29.01.2015 Views

ebodohan - Jakim

ebodohan - Jakim

ebodohan - Jakim

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Tahukah Adik-adik

Bumi Berasal daripada Apa

Oleh : Nurul Hayu Raikan

Tahukah adik-adik bumi kita berasal daripada apa Oleh itu mari kita kenal bumi kita. Sesungguhnya

Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana kerana setiap kejadian yang diciptakan oleh Allah SWT pasti

ada hikmahnya. Kita harus jaga bumi kita dari tercemar dan musnah oleh perbuatan-perbuatan manusia.

Bumi merupakan sebiji bebola batu besar yang bergerak dalam ruang angkasa dengan kelajuan

hampir 3000 meter sesaat. Berat bumi ialah melebihi 6000 juta tan. Dua per tiga daripada permukaan

bumi yang berbatu-batan diliputi air yang menjadi lautan. Permukaan yang tidak diliputi air menjadi

daratan. Persekitaran bumi dikelilingi oleh lapisan gas yang dikenali sebagai atmosfera (udara). Atmosfera

terletak kira-kira 700 kilometer dari permukaan bumi – selepas atmosfera ialah ruang angkasa.

1.Bumi berasal daripada gumpalan awan dalam angkasa.

Ahli sains berpendapat bahawa bumi berbentuk daripada segumpalan besar awan yang berisi gas

dan debu, kira-kira 4500 juta tahun yang lalu. Bintang yang berhampiran dengan awan itu meletup

dan menyebabkan awan itu berputar. Semasa awan itu berputar, gas berkumpul di tengah awan

dan membentuk matahari. Debu berpusar di sekeliling matahari dan bergabung untuk membentuk

ketulan batu. Pada masa yang sama, ketulan batu itu berlanggar antara satu sama lain dan

membentuk planet-planet. Bumi merupakan salah satu daripada planet-planet tersebut.

Gumpalan awan yang berisi gas

dan debu terhasil daripada sisa-sisa

bintang lama yang sudah meletup

ataupun sudah tidak bersinar lagi.

Bintang yang baru dan planet

terbentuk di sini

1. Gumpalan awan mula berputar

2. Debu bergabung menjadi ketulan batu

yang membentuk planet kecil.

3. Bumi mulai sejuk

dan lapisan kulit

keras terbentuk.

4. Gunung berapi meletus,

membebaskan gas dan

membantu pembentukan

atmosfera pertama.

5. Bumi terdiri daripada satu

daratan yang luas kini

terbahagi kepada tujuh

bahagian yang dikenali

sebagai benua.

13

Pendidik

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!