29.01.2015 Views

ebodohan - Jakim

ebodohan - Jakim

ebodohan - Jakim

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

DARI MEJA PENGARANG

Senyum Cergaskan Otak

Semoga adik-adik sentiasa dalam limpahan rahmat

kasih sayang dan kebahagiaan dari Allah SWT.

Walau apa jua ujian yang datang, harapnya adikadik

sentiasa tersenyum menghadapinya dengan

hati yang tenang. Sesungguhnya, ujian adalah

tarbiah dari Allah SWT dan manusia yang memiliki

kecantikan dalaman adalah manusia yang sentiasa

tersenyum.

Sepertimana kekasih Allah SWT, iaitu Baginda

Rasulullah SAW yang kita sanjungi. Setiap hari

Baginda akan sentiasa tersenyum dalam menjalani

kehidupan. Diriwayatkan dari Abdullah bin al-Harith

bin Juza’ berkata,

“Aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak

senyum melainkan nabi”.

Hadith riwayat Muslim.

Menyedari hakikat kebaikan dan kelebihan

senyuman dalam kehidupan, Rasulullah menyifatkan

senyuman sebagai salah satu kebaikan yang

akan dikurniakan pahala oleh Allah SWT. Oleh

itu, Baginda sentiasa menggalakkan kita untuk

menjadikan senyuman sebagai salah satu sedekah.

Percayalah, jika adik-adik ingin berjaya dalam

pelajaran, contohilah Baginda dari aspek senyuman

ini. Dikatakan, senyuman atau ketawa yang tidak

keterlaluan adalah antara senaman yang baik

kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem

pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa dapat ‘mengurut’ organ dalam abdomen

dan menguatkan otot abdomen, merangsang

kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan

untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan

tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka

serta bersedia menerima maklumat baru.

Adik-adik, Allah menganugerahkan kita mulut

untuk bercakap dan tersenyum. Walaupun ada

sesetengah hamba-Nya, Allah berikan mulut

tetapi tidak boleh bercakap. Allah jadikan mereka

bisu. Tapi, walaupun begitu, mereka tetap masih

menghadiahkan senyuman manis kepada orang lain.

Jadi adik-adik, kita seharusnya menjadi hamba Allah

yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan-Nya.

SIDANG REDAKSI

Ketua Pengarang

Fatimah bt Hj. Saad

Pembantu Pengarang

Abdul Halim bin Ismail

Penaung

Dato’ Hj. Othman bin Mustapha

Ketua Pengarah Jakim

Penasihat

Tn. Hj. Razali bin Shahabudin

Timbalan Ketua Pengarah

(Pembangunan Insan Jakim)

Pengarang

Nor Simah bt Khalim

Majidah bt Mat Jusoh

Penyunting

Norhashimah bt Embong

Mohd Yusof bin Sham

Majidah bt Mat Jusoh

Rekabentuk & Percetakan

Reka Cetak Sdn. Bhd

Pengurus Edaran

Nurul Hafizah bt Muhammad Mokhtar

Pembantu Edaran

Mohd Suhaimi bin Abas

Mohd Fauzi bin Hosni

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!