya.

Nama:..................................................................

Alamat:................................................................

Cita-cita:..............................................................

Hobi:....................................................................

Email:...................................................................

Blog:....................................................................

36

Pendidik

BORANG KAJI SELIDIK PEMBACA PENDIDIK

Skala

JAWAPAN Tidak Setuju Kurang Setuju Memuaskan Setuju Sangat Setuju

SKOR 1 2 3 4 5

Hantarkan borang kepada:-

Bahagian Penerbitan Jakim, Pengarang Majalah Pendidik, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),

Aras 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

37

Pendidik

TEKA SILANGKATA

Keluaran 2/2012

1 2 3 4 5

6 7

0

8 9 10

11 12 13

14 15

16

17 18

MELINTANG

2. Nama unta Nabi Muhammad

6. Kuat dan tegap

7. Matawang dibuat daripada emas

8. Jikalau dalam B. Arab

11. Membersihkan dan menyuburkan

harta

15. Kuih rasmi hari lahir

16. Hari kelima

17. Denda dalam ibadat haji

18. Singkatan Hospital UKM

MENEGAK

1. Nama lain bagi surau

3. Sahabat yang banyak meriwayat

hadis

4. Lembah berair di padang pasir

5. Masakan berempah pedas

9. Menyerahkan harta menjadi hak

Allah

10. Ahli Feqh

12. Kawasan perkhemahan

13. Bangun malam

14. Kependekan Jabatan yang menjaga

kebajikan rakyat

SYARAT PERADUAN

Nama:............................................................. 1. Peraduan ini terbuka kepada kanakkanak

yang berumur dari 7 hingga

Alamat:........................................................... 12 tahun sahaja.

2. Peserta boleh menghantar lebih

....................................................................... daripada satu penyertaan.

Bagaimanapun, peserta yang dipilih

....................................................................... hanya layak memenangi satu hadiah

sahaja.

Tel:.................................... Umur:................. 3. Borang penyertaan hendaklah diisi

dengan HURUF BESAR dan tulisan

Nombor SB/KP:.............................................. yang kemas.

4. Penyertaan hendaklah sampai kepada

No Akaun Bank:............................................. pengarang selewat-lewatnya sebelum

keluaran Pendidik yang akan

Bank dan Cawangan Bank:.............................

datang.

*sila tulis nombor telefon dan nombor akaun untuk urusan

penghantaran hadiah

Hantarkan penyertaan adik-adik kepada:

PERADUAN TEKA SILANGKATA (isu 2, 2012), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4, Blok

D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

38

Pendidik

Permainan Uji IQ

Tandakan ü pada anggota badan adik-adik yang betul

Dahi

Kening

Telinga

Mata

Lutut

Lengan

Perut

Dada

Lengan

Jari

Leher

Lutut

Betis

Peha

39

Pendidik

Isu: 2

Tema: Percutian

Nama:.................................................................

Alamat:...............................................................

Tel:.................................... Umur:.....................

Nombor SB/KP:..................................................

No Akaun Bank:.................................................

Bank dan Cawangan Bank:................................

*sila tulis nombor telefon dan nombor akaun untuk urusan

penghantaran hadiah

SYARAT PERADUAN

1. Peraduan ini terbuka kepada kanakkanak

yang berumur dari 7 hingga

12 tahun sahaja.

2. Gambar hendaklah diwarnakan

mengikut kreativiti adik-adik.

3. Peserta boleh menghantar lebih

daripada satu penyertaan.

Bagaimanapun, peserta yang dipilih

hanya layak memenangi satu hadiah

sahaja.

4. Borang penyertaan hendaklah diisi

dengan HURUF BESAR dan tulisn

yang kemas.

Hantarkan penyertaan adik-adik kepada:

PERADUAN MEWARNA (isu 2, 2012), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4, Blok D9,

Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

40

Pendidik

Permainan Uji IQ

Potong bahagian-bahagian yang hilang dan tampalkan

mengikut gambar asal yang diberikan

Jangan

Jadikan

Kebodohan

sebagai

Alasan

Kegagalan Kita

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!