08.02.2015 Views

Soalan Lazim - Ingersoll Rand

Soalan Lazim - Ingersoll Rand

Soalan Lazim - Ingersoll Rand

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tanggungjawab terhadap Ingersoll Rand

Anti Sogokan dan Rasuah

Gambaran keseluruhan

Ingersoll Rand komited untuk mendapatkan perniagaan hanya dengan merit, berdasarkan pada perkadaran nilai

bagi jenama Syarikat dan penguasaan penawaran produk dan perkhidmatannya. Oleh itu, dan konsisten

dengan nilai terasnya, Syarikat melarang memberikan dan malahan, menawarkan apa jua yang bernilai untuk

ditukarkan dengan kelebihan perniagaan. (Syarikat juga sudah tentu melarang pengumpanan atau penerimaan

sogokan sebagai pertukaran untuk memberikan perniagaan. Kebimbangan ini diperincikan dalam bahagian

Hubungan dengan Pembekal dan Hadiah dan Keraian.) Termasuk dalam larangan ini adalah bukan hanya wang

tunai dan yang sama seperti wang tunai iaitu kad hadiah, hadiah, keraian, perbelanjaan perjalanan dan apa jua

yang lain yang ditawarkan untuk tujuan mempengaruhi ganjaran perniagaan kepada Ingersoll Rand, termasuk

tetapi tidak terhad kepada tawaran kerja dan sumbangan amal. Selain daripada itu, anda bukan hanya perlu

mengelakkan daripada membuat tawaran seperti itu kepada pelanggan dan pelanggan yang berpotensi, malah,

kepada ahli keluarga mereka juga. Sogokan dan yang sama dengannya (termasuk rasuah) akan menjejaskan misi

Ingersoll Rand bagi mendapatkan perniagaan berdasarkan merit dan juga, reputasinya untuk integriti dengan

pemegang saham, pelanggan, pembekal, pengawal selia dan komuniti yang lebih besar di mana kita beroperasi.

Sogokan juga akan menggalakkan individu mewakili pelanggan Ingersoll Rand yang berpotensi untuk

menyalahgunakan jawatan mereka untuk manfaat peribadi sendiri dan memilih Ingersoll Rand di atas sebab

yang salah.

Jika Ingersoll Rand tidak dapat memperolehi kontrak tanpa membayar sogokan, sama ada secara langsung atau

tidak langsung melalui rakan kongsi perniagaan atau pihak ketiga yang lain, anda perlu melaporkan perkara

tersebut kepada pengurus anda dan Kumpulan Etika dan Pematuhan dan tinggalkan urus niaga. Reputasi

Ingersoll Rand untuk integriti adalah lebih penting daripada keuntungan daripada sebarang kontrak.

Nilai Syarikat dalam perkara ini adalah konsisten dengan undang-undang dalam hampir kesemua tempat di

mana kita menjalankan perniagaan di seluruh dunia. Undang-undang ini melarang memberikan, menjanjikan

atau menawarkan sogokan dan item bagi nilai yang sama kepada sesiapa—sama ada individu itu adalah

pegawai kerajaan atau pekerja bagi perniagaan dimiliki negeri atau hanya pelakon persendirian.

Penguatkuasaan global terhadap sogokan, termasuk rasuah komersial secara tulen, semakin bertambah.

Undang-undang ini boleh mengenakan denda sivil dan jenayah yang serius dan hukuman penjara untuk pekerja

yang melanggarnya, serta denda kepada Ingersoll Rand, yang boleh dipertanggungjawabkan bagi tindakan

pekerja yang gagal untuk mematuhi peraturan ini.

Rasuah Komersial

Sebagai hal umum, apabila berunding dengan pelanggan milik persendiran, pelanggan prospek dan rakan

perniagaan termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen, peniaga, penjual semula dan pengedar, masalah boleh

dielakkan dengan mematuhi peraturan standard Syarikat mengenai hadiah, perjalanan dan keraian. Rujuk

kepada Dasar Pembayaran Balik Perjalanan dan Perbelanjaan. Sekiranya anda mempunyai soalan mengenai

apa yang boleh dibenarkan, sila hubungi ahli Kumpulan Etika dan Pematuhan atau Jabatan Perundangan.

Rasuah Kerajaan

Apabila berurusan dengan pegawai kerajaan dan wakil perniagaan yang dimiliki oleh kerajaan, penelitian

tambahan diperlukan kerana risiko perundangan menjadi lebih banyak. Keraian perniagaan dan pemberian

hadiah berlebihan mungkin ditafsirkan di bawah undang-undang tertentu sebagai cubaan tidak wajar oleh

Syarikat untuk memperolehi perniagaan secara tidak sah, terutamanya apabila berurus niaga dengan pegawai

kerajaan bukan A.S. atau perniagaan dimiliki kerajaan bukan A.S.. Kebanyakan negara di mana Ingersoll Rand

menjalankan perniagaan mempunyai undang-undang khas yang melarang memberikan, menjanjikan atau

menawarkan pembayaran rasuah dalam keadaan ini. Dua daripada undang-undang ini, Akta Amalan Rasuah

Asing A.S dan Akta Rasuah U.K, malahan, dikenakan kepada tindakan yang dilakukan masing-masing di luar

Amerika Syarikat dan United Kingdom. Di sini, kita perlu mematuhi peraturan perjalanan, keraian dan hadiah

Syarikat. Tetapi, sebagai tambahan, terdapat dua dasar khas Ingersoll Rand berkenaan pemeriksaan rakan

perniagaan pihak ketiga dan kelulusan lawatan tapak pelanggan (dibincangkan dengan lebih penuh di bawah)

yang menumpukan bahagian risiko penting dalam rasuah kerajaan, yang anda perlu ikut.

25 Ingersoll Rand

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!